You are on page 1of 4

KESAN DAHAGI 1857

Pemberontakan Dahagi 1857 telah membuka mata dan memberikan kesedaran kepada

kedua-dua pihak iaitu dari kalangan penduduk tempatan mahupun dari kalangan penjajah

iaitu pihak British. Hal ini dibuktikan apabila Dahagi India secara tidak langsung telah

berjaya menyatu padukan penduduk India yang mana kebanyakan terdiri dari golongan dari

wilayah utara untuk berjuang menuntut hak masyarakat India yang mana telah dirampas

oleh pihak British. Seperti yang kita telah maklum, gerakan dahagi ini lebih cenderung

kepada perjuangan ketidakpuasan masyarakat tempatan dan bukanlah sebuah perjuangan

nasionalisme untuk memerdekakan India.

Selepas berlakunya peristiwa dahagi 1857, golongan-golongan India yang

berperlajaran berasa kecewa dan hampa terhadap sikap British yang dilihat mula berubah

terhadap India. Ramai beranggapan bahawa faktor yang mencetuskan dahagi ini ialah

kerana terlalu banyak pengenalan pembaratan yang di dilakukan terlalu cepat dan juga

terlalu banyak campur tangan di dalam adat-adat dan juga tradisi di India.1 Contohnya

seperti ketidakpuasan yang berlaku akibat daripada pengambil alihan Oudh dan campur

tangan dalam agama serta dalam adat kebiasaan tentera Benggala. Peristiwa Dahagi India

yang tercetus ini jelas menunjukkan kegagalan Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) di

dalam memerintah dan mentadbir Benua Kecil India.2 Oleh itu pada tahun 1858 dengan

mengikut Akta Kerajaan India yang telah dikuatkuasakan pada tahun 1858, Syarikat Hindia

Timur Inggeris (SHTI) telah dibubarkan. Manakala pentadbiran India pula diletakkan di

bawah pentadbiran Kerajaan British pada tahun 1858.3 Keputusan ini telah dibuat bagi

mengelakkan lagi lebih banyak pembaharuan yang dijalankan.

1
Abdullah Zakaria Ghazali, Azharudin Mohamed Dali, Azhar Mad Aros & Suffian Mansor, ”INDIA”, Sejarah Asia
Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur 1800- 1963, 2000, hlm 250.
2
Rosie Llewellyn-Jones, The Great Uprising in India, 1857-58: Untold Stories, Indian and British. Vol. 2. Boydell
& Brewer, 2007, hlm 3.
3
Ibid, hlm 10.
Di sini kita dapat melihat, meskipun gerakan Dahagi ini bukanlah sebuah perjuangan

nasionalisme secara keseluruhannya namun sedikit sebanyak ianya telah dapat membuka

mata dan memberikan sedikit keberanian masyarakat India untuk bangkit di dalam

mempertahankan hak-hak mereka yang telah dirampas. Buktinya melalui gerakan Dahagi ini

telah membawa kepada kejatuhan kuasa Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) yang mana

sekaligus membawa kepada perubahan pengambilalihan kuasa. Contohnya perkembangan

ini telah menyebabkan Benua Kecil India telah menjadi Tanah Jajahan Mahkota British dan

semua dasar dan hal ehwal pentadbiran India diletakkan di bawah Setiausaha Negara India

yang dibantu oleh Majlis yang terdiri daripada 15 orang ahli. Pentadbiran ini juga dijalankan

oleh Gabenor Jeneral yang digelar sebagai Wizurai.

Selain itu, antara kesan pemberontakan Dahagi 1857 lain yang boleh dilihat dalam

perubahan di dalam sistem pentadbiran. Kerajaan British telah menubuhkan Majlis Kerja

dan Majlis Perwakilan bagi melicinkan sistem pentadbiran dan juga penambahan bilangan

perwakilan telah dilakukan melalui Akta Majlis India 1861 di dalam Majlis Kerja dan juga

Majlis Perundangan. Manakala pada tahun 1862, perwakilan daripada kalangan orang-

orang India dilantik di dalam Majlis Perundangan namun perwakilam biasanya terdiri

daripada golongan bangsawan yang mana kurang memahami hasrat orang-orang India. Hal

ini juga menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan orang-orang India apabila bilangan

perwakilan daripada orang India kurang di dalam Majlis Perundangan. Hal ini kerana orang-

orang India tidak diberi peluang dalam perwakilan pada peringkat awalnya.

Selain itu, British juga dilihat sudah kurang berminat untuk berkongsi kuasa dengan

orang India. British juga dilihat kurang menunjukkan minat terhadap golongan yang

berpendidikan barat yang menarik kepada Macaulay dan merasakan bahawa pihak British

adalah yang paling layak untuk menjadi pemerintah India yang kekal.4 Hal ini ada dinyatakan

oleh Sir John Strachey bahawa jika pemerintahan mereka berakhir, maka akan bermula

sebuah anarki yang huru-hara dan hakitkatnya, harapan India pada ketika itu terletak pada

4
Neil Ryan, Polisi Selepas Tahun 1857, India: Nasionalisme dan Kemerdekaan, 1978.
kelangsungan kerajaan yang dermawan dan kuat yang mana terdiri daripada orang-orang

Inggeris.5

Melalui gerakan Dahagi ini juga kita dapat melihat lahirnya tokoh-tokoh pemimpin

India yang hebat di dalam mengetuai penentangan terhadap British. Contohnya di kawasan

India Tengah, Tantia Topi sebagai pemimpin tentera di kawasan tersebut, Gurkha di bawah

pimpinan Jang Bahadur, kebangkitan di Lucknow dibawah pimpinan tentera di Hazrat Mahal

dan juga Nana Saheb di Kanpur. Walaupun semangat kebangkitan yang dibawa oleh setiap

pemimpin ini mempunyai kepentingan masing-masing ianya masih membawa kepada

keuntungan masyarakat. Contohnya seperti Nana Saheb, merupakan anak kepada Peshwa

Baji Rao ii yang tidak diiktiraf sebagai pemerintah baru bagi wilayah Kanpur pada tahun

1853 oleh pihak British dengan alasan beliau merupakan anak angkat serta dihalang untuk

menggunakan gelaran Peshwa.6 Oleh itu, melalui penentangan merekalah yang telah

menyebabkan Undang-undang Lesap Waris dapat dihapuskan semula. Undang-undang ini

telah banyak menimbulkan rasa tidak puas hati di dalam kalangan pemimpin tempatan. Oleh

itu, melalui penghapusan Undang-undang Lesap Waris ini pemimpin yang tidak mempunyai

waris telah dibenarkan untuk mengambil anak angkat untuk dijadikan waris yang sah

terhadap semua harta dan peninggalan mereka.

Abdullah Zakaria Ghazali, Azharudin Mohamed Dali, Azhar Mad Aros, Suffian

Mansor. 2000. INDIA. Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur 1800- 1963.

5
Sir John Kaye, History Of Indian Mutiny, Lahore: Oriental Publishers & Booksellers, 1976, hlm 43.
6
Malleson, The Indian Mutiny of 1857, Delhi: Datta Book Centre, 1971, Hlm 28.
Rosie Llewellyn-Jones. 2007. The Great Uprising in India, 1857-58: Untold Stories,

Indian and British. Vol. 2. Boydell & Brewer.

Neil Ryan. 1978. Polisi Selepas Tahun 1857. India: Nasionalisme dan Kemerdekaan.

Sir John Kaye. 1976. History Of Indian Mutiny. Lahore: Oriental Publishers &

Booksellers.

Malleson. 1971. The Indian Mutiny of 1857. Delhi: Datta Book Centre.

You might also like