You are on page 1of 3

PERKEMBANGAN TANAMAN GETAH DI PERAK

Negeri Perak dan pokok getah dilihat sangat rapat hal ini kerana antara pokok getah yang terawal
yang ditanam di Tanah Melayu adelah di Perak iaitu di kediaman getah ditanam di halaman
rumah Residen British Hugh Low di Kuala Kangsar, Perak.1 Pokok getah ini ditanam sebagai
hiasan di kediaman beliau sebelum pokok getah ini dikomersialkan. Kemudian, seorang pegawai
British iaitu Henry N. Ridley telah dilantik sebagai Pengarah Botanical Gardern di Singapura
pada tahun 1888. Beliau kemudiannya telah berusaha membangunkan penanaman pokok getah
dengan meletakkan pokok getah sebagai tanaman komesial. Sumbangan paling besar dilakukan
beliau adelah Berjaya meyakinkan pelabur-pelabur dari eropah untuk melabur dan meyakinkan
para peladang untuk menanam getah dengan mengadakan pameran serta mengagihkan benih
getah secara percuma. Henry Ridley seterusnya berjaya menemui cara penorehan getah yang
sesuai, iaitu sistem menoreh secara ibidem atau seperti bentuk tulang ikan hering, yang tidak
merosakkan pokok. Gambar 2 dan gambar 3 menunjukkan pokok getah yang masih hidup dan
dipelihara hingga ke harini.

Gambar 2: Gambar Pokok Getah tertua di Malaysia

1
Aznizam Abu Bakar,Getah Asli dalam  Enseklopedia Sains  dan  Teknologi,  Jilid 1 hlm 5
Gambar 3 : Fakta pokok getah tertua di Malaysia

Perkembangan industri pembuatan barangan pengguna seperti kasut, tayar basikal, dan
peralatan elektrik telah meningkatkan permintaan getah dan menyebabkan harga getah
melambung tinggi. Akhirnya perusahaan getah menjadi perusahaan yang penting di Tanah
Melayu. Perusahaan ini juga bertambah pesat kerana disokong oleh kemasukan modal asing,
iaitu modal milik pelabur Eropah.  Antara syarikat perwakilan penting yang telah membuka
ladang serta menguruskan eksport getah termasuklah Harrisons and Crosfield, Boustead
Butterfly Estate Agency, Guthrie dan Sime Darby.

Di kalangan Negeri-Negeri Melayu bersekutu yang lain Perak merupakan negeri yang
dimana menunjukkan peningkatan progresif yang amat tinggi daripada sudut ekonominya. Hal
ini dapat dilihat daripada sudut perlombongannya di Ulu Kinta. Walaupun begitu industrI getah
di perak pula tidak jauh ketinggalan juga untuk dibandingkan. Di sini dapat dilihat daripada
Laporan Industri Getah (Penanaman Semula) Ordinan 1952 di mana getah mendapat perhatian
serius daripada pihak kerajaan negeri untuk dibangunkan. Dalam laporan tersebut dapat lihat
bagaiamana industri getah ingin dimajukan dengan melakukan penanaman semula di terhadap
beberapa kawasan di daerah Perak.

Selain itu, suntikan modal daripada skim 1 dan dua dalam Laporan Indutsi Getah
membuktikan penanaman getah diambil berat dan dimajukan dari saban tahun ke saban tahun
yang lain. Hal ini kerana skim 1 merupakan dana yang akan dipohon pada tahun 1952 manakala
pada tahun berikutnya iaitu pada januari 1953 skim 2 pula akan disusuli masuk bagi permohonan
projek penanaman semula projek getah.
Terdapat pelabgai karenah birokrasi yang dapat dilihat berlaku semasa cubaan
mendapatkan dana. Selain campur tangan residen dan menteri besar sebelumia diluluskan ia juga
perlu melalui pelbagai lagi birokrasi kerajaan sebelum ia boleh diluluskan. Skim ini merupakan
dana dalam tabung b yang akan digunakan dalam mebantu pekebun-pekbun kecil untuk
menaikkan lagi industry tanaman getah melalui penanaman semula. Antara penyebab yang
disebut dalam laporan tersebut adelah banyak pokok getah juga telah ditebang oleh pihak jepun
ketika memerintah Tanah Melayu.

Akhir selai, walaupun situasi di Tanah Melayu dilihat tegang penambahbaikkan ekonomi
tetap dijalankan oleh British. Hal ini jelas dibuktikan dengan permohonan dana penanaman
semula pokok getah dalam Laporan Industri Getah (Penanaman Semula) Ordinan 1952. Bukan
hanya sekali permohonan tetapi dua kali permohonan skim. Sebanyak 50 jenis kawasan dalam
satu skim yang dipohon dengan anggaran 20 diterima dan 30 kali mungkin ditolak untuk
penanaman semula pokok getah di negeri perak.

You might also like