You are on page 1of 14

1.

0 PENGENALAN

Dahagi India atau juga dikenali sebagai Rebolt/Rebelletion/Mutiny yang membawa

maksud penentangan terhadap pemerintah. Dahagi ini berlaku pada 10 Mei 1857.

Pemberontakan ini adalah disebabkan oleh peraturan yang telah dilaksanakan oleh Britsh di

India. Peraturan yang dibuat oleh British adalah sangat tidak adil dan ianya menindas masyarakat

di India. Dahagi 1857 ini juga secara umumnya turut dipanggil sebagai pemberontakan sepoi

sepertimana yang dinyatakan oleh Maulana Abdul Kalam Azad dalam ruang kata-kata aluan

buku Eighteen Fifty-Seven hasil tulisan Dr. S.N. Sen1. Hal ini kerana, dahagi ini bermula

daripada tindakan sepoi-sepoi India yang marah akan tindakan British. Pemberontakan ini

menjadi semakin kuat dan membesar apabila para pemerintah juga turut terlibat kerana rasa tidak

puas hati dengan sistem pentadbiran baru yang telah diperkenalkan oleh British. tahun 10 Mei

1857 hingga 1859 merupakan satu pemberontakan tentera atau sepoi di India. Pemberontakan

ini merupakan penentangan yang terbesar sepanjang pemerintahan British semasa abad ke-19

yang berlaku timbul atas sebab rasa tidak puas hati pada pemerintahan British di India dalam

aspek sosial, ekonomi dan politik.2

Bagi orang India, Dahagi ini merupakan satu permulaan bagi perjuangan kebangsaan

untuk membebaskan India dari cengkaman oleh pihak Syarikat Hindia Timur Inggeris(SHTI)

yang bertindak sebagai kolonial di India bagi pihak British. Kebangkitan Dahagi berlaku di tiga

penjuru utama India iaitu di sebelah Utara, Tengah dan Barat India yang merangkumi kawasan

seperti Delhi, Agra, Gwalior, Orchha, Kanpur serta Lucknow.

1
Surendra Nath Sen, Eighteen Fifty-Seven, (India: The Publication Division Ministry of Information and
Broadcasting of India, 1958), hlm. V
2
A. Yusuf Ali, “A Cultural History of India During the British Period”,( AMS Press ,1976),hlm. 176.

1
2.0 ADAKAH DAHAGI HANYALAH CETUSAN EMOSI SEPOI SEMATA-MATA

Menurut pandangan penulis, kebangkitan Dahagi India pada tahun 1857 ini bukanlah satu

perang pembebasan India.Hal ini adalah kerana, kebangkitan ini tidak mempunyai satu matlamat

nasional yang boleh dikatakan untuk membebaskan India daripada cengkaman British.Penulis

berpandangan seperti ini adalah disebabkan oleh setiap yang bangkit mempunyai matlamat

mereka sendiri yang bertujuan untuk kepentingan diri dan kawasan masing-masing.Selain itu,

Dahagi India ini juga tidak mencetuskan kebangkitan di semua kawasan di India, hanya

sesetengah kawasan sahaja di India yang tercetusnya dahagi ini.

Padangan penulis ini dikukuhkan lagi dengan pandangan beberapa orang sarjana yang tidak

bersetuju Dahagi India dikatakan sebagai kebangkitan untuk membebaskan India.S.N. Sen

berpendapat tidak ada kesefahaman antara sepoi India dengan pemerintah asing baik dari segi

budaya, bangsa dan bahasa. Tambahan pula, sepoi-sepoi India dan masyarakat India secara

umumnya termasuk raja-raja mereka belum lagi mempunyai semangat patriotik terhadap negara

India, sebaliknya perjuangan yang dilakukan hanyalah lebih kepada untuk kepentingan daerah

atau kawasan masing-masing atau kelompok kasta dan pekerjaan mereka sahaja3. Hal inilah yang

menyebabkan pada akhirnya Dahagi India ini mengalami kegagalan kerana tiada satu kata

sepakat dari kalangan para pemimpin dahagi ini untuk melakukan pembebasan terhadap

India.Mereka hanya melihat kepada kepentingan diri mereka dan memastikan matlamat mereka

tercapai tanpa perlu melihat kepada kehendak umum.

2.1 KEBANGKITAN PEMIMPIN DENGAN MATLAMAT MASING-MASING

2.1.1 Sepoi

3
B.L. Grover & S. Grover, A New Look at Modern Indian History, (Delhi: S.Chand & Company Ltd., 1995), hlm
417.

2
R. C. Majumdar adalah merupakan seorang sarjana yang melihat bahawa Dahagi India

bukanlah satu kebangkitan yang membesaskan India. Seperti yang telah disebut beliau dalam

bukunya:

“there is nothing in the conduct or behaviour of the sepoys which would justify us in the

belief or even assumption, that they were inspired by love for their country or fougth

against British with the definite idea of freeing their motherland”4

Beliau melihat bahawa dahagi ini adalah merupakan satu pemberontakan yang dilakukan oleh

sepoi dan ianya tidak dapat lihat sebagai satu bentuk pembebasan negara India. Munurut S.N

Sen, semasa pemberontakan India tiada satu karekter pemimpin yang boleh dikatakan sebagai

nasionalis. Hal ini berikutan kerana setiap pemimpin yang terlibat dalam pemberontakan dahagi,

mereka menentang British atas sebab-sebab atau matlamat yang berbeza.Mana mungkin satu

pemberontak menentang penjajah dengan matlamat yang berbeza boleh dikatakan sebagai satu

pemberontakan pembebasan.

Pada berpendapat penulis, bahawa Dahagi India ini adalah bermula dengan kebangkitan para

sepoi-sepoi India.Hal ini adalah kerana, sepoi-sepoi ini berasa terhina dengan tindakan

British.Sepoi India telah mendengar khabar angin mengatakan bahawa peluru senapang disaluti

dengan minyak khinzir dan lembu.Sebelum memasukkan peluru tersebut dalam senapang sepoi

hendaklah mengigit dahulu peluru tersebut.Hal ini adalah sangat sensitif kerana sepoi-sepoi India

terdiri daripada orang India yang beragama Hindu dan Muslim.Hal ini menyebabkan sepoi India

4
B.L. Grover & S. Grover, A New Look at Modern Indian History, (Delhi: S.Chand & Company Ltd., 1995), hlm
417.

3
sangat marah kerana British seolah-olah menghina meereka dengan menggunaka peluru yang

disalutkan dengan minyak daripada haiwan yang terlarang dalam agama Hindu dan Muslim.

Hal ini dengan jelas menunjukkan bahawa, dahagi yang berlaku hanyalah disebabkan

oleh cetusan emosi semata-mata kerana British telah memulakan suatu isu yang sangat sensitive

dan sepoi melihat British seolah-olah mahu mempersenda agama dan lantas hal ini telah

mengundang kemarahan sepoi.

2.1.2 AGENDA PEMIMPIN TEMPATAN

Terdapat pandangan yang mengatakan bahawa faktor-faktor yang wujud timbul daripada

motif tersembunyi yang dicetuskan secara terancang oleh beberapa pemimpin-peminpin

tempatan seperti Nana Saheb, Lakshmi Bai, Bahadur Shah dan lain-lain lagi5. Para pemimpin di

India yang tidak berpuas hati dengan undang-undang baru yang telah diperkenalkan oleh Britsh

telah bangkit dan memberontak. Sebagai contohnya, penguatkuasaan Undang-undang Lesap

Waris.Penguatkuasaan Undang-undang ini telah menyebabkan salah seorang pemerintah wilayah

Kanpur iaitu Nana Shaheb telah kehilangan kawasan pemerintahannya.Hal ini adalah disebabkan

oleh Nana Shaheb adalah merupakan anak angkat Peshwa Baji Rao II.Menurut Undang-undang

Lesap Waris Nana Shaheb tidak layak untuk mewarisi pemerintahan ayahnya Peshwa Baji Rao

setelah ayahnya meninggal dunia.Hal ini menimbulkan kemarahan Nana Shaheb sebagai pewaris

satu-satunya. Apa yang menambahkan lagi kemarahan Nana Shaheb adalah beliau tidak

mendapat duit pencen kerana tidak dibenarkan oleh British. Selain itu, Rani Jhansi juga telah

memberontak apabila beliau tidak dapat menggantikan suaminya setelah suaminya meninggal.

5
Ranajit Guha & Gayatri Chakravorty Spivak, (ed.), (Selected Subaltern Studies, New York: Oxford University
Press, 1988), hlm. 130.

4
Rani Jhansi telah bangkit dengan slogan logan yang digunakan oleh Rani, permaisuri Jhansi iaitu

“mera Jhansi, deyugi nahin”, membawa maksud perjuangan yang dilakukan oleh Rani adalah

untuk kawasannya iaitu Jhansi bukannya negara India6.

Seterusnya, di Monghul pula, orang Muslim bangkit untuk memulihkan kuasa kerajaan

Islam.Hal ini adalah kerana, British telah mengangkat Raja Bahadur Shah menjadi raja.British

telah melihat Raja Bahadur sebagai seorang raja yang sangat neutral dalam keagamaan. Hal ini

menyebabkan orang muslim sangat marah kerana mereka mahukan raja yang kuat agamanya

untuk memerintah mereka kerana Moghul adalah merupakan kawasan kuat pegangan

muslimnya.

Pada pandangan penulis, perbezaan matlamat bagi setiap pemimpin ini mendoronng

kepada satu bentuk kebangkitan yang tidak kukuh.Hal ini kerana, setiap orang atau pemimpin

mempunyai kehendak yang berbeza.Adalah sangat mustahil untuk mencapai satu kemerdekaan

apabila setiap orang tidak bersatu hati untuk menentang penjajah. S.N Sen juga berpendapat

bahawa pemimpin-pemimpin India yang terlibat dalam Dahagi 1857 bukanlah sebenarnya ingin

menentang British atas dasar ingin membebaskan India sepenuhnya daripada cengkaman British,

tetapi sebenarnya menentang British kerana kepentingan mereka diganggu.

2.1.3 ORGANISASI PENTADBIRAN YANG TIDAK SISTEMATIK

Dahagi India seperti yang kita telah maklum adalah satu pemberontakan yang melibatkan

banyak pemimpin tempatan dan setiap pemimpin tersebut mempunyai matlamat mereka

sendiri.Maka dengan itu, tidak ada seorang pemerintah yang tetap dalam memimpin Dahagi ini

dan dengan itu tidak ada satu organisasi yang boleh mengawal segala pergerakan dalam

6
Ranajit Guha & Gayatri Chakravorty Spivak, (ed.), (Selected Subaltern Studies, New York: Oxford University
Press, 1988), hlm. 257-258

5
pemberontakan yang berlangsung.Menurut S.N Sen beliau mengatakan bahawa Dahagi India

adalah perjuangan mempertahankan negeri sendiri iaitu seperti di Bihar, Benggal, Delhi, Oudh

dan Lucknow seperti kenyataan beliau “India in the first half of the nineteenht century was a

geographical expression”7. Oleh itu, jelaslah setiap kawasan mempunyai matlamat mereka yang

tersendiri.

Seterusnya, menurut L.E. Rees memberi pandangan bahawa Dahagi 1857 di India lebih

kepada peperangan agama iaitu perjuangan menentang agama Kristian.Berdasarkan pandangan

Rees ini kita dapat membuat penilaian bahawa masyarakat India memberontak bukan atas dasar

kesedaran mereka untuk merdeka tetapi atas sebab campur tangan British dalam agama

Hindu.Masyarakat India yang sangat kuat pegangan agama ini berasa tercabar dengan tindakan

British tersebut.Maka dengan itu mereka telah bangkit dan memberontak.

3.0 SEJAUHMANAKAH KEBANGKITAN INI DIANGGAP SEBAGAI PERANG

PEMBEBASAN INDIA

S.N. Sen berpendapat kegagalan Dahagi India yang pertama sekali adalah

disebabkan oleh ketiadaan perpaduan dalam tujuan penentangan di kalangan pemberontak.8

Pemberontak-pemberontak ini mempunyai kepentingan tersendiri untuk menentang British.

Misalnya askar-askar sepoi berjuang atas sebab agama, diskriminasi oleh British serta gaji yang

rendah. Matlamat pemimpin lain seperti Nana Sahib pula memberontak untuk membalas

dendam atas kehilangan tanah dan estet ayah angkatnya, Baji Rao, Tantia Topi dan Rani Jhansi

7
Ranajit Guha & Gayatri Chakravorty Spivak, (ed.), (Selected Subaltern Studies, New York: Oxford University
Press, 1988), hlm. 256

Surendra Nath Sen, “Eighteen Fifty-Seven”, Calcutta :The Publication Division Ministry of Information and
8

Broadcasting of India(1958), hlm. 417.

6
yang sebenarnya menentang British kerana ingin mendapatkan kembali kuasa yang mereka

miliki yang telah diambil alih British melalui tindakan British sebelum ini telah memberi

dorongan kepada mereka untuk menyertai tentera sepoi. Orang Muslim pula berjuang untuk

memulihkan empayar Moghul di Delhi yang semakin lemah ekoran daripada pengaruh British di

wilayah yang berhampiran dengan wilayah Mogul di Delhi. 9 Lalu bagi golongan Muslim sendiri

mereka sebenarnya lebih menumpukan kepada pemulihan Mogul dan memanipulasikan

penentangan oleh tentera sepoi ini sebagai suatu langkah untuk memulihkan kembali kerajann

Mogul yang dianggap sebagai pelindung umat Islam di India itu sendiri. Tambahan pula,

Bahadur Shah dianggap sebagai simbol penyatuan bagi seluruh India sungguhpun ia akan

menyebabkan kontradiksi dengan pemimpin Hindu yang lain yang sememangnya mempunyai

idealisme yang berbeza dengan pandangan pro Mogul dalam kalangan kaum Hindustan

(Muslim) itu sendiri. Tidak mustahil jika penentangan ini berjaya, mungkin para pemerintah

tersebut akan berperang sesama sendiri bagi merebut kekuaaan yang ditinggalkan oleh British itu

sendiri.

Dalam hal ini para sarjana melihat isu ini daripada berbagai sudut pandang. Tetapi

kebanyakannya melihat bahawa dahagi India sebenarnya tidak mencerminkan usaha-usaha untuk

membebaskan India daripada penguasaan British sebenarnya. Pertama dapat diilihat daripada

matlamat para pejuang yang terlibat dalam perjuangan ini yang sememangnya tidak sekata antara

satu sama lain. Hal ini kerana daripada sudut yang lebih mendalam kita akan dapati para

pejuang ini sebenarnya berjuang dalam lingkungan kepentingan sendiri serta berusaha menjaga

kepentingan masing-masing. Selanjutnya, kesetiaan yang ditonjolkan adalah kepada para

pemimpin masing-masing lalu apabila pihak British bertindak balas, mereka tidak menolong

9
Thomas Metcalf, “The Aftermath of Revolt India, 1857-1870”, London and Princeton :Princeton University Press
(1964),hlm. 56.

7
antara satu sama lain, lantas, perjuangan mereka adalah bukan perjuangan pembebasan bagi

seluruh India tetapi merupakan perjuangan pembebasan bagi wilayah mereka sahaja.

Bukan itu sahaja, Dahagi ini tidak menyeluruh, hanya tertumpu di beberapa kawasan

yang terhad dan tidak mencerminkan suatu bentuk penentangan yang bersepadu bagi seluruh

India.10Sebaliknya, ianya hanyalah sekadar suatu bentuk penentangan setempat yangdipelopori

oleh tentera sepoi India itu sendiri dengan dibantu oleh tentera pemberontak tempatan yang

dinaungi oleh raja-raja mereka. Bukti jelas yang dapat dilihat adalah penentangan ini hanya

wujud di kawasan Bihar, Oudh, Benggal, Delhi dan Lucknow sahaja yang terletak di kawasan

tengah dan barat daya India. Tetapi kawasan lain seperti wilayah Punjab, Sind dan wilayah-

wilayah di kawasan Maharashta dan selatan India rata-ratanya masih teguh di bawah penjajahan

British di benua kecil ini. Oleh sebab itulah kita tidak dapat menganggap bahawa dahagi India

1857 sebagai suatu perang pembebasan India.

Selain itu, ramai pihak yang tidak menyokong Dahagi dengan membantu British

menentang pemberontak. Sokongan rakyat ini terdiri daripada orang Sikh dan Kristian

termasuklah golongan bangsawan dan berpendidikan barat. Mereka bersikap berkecuali atau

membantu pihak British menentang pemberontak seperti Nana Sahib, Rani Jhansi dan

sebagainya. Misalnya, tentera Sikh dikatakan telah bertindak sebagai pengkhianat dalam dahagi

India kerana mereka telah bersikap setia dengan British apabila menggagalkan tindakan

penentang di Kubu Allahabad.11 Mereka juga turut bertindak dengan menolak untuk menurunkan

bendera British di situ serta membantu pelucutan senjata oleh sebahagian tentera sepoi itu

sendiri. Begitu juga dengan kebanyakan pemerintah-pemerintah tempatan yang masih setia pada

10
B.L. Grover & S. Grover, “A New Look at Modern Indian History”, Delhi : S. Chand & Company Ltd. (1995),
hlm. 256.
11
Percival Spear, “India : A Modern History”, New York : University of Michigan Press (1961),hlm. 271.

8
British seperti Sindhia dan Nizam. Golongan berpendidikan Barat juga tidak menyokong Dahagi

ini seperti Dinkor Rao dari Giwalior dan Jang Bahadur dari Nepal. Boleh dikatakan bahawa

golongan pensubahat ini telah memberi bukti tentang pandangan bahawa Dahagi India 1857

bukanlah suatu gerakan nasionalisme atau pembebasan India.

Peranan pensubahat itu sebenarnya menonjolkan tiadanya koordinasi yang bersepadu

dalam kalangan masyarakat India kurun ke-19 bagi melawan ketidakadilan melalui

pemberontakan 1857 tersebut. Hal ini sangat kelihatan dengan tindakan sesetengah golongan

bangsawan di India yang membantu British dalam menghapuskan penentangan itu.12

Contohnya, pada 16 Mei, Chunilal telah merekodkan di dalam diarinya yang menerangkan

bahawa tentera sepoi di Allamah telah menemui sepucuk surat dari Ahsanullah iaitu, ahli

keluarga golongan bangsawan Mogul telah menulis kepada pihak British bahawa beliau akan

membantu British untuk merampas Delhi daripada tangan pemberontak. Hal ini disebabkan oleh

keinginan untuk memberi pengiktirafan kepada Mirza Jawan Bakht, iaitu Anank Bahadur Shah

dengan Zeenat Mahal agar dilantik sebagai bakal Raja Delhi. Tindakan ini sebenarnya

merupakan suatu pengkhianatan kepada pihak tentera sepoi kerana tindakan ini melemahkan

penentangan tentera sepoi di Delhi. Tentera Sepoi telah memenggal kepala Ahsanullah kerana

ingin mengelakkan beliau daripada membantu British. Tambahan pula, Zeenat Mahal telah

dijadikan tebusan bagi mengelakkan peristiwa itu berulang. British lebih mudah untuk

menumpaskan penentangan kerana terdapatnya pembesar yang sudi bersubahat dengan kerajaan

British. Tiadanya koordinasi antara pemberontak dan juga golongan bangsawan itu sendiri telah

menjadikan penentangan ini tidak bersifat pembebasan kerana golongan pensubahat ini

P.C. Joshi, “Rebellion 1857”, Calcutta: People Publishing House (Private) Ltd. (1975),hlm. 171-172.
12

9
menonjolkan sifat sebagai penyokong kerajaan British ekoran terdapat suatu keistimewaan atau

ganjaran yang diperoleh hasil daripada sokongan pihak British tersebut. Masyarakat India yang

beragama Kristian pula menyokong British kerana berasakan bahawa pendekatan British lebih

sesuai dengan aspirasi mereka yang memeluk Kristian. Mereka bimbang sekiranya tidak

membantu British, kepentingan peribadi mereka khususnya golongan bangsawan pro British itu

tidak dipenuhi serta tindakan pembalasan oleh golongan pemberontakan itu akan memberi kesan

buruk kepada pihak golongan masyarakat India beragama Kristian itu sendiri. Tambahan pula,

sebahagian daripada bangsawan dan masyarakat India Kristian telah mendapat

keistimewaan daripada British melalui polisi-polisi yang dijalankan khususnya akta yang

membenarkan pemilikan harta warisan sungguh pun memeluk agama Kristian serta sistem

zamindar itu hanya dapat dijaga sekiranya menyokong pihak British kerana pihak pemberontak

tidak boleh diharapkan dalam memberikan perlindungan kepada para penduduk India Kristian

tersebut.13 Dengan tiadanya sokongan menyeluruh tersebut, maka kita tidak boleh menganggap

pemberontakan itu sebagai pembebasan India tetapi hanyalah pemberontakan tempatan atau

pemberontakan sebahagian penduduk India semata-mata.

Dahagi ini tiada semangat nasionalisme yang suci seperti yang dikatakan oleh Spear dan

dianggap sebagai tanda protes terhadap tindakan Britsh. Tidak terdapat tanda-tanda satu

tindakan kearah India yang bersatu. Dahagi ini merupakan satu rusuhan tentera yang turut

diambil kesempatan oleh orang bangsawan dan tuan-tuan tanah yang tidak puas hati pada British.

Ketidakpuasan ini timbul apabila beberapa keistimewaan mereka ditarik oleh pemerintah British

seperti di Oudh dan Rohlikand. Pemberontakan ini adalah satu kejadian tempatan, terhad dan

kurang tersusun. Ia tidak disertai oleh seluruh rakyat India. Pemberontakan ini merupakan satu

P.C. Joshi, “Rebellion 1857”, Calcutta: People Publishing House (Private) Ltd. (1975), hlm. 154.
13

10
pergerakan kebangsaan. Oleh itu dahagi ini tidak dapat dianggap sebagai satu peperangan

kemerdekaan.

11
4.0 KESIMPULAN

Dahagi 1857 berlaku kerana pelbagai faktor yang sememangnya mempunyai kaitan

dengan isu-isu yang membangkitkan kemarahan sepoi India dan juga menyentuh isu-isu sensitif

masyarakat India secara amnya. Pemberontakan sepoi bermula di Oudh akibat penjajahan Oudh

dan juga isu peluru Royal Enfield yang tersebar bermula di Barrackpore yang kemudian merebak

ke daerah India lain merupakan permulaan dahagi 1857. Awal sebelum itu, Dahagi 1857 ini

ternyata lebih menampakkan kaitan dengan penentangan sepoi. Maka dapatlah dikatakan

bahawa dahagi India 1857 sebagai pemberontakan sepoi walaupun terdapat pemberontakan yang

dilakukan oleh beberapa kelompok yang lain seperti golongan petani dan pemerintah.

Pemberontakan sampingan itu tidak begitu memberi kesan sehingga membolehkan Dahagi 1857

itu terjadi.

Pada pandangan penulis, melihat kepada faktor-faktor dan pandangan-pandangan tokoh

sarjana, dapatlah disimpulkan bahawa dahagi India pada 1857 merupakan pemberontakan tentera

dan bukannya sebuah peperangan atau perjuangan kearah kemerdekaan atau pembebasan India

secara penuh daripada penjajahan British. Hal ini kerana, Dahagi 1857 bermula daripada faktor

ketidakpuasan hati sepoi yang berasa hak mereka diganggu dan penentangan yang berlaku lebih

bersifat kedaerahan.

Walaupun Dahagi India pada 1857 ini gagal, namaun ia membuka mata British bahawa

pemerintahan British di India tidak layak diberikan kepada wakil british iaitu Syarikat Hindia

Timur. British selepas itu, mula menghormati pemerintahan tempatan dan perjanjian yang telah

dibuat dengan pihak pemerintahan tempatan. Kesan terbesar sekali ialah kepada sistem

12
ketenteraan India di mana berlakunya rombakan atau penstrukturan semula sistem ketenteraan

India selepas Dahagi 1857.

13
5.0 BIBLIOGRAFI

B.L. Grover & S. Grover, “A New Look at Modern Indian History”, Delhi : S. Chand &

Company Ltd. (1995).

P.C. Joshi, “Rebellion 1857”, Calcutta: People Publishing House (Private) Ltd. (1975).

Percival Spear, “India : A Modern History”, New York : University of Michigan Press (1961),

Ranajit Guha & Gayatri Chakravorty Spivak, (ed.), (Selected Subaltern Studies, New York:

Oxford University Press, 1988).

Surendra Nath Sen, “Eighteen Fifty-Seven”, Calcutta :The Publication Division Ministry of

Information and Broadcasting of India (1958)

Thomas Metcalf, “The Aftermath of Revolt India, 1857-1870”, London and Princeton :Princeton

University Press (1964).

14

You might also like