You are on page 1of 21

PK 6333 THEORY AND PROCESS VOCATIONAL COUNSELLING

TEORI

PEMILIHAN KERJAYA ANNE ROE

(Quotes By Anne Roe )

1
PK 6333 THEORY AND PROCESS VOCATIONAL COUNSELLING

TEORI

PEMILIHAN KERJAYA ANNE ROE

OLEH : ANNE ROE

PENGENALAN

LATAR BELAKANG ANNE ROE

Nama Pengasas Teori Pemilihan kerjaya : Anne Roe

Bidang psikologi : Psikologi Klinikal

Teori yang diasaskan : Teori pemilihan kerjaya Anne Roe

Tarikh Lahir : 1904

Tempat lahir : Denver , Colorado

Anne Roe dilahirkan di Denver, Colorado pada tahun 1904. Beliau merupakan anak kedua
daripada empat orang adik beradik dan banyak menjalankan kerja di rumah sebelum beliau
mendapatkan peluang pekerjaan yang sesuai. Ibu dan bapa Anne Roe bukanlah dalam
kalangan ibu bapa yang hidup mewah mereka sentiasa berusaha mengukuhkan kewangan dari

2
PK 6333 THEORY AND PROCESS VOCATIONAL COUNSELLING

semasa ke semasa. Anne Roe telah melanjutkan pelajaran di peringkat Sarjana psikologi
pendidikan di universiti Denver. Walaupun Anne Roe sangat diperlukan oleh keluarganya di
rumah namun ibu dan bapanya sangat memberikan galakan kepadanya untuk melanjutkan
pelajaran ke peringkat yang tertinggi. Sokongan ibu bapa Anne Roe sangat kuat dan hal ini
menyumbang kepada peningkatan motivasi Anne Roe sendiri.

Individu yang sangat berpengaruh dalam membentuk kekuatan Anne Roe ialah
abangnya. Pada usia empat tahun Anne Roe telah dibawa pulang oleh jirannya iaitu George
Gaylord Simpson. Oleh hal yang demikian bermulalah pembentukan persahabatan yang sangat
akrab sehingga keperingkat kolej dan akhirnya telah berkahwin.

Anne Roe merupakan isteri kepada seorang ahli paleontologi. Beliau masih berfungsi
dalam banyak peranan. Anne Roe mempunyai empat orang anak perempuan. Dua anak
perempuan Anne Roe telah mempunyai Ph.d (doktor falsafah), seorang lagi anak
perempuannya telah meninggal dunia sebelum memperoleh ijazah dalam bidang sains
perpustakaan dan anak keempat Anne Roe merupakan seorang penulis, penyair dan ahli
sejarah.

Sebelum Anne roe melanjutkan pelajaran di Universiti Denver beliau ingin menjadi guru
Bahasa inggeris. Namun begitu beliau telah berjumpa dengan seorang ahli psikologi bernama
Thomas Garth. Thomas menawarkan kepada Anne roe untuk melanjutkan ijazah sarjana di
Universiti Denver.Anne Roe juga melanjutkan pelajaran ke peringkat Doktor Falsafah dalam
bidang psikologi.

Semasa perang dunia kedua, suami Anne Roe merupakan tentera dan gaji beliau sangat
rendah. Oleh hal yang demikian sumbangan Anne Roe dalam kewangan adalah sangat penting.
Anne Roe pernah mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 1972 oleh
bahagian psikologi klinikal persatuan psikologi klinikal. Beliau pernah menjadi profesor emiritus
di Universiti Harvard dan dianugerahkan sebagai profesor penuh pada tahun 1963.

Beliau telah menjalankan banyak kajian. Contoh kajian ialah kajian kefungsia intelektual
dalam kalangan orang dewasa, kecelaruan mental tingkah laku bayi baru lahir, kesan
pengambilan alkohol dan banyak lagi.

3
PK 6333 THEORY AND PROCESS VOCATIONAL COUNSELLING

Antara tajuk beliau adalah penyelidik, ibu, guru dan pentadbir. Fokus utama kerja beliau
telah merangkumkan kajian fungsi intelektual di kalangan orang dewasa normal, aphasic dan
bercelaru mental, tingkah laku bayi yang baru lahir, status anak angkat dari latar belakang yang
berbeza, kesan pengambilan alkohol, personaliti artis dan ahli-ahli sains, psikologi pekerjaan
dan kreativiti, dan hubungan antara tingkah laku dan evolusi serta juga antara pengalaman
awal dan corak kerjaya. Anne Roe juga merupakan pengasas kepada Teori pemilihan kerjaya
yang lebih memfokuskan berkaitan gaya asuhan ibu bapa mempengaruhi pemilihan kerjaya dan
personaliti individu. Pada tahun 1980, dia mengalami masalah jantung yang tidak baik dan
terpaksa membantutkan usaha kerjaya profesionalnya ke arah yang tertinggi. Anne Roe telah
meninggal dunia pada tahun 1991 akibat komplikasi jantung.

LATAR BELAKANG TEORI

Teori ini merupakan salah satu teori pemilihan kerjaya.Teori ini telah diasaskan oleh salah
seorang pengamal psikologi wanita iaitu Anne Roe. Anne Roe telah mengintegrasikan teori
personaliti dengan klasifikasi sesebuah pekerjaan. Anne Roe merupakan ahli psikologi wanita
yang cuba memasukkan berkaitan elemen kekeluarga dalam membentuk dan mengasaskan
teori ini. Teori anne Teori anne Roe ini banyak menyentuh berkaitan peranan keluarga dalam
menentukan personaliti dan kerjaya seseorang individu.Teori pemilihan kerjaya Anne Roe
merupakan sebuah teori yang memfokuskan kepada dua bahagian iaitu personaliti dan
klasifikasi pekerjaan yang bertujuan untuk mengetahui hubungan semua bidang kerjaya dengan
latar belakang keluarga dan pengalaman layanan ibu bapa semasa bersama kanak-kanak.

Anne Roe menyatakan pengalaman awal pada zaman kanak-kanak di rumah bersama kedua
orang tua mereka iaitu ibu bapa meruapakan asas kepada pembentukan sikap dan juga
personaliti termasuklah di dalam pemilihan sesebuah kerjaya. Kanak-kanak sebenarnya telah
menjadikan peranan dan tingkah laku ibu bapa sebagai model ataupun contoh peranan dan
tauladan. Oleh itu, hal ini menyatakan bahawa pengalaman-pengalaman yang berhubungkait
dengan zaman masa yang lepas bersama orang lain merupakan sesuatu yang signifikan dan
penting kerana ianya dianggap sebagai sebuah asas dan elemen yang penting dalam
mempengaruhi pemilihan kerjaya dalam diri individu. Anne Roe menyatakan spekulasi bahawa
sebuah interaksi dan gaya layanan yang dibentuk oleh ibu bapa yang diterima oleh diri individu
merupakan elemen yang penting dalam membantu individu dalam menentukan pemilihan
kerjaya. Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Anne Roe sendiri, Anne Roe telah

4
PK 6333 THEORY AND PROCESS VOCATIONAL COUNSELLING

mengenalpasti bahawa ahli seni lukis sebenarnya mempunyai beberapa tret personaliti tertentu
iaitu pasif, sensitif dan mempunyai tahap intelektual yang tinggi dan unik. Menurut Anne Roe
lagi di dalam Brown dan Brook, 1984 beliau telah mengenalpasti bahawa:

 Seseorang individu sebenarnya boleh dikelompokkan kepada pelbagai jenis personaliti


tertentu.
 Terdapat beberapa kerjaya tertentu yang sesuai dengan jenis personaliti yang ada
dalam diri individu.

Oleh hal yang demikian, semua individu yang berada di dunia ini sememangnya mempunyai
personaliti yang unik dan boleh bekerja dalam beberapa jenis pekerjaan Kedua-dua penryataan
ini merupakan penekanan yang sangat penting dalam teori ini dan merupakan asas yang perlu
dipraktikkan dalam teori ini.

Anne Roe (1956) telah memberikan penekanan bahawa pengalaman pada awal masa
kanak-kanak yang memainkan peranan penting dalam pencapian kepuasa dalam bidang yang
telah dipilih oleh seseorang individu. Pemfokusan dan penelitian telah menginvestigasikan
bagaimana sesuatu pola asuhan kedua orang tua ( parental styles) yang telah mempengaruhhi
hierarki keperluan anak-anak, dan bagaimana hubungan antara keprluan ini dengan gaya hidup
masa zaman dewasa seseorang individu. Anne Roe dalam memperkembangkan teori beliau dia
telah menggunakan pendekatan teori Maslow tentang hierarki keperluan manusia sebagai asas
ataupun dasar kepada pembentukan teori beliau. Struktur keperluan teori seseorang individu
berdasarkan apa yang ditekankan oleh anne Roe sangat dipengaruhi oleh frustasi dan kepuasa
pada zaman awal masa kanak-kanak. Misalnya jika seseorang individu mengimpikan sebuah
pekerjaan yang lebih tertumpu kepada skop kontek pekerjaan yang melibatkan manusia
(person Oriented) adalah mereka didorong oleh sebuah keperluan yang sangat kuat untuk
mendapatkan kasih sayang dan mendapatkan pengakuan sebagai anggota sesebuah kelompok.
Mereka memilih jenis pekerjaan yang melibatkan non-person oriented yang akan memenuhi
keperluan ataupun needs yang akan menyebabkan individu berasa aman semasa berada pada
kedudukan yang lebih rendah.

Teori Anne Roe juga biasanya dikenali sebagai “ a need theory approach to career
choice”, teori pemilihan kerjaya berdasarkan pendekatan keperluan . Berdasarkan Osipow 1983

5
PK 6333 THEORY AND PROCESS VOCATIONAL COUNSELLING

menyatakan bahawa teori ini mempunyai dua bahagian utama iaitu person centered dan tidak
memusatkan manusia.

HIERARKI PEMILIHAN KERJAYA ABRAHAM MASLOW

Hierarki pemilihan kerjaya Abraham Maslow merupakan antara teori asas yang digunakan oleh
Anne Roe sebagai dasar ataupun tapak kepada pembentukan teori pemilihan kerjaya anne Roe
ini. Keperluan individu sebenarnya dapat memberikan pengaruh yang major dalam pemilihan
kerjaya individu berkenaan. Dalam hal ini Anne Roe menyatakan bahawa teori keperluan yang
dikemukakan oleh Abraham Maslow merupakan pendekatan asas dalam pembentukan teori ini.
Secara hierarki Maslow menyebutkan terdapat lapan motif dan peringkat dalam keperluan
individu. Berikut merupakan lapan hierarki Maslow dalam diri individu iaitu :

Jadual : Hierarki keperluan Maslow

Lapan bahagian tersebut ialah :

a) Keperluaan fizikal (physiologcal needs)


b) Keperluan keselamatan (safety needs)
c) Keperluan kasih sayang dan dicintai (Needs for belongingness and love)
d) Keperluan penghargaan kendiri (self esteem needs)

6
PK 6333 THEORY AND PROCESS VOCATIONAL COUNSELLING

e) Keperluan pengetahuan dan pemahaman (Need and know understand)


f) Keperluan estetika (Aesthetic needs)
g) Keperluan aktualisasi diri ( Self actualization )
h) Keperluan hubungan dengan kuasa (Transcendence)

Hierarki keperluan maslow ini sebenarnya lazim digambarkan sebagai segi tiga piramid yang
mana menunjukkan keperluan yang paling asas ialah memiliki ruang yang paling luas sehingga
keperlua yang paling kecil. Terdapat keperluan yang mudah untuk dipenuhi danada yang
tertunda dan setiap keperluan ini tidak dapat dipenuhkan sekali gus.

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN KERJAYA

Berikut merupakan tiga (3) faktor yang ditekankan dalam teori kerjaya yang diasaskan oleh
pakar psikologi kerjaya Anne Roe :

FAKTOR MEMPENGARUHI
PEMILIHAN KERJAYA ANNE ROE

LATAR BELAKANG PENGARUH TENAGA PENGARUH GENETIK


GENETIK PSIKIK DAN HIERARKI
KEPERLUAN

Teori pemilihan kerjaya Anne roe ini telah menggariskan tiga faktor yang dianggap penting
dalam pembangunan teori ini. Faktor-faktor termasuklah faktor latar belakang genetik,
pengaruh tenaga psikik, dan faktor pengaruh genetik dan hierarki keperluan. Di bawah ini
merupakan huraian dan perincian berkenaan faktor pemilihan kerjaya anne Roe :

7
PK 6333 THEORY AND PROCESS VOCATIONAL COUNSELLING

Latar belakang genetik

Sebenarnya latar belakang genetik ini memberikanb pengaruh ke atas pembentukan minat,
sikap, kecerdasan dan personaliti serta ciri keperibadian dalam didi individu. Pembentukan
kesemua elemen dalam pengaruh genetik ini sebenarnya akan mempengaruhi pemilihan
kerjaya seseorang. Faktor genetik ini juga dapat mempengaruhi sifat fizikial individu misalnya
seperti ketinggian , kecantikan, dan kecacatan seseorang individu. Sebagai contoh individu
yang tidak mempunyai ketinggian yang tertentu sudah tentu tidak boleh menjadi polis dan
peragawati. Individu yang rabun warna pula tidak boleh menjadi seorang pakar dalam bidang
sains kimia. Teori anne Roe mempunyai kepercayaan bahwa faktor pewarisan dan biologi
amat penting dalam menentukan kerjaya seseorang individu.

Pengaruh tenaga psikik

Perkembangan dalaman diri individu seseorang sebenarnya ditentukan oleh ke arah mana
tenaga psikik ini diperkembangkan sama ada ianya berada di luar kawalan ataupun tanpa
sedar. Arah perkembangan ini pula terlebih dahulu telah ditentukan degan kepuasan dan
kekecewaan yang dialami oleh diri individu sejak bermula pada zaman kanak-kanak. Pada
zaman kanak-kanak keperluan yang menjadi asas dalam diri seseorang adalah untuk rasa
dimiliki dan hal ini akan kekal sebagai sebuah elemen tidak sedar dalam diri individu. Keperluan
tidak sedar inilah yang akan membentuk sebuah tenaga psikik dan akhirnya mempengaruhi
pemilihan kerjaya dalam diri individu.

Pengaruh genetik dan hierarki keperluan

Pengaruh dalam faktor genetik dan perkembangan hierarki keperluan sebenarnya


mempengaruhi pemilihan kerjaya seseorang individu. Keperluan individu misalnya yang telah
ditekankan oleh Abraham Maslow melalui pembentukan piramid hierarki peperluan manusia
sentiasa akan memberikan pengaruh dalam diri individu. Berikut merupakan keperluan yang
amat dititikberatkan oleh Abraham Maslow :

 Keperluan psikologikal
 Keselamatan
 Kasih sayang dan rasa ingin dicintai
 Penghargaan kendiri

8
PK 6333 THEORY AND PROCESS VOCATIONAL COUNSELLING

 Pencapaian kesempurnaan kendiri

Apabila sesebuah keperluan asas ini telah dipenuhi, keperluan yang lebih tinggi akan terbentuk
dan akan terus berkembang dan mengalami peningkatan sehingga mencapai keperluan yang
paling tinggii iaitu berada pada tahap pencapaian keperluan kendiri . Keperluan yang kuat ini
akan memenuhi sesuatu keperluan merupakan elemen sumber sumber motivasi yang sangat
kuat yang akan menggerakkan diri individu ke arah sesebuah kejayaan. Pengaruh genetik dan
perkembangan motivasi individu ini akan memberikan penentuan kesemua aspek perbezaan
dalam pencapaian kerjaya seseorang individu.

ANDAIAN ASAS TEORI PEMILIHAN KERJAYA ANNE ROE

Berdasarkan Brown dan Brook, (1984) menyatakan bahawa Anne Roe telah menekankan dan
menggariskan lima pernyataan dan andaian asas yang amat penting dalam teori pemilihan
kerjayanya. Andaian asas ini sebenarnya telah dihasilkan oleh Anne Roe berasaskan minat dan
juga keperluan individu. Berikut merupakan kelima-lima keperluan andaian asas yang menjadi
elemen penting dalam teori pemilihan kerjaya Anne Roe :

1. Pewarisan genetik seseorang individu sebenarnya dapatmenentukan had potensi dalam


perkembangan semua karakteristik dan ciri-ciri yang terdapat dalam diri individu tetapi
terdapat had perincian kawalan genetik serta sifat keterbatasan yang berbeza-beza
berdasarkan ciri yang berlainan.

2. Darjah dan hala perkembangan ciri yang diwarisi adalah dipengaruhi oleh pengalaman
yang dialami oleh diri individu tetapi juga oleh semua aspek latar belakang kebudayaan
dan kedudukan sosioekoniomi sesebuah keluarga.

3. Corak ataupun pattern dalam perkembangan minat, sikap dan pemboleh ubah
personaliti dalam diri inwdividu adalah berbeza dengan kawalan genetik yang secara
relatifnya agak kecil ataupun ianya tidak spesifik, pada asasnya ianya ditentukanoleh
pengalaman seseorang individu itu sendiri.

4. Corak sesebuah tenaga psikik yang terjadi dari konteks segi pengurusan perhatian ialah
penentu utama minat.

9
PK 6333 THEORY AND PROCESS VOCATIONAL COUNSELLING

5. Kekuatan kesemua keperluan-keprluan ini , kepuasan mereka dan juga sesebuah


organisasi mereka merupakan penentu utama darjah motivasi yang dinyatakan dalam
sesebuah bentuk pencapaian.

GAYA LAYANAN IBU BAPA

Anne Roe telah menggariskan tiga elemen penting dalam skop gaya layanan ibu bapa dalam
sesebuah institusi kekeluargaan. Setiap individu ini berkencerungan untuk mewarisi dan boleh
menyalurkan tenaga dalaman ke arah perkembangan kerjaya tertentu. Kecenderungan ini
sebenarnya banyak dipengaruhi oleh gaya layanan yang diterima oleh anak-anak daripada ibu
dan bapa mereka. Terdapat tiga elemen teknik asas gaya layanan ibu bapa semasa mereka
berinteraksi dengan anak-anak mereka. Berikut merupakan gaya layanan ibu bapa yang telah
digariskan oleh Anne Roe :

GAYA
LAYANAN
GAYA MENUMPU
LAYANAN
MESRA

GAYA
LAYANAN
DINGIN

GAYA LAYANAN IBU


BAPA

**Rajah 1 : Gaya Asuhan /Layanan ibu bapa

10
PK 6333 THEORY AND PROCESS VOCATIONAL COUNSELLING

GAYA LAYANAN DAN ASUHAN KEIBUBAPAAN

GAYA LAYANAN MESRA

Gaya layanan mesra dibahagikan kepada dua iaitu Mesra bersahaja dan Mesra pengasih.
Berikut meruppakan perincian bagi sub elemen mesra bersahaja dan mesra pengasih :

Mesra bersahaja

Ibu dan bapa yang mengamalkan gaya ini menunjukkan bahawa mereka memberikan kasih
sayang yang sederhana kepada anak-anak mereka. Fokus ibu bapa dalam gaya layanan mersa
bershaaja lebih memberikan perhatiab kepada anak-anak sekiranya terdapat keluangan masa
dankelapangan aktiviti. Ibu bapa sambil lewa, mempunyai peraturan teteapi tidak
dikuatkuasakan dan ditekankan. Peraturan yang wujud dalam keluarga juga tidak dilaksanakan
sepenuhnya.

Mesra Pengasih

Ibu bapa yang mengamalkan gaya ini sebenarnya memberikan kemesraan dan kasih sayang
kepada anak-anak mereka. Ibu bapa dalam mesra pengasih ini lebih cenderung untuk cuba
membantu anak-anak dalam menyelesaikan sesuatu masalah penting dan rumit. Ibu bapa juga
banyak memberikan pujian dan peneguhan serta kebebasan yang muhasabah kepada anak-
anak mereka.

GAYA LAYANAN DINGIN

Gaya layanan dingin juga dibahagikan kepada dua bahagian. Antara dua bahagian yang
ditekankan dalam gaya layanan dingin ini termasuklah gaya layanan dingin mengabai dan gaya
layanan dingin mengelak. Berikut adalah perincian dalam gaya layanan dingin:

11
PK 6333 THEORY AND PROCESS VOCATIONAL COUNSELLING

Dingin mengabai

Ibu dan bapa yang mengamalkan konsep gaya layanan dingin mengabai ini kurang memberikan
perhatian dan kasih syanag kepada anak-anak mereka. Mereka iaitu ibu bapa ini lebih suka
untuk fokus kepada penjaga fizikal yang agak minimum dan kerap tidak menepati janjo dengan
anak-anak mereka.

Dingin mengelak

Ibu bapa yang berada dalam gaya layanan ini sering mengamalkan gaya yang bersifat dingin,
tidak mengambil berat, selalu merendah-rendahkan kebolehan anak mereka sendriri dan
senantiasa menghina anak-anak.

GAYA LAYANAN MENUMPU

Gaya layanan menumpu yang ditekankan oleh Anne Roe ini juga dikategorikan kepada dua
elemen gaya layanan iaituterlampau melindungi dan terlampau menuntut. Berikut merupakan
dua perindian bagi gaya layanan menumpu :

Terlampau melindungi

Ibu bapa yang mengamalkan gaya layanan dan asuhan ini dapat memenuhi segala keperluan
fisiologikal anak-anak mereka. Ibu bapa amat memntingkan perhatian terhadap minat,
memanjakan anak-anak, memberikan kasih sayang kepada anak-anak, menjaga keselamatan
anak-anak, dan kurang memberikan kebebasan kepada nak-anak mereka.

Terlampau menuntut

Sebahagian ibu dan bapa yang mengamalkan gaya asuhan ataupun layanan terlampau
menuntut ini lazimnya akan menyediakan piawaian yang amat tinggi kepada anak-anak
mereka. Ibu bapa dalam gaya asuhan ini akan menyediakan peraturan yang wajib dipatuhi
oeleh anak-anak. Peraturan yang dibuat sangat keras, tegas dan anak-anak pula tidak boleh
membantah ataupun memberikan sebarang jenis pendapat kepada ibu bapa yang
mengamalkan gaya asuhan seperti ini. Ibu bapa dalam gaya asuhan ini meniginkan anak-nak
mereka dapat melibatkan diri dalam aktiviti yang amat berguna dalam diri mereka. Ibu bapa

12
PK 6333 THEORY AND PROCESS VOCATIONAL COUNSELLING

dalam gaya asuhan ini juga sering memberikan denda kepada anak-anak dan sangat
membatasi pergaulan sosial dan bebas anak-anak mereka.

Hipotesis Teori pemilihan kerjaya Anne Roe

Gaya layanan keibubapaan yang ditekankan oleh Anne Roe ini trlsh mrngrmuksksn lims
hipotrsis awal yang cuba dihubungkait antara gaya asuhan dengan pembbentukan orientasi dan
seterusnya pemilihan kerjaya terhadap anak-anak. Berikut merupakan lima hipotesis yang telah
digariskjan oleh Anne Roe:

1. Ibu bapa yang berifat melindungi , menuntut dan pengasih ibni akan menghasilkan anak
yang berkecenderungan ke arah berorientasikan manusia dan begitu juga dalam
konteks pemilihan sesebuah pekerjaan.

2. Mankala ibu bapa yang menolak, mengabai dan terlalu bersahaja dalam memberikan
didikan kepada nak-anak akanmenghasilkan anak-anak ytang berkecenderungan ke arah
yang tidak mempunyai orientasi manusia dan dalam memilih sesuatu kerjaya.

3. Anak – anak yang terlampau dituntut dan terlampau dilindungi berkemungkinan berada
dalam konteks hela bina diri dan menjadi anak yang tidak berorientasikan manusia.

4. Sesetengah individu daripada sesebuah keluarga yang memfokuskan ibu bapa yang
menolak iaitu mengabaikan dan mengelak memungkinkan anak-nakan mereka akan
memilih kerjaya yang lebih terdoirong kepada manusia dalam usaha untuk mencari
sebuah kepuasan.

5. Layanan dan asuhan yang cukup kepada anak-anak oleh ibu bapa yang mengamalkan
gaya pengasih dan bersahaja di samping faktor lain seperti kebolehan individu mungkin
menjadikan keperluan hubungan interpersonal lebih daripada sesebuah keperluan
peribadi dalam diri anak-anak.

13
PK 6333 THEORY AND PROCESS VOCATIONAL COUNSELLING

Orientasi utama dan pemilihan pekerjaan

Sebagaimana yang telah dinyatakan dan dikemukakan sebelum ini oleh Anne Roe berpendapat
bahawa orientasi pekerjaan ini semeamngnya boleh dibahagikan kepada 2. Jika merujuk
kepada Teori Pemilihan Kerjaya Holland, semua pekerjaan yang lebihberorientasikan manusia
adalah lebih kepada aspek kerjaya yang lebih terdorong kepada pekerjaan yang diletakkan
dalam kategori Sosial (S), dan Enterprising (E) Sains pula ialah Realistik dan Investigatif.

Teori pemilihan kerjaya Anne Roe telah menerangkan bahawa gaya asuhan dan layanan
yang diterima dari keluarga, keperluan yang perlu dipenuhi dan kaitannya dengan pemilihan
bidang kerjaya yang bakal seseoang individu itu ceburi.

Berdasarkan kenyataan yang ditekankan oleh anne roe menyatakan bahawa orientasi pekerjaan
sebenarnya merujuk kepada bidang-bidang pekerjaan yang telah diklasifikasikan oleh Anne Roe
kepada dua dimensi atau bahagian. Berikut merupakan dimensi yang telah dibahagikan oleh
Anne roe dalam pembangunan teori pemilihan kerjaya yang dibangunkan oleh Anne roe :

DIMENSI DIMENSI TIDAK


BERORIENTASIKAN BERORIENTASIKAN
MANUSIA MANUSIA

14
PK 6333 THEORY AND PROCESS VOCATIONAL COUNSELLING

Berdasarkan pengelasan yang dibuat dan dihasilkan oleh John Holland pada tahun 1998
pekerjaan berorientasikan manusia merupakan sebuah pekerjaan yang berkait rapat dengan
bidang sosial dan Enterprising. Manakala itu pekerjaan yang tidak berorientasikan manusia pula
berkaitan dengan bidang realistik dan investigatif. Rajah 4.4 di bawah merupakan kesan
pengaruh pengalaman yang dialami oleh anak-anak di rumah dengan ibu bapa masing-masing,
tetapi tidak menentukan peringkat serta jenis-jenis pekerjaan. Hal ini adalah disebabkan oleh
Anne roe ingin mengemukakan faktor-faktor yang boleh mempengaruhi baka ataupun genetik,
taraf kedudukan sosioekonimi, danpeluang-peluang pekerjaan yang terbuka. Penekanan
terhadap motivasi juga merupakan faktor penting sebagai aspekj paling utama dan penting
dalam peringkat ini.

Menurut Anne roe dalam Osipow 1973 orientasi sesebuah pekerjaan dikategorikan
kepada dua kumpulan utama iaitu berorientasikan manusia dan tidak berorientasikan manusia.
Sebenarnya, pekerja yang bekerja di dalam sektor pekerjaan yang mempunyai bentuk dan
corak manusialazimnya akan datang daripada keluarga yang mesra dan penuh dengan kasih
sayang serta diterima oleh kedua-dua ibu dan bapanya. Sementara itu pekerja yang bekerja
dalam dimensi bukan berorientasikan manusia lazimnya kan hadir daripada keluarga yang
mengalami kehidupan yang agak dingin dan tidak dipedulikan oleh beberapa keperluan emosi
tidak dipenuhi dan tidakmencukupi.

Teori Anne Roe ini telah membahagikan peluang pekeraan dan kerjaya ini kepada
beberapa kumpulan daripada peringkat yang paling rendah kepada peringkat yang paling
tinggi. Bagi kumpulan pekerjaan yang telah dibahagikan oleh Anne Roe, beliau membahagikan
kumpulan pekerjaan ini kepada lapan bahagian iaitu perkhidmatan, perniagaan, organisasi,
teknologi, kerja luar atau luar rumah, sains, kebudayaan umum, seni dan hiburan. Berikut
merupakan kumpulan-kumpulan pekerjaan yang telah dinyatakan oleh Pakar psikologi Anne
Roe:

15
PK 6333 THEORY AND PROCESS VOCATIONAL COUNSELLING

Kumpulan Kumpulan pekerjaan Orientasi pekerjaan

Kumpulan I Perkhidmatan Manusia

Kumpulan II Perniagaan Manusia

Kumpulan III Organisasi Manusia

Kumpulan IV Teknologi Bukan manusia

Kumpulan V Kerja luar/luar rumah Bukan manusia

Kumpulan VI Sains Bukan manusia

Kumpulan VII Kebudayaan umum Manusia

Kumpulan VIII Seni hiburan Manusia

**Jadual 1 : Kumpulan dan orientasi pekerjaan

16
PK 6333 THEORY AND PROCESS VOCATIONAL COUNSELLING

Anne roe turut mengklasifikasikan peringkat-peringkat pekerjaan. Berikut merupakan peringkat


pekerjaan yang ditekankan oleh Anne roe :

Peringkat pekerjaan Keterangan pekerjaan

Profesional dan pengurusan 1 Memiliki ijazah kedua dan ketiga daripada


institusi pengajian tinggi yang diiktiraf.

Profesional dan pengurusan 2 Memiliki kelayakan ijazah pertama daripada


institusi pengajian tinggi yang diiktiraf

Separa profesional Mempunyai diploma dari institusi pengajian


tinggi yang diiktiraf

Berkemahiran Mempunyai sijil kemahiran daripada institusi


latihan formal yang diiktiraf

Separa berkemahiran Tidak memerlukan kelayakan akademik


tertentu atau sijil kemahiran tetapi telah
mendapat latihan secara tidak formal.

Tidak berkemahiran Tidak memerlukan kelulusan akademik


tertentu atau sijil kemahiran

17
PK 6333 THEORY AND PROCESS VOCATIONAL COUNSELLING

** Jadual 2 : Peringkat – peringkat pekerjaan Anne Roe

MODEL SIRKULAR

TEORI PEMILIHAN KERJAYA

ANNE ROE

Rajah : Model Sirkular Anne Roe

18
PK 6333 THEORY AND PROCESS VOCATIONAL COUNSELLING

Kelebihan teori pemilihan kerjaya Anne Roe

Setiap teori ataupun model yang dibina oleh para penyelidik akan mempunyai kelebihan dan
kelemahan masing-masing. Teori pemilihan Kerjaya Anne Roeini merupakan sebuah teori yang
memfokuskan berkaitan dengan gaya asuhan ibu bapa yang mempengaruhi personaliti anak-
anak untuk memilih bidang kerjaya yang diminati. Gaya asuhan ibu bapa merupakan sebuah
elemen yang sangat penting bagi membentuk sebuah ciri personaliti interpersonal yang dapat
membantu membuat keputusan. Anne Roe merupakan seorang pakar psikologi wanita yang
menjinakkan diri dalam dunia kaunseling kerjaya. Ianya merupakan sebuah inovasi baharu
dalam dunia kerjaya. Pendekatan teori ini banyak menyentuh berkaitan dengan zaman kanak-
kanak danpengaruh keluarga yang menjadi elemen sangat penting dalam membentuk
pemilihan kerjaya seseorang individu.

Gaya asuhan yang ditekankan oleh Anne Roe ini dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu
gaya asuhan layanan mesra, gaya layanan menumpu dan akhir sekali ialah gaya layanan
dingin.Kesemua gaya layanan dijadikan sebagai kayu ukur untuk mengkaji keperluan klien
dalam prospek pemilihan kerjaya. Teori ini merupakan sebuah teori yang unik kerana
menjadikan elemen kekeluargaan dalam membentuk keperibadian individu. Keluarga
merupakan aset penting dalam diri seseorang. Keluarga juga merupakan sebuah pengaruh
yang besar dalam membentuk personaliti individu kerana pendidikan daripada keluarga yang
bakal menentukan personaliti individu. Namun praktik menggunakan pendekatan teori
Pemilihan kerjaya anne roe ini juga mempunyai kelemahan tertentu yang menyebabkan
kaunselor berasa rigid untuk menjalankan sesi kaunseling ini. Hal ini kerana tidak terdapat
teknik yang khusus dan spesifik dalam sesi kaunseling yang dijalankan bersama klien.

19
PK 6333 THEORY AND PROCESS VOCATIONAL COUNSELLING

Limitasi teori pemilihan kerjaya Anne Roe

Teori pemilihan kerjaya Anne Roe ini telah menekankan banyak aspek berkaitan dengan
kekeluargaan. Anne Roe juga banyak mengutarakan tentang pertalian serta hubungan
persekitaran-persekitaran tertentu pada peringkat kanak-kanak, perkembangan keperluan,
personaliti dan juga pemilihan kerjaya. Pada peringkat awal terbentuknya teori ini, anne Roe
telah menggunakan pendekatan seni dan saintifi9k, namun hakikatnya teorinya kini hanyalah
teori yang bersifat general ataupun umum. Anne Roe hanya memberikan penekanan bahawa
seseorang individu itu dilahirkan dengan mewarisi tret psikologikal yang tertentu dan
mempunyai kekuatan serta keistimewaan serta kelemahan ataupu limitasi dalam konteks fizikal
dan fisiologikal, namun idea-idea ini amat rumit untuk dikaji. Walaupun Anne Roe mengiktiraf
kepentingan sesebuah pemboleh ubah dalam ciri demografi sosial dalam pemilihan kerjaya,
namun beliau masih belum dapat secara cukup untuk memberikan sebarang penjelasan
bagaimanakah sesuatu pemboleh ubah itu saling berhubung dan berinteraksi.

Anne Roe sama juga seperti para pengkaji ataupun pembentuk teori yang lain yang
telah gagal mengambil kira aspek proses dalam membuat keputusan yang sebenarnya berlaku.
Hal ini merupakan sebuah lagi kelemahan ataupun limitasi dalam teori pemilihan kerjaya Anne
Roe. Selain itu, Anne Roe juga merupakan seorang pengkaji yangmempunyai latihan dalam
bidang psikologi klinikal, namun begitu beliau tidak mempunyai minat yang mendalam untuk
memperkembangkan teori ini terutama dari konteks segi pengaplikasian teori. Oleh hal yang
demikian masa hadapan teori ini masih belum jelas dan sukar untuk diramalkan kemajuannya.

Tidak sama seperti Teori pemilihan Kerjaya Holland yang cukup terkenal dan popular
dan mempunyai banyak intrumen dan alat kajian ujian psikologi yang menyokong pembentukan
teori ini. Teori pemilihan Kerjaya Anne Roe ini agak lemah dan hanya bersifat umum. Tidak
banyak yang boleh dijalankan oleh kaunselor dalam menjalankan sesi kaunseling dengan
menggunakan teori ini sebagai elemen asas kaunseling. Teori ini hanya dapat memberikan
penjelasan dan kefahaman tentang kecenderungan individu dalam memilih sesuatu kerjaya
berdasarkan pengalaman lampau klien iaitu pada fasa zaman kanak-kanak khususnya dari
konteks layanan dan asuhan ibu bapa terhadap klien. Bagi membantu pemilihan kerjay6a

20
PK 6333 THEORY AND PROCESS VOCATIONAL COUNSELLING

dengan menggunakan model pendekatan Anne Roe ini merupakan sesuatu yang rumit dan
sukar. Ini disebabkan oleh pemilihan sesebuah kerjaya secara praktikal dan proses pembuatan
keputusan kerjaya berdasarkan teori pemilihan Anne Roe ini tidak dinyatakan. Bahkan
pengaplikasian teori ini dari kemahiran dan teknik juga tidak dihuraikan secara terperinci. Alat
kajian dan pendekatan instrumen juga tidak dinyatakan sebagai elemen asas pengukuran bagi
pemilihan kerjaya klien. Hal ini boleh memberikan kesukaran dalam mengendalikan sesi
kaunseling bersama klien semasa menjalani sesi kaunseling kerjaya ini. Anne Roe hanya
memberikan penekanan berkaitan gaya asuhan ibu bapa yang mempengaruhi pemilihan kerjaya
anak-anak. Ianya merupakan sesuatu yang subjektif dan tidak dibuktikan melalui alat
pengukuran psikologi. Berbeza dengan ujian psikologi pemilihan kerjaya yang lain yang ada
menggariskan berkaitan dengan ujian psikologi yang sistematik.

KESIMPULAN

Sesuatu bidang kerjaya sebenarnya memiliki teori dan model yang sesuai yang dipadankan
dalam pembentukan sesebuah penyelidikan. Model dan teori pemilihan kerjaya Anne Roe ini
merupakan sebuah teori yang banyak menekankan berkaitan dengan pendekatan dan
pengaruh kekeluargaan. Elemen kekeluargaan merupakan asas dan elemen yang sangat
penting untuk membentuk teori ini. Anne Roe banyak memberikan penekanan berkaitan
dengan gaya asuhan ibu bapa yang memberikan kesan dan hubung kait dengan personaliti dan
juga pemilihan kerjaya.

Namun begitu kemajuan teori ini dilihat mempunyai kelemahan dan perlu diperbaiki .
Hal ini kerana penggunaan dan pengaplikasian teori anne Roe ini terbatas dan hanya tertumpu
dalam konteks kekeluargaan sahaja. Diharapkan pada masa akan datang teori ini dapat
ditambah baik dan dapat memberikan sumbangan terhadap perkembangan dalam dunia
pemilihan kerjaya.

21

You might also like