You are on page 1of 3

5.

0 Pencapaian dalam kerjaya

Antara soalan yang dikemukan dalam temubual ialah pencapaian dalam kerjaya.
Pencapaian kerjaya yang dicapai oleh Encik Safie sebagai guru bimbingan dan kaunseling di
Sekolah Menengah Kebangsaan Cliford selama 16 tahun ialah menerima dua kali berturut-
turut anugerah cemerlang. Anugerah cemerlang yang dicapai oleh Encik Safie membuktikan
bahawa beliau seorang guru yang berdedikasi dalam menjalankan tugas sebagai guru
bimbingan dan kaunseling di sekolah tersebut.

Di samping itu, Encik Safie juga menyatakan di sekolah lebih banyak memfokuskan
kearah bimbingan berbanding kaunseling. Pelajar-pelajar banyak diberi bimbingan dalam
mengatur masa belajar, kerjaya dan lain-lain lagi. Bimbingan ini dapat membantu pelajar-
pelajar dalam membuat keputusan .

6.0 Pandangan terhadap dua kerjaya dalam suatu masa

Pandangan terhadap dua kerjaya dalam suatu masa juga salah satu soalan yang
diajukan kepada Encik Safie. Bagi pendapat Encik Safie melakukan dua kerjaya dalam suatu
masa adalah mengikut atau dilihat melalui keperluan. Contoh yang diberikan oleh Encik
Safie ialah seorang guru yang merupakan sahabat beliau yang menjual burger pada waktu
malam dan bekerja sebagai guru di siang hari.

Seterusnya, Encik Safie mengatakan apabila perkara ini berkaitan dengan pendapatan,
pendapatan ini merujuk kepada ekonomi negara dan ekonomi negara berkait rapat tentang
politik. Beliau juga menyatakan bahawa apabila ekonomi negara meningkat semua aspek
juga akan meningkat salah satu daripadanya adalah pendapatan.

Oleh demikian, Encik Safie menyatakan bahawa dua kerjaya dalam suatu masa adalah
patut dilakukan jika perlu. Beliau juga mengatakan pada hakikatnya bagi yang memegang
pangkat B14 layak menerima bantuan tetapi menguntungkan bagi peniaga-peniaga mahupun
usahawan yang berjaya tetapi tidak mempunyai slip gaji dan masih layak menerima bantuan.

Hal demikian, merugikan orang –orang yang berpendapatan RM 3001.00 tidak dapat
menerima bantuan dan perlu melakukan kerja tambahan bagi menambah pendapatan tetapi
bagi yang berpendapatan Rm 3000.00 pula akan menerima pelbagai bantuan. Jadi, dua
kerjaya dalam suatu masa perlu dilakukan mengikut pendapatan ekonomi negara pada zaman
ini.

Di samping itu, beliau mengatakan bahawa sesetengah pelajar yang menerima


bantuan yang serba serbi tidak adil kerana pada hakikatnya dalam kalangan mereka adalah
dari keluarga usahawan yang berjaya dan berpendapatan tinggi dan sepatutnya bantuan
tersebut patut dihulurkan kepada yang lebih memerlukan.

7.0 Persoalanan lain yang dikemukakan

Antara soalan-soalan lain yang dikemukan ialah pelajar yang sepatutnya tidak layak
menerima bantuan tetapi diberi bantuan dan menerima bantuan dapat dikesan atau tidak oleh
sekolah. Encik Safie mengatakan bahawa perkara itu dapat dikesan tetapi tidak dapat diambil
tindakan kerana slip pendapatan tersebut mendapat pengesahan dan sokongan daripada ketua
kampung, pihak atasan dan sebagainya.

Seterusnya, soalan yang yang diajukan ialah sama ada masalah ponteng di sekolah
menengah kebangsaan cliford dapat ditangani atau tidak . Beliau menyatakan bahawa
masalah ponteng masih boleh ditangani sehingga harini dengan baik dan dorongan yang
dilakukan oleh guru bimbingan dan kaunseling

Bagi pendapat Encik Safie, ponteng adalah masalah individu. Contohnya, pelajar
yang tidak hadir ke sekolah adalah atas dasar tiada minat dalam pelajaran dan minat serta
fokus terhadap bidang lain iaitu bekerja. Tambahan pula, beliau mengatakan remaja sekarang
lebih mementingkan wang dimana mereka dapat membeli telefon pintar yang canggih pada
arena globalisasi ini dan motorsikal lalu pelajaran tidak lagi dititikberatkan walaupun pihak
guru bimbangan dan kaunseling telah berusaha memberi pencerahan atau memperkenalkan
tentang kerjaya, hala tuju kerja, mentori minat kerjaya dan ujian psikometrik serta
menerangkan keperluan dan kelebihan yang terdapat dalam ujian-ujian tersebut.

Walaubagaimanapun, sambutan terhadap apa yang diperkenalkan oleh pihak guru


bimbingan dan kaunseling tidak dihiraukan dan sesetengah pelajar tidak berminat kerana
mereka lebih berminat dengan kebendaan seperti motorsikal. Beliau mengatakan isu ini
menjadi cabaran buat pihak guru bimbingan dan kaunseling. Bagi pelajar yang tidak berminat
akademik juga menyebabkan berlakunya kes ponteng kerana pemikirannya hanya fokus
untuk memiliki kemewahan sahaja.
Selain itu, peranan ibu bapa dalam mengambil tindakan dan memberi kerjsama
dengan pihak sekolah juga salah satu persoalan yang dikemukakan. Encik Safie menjelaskan
bahawa perkara ini bergantung kepada pelajar tersebut. Contoh yang diberikan Encik Safie
ialah ada bapa kepada pelajar yang menghantar pelajar hingga ke dalam kelas untuk
memastikan pelajar berada di dalam kelas tetapi setelah bapanya pulang, pelajar juga segera
keluar dari kelas. Ini juga menyebabkan terjadinya isu ponteng.

Peratusan pelajar yang menghadapi stress, anxiety dan kemurungan juga menjadi
persoalanan. Encik Safie mengatakan bahawa mengikut ujian minda sihat yang dijalankan
oleh pihak guru bimbingan dan kaunseling adalah kurang. Ujian minda sihat pula dibuat pada
tahun 2019 adalah diwajibkan kepada pelajar-pelajar tingkatan 4 dan bagi setiap tingkatan
lain diambil sebanyak 10% peratus pelajar. Berdasarkan ujian tersebut tidak ramai yang
mengalami masalah stress dan sebagainya. Walaubagaimanapun, bagi yang menghadapi
masalah tersebut tidak mencapai tahap kritikal tetapi masih diambil untuk menghadiri sesi
kaunseling secara individu atau berkelompok bagi mengatasi masalah tersebut sebelum ke
tahap kritikal.

Nasihat yang diberikan oleh Encik Safie kepada bakal-bakal graduan yang akan
berkecimpung dalam bidang kaunseling ialah teori yang digunakan adalah tidak sama dalam
situasi realiti dan beliau menyatakan praktikum adalah lebih penting atau merasakan situasi
yang sebenar. Contoh yang diberikan oleh beliau ialah sekolah lelaki berbeza dengan sekolah
perempuan dan berbeza bagi sekolah lelaki dan perempuan. Encik Safie berpendapat bahawa
sekolah perempuan lebih banyak cabaran berbanding sekolah lelaki melalui pengalaman
beliau. Encik Safie juga pernah ditugaskan melakukan sesi bimbingan dan kaunseling kepada
pelajar lelaki dan perempuan dan mendapati cabaran yang diterima juga berbeza. Setiap
sekolah mengikut kategori masing-masing mempunyai cabaran tersendiri. Tambahan pula,
Encik Safie menggalakkan untuk mengalami atau merasai situasi secara realiti untuk
mempelajari sesuatu.

You might also like