You are on page 1of 2

Bincangkan ciri-ciri masyarakat agraria di China pada abad ke-16 hingga ke-17

China mempunyai kawasan yang luas namun hanya 15 peratus sahaja sesuai untuk kegiatan
pertanian. Kawasan lain di China terdiri daripada kawasan gurun dan pergununan di barat dan
utara negara tersebut. Masyarakat agraria merupakan masyarakat yang terawal melakukan
kegiatan ekonomi di China. Masyarakat agraria merupakan masyarakat yang bergantung kepada
kegiatan pertanian sebagai sumber kehidupan mereka. Masyarakat ini memberi keutamaan
kepada aktiviti bercucuk tanam dan penternakan sebagai sumber ekonomi mereka. Berikut
merupakan ciri-ciri masyarakat Agraria di China pada abad ke-16 hingga ke-17.

Sistem ekonomi yang diamalkan di China pada abad ke-16 dan 17 bersifat sara diri. Sebahagian
besar penduduk China terlibat dengan aktiviti bercucuk tanam. Kebanyakan petani menyewa
tanah daripada tuan-tuan tanah yang kaya. Tanaman utama masyarakat agraria di China ialah
penanaman padi sawah. Kawasan penanaman padi sawah utama ialah di lembah Sungai Yangtze
dan Sungai Kuning. Menjelang abad ke-16 dan ke-17, kegiatan ekonomi kapitalisme mula
bertapak di China. Perkembangan ini berlaku kerana sistem penanaman komersial mula
diperkenalkan. Antara tanaman komersial yang diusahakan adalah tembakau, kapas dan tebu.
Tanaman kapas merupakan tanaman yang mempunyai permintaan yang tinggi di pasaran.

Masyarakat agraria dalam tamadun China mendirikan petempatan di kawasan lembah sungai.
Antara kawasan lembah sungai yang menjadi tumpuan masyarakat agraria di China ialah Lembah
Sungai Kuning dan Sungai Yang Tze. Kawasan ini mempunyai mendapan tanah loes yang subur
dan sesuai untuk menjalankan aktiviti pertanian. Petani yang menetap di lembah sungai terlibat
dengan aktiviti penanaman padi secara meluas. Petempatan masyarakat agraria terdapat di
kawasan tanah pamah yang terletak di bahagian selatan China. Masyarakat agraria juga turut
mendirikan petempatan di kawasan dataran tinggi yang terletak di utara China. Kawasan
petempatan yang berhampiran dengan sungai dan tanah pamah yang subur telah menjadi
sumber penting kepada kemajuan pertanian masyarakat China sebagai sebuah masyarakat
agraria.

Masyarakat agraria di China mempunyai kemahiran dalam teknologi pertanian. Dinasti Ming
telah memperkenalkan pelbagai jenis peralatan untuk meningkatkan hasil pengeluaran pertanian.
Tenggala penabur benih diperkenalkan untuk membina alur, parit atau lekuk memanjang di
permukaan tanah. Selain itu, mereka turut mencipta peralatan lain seperti penyisir tanah,
penggiling, dan kolar kuda. Kereta sorong beroda dua juga turut dicipta untuk memudahkan
barang-barang diangkut. Kaedah pertanian juga diperkenalkan iaitu sistem penanaman bergilir,
tanaman dua pusingan dan pengkhususan dalam pertanian.

Masyarakat agraria di China mempunyai kemahiran dalam teknologi pengairan. Petani


mempunyai kemahiran dalam membina terusan dan mengawal aliran air sungai. Mereka juga
mempunyai kemahiran dalam membina teres di lereng-lereng bukit bagi penanaman padi.
Terusan digunakan untuk mengangkut hasil pertanian dan menyalurkan air menggunakan pam
yang digerakkan oleh tenaga manusia atau bintang. Empangan dibina untuk membekalkan
bekalan air yang mencukupi bagi mengairi kawasan pertanian. Projek pengairan juga dijalankan
oleh pemerintah untuk mengairi kawasan pertanian. Kemahiran masyarakat ini ternyata telah
meningkatkan penggunaan sistem pengairan.

Masyarakat agraria di China mempunyai pengetahuan memelihara kesuburan tanah pertanian.


Mereka mengamalkan sistem penanaman bergilir untuk memelihara kesuburan tanah pertanian.
Sistem penanaman bergilir ini diamalkan di China sejak zaman Han lagi. Di samping itu, petani
menggunakan baja secara meluas bagi meningkatkan pengeluaran hasil pertanian. Penggunaan
baja najis ternakan secara meluas untuk meningkatkan pengeluaran hasil pertanian.

Kesimpulannya, masyarakat agraria di China merupakan tulang belakang kepada perkembangan


ekonomi dan politik negara tersebut. Masyarakat Agraria di China giat mengamalkan aktiviti
pertanian. Tanah yang subur, kecekapan petani dan dasar pertanian yang diperkenalkan telah
berjaya meningkatkan hasil pertanian serta merancakkan lagi perkembangan ekonomi di China.

You might also like