You are on page 1of 22

Ekonomi Kapitalisme di Amerika Syarikat

Pengenalan
Ekonomi kapitalisme mula berkembang di AS selepas berakhirnya Perang
Amerika - England. Pada abad ke-18, ekonomi AS beralih dari perladangan
kepada perkilangan. Perubahan tumpuan ekonomi AS kepada perkilangan atau
perindustrian ini dipacu oleh beberapa faktor.

Faktor yang menyumbang kepada Pertumbuhan Industri di AS


Perkembangan Ekonomi Kapitalisme di AS
Perkembangan ekonomi kapitalisme di AS dapat dilihat dari perkembangan
beberapa bidang utama seperti bidang pertanian, industri galian minyak dan
besi keluli, kepesatan perdagangan antarabangsa dan munculnya perniagaan
yang berskala besar.

1. Perkembangan sektor pertanian

Sekitar 1800, negeri2 di selatan dan barat AS masih mengusahakan kegiata


pertanian sebagai sumber utama. Hasil keluaran mereka termasuklah  kapas,
gula, beras, gandum, daging, tenusu dan tembakau dipasarkan di dalam dan
luar negara. Perkembangan pesat sektor pertanian membawa kepada
penubuhan kilang. Kanak2 dan wanita banyak diambil berkerja sebagai hamba
di kilang2 tersebut.

2.       Perkembangan sistem pengangkutan


Kelulusan Akta Landasan Kereta Api Pasifik oleh kerajaan pada tahun 1862
membawa kepada terbinanya jaringan landasan kereta api. Pembinaan
landasan ini mendorong kepada;
         i.            Berlakunya penghijrahan& peningkatan jumlah penduduk
        ii.            Pembukaan petempatan baru
       iii.            Perkhidmatan penghantaran barang lebih cepat
      iv.            Menjadi salah satu cara pengiklanan menarik minat imigran luar.
3. Perkembangan perniagaan

Perkembangan ekonomi AS mendorong kepada munculnya perniagaan


berskala besar. Penyatuan syarikat2 seperti syarikat besi keluli dan minyak
membawa kepada tertubuhnya syarikat2 besar. Antara syarikat besar yg
menguasai pasaran ialah syarikat Dupont dan General Electric. Syarikat2 besar
ini mempunyai jumlah modal dan pelaburan yg besar.

4. Perkembangan industri minyak dan besi keluli


Telaga minyak pertama dijumpai di Pennsylvania. Penemuan ini membawa
kepada usaha cari gali yang baru sekaligus mendorong kepada
kemunculan syarikat2 minyak seperti;
      i. Standard Oil of New Jersey
      II. Standard Oil Company of Ohio
Kejayaan syarikat2 tersebut memonopoli perniagaan minyak telah mendorong
kepada kewujudan syarikat lain seperti gula dan tembakau. U.S. Steel
Corporation adalah antara syarikat besi keluli yang menguasai industri keluli di
AS.

5. Perkembangan perdagangan antarabangsa 

Kemunculan syarikat perniagaan yg besar dan mampu mengeluarkan barang


yang banyak menyebabkan AS memerlukan pasaran yang lebih besar.
Keadaan ini membawa kepada perubahan dasar pemencilan kuasa kepada
perluasan empayar. Perubahan dasar ini membolehkan barangan AS
dipasarkan secara lebih meluas dan pelabur AS dapat melabur di tempat lain
seperti Hawai, China dan Cuba.

Kesimpulan

Perkembangan sektor pertanian telah banyak memacu kepesatan sektor


perindustrian di AS. Hasil pertanian yang banyak memerlukan kilang
pemprosesan, pelabur dan pasaran yang lebih luas. Peranan yang dimainkan
oleh kerajaan dalam menggalakkan perkembangan industri dan meluaskan
pasaran juga menyumbang kepada perkembangan ekonomi kapitalisme di AS.

Ekonomi Kapitalisme di England


Pengenalan
Perubahan ekonomi berasaskan pertanian kepada ekonomi berasaskan
perindustrian dapat kita lihat melalui perkembangan dalam bidang pertanian,
penternakan, pengangkutan, pertambahan penduduk, perdagangan dan
perindustrian.

 
Perkembangan Ekonomi Kapitalisme di England
 
i. Perkembangan Bidang Pertanian
Kaedah pertanian baharu yang diamalkan di England berjaya meningkatkan
hasil keluaran. Antara kaedah baru yang digunakan ialah;
           i. Sistem tanah berpagar [Akta Pemagaran Tanah Awam]
menggantikan sistem tanah lapang.
           ii. Penggunaan jentera seperti Jethro Tull [mesin penggali lubang dan
penabur benih]
          iii. Sistem Tanaman Bergilir Norfolk
          iv. Memperkenalkan sistem pengurusan ladang moden [sistem pajakan
yang menggalakkan   pelaburan besar]
          v. Penggunaan baja tiruan.

2. Kemajuan bidang ternakan


Petani England telah menggunakan kaedah penternakan yang paling efisien
sekaligus mampu mengeluarkan hasil yang banyak. Sebagai contoh, mereka
telah menjalankan aktiviti bercucuk tanam dan penternakan di kawasan yang
sama. Teknik ini mampu;
        i. Menjimatkan penggunaan tanah [penggunaan yang sangat efisien]
       ii. Mengekalkan kesuburan tanah [najis binatang dijadikan baja]
       iii. Mengatasi masalah bekalan makanan bagi binatang

Selain itu, kaedah tumbesaran ternakan turut diperkenalkan. Robert Blakewll


berjaya menemukan teknik baru untuk mempercepatkan proses tumbesaran
ternakan. Hasil ternakan berjaya dipertingkatkan dalam masa yang singkat.

3. Perkembangan Jaringan Pengangkutan


Revolusi Perindustrian yang tercetus di Eropah telah membawa kepada
kemajuan dalam bidang pengangkutan. Contohnya;
         i. Pembinaan jalan raya dan landasan kereta api
         ii. Pembinaan kapal besi
         iii. Penciptaan kapal enjin stim atau wap
         iv. Pembinaan Terusan Worsley
         v. Penciptaan lokomotif [memudahkan kerja mengangkut barang seperti
arang batu]

Perkembangan sistem pengangkutan termasuk melibatkan penciptaan


teknologi bagi menambahkan kepesatan ekonomi England.

Kemudahan pengangkutan dan pembangunan pesat ekonomi ini membawa


kepada pertambahan populasi di England. Sekitar tahun 1850-an, penduduk
Ireland berhijrah berama-ramai ke England untuk mendapatkan peluang
pekerjaan terutama dalam industri tekstil.

4. Perkembangan perdagangan antarabangsa


Penggunaan teknologi baru dan pertambahan jumlah penduduk England telah
merancakkan lagi ekonomi negara tersebut. Keadaan ini menyebabkan
berlakunya lebihan keluaran sekaligus mendorong kepada usaha
pengeksportan.

Bagi menggalakkan aktiviti perdagangan, kerajaan England telah


memansuhkan tarif bagi bahan mentah. Hal ini dapat menggalakkan negara
luar mengimport barangan siap dari England. Kerajaan England mengamalkan
dasar  menggalakkan pedagangan antarabangsa England. Sebagai contoh;
        i. Menubuhkan pasukan Tentera Diraja untuk menjamin keselamatan
pedagang.
       ii. Menghapuskan akta yang menyekat kebebasan aktiviti perdagangan
      iii. Mengurangkan senarai barang yang dikenakan duti

5. Perkembangan bidang perindustrian


Selari dengan perkembangan dalam bidang pertanian, bidang industri juga
semakin maju. Industri tekstil, arang batu dan besi merupakan antara industri
yang semakin berkembang.
      i. Permintaan yang tinggi terhadap barang tekstil membawa kepada
penciptaan mesin pemintal benang oleh James Hargreaves.
     ii. Penciptaan mesin tenun menggunakan kuasa air oleh Edmund
Cartwright.
    iii. Penemuan kaedah menghasilkan keluli dengan cepat dan murah
     iv. Pengenalan sistem puddling bagi mengekstrak bijih besi
Perkeembangan dalam bidang industri membawa kepada peningkatan jumlah
keluaran dan juga eksport England.

Kesimpulan
Menjelang tahun 1700, bidang industri berkembang pesat di England. Ini
dibuktikan dengan peningkatan kadar eksport.

Ekonomi Feudalisme di Perancis


Anggur merah, salah satu hasil pertanian di Perancis

Pengenalan

Perkembangan ekonomi feudalisme di Perancis tidak banyak bezanya dengan


senario yang berlaku di Jerman. Masyarakat Perancis juga masih terikat
dengan sistem feudal yang menyaksikan penguasaan golongan bangsawan dan
tuan tanah ke atas golongan petani. Perkembangan ekonomi feudalisme di
Perancis boleh dilihat dalam 4 bidang iaitu pertanian, perdagangan,
perindustrian dan institusi kewangan.

1.       Bidang Pertanian

Seperti Jerman, pada abad ke-16 Perancis juga bergantung kepada sumber
ekonomi pertanian. Petani masih menggunakan kaedah tanah lapang
yang dibahagikan kepada 3 bahagian. Keteguhan sistem feudal menyaksikan
petani di Perancis masih terikat dengan tuan tanah dan golongan bangsawan
dalam sistem manor. Mengikut sistem ini, petani wajib;
Walau bagaimanapun, berlaku perubahan secara perlahan dalam bidang
pertanian di Perancis. Golongan bangsawan mulai memajak dan menyewakan
tanah mereka untuk mendapatkan keuntungan. Petani menjadi penyewa dan
digelar metayers. Petani tidak lagi menjadi serf.

Bagi memajukan bidang pertanian, Duke Sully iaitu pembesar semasa Raja
Henry IV mencadangkan beberapa pembaharuan iaitu;
 Semasa pemerintahan Raja Louis XIV, pembaharuan dalam bidang pertanian
juga turut dilaksanakan oleh menterinya Jean-Baptiste Colbert iaitu;

Pembaharuan yang dilaksanakan ini memberi faedah kepada perkembangan


ekonomi Perancis;

i. Hasil pertanian Perancis iaitu bijirin dan anggur merah menjadi barang
dagangan utama di pelabuhan Bruges, Belanda.

ii. Bandar seperti Paris, Lyons dan Marseilles semakin berkembang


berikutan kepesatan ekonomi berasaskan penanaman buah mulberi dan
penternakan ulat sutera.

Walaupun kegiatan ekonomi pertanian berkembang pesat tetapi petani kekal


miskin dan ditindas. Petani terbeban oleh cukai iaitu;
i. Cukai langsung: cukai pendapatan, cukai keluarga dan cukai harta.

ii. Cukai tidak langsung: cukai garam dan cukai seigneur.

Kehidupan petani bertambah sukar bila berlaku kemeleseten ekonomi pada


tahun 1787 -1789 menyebabkan harga gandum melambung naik. Hasil
pertanian tidak menjadi menyebabkan berlakunya kekurangan makanan.
Petani akhirnya bangkit memberontak dan berjaya menumbangkan rejim
feudal pada tahun 1789.
2.       Sektor Perdagangan

Kejayaan Portugal dan Sepanyol dalam penjelajahan dan perdagangan luar


mendorong Perancis meluaskan tanah jajahan dan meluaskan perdagangan di
seberang laut. Perancis memulakan penjelajahan dan membuka pusat
perdagangan di India dan Amerika Utara.

Selain itu, beberapa pembaharuan yang dilaksanakan oleh Jean-Baptiste


[menteri]. Antaranya ialah;

         i.         Membina pelabuhan.

        ii.         Melengkapkan pasukan tentera laut diraja [untuk bersaing dengan
tentera laut  England dan   Belanda].

       iii.        Menggalakkan kemasukkan golongan profesional luar ke Perancis.

      iv.       Meyakinkan raja untuk berperang bagi meningkatkan perdagangan

Berlakulah perkembangan perdagangan di Perancis dan ini terbukti dengan


perkembangan

        i.            Industri kraf tangan.

       ii.            Industri gelas [di Paris]

      iii.            Industri sutera [di Lyons]

     iv.            Industri kain bulu

      v.            Pembukaan ladang tebu [membekalkan gula ke Eropah]

     vi.            Perdagangan Perancis – Sepanyol meningkat.

    vii.            Levant menjadi pusat perdagangan utama.

3. Bidang Perindustrian
Perkembangan sektor perindustrian di Perancis ditandai oleh;

       i. Perkembangan pesat industri tekstil

Industri tekstil diusahakan secara besar-besaran. Kain dan teknik pengeluaran


sutera dari China dibawa masuk oleh pedagang Arab. Sama seperti yang
berlaku di Jerman, petani di desa mengeluarkan pakaian berasaskan kain
berasaskan linen dan kain bulu. Industri tekstil kian berkembang sehingga
terbinanya kilang kain di Abbevile.

      ii. Pembukaan kilang arang batu [ Syarikat Perlombongan Arang Batu
Anzin].

      iii. Pengeluaran barangan pertukangan terutama perabot.

Perkembangan ekonomi telah mengukuhkan kedudukan golongan saudagar @


borjois sehingga menyaingi kedudukan golongan aristokrat dalam bidang
politik.

4. Penubuhan Institusi Kewangan

Penubuhan isntitusi kewangan mendorong perkembangan perdagangan di


Perancis. Menjelang tahun 1500, pedagang tidak perlu membawa wang dengan
banyak. Penubuhan institusi kewangan ini banyak memudahkan urusan
perdagangan dan kutipan cukai.

Sistem perbankan di Perancis berkembang pesat pada abad ke-18 dengan


penubuhan institusi kewangan dan perbankan sepeti;

         i.            Paris Bourse             ii.            Caisse d’Escompte        iii.           


Loterie Royale.

Kesimpulan

Perkembangan ekonomi feudalisme di Perancis begitu ketara dengan


berlakunya banyak perubahan dalam sektor pertanian, perdagangan,
perindustrian dan perbankan. Walau bagaimanapun, kemajuan ini tidak
dinikmati sepenuhnya oleh golongan petani sehingga mereka bangkit
melancarkan pemberontakan dan akhirnya berjaya menumbangkan rejim
feudal.
Ekonomi Feudalisme di Jerman

Pengenalan

Pada abad ke-16, Jerman mula mengorak langkah dalam bidang ekonomi.
Ketika itu Jerman masih mengamalkan sistem ekonomi feudalisme. Sistem
ekonomi feudalisme yang diamalkan oleh Jerman dapat dilihat dalam 3 bidang
utama iaitu pertanian, perindustrian dan perbankan. 

Kegiatan Ekonomi Feudalisme di Jerman


1. Bidang Pertanian

Sekitar abad ke-16, bidang pertanian merupakan sumber utama ekonomi


Jerman. Unsur feudalisme masih teguh diamalkan dalam masyarakat Jerman.
Sebagai contoh;

       i. Petani masih bergantung  kepada tuan tanah dan terikat dengan
sistem perhambaan.

       ii. Kegiatan pertanian masih dijalankan menggunakan kaedah primitif


iaitu masih

menggunakan sistem tiga bidang. Peralatan yang digunakan seperti tenggala


masih diperbuat daripada kayu. Tenaga binatang digunakan untuk
membantu dalam aktiviti pertanian..

Pada masa itu, petani merupakan golongan miskin yg tertindas. Mereka


terbeban dengan cukai tanah dan tidak ada kebebasan melakukan kerja
lain. Sistem keadilan pula dianggotai oleh paderi dan golongan atasan dan
keputusan jarang memihak kepada golongan petani sehingga ramai diantara
mereka menjadi hamba / serf.

Kemiskinan dan penindasan ini membawa kepada pemberontakan para petani.


Mereka bangkit menentang golongan bangsawan dan menuntut hak serta
kebebasan daripada tuan tanah. Antara tuntutan golongan petani ialah;

      i. Kehidupan yg bebas seperti memasuki hutan dan pergi berburu.

     ii. Pemansuhan amalan perhambaan

     iii. Menuntut untuk mendapatkan semula tanah awam

Pemberontakan yang mengorbankan lebih kurang 100, 000 orang petani ini
menemui kegagalan. Walau bagaimanapun, perkara tersebut mendapat
perhatian daripada pemerintah Jerman. Pemerintah Jerman mula
melakukan perubahan dalam bidang pertanian. Antara pembaharuan yang
dilaksanakan termasuklah;

        i. Pembinaan Terusan Frederick

        ii. Mengecualikan cukai selama 10 tahun

       iii.Penghapusan buruh serf.

        iv. Pembahagian tanah pertanian untuk menggalakkan Pertanian

Walaupun berlaku perkembangan dalam sektor pertanian, ia tidak selari


dengan taraf hidup petani. Mereka masih lagi menjadi serf dan terikat dengan
tuan tanah. Dalam kata lain, kehidupan golongan petani masih di takuk lama.
Petani hanya menemui kebebasan apabila Raja Frederick II memansuhkan
sistem serf dan Raja Joseph II menghapuskan perkhidmatan buruh sekitar
tahun 1870-an

2. Bidang Perindustrian

Pada abad ke-16, industri tekstil diusahakan secara besar-besaran di


Jerman. Perusahaan sutera juga berkembang pesat. Masyarakat desa turut
terlibat dalam perusahaan menghasilkan pakaian berasaskan kain bulu dan
linen. Muncul kilang2 tekstil pada abad ke-18 di Bohemia.

 Perdagangan tertumpu di bandar seperti Luberk, Hamburg dan Bremen.


Venice muncul menjadi pelabuhan utama dan penting. Bandar2 baru turut
muncul berikutan kepesatan perusahaan bijirin, pertukangan dan pemasaran
lembu.

Perkembangan industri semakin rancak ekoran wujudnya kerjasama antara


kerajaan dengan pihak swasta. Sebagai contoh, pembinaan kilang senjata di
Spandau, Berlin.

Industri kraftangan seperti perusahaan memintal benang turut berkembang di


kawasan pedalaman Jerman.

Kepesatan ekonomi di Jerman membawa kepada pengukuhan kedudukan


saudagar [borjois]. Golongan sudagar ini kemudiannya menubuhkan pelbagai
organisasi perniagaan baru sehingga menenggelamkan organisasi perniagaan
tradisional seperti kesatuan tukang dan kesatuan saudagar.

3. Perbankan

Institusi kewangan seperti bank juga mula ditubuhkan. Bank-bank di Jerman


banyak memberi bantuan kewangan atau modal kepada pedagang Jerman.
Peruntukan modal ini membantu merancakkan urusan perdagangan
termasuklah dengan Sepanyol dan Portugal. Barangan buatan kilang Jerman
dipasarkan di Lisbon dan Sevile. Pada abad ke-18, bandar Frankfurt menjadi
tumpuan penduduk ekoran kepesatan ekonomi perbankan dan perdagangan.

Kesimpulan

Kepesatan perkembangan ekonomi feudalisme di Jerman banyak didorong oleh


peranan yang dimainkan oleh golongan petani. Hasil keluaran pertanian yang
banyak akhirnya membawa kepada berkembangnya industri dan perdagangan
yang didominasi oleh golongan saudagar. Ekonomi feudalisme Jerman semakin
berkembang dengan tertubuhnya institusi kewangan seperti bank.

Ekonomi Feudalisme di Jepun

Pengenalan

          Jepun terdiri daripada 4 buah pulau utama iaitu Hokkaido, Honshu,


Shikoku dan  Kyushu. Negara Jepun merupakan negara beriklim sederhana.
Bentuk muka bumi Jepun pula bergunung-ganang.  Hanya 20% sesuai untuk
pertanian. Walau bagaimanapun, kegiatan pertanian masih menjadi keutamaan
di Jepun pada abad ke-16.

      Bentuk muka bumi yg bergunung-ganang menjadikan orang Jepun menjadi


pelaut yang hebat. Oleh yang demikian, selain menjalankan aktiviti
pertanian, mereka juga menjalankan aktiviti seperti perdagangan dan
perikanan.

      Perdagangan Jepun hanya tertumpu di negara2 Asia Tenggara dan Asia
Timur. Hal ini berikutan dasar shogun yang mengawal golongan daimyo dan
juga masyarakat Jepun. Jepun telah menjalinkan hubungan perdagangan
dengan kuasa barat tetapi dalam bentuk yang terhad iaitu banyak peraturan
dikenakan ke atas pedagang barat.
Kegiatan Ekonomi Feudalisme di Jepun

1.     Pertanian

     Pertanian menyumbang kepada 80% sumber pendapatan ekonomi feudal di


Jepun. Tanaman utama petani Jepun ialah padi. Selain itu mereka turut
menanam gandum, barli, teh dan kapas.

     Bagi memastikan tanaman mereka subur, petani Jepun menggunakan sistem
pengairan semula jadi.Kelebihan sistem pengairan semula jadi ialah;

                        i.            Air sungai mengandungi nutrien untuk padi.

                       ii.            Mengurangkan penggunaan baja.

                      iii.            Memelihara kesuburan tanah tanpa perlu direhatkan.

     Walau bagaimanapun, petani-petani di Jepun menghadapi dua masalah utama


iaitu;
                      i.            Iklim sederhana tidak membolehkan padi ditanam untuk
tempoh yg panjang. Mereka hanya dapat menanam padi sekali setahun iaitu
antara musim bunga dengan musim luruh.

                     ii.            Mereka juga menghadapi masalah kekurangan tanah


ekoran bentuk muka bumi yang begunung-ganang. Petani Jepun
bagaimanapun mengatasi masalah ini dengan penggunaan sawah
bertingkat. 

2.     Perusahaan Tempatan

      Perusahaan tempatan di Jepun bercorak pengeluaran berasaskan daerah


dan juga pemasaran antara daerah. Setiap daerah mempunyai hasil keluaran
masing2.

     Sebagai contoh;

                    i.            Kinai: pusat pengeluaran kain kapas.

                   ii.            Fukushima &  Yamanashi: pusat pengeluaran ulat sutera


& alat tenunan.

                   iii.            Satsuma: pusat pengeluaran gula.

          Perusahaan tempatan berkembang kepada aktiviti perdagangan yg


lebih besar.

Pasar-pasar kecil kemudiannya berkembangan menjadi bandar perdagangan.


Pusat2 pertukaran wang, kedai2 beras dan
sake berkembang menjadi  bandar dan wilayah, contohnya Kunwana, Sakai,
Ise dan   Hakata. Pusat pengeluaran dan pembuatan kertas, barangan logam,
tenunan dan tembikar turut berkembang maju. Bandar Seto menjadi pusat
pengeluaran tembikar.

3.     Perikanan

     Sesuai dengan geografinya yang dikelilingi laut, kegiatan perikanan turut
berkembang. Kedudukan Jepun yang terletak di persimpangan arus panas dan
arus sejuk menjadikan perairan Jepun kaya dengan ikan.

4.     Perlombongan
     Jepun kaya dengan galian seperti emas, perak dan tembaga. Semasa      
pemerintahan Oda Nobunaga, pengeluaran galian ini bertambah rancak.
Perkembangan perindustrian ini membawa kepada perkembangan bandar
Osaka.

5.     Perdagangan

     Perdagangan luar Jepun berkembang pesat pada abad ke-16. China menjadi
rakan dagang terpenting Jepun. Jepun mengimport barangan tropika dari
China. Barangan tropika ini diperolehi oleh China hasil perdagangan dengan
negara Asia Tenggara dan India. Jepun turut mengimport sutera, porselin,
buku, lukisan dan barangan tembaga. Selain itu, Jepun turut mengimport
bahan mentah seperti sulfur, papan, emas, merkuri dan ibu mutiara dari China.

          Dalam masa yang sama Jepun mengeksport hasil keluaran mereka
seperti   pedang, kipas berlipat, pemidang yg mendapat permintaan tinggi di
China.

Pada abad ke-15, Jepun telah mendominasi perkapalan dan perdagangan di


seluruh Lautan China Timur sehingga mengisytiharkan diri sebagai pedagang
dan penjelajah bandar2 di Asia Tenggara.

Jepun turut mengadakan hubungan perdagangan dengan Portugal.


Sekitar tahun 1550-an, ramai pedagang Portugal memasuki Jepun. Pedagang
Portugal turut membawa masuk teknologi barat seperti teknologi
perkapalan, teknik perang, agama Kristian dan persenjataan.  Pada
tahun 1570, Shogun Ashikaga memeterai perjanjian dengan Portugal bagi
membolehkan pedagang Portugal berdagang di Nagasaki. Perdagangan
berkembang pesat sehingga Nagasaki menjadi pintu keluar bagi perdagangan
Jepun ke luar negara.

Info Tambahan

Perkembangan ekonomi feudal di Jepun telah mencetuskan dua kesan iaitu;

i. Kewujudan organisasi atau persatuan / za.

     Za mengawal dan memonopoli pengeluaran serta pemasaran barangan


sehinggalah pemerintah Nobunaga memecahkan monopoli tersebut [selepas
itu perdagangan berkembangan pesat tanpa sekatan].
ii. Perkembangan bandar2.

     Sebagai contoh Kyoto iaitu ibu kota diraja kuno telah berkembang menjadi
pusat ekonomi dan pengeluaran barangan kraftangan.

Ekonomi Feudalisme di China

Pengenalan

Sistem ekonomi feudalisme yang diamalkan di China menunjukkan kawalan


ketat oleh maharaja ke atas golongan petani dan pedagang asing. Maharaja
dengan bantuan golongan bangsawan memainkan peranan utama dalam
mencorakkan perkembangan ekonomi China.

Kegiatan Ekonomi Feudalisme di China

Kegiatan ekonomi feudalisme di China boleh dibahagikan kepada beberapa


kegiatan utama seperti pertanian, industri kecil, perdagangan dan juga
hubungan luar China.

    1.      Kegiatan  Pertanian


Semasa era Dinasti Ming, hasil pertanian menjadi penyumbang utama ekonomi
China. Tanaman utama mereka ialah padi.   Tanaman lain yang turut
diusahakan termasuklah kapas, tebu, teh, barli, sekoi dan bijirin serta
kekacang.

Kawasan pertanian utama di China pada ketika itu ialah;

i.            Timur laut China dan Mongolia  iaitu merupakan dataran loes yg
direntasi oleh Sg. Kuning

ii.            Kawasan sekitar Sg Yangtze.

Sungai Yangtze begitu penting kepada penduduk China. Ia berperanan


sebagai;

           Kesuburan tanah dan pembaharuan dalam sektor pertanian yg


dilaksanakan semasa era Dinasti Ming menyumbang kepada pengeluaran yang
banyak sekaligus meningkatkan taraf hidup petani.

2.       Kegiatan Industri Kecil

Kepesatan ekonomi membawa kepada kemunculan bandar besar seperti Nanjing


dan

Beijing. Bandar2 ini kemudiannya berkembang menjadi pusat industri swasta.


Antara

industri swasta yang mula berkembang ialah;

         i.            Industri barangan kertas           ii.            Industri sutera


       iii.            Industri kapas                          iv.            Industri porselin

•       Kiangsi muncul sebagai pusat pengeluaran porselin.

•       Soochow muncul sebagai pusat industri tekstil

•       Sungkiang muncul sebagai pusat pengeluaran kain kapas.

    Selain itu, industri tenunan dan kraftangan juga turut berkembang.
Pengeluaran hasil tenunan dan kraf tangan kemudiannya mewujud pertukaran
sehingga membawa kepada perdagangan dengan Jepun, Afrika Timur dan
negara2 Asia.

3.       Kegiatan Perdagangan

Pada abad ke-16, ekonomi feudalisme yg mengutamakan pertanian


menyebabkan status ekonomi perdagangan dipandang rendah. Walau
bagaimanapun, kegiatan perdagangan berjalan lancar. Perkembangan sistem
pengangkutan menyumbang kepada kepesatan aktiviti perdagangan. Sungai
Yangtze, Sungai Kuning dan Sungai Peiho yg panjang membolehkan
perdagangan dijalankan dengan rancak.

Pembinaan terusan / sistem jalan air turut memudahkan perdagangan.


Contohnya, Terusan Besar yg menganjur dari Peking [utara] ke Hangchow
[selatan Sg. Yangtze] telah menjadi jalan pengangkutan utama barang
dagangan.

4.       Hubungan Luar China

Hubungan luar China membuka dimensi baru semasa era Dinasti Ming. Pelayar
China dibenarkan belayar ke Asia Tenggara, selatan India, Sri Lanka, Hormuz
dan pesisiran pantai timur Afrika sehingga terjalinnya hubungan dengan
negara luar.

Hubungan yang terjalin ini memberi faedah kepada China, antaranya;

i. Meningkatnya aktiviti perdagangan di China.

ii. Kemasukkan pedagang asing ke pelabuhan Canton di China.

iii. Kemasukkan pengaruh luar terutama dalam bidang pertanian

iv. Meningkatkan ekonomi China.

Kesimpulan
Dasar yang dilaksanakan oleh Dinasti Ming dalam sektor pertanian dan
perdagangan banyak mempengaruhi perkembangan ekonomi feudalisme di
China. Walau bagaimanapun, China masih berhati-hati dalam menjalinkan
hubungan dengan kuasa barat. Sebagai contoh, pedagang Portugal, Sepanyol
dan Belanda diterima berdagang di China. Walaupun dibenarkan berdagang di
China, pedagang Portugal dipantau ketat oleh kerajaan China.

You might also like