You are on page 1of 1

Terdapat lapan kecerdasan pelbagai (multiple intelligent) menurut Howard Gardner;

1.Kecerdasan Verbal-Linguistik
Kecerdasan Verbal-Linguistik ialah kemampuan dalam menggunakan perkataan secara
berkesan sama ada lisan atau tulisan dan berkebolehan untuk memanipulasikan ayat, gaya
bahasa serta pengucapan dengan baik dan sempurna. Contoh pekerjaan yang sesuai ialah
pensyarah dalam bidang sastera, penyajak dan penceramah.
2. Kecerdasan Logik-Matematik
Kecerdasan Logik-Matematik ialah kebolehan dalam menggunakan sebab, logik dan
nombor, mengenal pasti pola dan abstrak dan melibatkan pemikiran saintifik. Mereka
mengambil tahu tentang persekitaran dan suka bertanya soalan. Contoh pekerjaan yang sesuai
ialah saintis dan ahli matematik.
3. Kecerdasan Fizikal-Kinestatik
Kecerdasan Fizikal- Kinestatik ialah berkaitan dengan pergerakan dan kemahiran fizikal serta
dapat mengawal pergerakan tubuh badan dengan baik dan mengendalikan objek yang baik.
Mereka juga mempunyai keseimbangan yang baik. Contoh pekerjaan yang sesuai ialah
peninju dan pemain bola sepak.
4. Kecerdasan Visual-Spatial
Kecerdasan Visual-Spatial ialah kebolehan mencipta gambaran mental dan mengamati dunia
visual. Berkepekaan terhadap warna, garis, rentuk dan ruang serta berkebolehan menvisual.
Contoh pekerjaan yang sesuai ialah pelukis dan arkitek.
5. Kecerdasan Muzikal-Ritma
Kecerdasan Muzikal-Ritma ialah menghasilkan atau mecipta muzik dan menghargai muzik
melalui melodi, ritma dan bunyi. Mereka juga dapat memberi reaksi dengan cepat tentang apa
yang didengari oleh mereka. Contoh pekerjaan yang sesuai ialah penyanyi, pemain muzik dan
composer.
6. Kecerdasan Intrapersonal
Kecerdasan Intrapersonal ialah berpengetahuan kendiri dan berkebolehan untuk menilai diri
sendiri. Mempunyai gambaran yang tepat tentang diri sendiri, kemampuan untuk
mendisipIinkan diri dan jati diri serta memahami emosinya dirinya. Contoh pekerjaan ialah
pengarang, penyajak dan Pakar Kaunseling
7. Kecerdasan Interpersonal
Kecerdasan Interpersonal ialah kemampuan untuk memahami orang lain dan kebolehan untuk
berkomunikasi dengan berkesan. Contoh pekerjaan ialah peniaga dan ahli politik.
8. Kecerdasan Naturalis
Kecerdasan Naturalis ialah kemampuan mengenali dunia alam, menyusun dan
mengkategorikan pelbagai jenis flora dan fauna. Contoh pekerjaan ialah petani, ahli botani,
dan ahli biologi.

You might also like