You are on page 1of 4

NAMA-NAMA PESURUHJAYA DAN PEGAWAI-PEGAWAI DAERAH,

DAERAH BATU PAHAT:


Y.B DATO MUHAMAD SALLEH BIN PERANG (1894-1910)

Y.M. UNGKU AHMAD BIN MOHD KHALID (1910-1920)

Y.M. UNGKU MUHAMAD BIN MOHD KHALID (1920-1922) (1933-1935)

Y.M. UNGKU ALI BIN ABDULLAH (1923-1924)

Y.M. HUSSIN BIN ABD RAHMAN (1924-1925)

Y.B. DATO MOHD SHAH BIN AWANG (1925-1930)

Y.M. UNGKU MOHD SALLEH BIN MAHMOOD (1930-1933)

Y.M. UNGKU SULAIMAN BIN MOHD Khalid (1935-1940)

Y.B. DATO WAN IDRIS BIN IBRAHIM

Y.B. DATO ONN BIN JAAFAR (1945-1946)

Y.B. DATO WAN IDRIS BIN IBRAHIM (1946-1947)

ENCIK TALIB BIN HAJI TAIB (1947-1948)

Y.B. DATO MOHD. SETH BIN MOHD SAID (1948-1952)

ENCIK ABDULLAH BIN SULAIMAN (1953-1955)

Y.B. DATO ABD RAHMAN BIN JAAFAR (1956-1962)

Y.B.DATO TALIB BIN ABU (1962-1966)

Y.M. UNGKU MOHD SALLEH BIN ISMAIL (1966-1967)

Y.B DATO HAJI EUSOF BIN AB RAHMAN (1967-1968)

Y.B. DATO A. RAHMAN AHMAD (1969-1972)

Y.B. DATO HJ. ZAINALABIDIN BIN HJ. AHMAD (1972-1977)

Y.B DATO HJ. KADIR SAMION (1977-1979)

Y.B. DATO ISHAK BIN YUSOF (1 FEB-31 DEC 1979)

Y.B. DATO RAHMAT BIN ASRI (1980-1983)

Y.B. DATO HISHAM BIN YAHYA (1983-1986)

Y.B. DATO HJ. LOKMAN THANY (1987-1993)

Y.B. DATO HAJI RASHIDI BIN MOHD NOOR (1993YB DATO HAJI SUKIMAN BIN SAHLAN ( 1995-1999)
YB DATO HAJI PUNIJAN BIN SUTARJO( 1999-2000)
YB DATO A. KADIR BIN MAKSOM(2000-2003)
YB DATO HAJI AWANG BIN HJ. MOHAMED( 7. 2003-31. 12. 2003)
YB DATO HJ. MOHD ZAINI BIN OSMAN (2004-2006)
YB DATO HAMSAN BIN SARINGAT(1 . 2.2006-1. 12.2006)
TUAN HJ. YAHYA BIN MOHD. SALLEH(2006-2009)
TUAN HJ. NORIZAN BIN KULOP(2009-2011)
YB .DATO HJ. ABD. RAZAK BIN HASSAN(20112012)
TUAN HAJI AB. WAHAB BIN RIDWAN (1.3 2012-SEHINGGA SEKARANG).

PEMACU EKONOMI
SEBELUM merdeka, pertanian merupakan sumber ekonomi masyarakat. Pada
tahun 1883, buruh-buruh Cina telah dibawa masuk untuk membuka ladangladang lada hitam dan gambir dinamakan Sistem Kanchu melibatkan,
kawasan Kangkar Senangar Parit Sulong , Air Hitam penggaram, Tebing
Tinggi, Sejagung, Serom dan Chaah
Tanaman getah diperkenalkan oleh orang Jepun. Antara ladang yang terbesar
yang diusahakan oleh orang Jepun ialah Sango Koshi Rubber Estate No. 1,
Sango Koshi Rubber Estate 2, Nan Ah Koshi dan Nanyo Takushoku Rubber
Estate.
Tanaman kopi bermula pada 1855 oleh Staple, Jackson dan White di kaki Bukit
Penggaram. Manakala pemborongnya bernama Lim Soo Poon.
Perlombongan besi terdapat di Sri Medan diusahakan oleh Syarikat Jepun iaitu
Nanyo kogyo Kosi. Ia dikatagorikan sebagai jenis yang berkualiti.
Menggandungi 64-65 metalic iron. Kewujudannya menyumbangkan 40%
kegunaan bjih besi Negara Jepun. Selain lombong besi, sebuah lombong
boksait terdapat di Bukit Pasir.

Manakala penduduk tempatan pula ramai yang mengamalkan tanaman


tradisional seperti pinang dan kelapa di sepanjang pantai barat. Manakala
kawasan tanaman padi di Simpang Kanan, Simpang Kiri, Senggarang dan
Semberong. Kemerosotan tanaman padi disebabkan kebanyakan petani
beralih kepada penaman getah. Bagi mereka yang tinggal berhampiran laut
dan sungai, kebanyakkannya menjadi nelayan seperti penduduk Sungai Suluh
dan Minyak Beku.
Memandangkan pohon sagu mudah hidup di tanah lembap di kawasan tanah
rendah, kilang sagu juga banyak terdapat di Parit Bilal dan di Tongkang Pechah
menjana ekonomi penduduk-pendudk di sekitarnya. Pohon-pohon nipah yang
banyak di sepanjang sungai Simpang Kanan menjadikan mencucuk atap
sebagai pekerjaan utama kaum ibu yang tinggal berdekatan sungai.
Daerah Batu Pahat mencapai taraf daerah berpendapatan tinggi dengan
berkembang pesatnya sektor industri yang bak cendawan tumbuh selepas
hujan. Tiga kawasan utama perindustrian ialah Tongkang Pechah, Parit Raja
dan Sri Gading, memproses kelengkapan elektrik, pembuatan pakaian dan
pemprosesan makanan.
Paling menonjol ialah industri perusahaan makanan ialah Hup Seng Sdn.
Berhad, Hwa Tai Industri Sdn. Bhd dan Munchy Industri Sdn. Bhd. Ketiga-tiga
kawasan perindustrian tersebut terletak di Kawasan Parliman Sri Gading,
menjana beratus-ratus ribu pekerjaan.
Akan tetapi sebelum itu Batu Pahat telah memiliki gedung pembuatan tekstil
di antara yang terbesar ialah Soutex, Gimmil dan Ramatek yang semuanya
beroperasi di Jalan Kluang. Syarikat besar tersebut masih kekal beroperasi
sehingga sekarang.
Kepesatan pembangunan Batu Pahat kita saksikan dengan wujudnya
hypermarket seperti A-Eon terletak di Jalan Tan Swee Hoe, Summit Parade.
Komplek membeli belah Batu Pahat Mall merupakan pusat membeli belah
terbesar di Batu Pahat terletak di Jalan Kluang bersebelahan dengan
Kampung Solok Wan Moh. Menjadi tumpuan utama penduduk dari dalam dan
dari daerah-daerah berdekatan umpama dari Segamat dan Kluang.
Faizah, seorang pembekal beras yang cukup berjaya serta ternama,
mempunyai kilang yang besar terletak di Jalan Kluang. Merupakan seorang
yang aktif dalam bidang sosial terutama dalam mengeluarkan dana dalam
membantu orang-orang yang kurang upaya. Juga mempunyai satu program
dalam segmen dinamakan Bersamamu di TV 3.

PELANCONGAN

Kawasan pelancongan di Batu Pahat antara yang terpenting ialah Pekan Air
Hitam, pusat membeli belah barang-barang tembikar dan cenderamata
pertunangan dan perkahwinan orang-orang Melayu. Pada hari ini, Ayer Hitam
dikenali dengan makanan ringan putu bamboo. Minyak Beku pula letaknya
Perigi Batu Pahat yang mempunyai sejarah penggalian perigi oleh tentera
Siam yang membuat persediaan mencari air dalam perjalanan hendak
menyerang Melaka.
Di atas bukit berhadapan dengan pantai Minyak Beku terdapat sebuah rumah
api yang dibina pada 1900 diperbuat daripada kayu bulat dengan ketinggian
20 kaki. Dibina dalam zaman Dato Bentara luar. Asalnya dengan
menggunakan lampu minyak tanah.
Pada masa sekarang bersebelahan dengan rumah api tersebuat telah
dipasang sebuah radar yang mengawal pergerakan kapal-kapal yang lalu
lalang. Hasil perhubungan erat dengan negara tetangga terutamanya ke Selat
Panjang, Dumai dan kepulauan Riau Indonesia, sebuah Pangkalan Feri sudah
dibina kira-kira 8 kilometer dari Bandar Batu Pahat kira-kira pada tahun 2010.
Kedatangan ramai pelancong dari negara jiran memilih untuk melawat
keTaman Rekreasi Wet World di Tasek Merdeka. Sementara pelancong
tempatan pula mengunjunginya pada hari minggu dan pada cuti
persekolahan.
Majlis Daerah Yong Peng telah menfaatkan bekas lombong besi di Sri Medan
sebagai sebuah taman rekreasi. Lokasinya kira-kira 0.5 kilometer dari Pekan
Seri Medan menyebabkan ia mudah untuk dikunjungi oleh pendudukpenduduk sekitar pekan dan dari kawasan lain yang ingin menikmati
keindahan tasek dan landskapnya.

Selain taman rekreasi, pusat makanan ringan di Kawasan Parit Raja juga
menjadi daya tarikan pelancong yang menggemari makanan ringan
berasaskan pertanian. Industri makanan ringan dan komplek perniagaan
menjual makanan ringan seperti kerepek pisang, pisang salai, kerepek ubi dan
lain-lain jenis makanan ringan sentiasa dikunjungi.
Rengit pula terkenal dengan pasar karatnya atau menjual barang-barang
terpakai. Jika berkunjung ke Batu Pahat, tidak sah tidak singgah di restoran
Mohd. Shah yang menjual nasi beriani, kerana nasi beriani merupakan
makanan istimewa masyarakat Batu Pahat.

You might also like