You are on page 1of 1

Taiping bermaksud "Aman" atau "Damai" atau maksud penuhnya

"Keamanan yang abadi" dalam bahasa Cina. Tercetus dari


pertelingkahan puak-puak kongsi gelap pendatang Cina  yang
melakukan aktiviti perlombongan bijih timah di daerah Larut iaitu Ghee
Hin dan Hai San, yang begitu ramai di Kelian Pauh ketika itu. Persatuan
kongsi gelap dari dua puak ini telah bertelingkah kerana lombong bijih
timah dan jalan air. Setelah mendapat kata sepakat untuk berdamai,
Taiping telah dipilih sebagai nama baru bagi bandar di daerah Larut.

1880-an bandar Taiping telah dibangunkan oleh


penjajah Inggeris kerana daerah ini kaya dengan sumber hasil bijih
timahnya di sekitar Sungai Larut. Sebelum kedatangan British, daerah
ini (pada masa dahulunya dikenali sebagai Jajahan Larut) telah ditadbir
oleh Menteri Larut iaitu Dato' Long Jaafar yang telah diberi kuasa
oleh Sultan Perak pada ketika dulu untuk mentadbir jajahan ini. Long
Jaafar telah membina pusat pentadbirannya di Bukit Gantang dan
menjadikan Kuala Sungai Limau di Trong sebagai pelabuhan utama
Jajahan Larut.

1874 setelah British menjajah negeri Perak sejurus Perjanjian


Pangkor ditandatangani di Pangkor, Jajahan Larut telah ditadbir
oleh Kapten Speedy sebagai Penolong Residen British.

1880-an ibu negeri Perak dipindah dari Bandar Baru ke bandar Taiping


setelah J.W.W. Birch dibunuh oleh Dato' Maharaja Lela di Pasir
Salak pada tahun 1875.

1937 Taiping tidak lagi menjadi ibu negeri Perak. Ipoh dipilih sebagai ibu
negeri kerana terletak di tengah-tengah negeri Perak.

You might also like