You are on page 1of 1

Faktor yang Menarik Minat British ke India

Revolusi Perindustrian yang pesat membangun di Britain telah menjadikan India


sebagai sebuah negara yang penting kepada British. Hal ini kerana India berpeluang untuk
menjadi pembekal utama bahan mentah kepada British kerana terdapat banyak bahan mentah
yang berharga kepada british seperti teh, kopi, kapas dan sebagainya. Penduduk India yang
ramai iaitu sebanyak 300 juta orang juga merupakan pasaran yang berpotensi besar untuk
menjadi pengguna kepada barangan buatan British

Dari segi perdagangan pula, (SHTI) Syarikat Hindia Timur menubuhkan pusat
pelabuhan mereka di Bombay, Madras dan Calcutta. Pada mulanya, tujuan utama British
adalah untuk memonopoli kedudukan perdagangan di India. Kemudian, British dapat
merasakan bahawa perdagangan bebas akan membuatkan India menjadi pusat kepada pasaran
untuk barangan British dan sumber bahan mentah. Kapitalis British yang melabur di India juga
dapat menikmati keistimewaan dari segi perkerjaan yang menarik dan menguntungkan
sebahagian besar kelas menegah British. Hal ini menyebabkan minat British kepada India
semakin mendalam.

Selain itu, India meningkat naik menjadi sesuatu yang berharga kepada British selepas
mereka mula membina jalan kereta api di sana. Hal ini kerana jalan kereta api dapat membawa
barang-barang mentah dari kawasan pedalaman menuju ke kawasan pelabuhan. Kemudahan
pengangkutan secara tidak langsung merangsang aktiviti ekonomi sesuatu tempat. Situasi ini
menjadikan British tidak dapat melepaskan cengkaman mereka terhadap India. Kebanyakan
bahan mentah di India merupakan hasil pertanian. Contoh hasil pertanian adalah seperti teh,
kopi, kapas dan sebagainya. Keuntungan yang diperolehi oleh British telah mengubah sebuah
syarikat perdagangan SHTI kepada sebuah badan penguasa yang menguasai sebahagian besar
wilayah di India.

Maka jelaslah bahawa, revolusi perindustrian merupakan faktor utama yang menarik
minat British ke india dan seterusnya faktor lain adalah dari segi perdagangan diamana terdapat
tiga pelabuhan utama yang ditubuhkan oleh SHTI iaitu di Bombay, Madras dan Culcutta,
pelabuhan-pelabuhan ini telah banyak menguntungkan pihak British. Selain itu jalan kereta api
yang terdapat di india juga merupakan salah satu daripada faktor penarik kepada British kerana
mereka dapat membawa bahan mentah ke pelabuhan dengan lebih mudah.

You might also like