You are on page 1of 6

Kumpulan 4

1. Nadia Atirah binti Isa


2. Ummu Basyirah binti Ruslan
3. Nurnajihah binti Roslan
4. Nur Fadhilah binti Muhammad Nasri
IMAM MALIK
BIOGRAFI IMAM MALIK BIN ANAS

 Nama sebenar beliau Malik bin Anas bin Malik bin Amir Al-
Harith
 Dilahirkan di Madinah pada tahun 93H/713M. Dilahirkan di
sebuah kota yang merupakan tempat tumbuhnya Islam yang
dikenali sebagai Darul Hijrah.
 Beliau berasal dari keturunan Arab yang terhormat dan
dimuliakan oleh masyarakat kerana datuknya Amir bin Al Harith
banyak berkorban bersama Nabi Muhammad S.A.W dalam
menegakkan Islam.
 Imam Malik adalah pengasas ‘Mazhab Maliki’.
> Beliau telah meninggal dunia pada tahun 179 Hijrah ketika berusia 86 tahun dengan
meninggalkan tiga orang putera dan seorang puteri.

> Imam Malik telah menghafal Al Quran dan Al Hadis sejak kecil lagi. Beliau pernah menghafal
29 buah hadis daripada 30 buah hadis yang dibacakan oleh gurunya dalam satu hari sahaja.
Beliau pernah belajar daripada 900 orang guru dari kalangan tabiin dan tabi’ tabiin. Imam Malik
mula mengajar ketika berusia 17 tahun di Masjid An-Nabawi.

> Beliau merupakan seorang yang berbadan tegap, kuat serta suka berpakaian cantik dan
bersih. Beliau mempunyai pandangan yang bernas, mempunyai pendirian yang teguh, bijaksana
dan kuat ingatan.

> Imam Malik juga ialah seorang yang berbudi bahasa, lemah lembut, suka menziarahi orang
sakit dan mengiringi janazah. Beliau banyak membantu mereka yang mempunyai hajat dan tidak
suka mencela orang lain.

> Apabila ditanya tentang ilmu hadis, Imam Malik tidak terus keluar menjawab sehingga beliau
mandi dan memakai pakaian yang bersih serta bau-bauan, sebagai penghormatan beliau kepada
hadis Nabi.

> Malik bin Anas kemudiannya mengambil alih sebagai tokoh agama di Masjid Nabawi serta
bertindak sebagai mufti Madinah ketika itu dan antara tokoh yang terawal dalam mengumpul dan
membukukan hadis-hadis Rasulullah.
› Imam Malik seorang yang pakar dalam bidang
ilmu hadis. Beliau sangat berhati-hati dalam
menyelidik sanad dan perawi (periwayat) hadis
SUMBANGAN untuk memastikan kesahihannya.
› Kemashyuran Imam Malik dalam bidang ilmu
IMAM MALIK hadis, ramai ulama dari luar Madinah datang
untuk mendapatkan ilmu daripada beliau.
› Selain mengumpul hadis-hadis nabi, Imam
Malik juga menganalisa hadis-hadis tersebut
untuk merumus hukum-hukum agama.
› Imam Malik telah menghafaz sebanyak
100,000 buah hadis. Walau bagaimanapun
tidak semua hadis-hadis tersebut diterima
untuk dijadikan sumber hukum. Setelah
ditapis, hanya 10,000 buah hadis sahaja yang
diakui sah.
> Imam Malik telah menghabiskan umurnya selama 40 tahun untuk
menghimpunkan dan menapis hadis-hadis yang diterima daripada
gurunya.

> Imam Malik merupakan satu-satunya penghimpun yang mendapat


gelaran kehormat dan tidak menyebarkan hadis sebelum beliau sendiri
yakin dan puas.

> Beliau sangat berhati-hati dalam mengeluarkan sesuatu fatwa.


Sebelum setiap hukum yang dikeluarkan, terlebih dahulu merujuk
kepada Al-Quran dan hadis. Jika tidak terdapat di dalam kedua-dua
sumber tersebut, barulah beliau merujuk kepada Ijmak ulama, Qias dan
akhir sekali Masolih Al-Mursalah.

> Peninggalan Al-Imam Malik yang terbesar ialah kitab Al-Muattok


yang menjadi bahan rujukan kepada seluruh umat Islam sehingga
sekarang.

You might also like