You are on page 1of 3

1.

0 LATAR BELAKANG TOKOH

Nama sebenar beliau ialah Abu Hamid bin Muhammad At-Tusi al-Ghazali. Beliau
dilahirkan di Tusia, sebuah kota yang terletak di Khurasan pada tahun 450 Hijrah bersamaan
1058 Masihi. Gelaran "Al-Ghazali" diambil bersempena dengan gelaran bapanya yang
bekerja sebagai pemintal bulu kambing (al-Ghazzal) dan ada yang mengatakan mengambil
sempena nama kampung kelahirannya, Ghazalah.

Bapanya bekerja sebagai penenun pakaian daripada bulu dan menjualnya di Pasar Tusia
dan merupakan seorang yang warak. Biarpun bapanya hanya seorang yang miskin dan
bekerja sebagai penenun kain bulu, namun beliau amat mencintai ilmu pengetahuan. Bapanya
selalu mengunjungi rumah para ulama untuk mendalami ilmu pengetahuan. Beliau selalu
berdoa agar dikurniakan seorang anak yang soleh dan alim. Bapanya sempat berwasiat
kepada salah seorang sahabat setianya yang merupakan seorang ahli tasawuf yang terkenal
agar mendidik dan mengasuh Imam Al-Ghazali dan saudaranya, Ahmad. Pesan bapanya,
“Sungguh saya menyesal tidak belajar khat (tulis menulis Arab) dan saya ingin memperbaiki
apa yang telah saya alami pada kedua anak saya ini. Maka saya mohon engkau mengajarinya,
dan harta yang saya tinggalkan boleh dihabiskan untuk keduanya.”

Al-Ghazali telah merantau ke serata tempat untuk mempelajari pelbagai ilmu daripada
ramai guru seperti Imam al-Radzakani, Imam al-Abi Nash al-Isma’ili dan Imam al-Haramain
Abu Ma’ au al-Juwaini. Bapanya merupakan seorang ahli Sufi yang sangat warak. Bapanya
mempunyai cita-cita yang tinggi iaitu ingin melihat anaknya menjadi orang alim dan soleh.
Al-Ghazali adalah seorang ulama, ahli fikir dan ahli falsafah Islam yang terkemuka hingga
kini. Beliau seorang yang tekun dalam menuntut dan mendalami ilmu pengetahuan sehingga
berjaya menguasai pelbagai cabang ilmu seperti usuluddin, usul fiqh, mantik, membaca
hikmah dan yang paling terkenal ialah bidang falsafah. Beliau banyak memberi sumbangan
dalam bidang penulisan dan menyusun kitab-kitab dari pelbagai aspek ilmu yang telah
dipelajari, antaranya kitab yang dihasilkan ialah Ihya’ Ulumuddin, Kimya al-Saadah,
Maqasid al-Falasifah dan al-Mushtasfa mim ‘Ilm al-Ushul. Segala hasil-hasil tulisan beliau
telah mempengaruhi ahli fikir Islam selepasnya, seperti Jalaluddin ar-Rumi, Syeikh Al-
Ashraf, Ibnu Rusyd dan Syah Waliyullah.
2.0 PENGENALAN TERAPI

Teori Kaunseling Imam Al-Ghazali muncul atas dasar sifat – sifat manusia. Kedatangan
teori Imam Al- Ghazali sekali lagi memberi impak yang positif kepada kaunseling menurut
perpektif Islam. Teori Kaunseling Imam Al-Ghazali tidak banyak menggunakan haiwan
ataupun manusia sebagai role-model dalam mengaplikasikan teori yang dicipta oleh beliau.
Bagi teknik kaunseling islam yang betul iaitu hikmah, nasihat yang baik, perbincangan yang
baik, taqwa, taubat, tafakur, mengerjakan solat dan berdoa. Buku ataupun hujah – hujah yang
di keluarkan oleh Imam al-Ghazali banyak terdapat dalam kitab ihyak ululmuddin. Dalam
masa yang sama pendekatan Imam al- Ghazali banyak diguna pakai dalam bidang ilmu
tasawwuf.

Konsep manusia menurut Imam Ghazali dapat dikaji dari segi unsur kerohanian yang
terdiri daripada qalb, roh, nafs dan ‘aql. Manusia yang diciptakan Allah s.w.t memiliki unsur-
unsur rohaniah iaitu qalb, roh, nafs, dan ‘aql. Imam Al-Ghazali menegaskan bahawa manusia
adalah makhluk yang kompleks, kebendaan, sayangkan kehidupan dan kepandaian manusia
suka memuaskan estetika dan benda-benda yang cantik, di samping itu manusia mempunyai
roh Ilahi yang bertentangan dengan nafsu itu. Manakala dalam bukunya Kimyatus Sa’adah
menerangkan bahawa manusia yang menentang hukum-hukum Allah s.w.t adalah akibat
tiadanya pengetahuan dan kegagalan memahami erti kehidupan.

Imam Al-Ghazali menegaskan bahawa manusia memang berkebolehan untuk mencapai


taraf malaikat dengan suluhan ilmu dan boleh juga jatuh tersungkur lebih rendah dari taraf
haiwan jika terpengaruh dengan kemewahan dan kemarahan. Malah beliau menekankan
kepentingan ilmu dalam membantu memberi kesedaran tentang hakikat dirinya yang tinggi,
suci dan murni. Di samping itu Al-Ghazali turut membicarakan tentang pelbagai sifat
manusia di dalam kitab Ihya’ iaitu sifat jahat, sifat haiwan, sifat syaitan dan sifat malaikat.
Keempat-empat sifat ini memang ada pada jiwa manusia. Tindakan yang mulia menyucikan
serta membawa nur pada jiwa sementara tindakan jahat dan membawa dosa mengotorkan
jiwa sehingga hilang nurnya. Jesteru, huraian Imam Al-Ghazali cukup jelas bahawa manusia
memang ada kecenderungan untuk meningkatkan hakikat dirinya yang suci bersih. Namun
manusia juga akan terjerumus ke lembah yang lebih rendah dari haiwan. Ilmu dan tindakan
yang mulia adalah penting untuk menyucikan diri manusia.
Imam al-Ghazali menggariskan tingkahlaku manusia berasaskan kepada surah Al-Hujurat
ayat

Al-Ghazali merupakan tokoh yang memperkenalkan kajian tentang pemikiran manusia atau
kajian tentang tingkah laku. Hanya selepas lima abad kemudian seorang professor dari
Jerman yang bernama Rodold J. Clenues yang menggunakan terminalogi ( psikologi ) dalam
kajian tentang pemikiran manusia. Imam al-Ghazali mempunyai sumbsangn yang besar
dalam pembangunan modal insan dalam kalangan jiwa umat manusia baik pada zaman belaiu
mahupun pada zaman moden ini. Pelbagai kaedah telah diperkenalkan serta dijelaskan
dengan begitu mendalam tentang ilmu-ilmu agama yang bersangkutan dengan bidang
Psikologi dan kaunseling.

Antara sumbangan-sumbangan beliau dalam perkembangan kaunseling Islam


termasuklah penerangan mengenai jiwa manusia, nafsu, akal, roh, bagaimana manusia
menjadikan hidupnya tenteram dan sebagainya. Jika dilihat kepada perbezaan pendekatan
teori yang dilaksanakan dalam kaunseling antara Imam al-Ghazali dengan tokoh-tokoh Barat,
secara jelas dapat ditentukan bahawa teori yang di bawa oleh Imam al-Ghazali merupakan
teori yang terbaik kerana berpandukan kepada dua sumber utama dalam Islam, al-Quran dan
al-Hadith.

You might also like