You are on page 1of 4

Perkembangan dari segi kognitif merujuk kepada perubahan-perubahan yang

berlaku semasa otak manusia berfungsi. Jean Piaget telah memberikan pendapat beliau
tentang perkembangan kognitif kanak-kanak dalam teorinya iaitu Teori Perkembangan
Kognitif. Terdapat empat konsep utama dalam teori kognitif Jean Piaget iaitu skema,
asimilasi, akomodasi dan keseimbangan. Skema ialah struktur kognitif atau mental yang
membolehkan individu mengurus dan menyesuaikan diri dengan persekitaran. Skema juga
merujuk kepada struktur kognitif yang akan diisi dengan pengetahuan yang baharu. Ketika
bayi lahir, pengetahuan sedia ada ataupun skema sedia ada adalah menghisap. Asimilasi
adalah suatu proses kognitif apabila seseorang itu memasukkan maklumat baharu ke dalam
skemanya. Asimilasi ini berlaku sepanjang hayat kerana manusia sentiasa mendapat
maklumat yang baharu. Konsep yang ketiga adalah akomodasi iaitu penyesuaian diri untuk
menghasilkan perkembangan skema. Sekiranya skema yang diasimilasikan bersesuaian
dengan diri, maka skema itu akan diserap secara langsung manakala skema yang tidak
sesuai akan ditolak atau diubahsuai. Keseimbangan adalah peringkat tertinggi yang dicapai
apabila proses asimilasi dan akomodasi dapat diseimbangkan.

Jean Piaget juga telah membahagikan perkembangan kanak-kanak kepada


beberapa peringkat mengikut umur kanak-kanak. Merujuk semula kepada jurnal Najeemah
Bt Mohd Yusof, kanak-kanak yang terlibat adalah dalam lingkungan 6 tahun. Menurut teori
perkembangan kognitif Jean Piaget, kanak-kanak dalam umur ini masih dalam peringkat Pra
Operasi. Tahap pemikiran kanak-kanak pada tahap ini bersifat intuitif, iaitu pemahaman
mereka tentang objek bergantung kepada ciri-ciri objek yang bersifat nyata. Mereka masih
belum mampu berfikir secara logik dan rasional, contohnya lapan keping kad sama saiz
diletakkan secara dua baris, iaitu empat keping setiap baris. Kanak-kanak akan menyatakan
baris yang lebih panjang mempunyai bilang kad yang lebih banyak. Teori ini dapat
dibuktikan apabila dapatan kajian dalam jurnal Najeemah Bt Mohd Yusof juga menunjukkan
bahawa perkembangan dari segi kognitif mempunyai nilai min yang lebih sedikit berbanding
dengan aspek-aspek yang lain. Hal ini disebabkan kanak-kanak pada umur 6 tahun masih
belum dapat berfikir secara logik dan rasional. Tugasan yang diberikan kepada murid pra
sekolah tersebut iaitu diajar mengira bilangan biji benih yang ada dalam bekas kaca yang
disediakan agak sukar bagi sebilangan kanak-kanak pada umur ini.

Aspek perkembangan yang kedua seperti mana yang terdapat dalam jurnal adalah
perkembangan bahasa kanak-kanak. Perkembangan bahasa kanak-kanak dapat dihuraikan
dan dijelaskan oleh Lev Semanovich Vygotsky, seorang ahli psikologi dari Rusia. Menurut
Vygotsky (1978), dalam teorinya iaitu Teori Bahasa dan Minda, kanak-kanak menggunakan
bahasa untuk berkomunikasi dan membantu mereka untuk menyelesaikan masalah. Selain
itu, Vygotsky juga yakin bahawa kanak-kanak menggunakan bahasa untuk merancang,

2
membimbing, dan mengawasi gerak-geri mereka sendiri. Bahasa dan pemikiran
berkembang terpisah kemudiannya menyatu. Bahasa akan berkembang terlebih dahulu dan
diikuti oleh pemikiran kerana dengan komunikasi atau sosial maka pemikiran akan
berkembang. Berbalik semula kepada jurnal Najeemah Bt Mohd Yusof, kanak-kanak telah
memperkembangkan bahasa mereka apabila berkomunikasi dengan guru. Hal ini
bertepatan dengan teori Vygotsky yang mengatakan bahawa komunikasi dengan orang lain
yang lebih pakar akan memperkembangkan bahasa kanak-kanak. Secara tidak langsung,
pemikiran kanak-kanak juga telah berkembang kerana telah mendapat skema yang baharu.
Semakin aktif murid bersosial dengan guru dan rakannya, semakin banyak bahasa yang
diperolehi oleh murid justeru memperkembangkan murid dari segi bahasa. Oleh itu, guru
sepatutnya memperbanyakkan aktiviti yang melibatkan komunikasi antara murid dengan
murid dan murid dengan guru sebab bahasa akan berkembang hasil dari sosial dengan
orang lain.

Aspek perkembangan yang seterusnya adalah sosioemosi. Menurut Kamus Dewan


(2007), sosial boleh ditakrifkan sebagai interaksi dengan orang lain manakala emosi pula
didefinisikan sebagai perasaan seseorang apabila sesuatu berlaku terhadap dirinya seperti
perasaan gembira, marah, takut, sedih dan sebagainya. Oleh itu, sosioemosi dapat
ditafsirkan sebagai perasaan yang timbul apabila terdapat interaksi dengan orang lain.
Dalam teori Erik Erikson, beliau telah menyebut tentang perkembangan kanak-kanak
berdasarkan aspek sosioemosi. Menurut Erikson, perkembangan kanak-kanak terbahagi
kepada empat peringkat. Peringkat pertama adalah Kepercayaan lawan Ketidakpercayaan
iaitu ketika bayi berumur 0-18 bulan. Dalam peringkat ini, bayi akan memperkembangkan
kepercayaan kepada persekitaran untuk mencapai keperluan fiisiologi dan sosialnya.
Sebagai contoh, bayi akan lebih mempercayai ibu bapanya dari orang lain. Bayi akan
menangis sekiranya bersama dengan orang lain terutamanya orang yang tidak dikenali.

Peringkat kedua dalam teori Sosioemosi adalah Autonomi lawan Perasaan Malu.
Kanak-kanak akan mempelajari apa yang mereka mampu lakukan dalam peringkat ini iaitu
ketika mereka berumur 18 bulan sehingga 3 tahun. Sebagai contoh, kanak-kanak mampu
mencuci piring mereka sendiri. Mereka akan memperkembangkan perasaan bebas, gembira
dan sebagainya semasa melakukan perkara-perkara tersebut. Walaubagaimanapun, kanak-
kanak akan merasa ragu atau malu apabila gagal untuk menyelesaikan sesuatu perkara
terutamanya yang di luar kemampuan mereka. Peringkat seterusnya ialah Inisiatif lawan
perasaan bersalah. Kanak-kanak akan belajar untuk meneroka, berimginasi seiring dengan
tindakan atau sebaliknya. Kanak-kanak akan mempunyai rasa bersalah dalam peringkat ini
lebih-lebih lagi mereka melakukan kesilapan dalam tindakan mereka dan dimarahi oleh
orang lain. Peringkat yang terakhir adalah Pencapaian lawan rasa rendah diri di mana

3
kanak-kanak belajar untuk melakukan sesuatu dengan betul melalui perbandingan dengan
standard atau orang lain. Sekiranya mereka tidak mampu melakukan perkara yang orang
lain dapat lakukan, maka kanak-kanak tersebut akan merasa malu.

Berpandukan pada keputusan kajian dalam jurnal, nilai min bagi sosioemosi bagi
murid pra-sekolah amat memberansangkan. Murid pra-sekolah tersebut masih berada
dalam peringkat Inisiatif lawan perasaan bersalah. Murid–murid tersebut melakukan aktiviti
mengasingkan biji benih mengikut saiz, warna, bentuk dan sebagainya akan membantu
kanak-kanak bekerjasama dalam kumpulan, menterjemahkan perasaan gembira,
berkomunikasi dan berinteraksi. Kanak-kanak juga dapat menunjukkan minat dan
tanggungjawab ataupun inisiatif murid terhadap sesuatu aktiviti yang dijalankan terutamanya
dari aspek mengkaji pertumbuhan dan peringkat percambahan biji benih. Dalam permainan
ini, guru memainkan peranan yang penting supaya murid-murid tidak terlalu berasa bersalah
sekiranya melakukan kesilapan dengan memberi mereka semangat dan nasihat.

Psikomotor merangkumi kawalan pergerakan yang membantu seseorang itu untuk


menyesuaikan diri dengan persekitaran (G. Butterworth, E. Verweij & B. Hopkins, 1997).
Secara umumnya, psikomotor terbahagi kepada dua kebolehan iaitu, kebolehan motor kasar
dan kebolehan motor halus. Dapatan analisis dalam jurnal menunjukkan nilai min bagi
tingkah laku psikomotor mempunyai nilai min yang paling tinggi iaitu 3.19 (sp=0.488). Hal ini
disebabkan murid pra sekolah yang digunakan sebagai bahan kajian dalam jurnal berumur
dalam lingkungan 6 tahun. Menurut Dr. Faridah et.al. (2014), kanak-kanak pada peringkat ini
sangat aktif dan mempunyai kemahiran motor kasar dan halus yang semakin baik apatah
lagi sudah melangkah ke alam persekolahan. Pada umur ini juga, kanak-kanak sudah dapat
mengkoordinasikan mata dan tangan mereka itulah sebabnya kanak-kanak dapat
melakukan aktiviti yang dijalankan oleh guru pra-sekolah tersebut seperti dalam jurnal.
Walaubagaimanapun, guru dan ibu bapa masih perlu memberi bimbingan kepada kanak-
kanak supaya kebolehan motor halus mereka semakin meningkat sehingga menjadi
sempurna.

Teori perkembangan kanak-kanak ini amat penting untuk diterapkan dalam


pendekatan pengajaran guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.
Dengan berpandukan teori perkembangan murid, guru dapat menyusun isi pelajaran dan
pedagogi pengajaran berdasarkan peringkat perkembangan kanak-kanak. Menurut Azizah
Lebai Nordin dan Zainun Ishak (2001), guru perlu menjalankan aktiviti yang sesuai dengan
umur dan kemampuan kanak-kanak. Hal ini akan menyebabkan proses pengajaran dan
pembelajaran berjalan dengan lancar dan berkesan seterusnya perkembangan kanak-kanak
menjadi lebih terancang dan berkesan. Selain itu, kanak-kanak juga akan berkembang dari

4
pelbagai aspek seperti sosioemosi, psikomotor, bahasa dan kognitif. Setelah mengetahui
teori-teori perkembangan kanak-kanak, guru akan menjadi lebih jelas bagaimana untuk
memudahkan perkembangan kanak-kanak dari pelbagai aspek. Sebagai contoh, untuk
memperkembangkan sosioemosi kanak-kanak, guru perlu menjalankan suatu aktiviti bagi
muridnya supaya mereka dapat bersosial sesama murid dan guru.

Hal ini juga dapat mengelakkan guru daripada memperkembangkan murid dari satu
aspek sahaja. Greenberg (1990) mengatakan “Emphasis is equally on all aspect of each
child’s development: Intellectual learning is forsterd, but is not given priority over physical,
social, and emotional” (m.s 70). Oleh itu, guru perlu membantu perkembangan murid dari
segala aspek tanpa menekankan aspek-aspek yang tertentu. Seterusnya, guru juga dapat
mengawal karenah murid-muridnya dengan lebih mudah kerana guru mengetahui tingkah
laku dan domain afektif murid pada peringkat-peringkat tertentu. Guru juga mampu untuk
memantau perkembangan murid dengan lebih berkesan kerana mempunyai suatu tanda
aras bagi murid pada setiap peringkat perkembangannya.

Kesimpulannya, setiap guru perlu mengetahui tentang perkembangan kanak-kanak


supaya proses perkembangan mereka dapat berlaku dengan efisien selaras dengan
pertumbuhan dan umur mereka.

You might also like