You are on page 1of 21

STRATEGI BAHASA PUJI MEMUJI

(TAJUK BUKU)

BIOGRAFI MUHAMMAD BIN ABDULLAH

KETERAMPILAN MENULIS (BMK 3053)

KUMPULAN B

SEMESTER 5

NAMA : FAKHRUL AZEEM BIN ISMAIL @ABD RAHMAN

NO MATRIK : D20171078644

NO HP: 0179649902

NAMA PENSYARAH : PROFESOR MADYA DR. ABU HASSAN BIN ABDUL


1.0 Pengenalan

Buku yang dikaji adalah berjudul Biografi Muhammad Bin Abdullah , Perjalanan Hidup
Seorang Nabi hasil penulisan Zulkifli Mohd. Yusoff dan Noor Naemah Abd. Rahman yang
telah diterbit pada tahun 2017. Buku ini mempunya sebanyak 480 halaman kesemuanya. Buku
ini telah diterbit oleh PTS Islamika Sdn Bhd iaitu PTS Islamika ini merupakan penerbit bagi
buku-buku yang berada didalam bidang agama islam dengan pendekatan dan bahasa moden.
Buku ini telah ditulis oleh dua orang penulis yang tidak asinglagi iaitu Prof. Dr. Dato’ Zulkifli
Haji Mohd Yusoff. Beliau merupakan pensyarah di jabatan al=Quran dan Hadis, Akademi
Pengajian Islam, Univesiti Malaya. Beliau mengkhususkan diri dalam bidang pengajian
metadologi dan tafsir al-Quran. Seterusnya Dr. Noor Naemah Abd Rahman pula merupakan
pensyarah di Jabatan Usul Fiqh, Akademi Pengajian Islam. Universiti Malaya. Beliau
berkelulusan sarjana muda dari Universiti Malaya dalam bidang syariah. Dengan memiliki
ilmu dalam bidang ini, terhasilah satu penulisan yang dihasil melalui buku Biografi
Muhammad Bin Abdullah ini.

Di dalam buku ini akan menceritakan tentang biografi Muhammad Bin Abdullah yang
menerangkan Islam da peribadinya. Biografi ini turut menceritaka dan menerangkan pelbagai
perkara lain. Dengan memahami biografi beliau, penulisan buku ini juga turut menceritakan
tentang peristiwa-peristiwa sebelum kelahiran Muhammad supaya pembaca dapat mengetahui
sejarah bangsa Arab sebelum kelahiran beliau, bagaimana keadaan hidup mereka sebelum dan
selepas kelahiran beliau, bagaimana perubahan yang berlaku di tanah Arab dan beberapa
perubahan yang luar biasa tetapi dapat difahami dengan menghayati sejarah hidup beliau.
Melalui pengkajian melalui buku ini, pengkaji telah memilih tajuk strategi bahasa puji memuji
dalam Biografi Muhammad Bin Abdullah.

1
2.0 CIRI-CIRI STRATEGI BAHASA PUJI MEMUJI
 Bahasa puji memuji ini digunakan untuk memuji kebaikan dan keunggulan sesuatu.
 Bahasa ini juga bersifat kata-kata yang berisi pujian.
 Bahasa ini selalu digunalan oleh orang ramai.

Jenis-jenis Strategi Bahasa Puji Memuji


i) Bentuk sifat
ii) Bentuk perbuatan
iii) Bentuk fizikal
iv) Bentuk gelaran
v) Bentuk unsur alam
vi) Bentuk flora
vii) Bentuk memuliakan
viii) Bentuk memuliakan
viiii) Bentuk sindiran

2
3.0 Dapatan Kajian

Strategi bahasa puji memuji telah digunakan di dalam buku Biografi Muhammad Bin
Abdullah. Strategi puji memuji yang pertama digunakan ialah terhadap sifat. Strategi puji
memuji terhadap sifat ini menggambarkan sifat seseorang atau tingkah laku yang dibawa oleh
individu tersebut sehingga sifat yang dimilikinya telah dipuji oleh orang atau masyarakat lain.
Sifat-sifat ini merupakan perbuatan baik yang telah dilakukan secara tidak langsung sehingga
menyebabkan masyarakat melihat kebaikan yang dilakukan. Sebagai contohnya , strategi
Bahasa puji memuji ini dapat dilihat didalam penulisan buku Biografi Muhammad Bin
Abdullah.

Strategi bahasa puji memuji :

i) Berbentuk Sifat

Bil. Contoh yang terdapat didalam buku. Halaman


Muka surat
1. Jibril adalah yang tersangat gagah dan ketua para malaikat, dialah 41
yang berperanan menyampaikan wahyu kepada para nabi dan rasul.
Muhammad keluar ke Syam membawa barang dagangan Siti
Khadijah.
2. Di Mekah pada masa itu, ada seorang wanita kaya daripada keturunan 34
suku Abdul Uzza bin Qusai Bin Kilab. Namanya Siti Khadijah binti
Khuwalid. Kekayaan Siti Khadijah adalah menyamai perniagaan
semua orang Quraisy yang lain. Apabila dia mendengar berkenaan
Muhammad bin Abdullah, kejujuran dan peribadi beliau yang
mulia, Siti Khadijah menawarkan kepada Muhammad menguruskan
perniagaanya di Syam.
3. Muhammad juga ditemani oleh Maisarah, salah seorang pekerja Siti 34
Khadijah. Sepanjang perjalanan, Maisarah berasa pelik, kagum dan
tertarik dengan peribadi Muhammad. Muhammad melayaninya
dengan penuh mesra, kasih sayang dan lemah lembut.

3
4. Abu Jalal mencerca dan mengutuk Muhammad dengan perkara yang
tidak pernah sesiapa menyebutnya. Muhammad tetap sabar dan 57
tenang.
Contoh situasi:

Saya kagum dengan sifat


kesabaran dan ketenangan
awak melayan kerenah
anak kita.

5. Muhammad bertanya namanya, katanya “Adas” “dari mana?” Adas 90


menjawab, “dari Minawa, di utara Iraq.” Kata Muhammad, “itu
negeri orang yang baik.”

Sifat menurut kata bahasa Inggeris, ia ialah characteristic or attribute. Characteristis


pula apabila diterjemahkan pada bahasa Melayu ialah karakter. Daripada terjemahan bahasa
ini, telah boleh dibuat suatu definisi awal apakah yang dimaksudkan dengan sifat. Sifat ini ialah
perwatakan manusia. Watak atau apa yang mewujudkan personaliti ia pada pandangan dirinya
atau sesiapa. Ia berada pada dalaman manusia. Atau lebih tepat, sifat ini adalah nature atau
perkara semula jadi semenjak dilahirkan. Tidak perlu dibentuk, ia telah dimiliki. Sifat juga
diertikan sama maksudnya dengan perilaku dan pemikiran seseorang akan sesuatu perkara.
Sifat hanya boleh dikenal pasti setelah orang lain melihat akannya. Jika hanya terpendam, maka
tiada kenallah orang tersebut akan sikapnya akan sesuatu perkara. Ia berkaitan dengan
perbuatan seseorang. Sifat menonjolkan diri seseorang itu. Ia hanya boleh dikenali selepas
orang tersebut menonjolkan diri. Sifat juga boleh ditafsirkan kepada perkara luaran yang
wujud pada diri manusia. Perkara luaran yang wujud berdasarkan kepada pemikiran seseorang
terhadap sesuatu perkara.

Melalui strategi puji memuji melalui sifat ini telah menunjukkan bahawa sifat yang
terdapat dalam diri sentiap individu akan dilihat oleh masyarakat. Sifat ini merupakan satu
tingkah laku yang memang terdapat pada diri setap insan dan ia tidak boleh dilakukan secara

4
sengaja. Sifat yang baik yang terdapat dalam diri akan dipandang positif dan dipandang tinggi
darjatnya oleh masyarakat. Hal ini adalah kerana, dengan memiliki sifat yang terpuji dan
positif, ia secara tidak langsung akan menjadi contoh kepada masyarakat lain yang melihatnya.

ii) Berbentuk perbuatan

Bil. Contoh yang terdapat didalam buku. Halaman


muka surat
1. Muhammad bin Abdullah tidak pernah berebut makanan di 33
rumah Abu Talib yang ramai anak. Tetapi kadang-kadang
makanan tidak mencukupi. Kerana tidak tahu berebut,
kadang-kadang Muhammad tidak dapat makan dan beliau
tidur dalam keadaan lapar. Akhirnya, Abu Talib perasan hal
ini. Beliau lalu mengkhususkan bahagian tertentu untuk
Muhammad. Selain darpada itu, Muhammad dari kecil
tidak pernah bercakap bohong.

2. Siti Khadijah berkata kepada suaminya, “ Demi Tuhan, tidak 43


sekali-kali kamu akan ditimpakan dengan perkara yang
tidak baik. Kamu adalah orang yang menyambungkan
persaudaraan. Kamu adalah orang yang membantu orang
dalam kesusahan dan orang-orang yang lemah. Kamu orang
yang berkorban ketika berlaku bala bencana.

5
3. Kamu adalah orang yang membantu orang dalam 43
kesusahan dan orang yang lemah.

4. Sepanjang masa Abu Lahab menghalang dakwah, 106


menjauhkan manusia daripada kebenaran. Akhirnya,
sampailah Muhammad kepada suku Soksoah yang dating
haji pada tahun itu. Muhammad berdakwah kepada
ketuanya dan akhirnya dia menerima Islam. Dia merasakan
Muhammad pasti dapat mengalahkan Arab. Dia dan
kaumnya sepakat masuk islam dan pertahankan Muhammad
dengan pedang-pedang mereka. Memang suku ini terkenal
sebagai suku yang kuat.

Perbuatan bermaksud sebagai tingkah laku yang sesuai dengan tatasusila atau peraturan
masyarakat setempat di mana masyarakat bertindak sebagai penentu. Pertimbangan moral juga
bergantung kepada suasana atau keadaan yang membentuk individu contohnya seperti sistem
sosial, kelas sosial dan kepercayaan yang dianuti. Kesedaran moral mempunyai hubung kait
dengan hati nurani atau dalam bahasa asing disebut conscience, conscientia, gewissen, geweten
dan dalam Bahasa Arab disebut qalb, fu’ad. Kesedaran moral ini merangkumi tiga perkara iaitu
kewajipan untuk melakukan tindakan bermoral, wujud berasaskan rasional dan objektif iaitu
sesuatu perbuatan secara umum dapat diterima oleh masyarakat dan ketiga ialah muncul dalam
bentuk kebebasan. Dalam islam, perbuatan dikenali sebagai akhlak. Akhlak adalah sebagai

6
budi pekerti atau kelakuan. Dalam Bahasa Arab kata akhlak (akhlaq) di ertikan sebagai tabiat,
perangai, kebiasaan, bahkan agama. Meskipun kata akhlak berasal dari Bahasa Arab, tetapi
kata akhlak tidak terdapat di dalam Al Qur'an.

Sesuatu pujian dapat memberikan perasaan yang menyenangkan terhadap seseorang


yang menerima pujian tersebut. Hal ini adalah kerana, pujian membawa perasaan positif bahwa
seseorang memperhatikan sesuatu tentang diri kita yang dianggap pantas mendapatkan pujian.
Pujian merupakan komponen penting dalam bersosial dan juga bahagian yang penting untuk
memulai suatu percakapan. Oleh itu, dengan memberikan pujian boleh menjadi sesuatu yang
tidak baik dilakukan karena adanya perasaan ragu-ragu. Masyarakat akan memuji atau
menyanjung diri seseorang jika mereka merasakan sesuatu perkara tersebut seharusnya di puji.

Melalui strategi puji memuji berbentuk perbuatan ini dapat dilihat didalam penulisan
buku Biografi Muhammad Bin Abdullah. Di dalam buku telah menyenaraikan beberapa
perbuatan yang positif di mana perbuatan-perbuatan yang dilakukan telah dipuji dan menjadi
contoh teladan kepada masyarakat. Perbuatan-perbuatan yang dilakukan oleh Muhammad bin
Abdullah telah menyentuh hati dan jiwa umat dan masyarakat lain sehinggakan masyarakat
telah menyanjung segala perbuatan baik yang dilakukan oleh baginda.

Wow.. cantiknya
iii) Berbentuk fizikal
rambut kamu.

Terima kasih.

7
Bil. Contoh yang terdapat didalam buku. Halaman
muka surat
1. Ibnu Abbas berkata, “Ada celah di antara gigi-gigi 70
serinya. Jika sedang berbicara, terlihat ada semacam
cahaya yang memancar dari gigi-gigi seri itu.”

2. Abu Juhaifah berkata, “Aku pernah memegang tangan 70


beliau lalu ku letakkan di wajahku. Ternyata tangan
beliau lebih dingin daripada ais dan lebih harum
daripada aroma minyak kasturi.”

Fizikal merupakan tubuh manusia yang mana seperti sebuah mesin yang di rancang
unik dan terdiri dari berbagai sistem biologi dan diatur oleh organ dalam tubuh. Tubuh manusia
terdiri daripada bahagian-bahagian yang bersatu-padu membentuk satu kesatuan untuk
membolehkan manusia dalam melakukan aktiviti hidup seharian.

Di dalam buku Biografi Muhammad Bin Abdullah, strategi puji memuji turut
digunakan dalam bentuk fizikal. Berdasarkan contoh yang diberikan sebentar tadi, kita dapat
melihat bahasa puji memuji yang dilontarkan terhadap fizikal manusia. Fizikal manusia yang
disebutkan didalam penulisan buku ini adalah seperti di bahagaian anggota manusia seperti
gigi dan tangan.

8
iv) Berbentuk gelaran

Kita haruslah
saling bantu-
membantu

Kamu mempunyai
sikap yang baik kerana
memulangkan buku
saya yang hilang

Bil. Contoh yang terdapat didalam buku. Halaman


muka surat
1. Muhammad bin Abdullah tidak pernah berebut makanan di 33
rumah Abu Talib yang ramai anak. Tetapi kadang-kadang
makanan tidak mencukupi. Kerana tidak tahu berebut,
kadang-kadang Muhammad tidak dapat makan dan beliau
tidur dalam keadaan lapar. Akhirnya, Abu Talib perasan
hal ini. Beliau lalu mengkhususkan bahagian tertentu
untuk Muhammad. Selain darpada itu, Muhammad dari
kecil tidak pernah bercakap bohong. Bahkan Muhammad
terkenal dengan panggilan al-Amin iaitu yang jujur dan
yang benar.

2. Apabila mereka berjumpa Abu Talib, Abu Talib bersetuju. 46


Cuma jangan ambil anak sulungnya iaitu Uqail.
Muhammad mengambil Ali. Sejak kecil, Ali hidup di

9
rumah Muhammad. Dengan itu, Alitidak pernah sujud
kepada berhala. Oleh itu, Ali dipanggil karamallahu
wajhah iaitu yang dimuliakan wajahnya. Tuhan
memuliakan wajahnya daripada sujud kepada berhala.
3. Ini kali pertama Abu Bakar dipanggil al-Siddiq yang 103
bermaksud yang membenarkan. Inilah tempat Abu Bakar.
Tempat yang luar biasa dan tidak ada rasa ragu langsung
dengan Muhammad. Abu Bakar tidak mempersoalkan
langsung Muhammad, terus dia membenarkan
Muhammad. Quraisy menyangkal keyakinan Abu Bakar
itu.
4. Mereka berkata, “ Wahai Muhammad, kamu mengaku 61
kamu rasul, tunjukkanlah kepada kami mukjizat iaitu
kelebihan yang luar biasa yang hanya ada pada seorang
nabi seperti nabi-nabi sebelum kamu supaya kami boleh
beriman dengan kamu.

Gelaran merupakan suatu kata awalan atau akhiran yang ditambah kepada nama
seseorang sama ada menandakan darjah kebesaran atau kedudukan seseorang secara rasmi
tidak kira ia adalah kelayakan profesional atau akademik. Dalam sesetengah bahasa, gelaran
boleh diletak di antara nama pertama atau akhir.

Di dalam masyarakat Islam, terdapat beberapa gelaran mulia yang biasanya dipakai
untuk menghormati golongan yang berilmu , berakhlak mulia dan baik hubungannya dengan
Allah dan bergitu juga sesama makhluk.Golongan-golongan seperti Rasul, Nabi, para wali dan
alim ulama mendapat keutamaan untuk mendapat gelaran ini. Ada pendapat mengatakan
bahawa gelaran yang lazim berada di belakang nama adalah doa untuk golongan-golongan
tersebut. Manakala gelaran yang lazim berada di hadapan nama adalah tidak lain untuk
memberi penghormatan kepada golongan tersebut.

Melalui penulisan didalam buku Biografi Muhammad Bin Abdullah , terdapat beberapa
gelaran yang telah diberi dan digelar. Gelaran yang diberi ini bukanlah diberi oleh diri sendiri,
tetapi gelaran ini adalah satu panggilan atau gelaran yang diberikan oleh orang lain terhadap
diri sendiri. Gelaran-gelaran ini diberi adalah disebabkan dengan perwatakan yang kita bawa

10
dan sikap positif yang dapat menjadi contoh kepada orang lain. Sesuatu perkataan yang digelar
adalah satu perkataan yang mempunyai sebutan yang berbeza dengan maksud asalnya.
Misalnya seperti gelaran al-Amin yang bermaksud jujur dan benar. Ia mempunyai perkataan
dan sebutan yang berbeza , tetapi maknanya adalah sama.

v) Berbentuk Unsur Alam

Bil. Contoh yang terdapat didalam buku. Halaman


muka surat
1. Al-Barra pernah ditanya, “Apakah wajah beliau seperti 69
pedang?” Dia menjawab, “Tidak, tetapi wajah beliau seperti
rembulan. Dalam suatu riwayat disebutkan, “Wajahnya
bulat.”

11
2. Ar-Rubayyi bin Mu’awwidz berkata, “Saat melihat beliau 73
seakan-akan aku sedang melihat matahari yang sedang
terbit.”

3. Jabir bin Samurah berkata, “Aku pernah melihat beliau pada 70


suatu malam yang cerah tanpa ada mendung. Aku memandang
wajah Muhammad lalu aku terus memandang rembulan.
Ternyata menurut penglihatanku beliau lebih indah daripada
rembulan.”

12
4. Ka’ab bin Malik berkata, “Jika sedang gembira, wajah beliau 65
berkilau, seakan-akan wajah beliau adalah rembulan yang
penuh cahaya.

5. Abu Hurairah berkata, “Tidak pernah kulihat sesuatu lebih 81


baik daripada diri Rasulullah. Sekan-akan matahari
berjalan di wajahnya dan tidak pernah kulihat seseorang
yang jalannya lebih cepat daripada Rasulullah. Seakan-akan
tanah menjadi landai bagi beliau.

6. Hind bin Abi Halah berkata: “Rasulullah SAW mulia dan 81


dimuliakan. Mukanya bersinar seperti bulan purnama

Strategi bahasa puji memuji berbentuk unsur alam ini adalah satu Bahasa pujian yang
menggunakan unsur alam. Unsur alam ini adalah tergolong daripada pohon, tumbuh-
tumbuhan, laut, gunung dan sungai, peredaran masa dan cuaca. Perlambangan atau gambaran
berunsur alam yang terdapat didalam penulisan buku biografi Muhammad Bin Abdullah ini
adalah gambaran atau satu bentuk pujian yang lebih berbentuk kepada unsur alam. Di mana,
masyarakat pada ketika itu apabila melihat Muhammad, mereka telah memberi persamaan
terhadap diri beliau dengan unsur alam yang indah. Hal ini adalah bertujuan untuk
menunjukkan bahawa diri beliau yang begitu indah dan mempunyai darjat yang tinggi di sisi
masyarakat.

Penulis menggunakan motif strategi bahasa puji memuji berbentuk unsur alam ini
adalah bertujuan untuk menunjukkan kepada khalayak yang membaca yang membaca
penulisannya tentang keindahan yang terdapat pada baginda Rasullah. Penulis telah
menyatakan tentang beberapa gambaran diri Rasullah dengan unsur-unsur alam yang begitu
indah seperti rembulan yang menjadi pujaan kepada setiap individu.

13
vi) Berbentuk Flora
Comelnya muka
awak seperti bunga
di kepala awak

Bil. Contoh yang terdapat didalam buku. Halaman


muka surat
1. Jika sedang marah, muka beliau merah, seakan-akan 69
kedua tulang pipinya terbelah seperti buah delima.

2. Abu Juhaifah berkata, “Aku pernah memegang tangan 68


beliau lalu aku letakkan di wajahku. Ternyata tangan
beliau lebih dingin daripada ais dan lebih harum
daripada aroma minyak kasturi.”

3. Anas berkata, “Aku tidak pernah menyentuh kain sutera 68


yang lebih halus daripada telapak tangan Nabi. Aku tidak
pernah mencium suatu aroma minyak kasturi atau
bau apapun yang lebih harum daripada aroma dan
bau Rasulullah”.

Flora mempunyai dua maksud. Maksud pertama merujuk kepada "semua tumbuhan
yang hidup di dalam sesuatu kawasan atau zaman", khususnya tumbuhan yang asli. Maksud
kedua merujuk kepada "buku atau karya" yang memerihalkan spesies tumbuhan yang terdapat
di dalam sesuatu kawasan atau zaman bagi tujuan pengenalpastian.

14
Melalui penulisan di dalam buku Biografi Muhammad Bin Abdullah, turut
menggunakan strategi bahasa puji memiju berbentuk flora. Strategi bahasa puji memuji
berbentuk flora ini merupakan satu bentuk pujian yang telah melibatkan manusia dengan flora
iaitu tumbuh-tumbuhan dan sebagainya. Sebagai contohnya, masyarakat telah menggambarkan
dengan memberi pujian kepada baginda Rasulullah dengan menggambarkan dirinya seindah
flora yang memberi haruman yang sangat wangi.

v) Berbentuk memuliakan

Ya Allah yang
maha pengasih lagi
penyayang

Bil. Contoh yang terdapat didalam buku. Halaman


muka surat
1. Muhammad tidak menerima tawaran itu kerana urusan 107
Allah. Akhirnya dia dan kaumnya tidak jadi masuk islam.
Apabila suku Soksoah ulang, mereka menceritakan
peristiwa itu kepada seorang syeikh, oreang tua di
kalangan mereka yang menjadi tempat rujuk mereka.
Syeikh ini berkata, “kamu lepaskan sesuatu perkara
yang sangat besar, tiada gantinya (merujuk kepada
agama Islam). Adakah kamu tidak tahu, ini zaman
kehadiran seorang nabi daripada suku Ismail. Setakat ini,
belum ada lagi orang daripada suku Ismail mengaku nabi.
Kenapa kamu semua tidak menerima dakwahnya.
2. Muhammad berdoa dan mengadu kepada Tuhan, “Wahai 91
Allah kepadamu aku mengadu kelemanhanku, kekurangan

15
dan kehinaanku daripada manusia. Wahai Tuhan Yang
Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, engkaulah Tuhan
orang-orang yang lemah dan engkaulah Tuhanku.
3. Musa berkata, “Suku Israel diperintahkan kurang daripada 101
itu tetapi mereka tidak mampu laksanakan. Mintalah Allah
ringankan lagi.” Kerana belas kasihan dan kasih pada
umatnya Muhammad meminta Allah meringankan
sehinggalah menjadi lima waktu sehari semalam.
Walaupun hanya lima kali perlaksanaanya, tetapi Allah
tetap memberi pahala menyamai 50 kali.

Strategi bahasa puji memuji berbentuk memuliakan ialah dimana seperti yang terdapat
di dalam buku ini merujuk kepada pujian yang diberikan terhadap agama Islam dan juga segala
puji-puji yang diberikan kepada Allah SWT. Strategi puji memuji ini berbentuk memuliakan
ini selalu digunakan untuk mengambarkan pujian terhadap sesuatu agama dan juga kepada
tuhan. Hal ini kerana pujian ini diberikan untuk menghargai kebesaran sesuau agama dimana
di dalam buku ini agama yang disebut oleh penulis ialah agama Islam dan strategi bahasa puji
memuji memuliakan ini juga digunakan untuk memuji Allah SWT seperti digabarkan di dalam
buku ini.

VI) Berbentuk Sindiran


Cantik baju kamu hari
ini, kamu beli di
bundle ke… hehe.

16
Bil. Contoh yang terdapat didalam buku. Halaman
muka surat
1. Utbah dan Syabiyah berkata kepada Adas, “Tidak payah 90
kamu susah-susah dengan agamanya. Agama kamu lebih
baik daripada agamanya.”
2. Hercules membuat enyataan luar biasa. Katanya, 316
“Kalaulah benar apa yang kamu sebut tadi dia akan
menguasi tempat aku berdiri ini. Dia memerintah sehingga
pemerintahanya tiba ke tempat ini. Sudah ada dalam
pengetahuanku seorang nabi akan keluar, tetapi aku tidak
menyangka daripada kalangan kamu. Kalau aku
menyakininya, aku akan berjalan kepadanya dan aku
sudah berada di sisinya aku akan membasuh kakinya.”

Strategi Bahasa puji memuji berbentuk sindiran merupakan salah satu pujian yang tidak
berbentuk baik dan puji memuji bentuk sindiran ini selalunya digunakan oleh orang yang
berhati tidak baik. Pujian ini juga dikenali sebagai backhanded compliment atau ‘asteisme’.
Mengikut kajian psikologi, orang yang suka melontarkan stetegi bahasa puji memuji berbentuk
sindiran ini berkeperibadian pasif agresif. Orang yang selalunya seperti ini luaranya nampak
baik namun didalam diri mereka tersimpan sikap backhanded compliment yang menujukkan
sikap sebenar seseorang itu. Stategi bahasa ouji memuji berbentik sindiran ini sememangya
tidak elok dan banyak unsur negatif dan boleh menjatuhkan maruah seseorang tanpa orang itu
menyedari, sikap seperti ini tidak seharusnya digunakan di dalam masyarakat kita pada zaman
sekarang.

Melalui strategi puji memuji berbentuk sindiran ini dapat dilihat didalam penulisan
buku Biografi Muhammad Bin Abdullah. Di dalam buku telah menyenaraikan beberapa
perbuatan yang negatif dimanana terdapat beberapa kaum yang memuji sikap nabi Muhammad
namun memujinya dengan niat menyindir dan termasuk juga raja Rom iaitu Hercules yang
memandang rendah terhadap nabi Muhammad.

17
4.0 Penutup

Secara keseluruhannya, penulis menggunakan strategi bahasa puji memuji adalah


bertujuan untuk memberi pengetahuan kepada khalayak yang membaca penulisan tersebut
mengetahuan bentuk-bentuk strategi bahasa puji memuji. Dengan menggunakan strategi
bahasa puji memuji ini telah menyebabkan khayalak yang membaca penulisannya akan secara
tidak langsung dapat mengetahui bentuk-bentuk strategi bahasa puji memuji ini. Di dalam
buku Biografi Muhammad Bin Abdullah , terdapat beberapa bentuk atau unsur penulisan
strategi bahasa puji memuji yang telah digunakan. Sebagai contoh, bentuk perbuatan, sifat ,
berunsurkan alam dan sebagainya. Hal ini secara tidak langsung, penulis dapat menunjukkan
bahawa sesuatu bentuk puji memuji ini tidaklah terhad kepada sesuatu perkara seperti gelaran
atau dengan kata, malah apabila kita membaca penulisannya didalam buku Biografi
Muhammad Bin Abdullah ini, penulis telah menunjukkan bahawa cara puji memuji ini
memiliki banyak cara dan bentuk.

18
Rujukan

Zulkifli Mohd. Yusoff dan Noor Naemah Abd. Rahman. (2017). Biografi Muhammd Bin
Abdullah, Perjalanan Hidup Seorang Nabi, PTS Islamika Sdn. Bhd, Selangor.

19
LAMPIRAN

20

You might also like