You are on page 1of 3

PERUSAHAAN GETAH

tanaman pokok getah diperkenalkan di Tanah Melayu oleh British dan mula diusahakan secara ladang pada peringkat pada awal ke-20.

pada peringkat awalnya, tanaman getah ini hanya ditanam di halaman kediaman residen Hugh Low di Kuala Kangsar, Perak sebagai
tanaman hiasan

H.N. Ridley merupakan tokoh yang berusaha untuk menggalakkan penanaman getah di Tanah Melayu.

Beliau dilantik sebagai Pengarah Botanical Garden Singapura pada tahun 1888

Beliau juga merupakan Ketua Penyelia Jabatan Perhutanan Negeri-Negeri Selat

Ridley berusaha unuk meyakinkan para peladang supaya menanam getah dengan mengadakan pameran dan mengagihkan benih getah
secara percuma

Beliau juga berjaya menemukan cara penorehan getah yang sesuai, iaitu menggunakan sistem torehan secara ibedem atau bentuk
seperti tulang ikan hering yang boleh merosakkan pokok.
FAKTOR-FAKTOR PERKEMBANGAN PERUSAHAAN GETAH

getah menjadi perusahaan yang terpenting keran peningkatan permintaan dunia terhadapnya
getah merupakn bahan mentah yang penting bagi kilang-kilang di Eropah berikutan perkembangan revolusi perindustrian

perkembangan industri perbuatan barangan pengguna seperti kasut, tayar basikal dan peralatan elektrik telah meningkatkan
permintaan untuk getah
peningkatan permintaan getah menyebabkan harganya melambong tinggi perusahaan getah menjadi perusahaan yang terpenting
di Tanah Melayu.
peranan yang dimainkan oleh Syarikat- syarikat perwakilan yang ditubuhkan di Tanah Melayu dan Singapura bagi mendapatkan
modal dari London penanaman dan pengurusan ladang getah menjadi faktor utama perkembangan perusahaan getah

antara syarikat terpenting ialah Harrisons and Crossfield, Guthrie Sime Darby dan Bousted Butterry Estate Agency.

ekoran daripada kemasukan syarikat dan modal asing ini banyak ladang getah baharu dibuka di tanah Melayu.

Perkembangan perusahaan getah juga disebabkan oleh dasar British yang memberikan sokongan dan galakan pelabur asing untuk
melabur dalam tanaman getah di Tanaman getah di Tanah Melayu

pihak british memberi empat peratus dividen kepada syarikat pengusaha getah asing pada tahun 1905 serta pengecualian cukai
eksport selama 50 tahun.
pengusaha ladang getah diberikan tanah yang luas dengan bayaran sewa yang amat rendah.
kemudahan asas seperti jalan raya dan landasan kereta api dibina untuk memudahkan golongan pengusaha membawa getah ke
kawasan pelabuhan dan pusat pelabuhan.
pengusaha-pengusaha tanaman getah ini dianggap sebagai komprador kepada penjajahan british yang memainkan peranan
penting dalam perkembangan perusahaan getah di tanah melayu.
pihak british juga membawa masuk pekerja asing dari selatan india untuk bekerja dengan bayaran gaji yang murah. tindakan ini
bertujuan untuk mengatasi masalah kekurangan tenaga buruh di ladang-ladang getah.

You might also like