You are on page 1of 5

KERTAS KERJA LAWATAN UNIT KEDAI BUKU

1. TAJUK

Lawatan Guru dan Ahli Jawatankuasa Kedai Buku Sekolah Kebangsaan Seri Makmur 2020.

2. PENDAHULUAN

Lawatan ini merupakan Lawatan Guru-guru Ahli Jawatankuasa Kedai Buku SK Seri makmur .

Ia merupakan program untuk meningkatkan taraf profesionalime guru-guru di samping


menimba pengetahuan untuk menambahbaik pengurusan sekolah khususnya pengurusan kedai
buku di sekolah.

3. OBJEKTIF

3.1 Dapat memperkayakan pengetahuan dan pengalaman guru-guru dan ahli jawatankuasa
tentang pengurusan perniagaan di sekolah.

3.2 Guru-guru dan kakitangan dapat berkongsi pengetahuan tentang pengurusan perniagaan
melalui pengalaman sebenar.

3.3 Dapat menambah pengetahuan di kalangan guru dalam menambah baik pengurusan
kedai sekolah.

4. RASIONAL

4.1 Dapat memberi motivasi kepada guru-guru dan kakitangan ke arah mencapai taraf

pengurusan kedai sekolah terbaik.

4.2 Menggalakkan perkongsian maklumat dan kepakaran dalam mencapai kecemerlangan

Sekolah khususnya.

4.3 Dapat memberi galakan kepada guru-guru dan kakitangan untuk bekerja dengan lebih tekun

dan bersungguh-sungguh ke arah memastikan sekolah terus mencapai kecemerlangan


khususnya dalam pengurusan kedai sekolah.
5. TARIKH LAWATAN

20 hingga 22 Ogos 2020

6. TEMPAT LAWATAN

6.1 Kelantan

6.2 Terengganu

7. KUMPULAN SASARAN

7.1 Guru-guru dan Ahli Jawatankuasa Pengurusan Kedai Sekolah (40 Orang)

8. ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA KOS


1. Pengangkutan ( BAS) RM 3,900.00
2. Penginapan ( Hotel - Kelantan) RM 1,770.00
3. Penginapan (Homestay – Terengganu) RM 1700.00
4. Sarapan & Makan malam (RM46 seorang x 40 orang) RM 1840.00
JUMLAH RM 9210.00

Sumber kewangan :

Bayaran setiap seorang RM 230.00


9. TENTATIF PROGRAM

20/8/2020 ( Khamis )

KELANTAN

5.00 pagi - Tiba di Kelantan dan Solat Subuh.

7.00 pagi -Sarapan

- Rantau Panjang

- Melawat tempat membuat dodol dan serunding.

- Pengkalan Kubor.

2.00 ptg - Check in hotel.

- Pasar Wakaf Che Yeh

- Makan malam (Sate Baung/Nasi Tumpang)

- Santai (Pasar Malam Wakaf Che Yeh)

21/8/2020 (Jumaat)

Kelantan ke Terengganu

7.00pagi - Sarapan pagi. (Pasar Siti Khadijah)

- Bertolak ke Terengganu

- Singgah Pantai Bari

2.00 ptg - Chek in (Homestay)

- Pasar Payang

- Jambatan Angkat

7.00 mlm - Makan Malam di Sri Aman Seafood

12.00 mlm - Rehat

22/8/2020 ( Sabtu)

7.00 pagi - Sarapan ( Nasi Dagang Atas Tol)

9.00 pagi - Lawatan ke Kilang pemprosesan keropok lekor

(Bukit Tok Beng – Losong)

2.00 ptg - Bertolak balik ke Sungai Besar


10. JAWATANKUASA LAWATAN

Pengerusi : Cikgu Megat Fauzi bin Ibrahim

( Guru Besar SK Seri Makmur)

Naib Pengerusi : Cikgu Chandran A/L Yiliathiam

(Penolong Kanan HEM SK Seri Makmur)

Setiausaha : Cikgu Siti Hafizhah bt Homdan

Bendahari : Cikgu Nabilah Huda bt Idris

Ketua Lawatan : Ustazah Mazurah bt Nasiran

Pen. Ketua Lawatan : Cikgu Atiqah bt Amiruddin Vincent

Pengangkutan : Cikgu Wan Aszha bin Wan Ali

Penginapan : Cikgu Syazwani bt Ahmad Sowi

Keselamatan/ Kecemasan : Cikgu Suhaini bin Abd Wahab

Cikgu Nur Amira bt Alias


12. PENUTUP

Pengalaman dan pengetahuan yang akan diperolehi oleh guru-guru dan kakitangan dalam
lawatan ini dapat mewujudkan sikap yang positif di dalam diri semua untuk menjalan tugas dengan
lebih dedikasi. Diharap guru-guru dan kakitangan dapat menggunakan pengalaman yang diperolehi
untuk menambahbaik kualiti kerja.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

______________________________ ____________________________

(SITI HAFIZHAH BINTI HOMDAN) (MEGAT FAUZI BIN IBRAHIM)

Setiausaha, Guru Besar

Unit Kedai Buku SK Seri Makmur,

SK Seri Makmur, Sekolah Kluster Kecemerlangan.

Sekolah Kluster Kecemerlangan.

You might also like