You are on page 1of 6

1.

0 PENANAMAN PADI

Penanaman padi di kampung telah bermula sejak Raja Musa bin Raja Bilah bersama

pengikut-pengikutnya menubuhkan pertempatan di Kampung Lintah ini. Berdasarkan

temu-bual kami bersama Ketua Kampung, beliau menyatakan bahawa penanaman

padi telah dilakukan oleh nenek moyang mereka sebaik sahaja membina petempatan

di kampung ini. Penanaman padi yang dijalankan pada ketika itu adalah lebih

menumpukan kepada pertanian yang berbentuk sara diri. Hal ini adalah kerana

penduduk kampung pada ketika itu hanya menanam padi bagi tujuan untuk sumber

makanan mereka sahaja bukannya atas tujuan komersial.

Menurut Encik Raja Omar bin Raja Aziz yang merupakan sepupu kepada Ketua

Kampung juga memberitahu kami bahawa penanaman padi yang dilaksanakan pada

ketika itu sangat luas disebabkan oleh kesuburan kawasan tanah pamah di kampung

itu. Meskipun begitu, pertanian padi ini tidak lagi dijalankan oleh penduduk kampung

setelah digantikan dengan penanaman pokok getah dan kelapa sawit. Sebagai

buktinya, berdasarkan tinjauan kami di kampung tersebut, hampir keseluruhan

sawah-sawah padi telah digantikan dengan tanaman-tanaman lain seperti getah,kelapa

sawit, pokok pisang dan sayur-sayuran. Rumah-rumah kampung yang ada pada hari

ini dibina di atas sawah-sawah padi tersebut.


Jika dilihat dalam aspek peralatan yang digunakan pula, penanaman padi menjadi

pilihan utama kepada penduduk awal yang menetap di kampung ini kerana wujudnya

pengaliran air dari bukit yang dikenali sebagai air bukit. Tambahan lagi, menurut

profil kampung yang ditunjuk oleh Raja Ismail, pertanian padi ini bukan sahaja untuk

mendapatkan hasil beras tetapi juga menjadi tempat peternakan ikan, daging dan

binatang ternakan. Hal ini adalah kerana penggunaan bintang ternakan iaitu kerbau

bukan sahaja berperanan dalam membajak sawah padi tetapi juga membekalkan

sumber makanan berbentuk daging kepada mereka. Pokok rumbia juga ditanam di

bahagian tepi sawah yang berfungsi sebagai sumber makanan kepada haiwan ternakan

mereka seperti ayam dan itik manakala daun rumbia pula boleh dgunakan untuk

membuat atap pondok di ladang selain untuk dijual.

Gambar : Antara rumah kampung yang dibina di atas tanah sawah padi.
Sumber : Gambar diperoleh oleh penyelidik bertarikh

7 Oktober 2019.

2.0 PENANAMAN POKOK GETAH

Kemunculan industri getah bermula apabila Charkes Goodyear iaitu warga Amerika

berjaya menemui kaedah penghasilan getah melalui campuran getah mentah dengan

beberapa peratus sulfat1. Pengeluaran getah ini pada awalnya hanya tertumpu di

Brazil sahaja tetapi permintaan yang tinggi telah mendorong British untuk meluaskan

pertanian getah ini di negara-negara koloni seperti Tanah Melayu dan Ceylon2.

Kita boleh lihat bahawa kebanyakan wilayah-wilayah di Tanah Melayu

menjalankan kegiatan pertanian berasaskan getah ini kesan daripada pengaruh British

di Tanah Melayu. Oleh sebab itu, Kampung Lintah ini juga tidak terkecuali dalam

melaksanakan kegiatan pertanian ini. Meskipun begitu, kegiatan ini juga turut

mengalami keadaan ekonomi yang naik turun mengikut pasaran harga di negara Barat

seperti London dan New York. Keadaan ini menyebabkan harga pasaran getah di

Tanah Melayu juga mendapat impliklasi yang sama sekaligus menyebabkan

kebanyakan orang-orang Kampung Lintah mula berpindah kepada pertanian kelapa

1 Saran Singh. The Encyclopedia of Dry Rubber Exports Coupons, Malaya,Ceylon,Netherland East Indies 1922 to
1942. Kelab Warisan Numismatik Malaysia (2016). Kuala Lumpur.
2 Ibid
sawit. Sebagai buktinya, peningkatan pengeluaran barang yang berasaskan kelapa

sawit telah diandaikan akan menyebabkan tanah-tanah baru yang dibuka akan lebih

berfokuskan kepada aspek pertanian kelapa sawit3.

Walaupun pasaran harga getah yang masih rendah, kegiatan penorehan getah ini

masih lagi dilaksanakan oleh penduduk Kampung Lintah sehingga hari ini malahan

kami juga dapat melihat begitu banyak kebun getah yang diusahakan oleh penduduk

tempatan. Sebagai buktinya, Raja Ismail sendiri memiliki beberapa buah kebun getah

meskipun kegiatan tersebut dilakukan dengan cara mengupah orang kampung yang

lain. Pada tahun 2005 memperlihatkan pembangunan semula di kampung lintah ini

dan keadaan ini telah membantu kepada pembaikan jalan tar sepanjang 600 meter.

Hal ini sedikit sebanyak juga membantu kepada peningkatan kegiatan pertanian getah

dalam kalangan penduduk kampung. Ringkasnya, jumlah peniaga yang masih

menjalankan perniagaan pengumpulan hasil getah ini hanya tinggal tiga buah kedai

sahaja di kampung ini membuktikan bahawa kegiatan ekonomi berdasarkan getah ini

tidak lagi menjadi sumber ekonomi utama penduduk di sini.

3 C.N.Williams & Y.C.Hsu. Oil Palm Cultivation in Malay, Technical and Economic Aspects. Universiti Malaya
(1970).
Gambar : Antara kebun getah yang dimiliki oleh penduduk kampung.

Sumber : Gambar diperoleh oleh penyelidik bertarikh

7 Oktober 2019.

3.0 PERTANIAN POKOK KELAPA SAWIT

Sejarah pertanian kelapa sawit di Tanah Melayu dapat dikatakan bermula apabila

diperkenalkan oleh Botanical Garden di Singapura pada tahun 18704. Pertanian kelapa

sawit yang pertama yang digunakan bagi tujuan komersial bermula pada tahun 1917

di Estet Tennamaram, Kuala Selangor manakala pertanian yang kedua pula di Estet

Elmina yang turut terletak di Kuala Kangsar5. Jika dibandingkan dengan pertanian

yang paling awal dijalankan oleh penduduk kampung ini iaitu penanaman padi dan

getah, pertanian yang berasaskan kelapa sawit ini muncul lebih kurang pada awal

4 N.T. Arasu. The Oil Palm in Malaya. Ministry od Agriculture & C0-operatives. (1966) Kuala Lumpur.
5 Ibid
abad ke-20. Keadaan ini boleh dilihat dimana kejatuhan harga getah telah mendorong

penduduk kampung untuk mengusahakan ladang kelapa sawit pula. Sekiranya

penanaman padi yang dulunya menjadi sumber ekonomi utama di kampung ini telah

berakhir namun pertanian kelapa sawit ini masih lagi giat diusahakan oleh penduduk

kampung. Misalnya, terdapat banyak ladang-ladang kelapa sawit yang kami temui

semasa melakukan peninjauan di sekitar kampung ini.

Gambar : Antara tanaman kelapa sawit yang diusahakan

Sumber : Gambar diperoleh oleh penyelidik bertarikh

7 Oktober 2019.

You might also like