You are on page 1of 19

KESAN PERANG

DUNIA KEDUA
raja syura
melalui 4 aspek ;
politik
ekonomi
sosial
ketenteraan
POLITIK
1 | DEKOLONISASI
kebangkitan semangat kebangsaan dalam kalangan penduduk di Asia dan Afrika.
Selepas perang tamat, penduduk tanah jajahan bangkit menentang percubaan penjajah untuk
mengukuhkan kedudukan mereka di Asia dan Afrika.
Penduduk di tanah-tanah jajahan ingin memperoleh kemerdekaan & menentukan nasib negara
& bangsa mereka .
kemusnahan yang dialami oleh negara Eropah telah menjatuhkan maruah negara-negara
tersebut dalam kalangan penduduk di tanah jajahan.
kos peperangan yang amat tinggi telah menyebabkan negara-negara Eropah menghadapi
masalah kewangan untuk menguruskan tanah-tanah jajahan.
Perkembangan ini menyebabkan negara-negara Eropah memulakan proses dekolonisasi dengan
memberikan kemerdekaan kepada tanah-tanah jajahan mereka.
India & Pakistan mencapai kemerdekaan daripada Britain pada bulan Ogos 1947. negara kita &
negara lain di Asia Tenggara turut mencapai kemerdekaan.
Indonesia mencapai kemerdekaan daripada Belanda manakala Indo-China mencapai
kemerdekaan daripada Perancis. tahun 1945-1970, kebanyakan tanah jajahan di Asia dan Afrika
telah mencapai kemerdekaan.
2 | PERANG DINGIN
Selepas Perang Dunia Kedua, Amerika Syarikat dan Rusia muncul sebagai kuasa besar dunia.
Selepas tamat Perang Dunia Kedua,hubungan antara kedua kuasa besar ini menjadi semakin
tegang & perkembangan ini telah mencetuskan Perang Dingin.
hubungan antara kedua-dua kuasa besar ini menjadi renggang semasa Persidangan Yalta yang
diadakan pada tahun 1945.
Hubungan menjadi semakin tegang apabila Rusia menolak tuntutan Amerika Syarikat dalam
Persidangan Potsdam agar diadakan pilihan raya bebas di negara-negara Eropah Timur.
Perkembangan ini menyebabkan Amerika Syarikat memperjuangkan penubuhan kerajaan
bercorak demokrasi di Eropah Barat.Rusia pula mengasaskan pemerintahan komunis di negara
Eropah Timur.
Menjelang tahun 1948,negara-negara Eropah Timur yang dibebaskan oleh Rusia spt komunis.
Bulgaria, Romania, Poland, Hungary, dan Czechoslovakia berada di bawah pemerintahan.
Semasa Perang Dingin, kedua-dua kuasa besar ini menggunakan pelbagai pendekatan untuk
mengukuhkan ideologi dan pengarah masing-masing. Perang ini berlanjutan hingga keruntuhan
negara-negara komunis di Eropah Timur pada tahun 1989.
3 | PERPECAHAN JERMAN
Perang Dunia Kedua telah menyebabkan negara Jerman mengalami perpecahan.
Jerman telah dibahagikan kepada empat zon selepas tamat Perang Dunia Kedua. Zon tersebut
berada di bawah penguasaan Britain, Perancis, Amerika Syarikat dan Soviet Union.
Dalam Persidangan Potsdam, keempat-empat kuasa besar mencapai kata sepakat untuk
mengamalkan sistem ekonomi yang seragam di zon-zon tersebut.
Namun demikan, pada Disember 1946, Britain, Perancis, dan Amerika Syarikat bertindak
menggabungkan zon-zon yang berada di bawah penguasaan mereka sebagai satu zon ekonomi.
Jerman Barat telah mendapat bantuan ekonomi daripada Amerika Syarikat melalui
Rancangan Marshall. Rusia mula membangunkan Jerman Timur sebagai zon Komunis.
Pada bulan Jun 1948, Rusia bertindak menutup jalan darat yang menghubungkan Jerman Timur
dengan Jerman Barat. Tindakan ini menyebabkan penduduk di Jerman Barat menghadapi
masalah kebuluran. Perkembangan ini menyebabkan Amerika Syarikat menghantar bekalan ke
Berlin melalui udara.
Pada bulan Mei 1949, Republik Persekutuan Jerman telah ditubuhkan dengan ibu kotanya di
Bonn. Manakala Republik Demokratik Jerman ditubuhkan pada bulan Oktober 1949 dengan
ibu kotanya di Berlin.
4 | PERUBAHAN SEMPADAN NEGARA2 EROPAH
Soviet Union meluaskan sempadannya hingga meliputi wilayah Jerman, Finland, Poland,
Czechoslovakia, Romania, dan Jepun.
Soviet Union juga menguasai tiga negara yang tidak memihak kepada mana-mana pihak
dalam Perang Dunia Kedua, iaitu Estonia, Latvia, dan Lithuania.
Negara-negara Baltik yang diduduki oleh Rusia sebelum perang menerusi Perjanjian
Molotov-Ribbentrop dengan Jerman telah dikuasai semula selepas perang pada tahun 1944.
Soviet Union juga berusaha menubuhkan kerajaan yang berasingan di wilayah-wilayah
yang dikuasainya semasa perang berlangsung.
Perancis telah bertindak menguasai Wilayah Saar daripada Jerman & wilayah tersebut
diletakkan di bawah kawalan ekonomi Perancis.
Poland mendapat ganti rugi dengan menguasai wilayah- wilayah perindustrian di Silesia,
Jerman.
Jerman telah kchilangan satu perempat daripada wilayahnya dalam Perang Dunia
EKONOMI
1 | KEMUSNAHAN
EKONOMI
3 | GANTI RUGI
PERANG
2 | KEHILANGAN
NYAWA
1 | KEMUSNAHAN EKONOMI
Peperangan ini telah menyebabkan banyak kawasan tanah pertanian rosak
sekali gus menjejaskan pengeluaran hasil pertanian.
Jumlah hasil pertanian yang dikeluarkan oh negara-negara Eropah pada
tahun 1946 hanya satu pertiga daripada hasil pertanian yang dikeluarkan
pada tahun 1938.
Peperangan turut menjejaskan pengeluaran dalam sektor perindustrian.
Pengeluaran hasil perindustrian hanya pulih semula pada tahun 1938 & tahun 1948.
Dalam perniagaan dengan Amerika Syarikat, negara-negara Eropah
mengalami defisit sebanyak empat billion dolar Amerika.
Pada keseluruhannya, kos Perang Dunia Kedua dianggarkan hampir US$ 500
bilion.
2 | KEHILANGAN NYAWA
Perang Dunia Kedua mengorbankan paling banyak nyawa dalam sejarah
manusia. Selain serangan bom, angka kematian yang tinggi juga disebabkan
oleh wabak penyakit, pembunuhan, dan masalah kekurangan makanan.
Dianggarkan sekurang-kurangnya 600 000 orang daripada rakyat Jerman
terkorban dalam peperangan ini.
dalam kalangan pihak Berikat, negara yang mengalami kehilangan nyawa
yang paling tinggi ialah Rusia.Dianggarkan lebih kurang 7 juta orang awam
dan 11 juta anggota tentera terkorban dalam peperangan.
Britain dan negara-negara Komanwel mencatatkan kehilangan 445 000 orang
tentera.
selain itu, lebih kurang 60 000 orang awam telah terkorban ekoran serangan
bom dan roket.
Perancis kehilangan hampir 500 000 orang dalam peperangan manakala
Amerika Syarikat seramai 325 000 orang anggota tentera.
Pada keseluruhannya, dianggarkan bilangan anggota tentera yang terkorban
melebihi 17 juta orang manakala bilangan orang awam yang terkorban adalah
sekurang-kurangnya 15 juta orang.
3 | GANTI RUGI PERANG
Selepas tamat perang, negara-negara yang menang menuntut ganti rugi daripada
negara-negara yang kalah dalam peperangan.
Menurut Perjanjian Damai Paris, Hungary, Finland, & Romania dikehendaki
membayar ganti rugi sebanyak $300 000 000 kepada Soviet Union. Itali
dikehendaki membayar ganti rugi sebanyak $360 000 000 kepada Greece,
Yugoslavia, dan Soviet Union.
soviet Union telah memindahkan jentera-jentera dan mesin daripada kilang-kilang
perindustrian di wilayah Jerman yang didudukinya ke negara mereka sebagai kos
ganti rugi peperangan.
Dalam pada itu, negara-negara Eropah Barat yang menang dalam peperangan spt
Britain & Perancis turut menuntut ganti rugi drpd Jerman,
Britain & Perancis mendapatkan bekalan arang batu secara percuma sbg ganti rugi
drpd Jerman.
Amerika Syarikat bertindak mengambil semua aset milik syarikat-syarikat Jerman
yang beroperasi di negaranya sebagai ganti rugi. Amerika Syarikat turut
mendapatkan paten (hak cipta) bagi semua jentera dan mesin-mesin yang
dihasilkan oleh saintis Jerman.
Dianggarkan nilai paten yang diambil oleh Amerika Syarikat dan Britain daripada
Jerman adalah bernilai $10 billion.
SOSIAL
1 | perubahan
peranan wanita
3 | perbicaraan
jenayah perang

2 | masalah pelarian
1 | PERUBAHAN PERANAN WANITA
Perang Dunia Kedua telah menyebabkan peranan golongan wanita turut
mengalami perubahan.
Penglibatan ramai golongan lelaki dalam peperangan menyebabkan berlaku
masalah kekurangan pekerja di sektor perindustrian dan perkilangan.
Kaum wanita mula mengambil alih kerja-kerja yang sebelum ini dilakukan
oleh kaum lelaki di sektor perindustrian. Ramai kaum wanita kini menjadi
pekerja dan buruh di kilang-kilang.
2 | MASALAH PELARIAN
Perang Dunia Kedua telah menyebabkan timbul masalah pelarian.

Lebih kurang enam juta kumpulan etnik minoriti Jerman di


Czechoslovakia dan Hungary menjadi pelarian.
Ratusan ribu pekerja-pekerja di Eropah Timur yang tidak mahu
kembali ke negara asal mereka telah menjadi orang pelarian.
3 | PERBICARAAN JENAYAH PERANG
Selepas tamat Perang Dunia Kedua, perbicaraan terhadap penjenayah-penjenayah
perang telah diadakan di Nuremberg.

Sebanyak 13 perbicaraan telah diadakan antara tahun 1945-1947 terhadap


orang Jerman yang dituduh melakukan jenayah perang.
Perbicaraan ini dikendalikan oleh para hakim dari Amerika Syarikat, Britain,
Perancis dan Rusia.
Seramai 177 orang Jerman telah dihadapkan ke mahkamah pengadilan atas
tuduh jenayah perang.
KETENTERAAN
1 | KEMAJUAN TEKNOLOGI
PEPERANGAN

2 | TEKNOLOGI NUKLEAR

3 | TEKNOLOGI PERSENJATAAN
1 | KEMAJUAN TEKNOLOGI PEPERANGAN
Perang Dunia Kedua juga menyaksikan perkembangan pest dalam teknologi
peperangan.

Hal ini menyebabkan negara-negara yang terlibat berlumba-lumba untuk


mencipta kapal-kapal terbang yang menggunakan teknologi terkini.
Persaingan ini menyebabkan muncul era baharu dalam peperangan, iaitu era
peperangan udara.
Menjelang peringkat akhir Perang Dunia Kedua, peluru berpandu turut
digunakan dalam medan peperangan.
2 | TEKNOLOGI NUKLEAR
Semasa Perang Dunia Kedua, Amerika Syarikat menggerakkan para saintis bagi
menjalankan kajian dalam bidang persenjataan nuklear. Menerusi Projek
Manhattan, saintis Amerika Syarikat dan Britain di bawah pimpinan Robert
Oppenheimer berjaya mencipta bom atom.
Kemuncak pada perkembangan teknologi nuklear adalah pengguguran bom
atom di Hiroshima dan Nagasaki pada tahun 1945.

3 | TEKNOLOGI PERSENJATAAN
Selepas tamat Perang Korea, kuasa-kuasa besar yang terlibat dalam
peperangan mula melengkapkan askar-askar dengan peralatan yang canggih.
terima kasih <3

You might also like