You are on page 1of 2

Bincangkan kesan-kesan Perang Dunia kedua dari segi politik, ekonomi dan sosial

Perang Dunia Kedua ini berlangsung antara tahun 1939 hingga 1945. Perang ini dikatakan
sebagai perang dunia sebenar kerana melibatkan hampir seluruh dunia, iaitu Eropah, Afrika, Asia
dan Asia Pasifik. Perang Dunia Kedua ini melibatkan dua pakatan iaitu Kuasa Berikat yang
dianggotai oleh Amerika Syarikat, Britain dan Rusia dan Pakatan Paksi yang dianggotai oleh
Jerman, Itali dan Jepun. Berikut merupakan kesan-kesan perang Dunia Kedua dari aspek politik,
ekonomi dan sosial.

Kesan-kesan Perang Dunia Kedua dari segi politik termasuklah, penubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu (PBB). Selepas Perang Dunia Kedua, badan dunia yang dikenali sebagai PBB telah
ditubuhkan. PBB memainkan peranan memelihara keamanan dunia dan menghalang
peperangan. PBB juga memainkan peranan yang lebih aktif dengan memberikan bantuan
kemanusiaan serta mencegah wabak penyakit berjangkit dalam kalangan negara-negara anggota.
Oleh itu, Perang Dunia Kedua telah menunjukkan bahawa liga bangsa yang ditubuhkan selepas
perang dunia kedua pertama gagal memainkan peranan dengan berkesan bagi menghalang
peperangan.

Selain itu, kesan-kesan Perang Dunia Kedua dari segi politik termasuklah, dekolonisasi.
Perang Dunia Kedua telah membangkitkan semangat kebangsaan dalam kalangan penduduk di
Asia dan Afrika. Perkembangan ini telah menyebabkan muncul gerakan Nasionalisme bagi
membebaskan tanah air daripada penjajah. Selepas tamatnya perang, negara-negara Eropah
memulakan proses dekolonisasi dengan memberikan kemerdekaan kepada tanah-tanah jajahan
mereka. Perkembangan ini telah menyebabkan India dan Pakistan mencapai kemerdekaan dan
negara-negara di Asia Tenggara turut mencapai kemerdekaan. Oleh itu, kesan Perang Dunia
Kedua amat penting dalam membangkitkan semangat kebangsaan dalam kalangan penduduk di
Asia dan Afrika.

Seterusnya, kesan-kesan Perang Dunia Kedua dari segi ekonomi termasuklah, kemusnahan
ekonomi. Perang dunia kedua menyebabkan ekonomi negara-negara Eropah terjejas. Peperangan
ini menyebabkan kawasan tanah perindustrian yang luas rosak dan pengeluaran hasil pertanian
merosot. Jumlah hasil pertanian yang dikeluarkan oleh negara-negara Eropah pada tahun 1946,
hanya satu pertiga daripada hasil pertanian yang dikeluarkan pada tahun 1938. Oleh itu, negara-
negara Eropah yang terlibat dalam peperangan tersebut terpaksa berhadapan dengan kesulitan
yang dialami serta kerugian yang banyak.

Di samping itu, kesan-kesan Perang Dunia Kedua dari segi ekonomi termasuklah, ganti rugi
perang. Selepas tamat perang, negara-negara yang menang menuntut ganti rugi daripada negara-
negara yang kalah dalam peperangan. Menurut Perjanjian Damai Paris, Hungary, Finland dan
Romania dikehendaki membayar ganti rugi kepada Soviet Union. Amerika Syarikat turut
mendapatkan Paten (hak cipta) bagi semua jentera dan mesin-mesin yang dihasilkan oleh Saintis
Jerman. Oleh itu, negara-negara yang kalah seperti Jerman terpaksa berhadapan dengan
tindakan negara yang menang dalam peperangan ini. Aset galian dan kelebihan dalam
pengetahuan serta teknologi dirampas sebagai ganti rugi dalam peperangan.
Tambahan pula, kesan-kesan Perang Dunia Kedua dari segi ekonomi termasuklah, kehilangan
nyawa. Perang Dunia Kedua merupakan peperangan yg mengorbankan banyak nyawa dalam
sejarah manusia. Pengeboman atom Hiroshima dan Nagasaki pada Ogos 1945 telah
menyebabkan banyak nyawa terkorban. Selain serangan bom, angka kematian yang tinggi juga
disebabkan oleh wabak penyakit, pembunuhan dan masalah kekurangan makanan. Dalam
kalangan Pihak Berikat, negara yang mengalami kehilangan nyawa paling tinggi ialah Rusia. Oleh
itu, rakyat Rusia menghadapi situasi kehidupan yang amat tragis ekoran peperangan yang berlaku
pada masa itu.

Kesimpulannya, Perang Dunia Kedua sememangnya telah meninggalkan kesan besar kepada
dunia dalam pelbagai aspek. Perang Dunia Kedua menyaksikan kesan yang dahsyat seperti
pengeboman di Hiroshima dan Nagasaki. Terdapat banyak lagi kesan daripada peristiwa ini dan
antaranya masih boleh dilihat hingga ke hari ini. Perang ini juga menyebabkan Amerika Syarikat
dan Rusia muncul sebagai kuasa besar dunia. Hubungan tegang antara kedua-dua kuasa besar
dunia menyebabkan tercetus Perang Dingin yang berlarutan hingga tahun 1989.

You might also like