You are on page 1of 5

KERTAS KERJA

LAWATAN PENANDA ARAS ALK KE LANGKAWI


KOPERASI SMK PAYA RUMPUT, MELAKA

1.0 PENGENALAN.
Koperasi bercadang ingin mengadakan lawatan penanda aras ke koperasi SMK Langkawi
2.0 MATLAMAT
Memberi ganjaran kepada Ahli lembaga koperasi (murid dan guru) yang telah bertungkus
lumus berkerja meningkatkan kualiti perkhidmatan disamping menambah pengetahuan dan
pengalaman daripada koperasi yang lebih berjaya.

3.0 OBJEKTIF
Antara objektif program ini adalah seperti yang berikut:

3.1 Memberi motivasi dan insentif kepada pengawas-pengawas koperasi yang sentiasa
komited dalam menjalankan aktiviti perniagaan sepanjang tahun
3.2 Berkolaboratif antara koperasi-koperasi sekolah di Malaysia
3.3 Mempelajari konsep host dan tamu dari koperasi sekolah yang telah berjaya

4.0 TARIKH
12 – 15 Oktober (Rabu – Jumaat)

5.0 TEMPAT
Island hoping, Pulau Dayang Bunting Langkawi
6.0 SASARAN
ALK guru dan murid

7.0 KEWANGAN
Sila Rujuk Lampiran A

8.0 TENTATIF
Sila Rujuk Lampiran B

9.0 PENUTUP
Semoga matlamat dan objektif program Lawatan sambil Belajar yang diadakan dapat
mencapai matlamat dan objektif yang diharapkan

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

…………………… ............................. ………………….

( Pn Juhana bt Jaffar ) (PN. Rohayati bt Kamaruddin) (Pn Rubaiya bt Abu Nawas )

Setiausaha PK Kokurikulum Pengetua

Tarikh: Tarikh: Tarikh:

1
Lampiran A
ANGGARAN KEWANGAN

Pendapatan:-

Yuran Peserta
( 25 X RM 100.00) RM 2500.00
Wang Honorarium RM 5500.00

Jumlah RM 8000.00

Perbelanjaan:-

Pengangkutan-(bas persiaran melaka-Kuala Perlis/pergi balik ) RM


3500.00

Harga pakej 3h2m (30XRM180 ) RM


4500.00

Jumlah pebelanjaan RM8000 .


00

2
Lampiran B

Tentatif program

PAKEJ LANGKAWI-PULAU TUBA


3H/2M

HARI 1-KUALA PERLIS- KUAH-PULAU TUBA (D)


- Bertolak dari jeti Kuala Perlis ke jeti Kuah
- Peserta akan di sambut oleh ahli PKS dan di bawa menaiki bot ke Pulau
Tuba (Sebuah pulau yang mempunyai keindahan alam semula jadi seperti
hutan bakau, aktiviti lsland Hoping,jungle trekking, menjelajah gua batu
kapur yang cantik, memancing, mencandat sotong dll). Di sini anda juga
dapat melihat perkampungan tradisional nelayan pinggir pantai,
kerbau/lembu )
- Minum petang (welcome drink)
- Suaikenal
- Tayangan video ‘LANGKAWI GEOPARK’
- Makan Malam
- Majlis MOU

HARI 2 – ISLAND HOPING (Tasik Dayang Bunting, Pulau Beras Basah dan Pulau Singa
Besar)B,L,D
- Sarapan pagi disediakan
- Bertolak ke Tasik Dayang Bunting yang terletak di selatan Langkawi .Pulau
Dayang Bunting ini merupakan kawasan Marble Geofoest Park yang
mempunyai keunikan alam semula jadi yang menakjubkan di mana batu
kapur di sini bertukar menjadi marmar akibat perubahan suhu dan
tekanan.Tasik Dayang Bunting (tasik air tawar terbesar di Langkawi)
terbentuk dari sebuah gua runtuh membentuk lembangan dan dipenuhi
dengan air hujan. lanya terkenal dengan mitos seorang Puteri Dayang Sari
yang mengawini Mat Teja. Mereka dikurniakan seorang anak, malangnya
meninggal dunia dalam usia 7 hari. Akhirnya, puteri itu dan anaknya telah
bersemadi di tasik ini. Di sini anda boleh menjalankan aktiviti seperti
berenang, berkayak, menikmati keindahan alam dan melihat monyet yang
jinak.
- Kemudiannya anda akan di bawa ke Pulau Singa Besar untuk memberi
makan burung helang
- Seterusnya anda ke Pulau Beras Basah untuk aktiviti mandi di kawasan
pantai yang bersih, indah dan melihat ikan-ikan yang berwarna warni.
- Makan tengah hari (packing)
- Menikmati panorama sekitar Pulau Tuba (seperti pantai Tanjung
Pandan, kawasan perumahan KEDA, jeti Pulau Tuba dan kawasan
sekitarnya)

3
-Makan malam
- Persembahan murid

HARI 3- PULAU TUBA – KUAH


- Sarapan pagi
- Treking: Bukit Licin
- Bertolak dari jeti Lubuk Chempedak ke Jeti Pelancongan (Pekan Rabu)
- Membeli-belah sekitar Kuah seperti di HIG, Idaman Suri dll
- Bertolak pulang dari Jeti Kuah ke Jeti Kuala Perlis.

HARGA PAKEJ TERMASUK (RM 180.00)


- Tiket feri Kuala Perlis-Kuah (Pergi-balik)
- Makan minum seperti dalam atur cara
- Penginapan
- Bayaran bot (Kuah-Pulau Tuba) dan Island Hoping.
- Pengangkutan mengelilingi Pulau Tuba
- Bas/van untuk membeli-belah sekitar Kuah(HIG/Idaman Suri)

HARGA TIDAK TERMASUK


- Perbelanjaan peribadi

4
5

You might also like