You are on page 1of 7

Implikasi Penjajahan

Kuasa Barat Terhadap


Ekonomi
i)Burma(British)
ii)Vietnam(Perancis)

Burma(British)
British telah memperkenalkan sistem ekonomi laissezfaire yang telah membawa perubahan besar terhadap
perkembangan ekonomi Myanmar
Sistem ekonomi laissez-faire ialah sistem yang
menggalakkan pengumpulan modal, kebebasan
ekonomi, hak milik persendirian, kebebasan pasaran
dan perniagaan untuk keuntungan.
Perkembangan ekonomi ini dapat dilihat melalui sektor
pertanian, perlombongan, perusahaan kayu jati, serta
dasar tanah dan pinjaman yang dijalankan di Burma.

Kayu Jati
Sebelum perkembangan yang menakjubkan dalam
pengeluaran beras di Myanmar semasa suku akhir abad
ke-19, barang eksportnya yang penting sekali ialah
kayu jati
Myanmar merupakan salah sebuah negara pengeluar
kayu jati utama di dunia kerana penggunaan kayu jati
amat berguna dalam pelbagai aspek pembuatan
khususnya dalam pembinaan dek kapal, rumah,
perabot, bingkai jendela dan sebagainya.
Di samping itu, ekoran daripada revolusi pembinaan
kapal stim pada awal abad ke-19 turut membawa
kepada punca dalam persaingan antara British-Perancis

Pertanian
Burma sememangnya terkenal dengan aktiviti
penanaman padi sejak abad ke-16 lagi di sekitar Delta
Irrawaddy iaitu yang berada berdekatan dengan daerah
Pegu dan Arakan
Namun, sebelum daerah Pegu diambil oleh British pada
tahun 1852, Burma tidak pernah mengeksport beras ke
negara-negara besar seperti India dan negara-negara
Eropah.
Namun, keadaan ini berubah selepas British menakluki
Pegu dan Arakan. Pertanian yang dijalankan secara
kecil-kecilan berubah kepada pertanian bercorak
mementingkan perdagangan. Ianya telah bermula

Perlombongan
Sumber galian seperti minyak telah dilombong semenjak zaman
pemerintahan raja-raja Burma lagi. Selepas tahun 1886, British
memainkan peranan penting dalam memajukan perlombongan
mineral di Utara Burma
Minyak penting dalam membekalkan bahan api kepada rumah-rumah
orang Burma untuk menyalakan pelita-pelita dan juga membolehkan
kayu-kayu, tikar dan manuskrip yang dibuat daripada daun palma
yang diawet.
British yang sudah mempunyai kepakaran teknologi moden telah
memperkenalkan cara-cara moden untuk menggali minyak dan
pengeluaran secara besar-besaran telah dimulakan. British juga telah
bertindak membuka sebuah firma iaitu Syarikat Minyak Petrol Burma
pada 1886 di Rangoon

Vietnam(Perancis)
(Pertanian Padi)
>Penguasaan Perancis ke atas Vietnam pada tahun 1885 telah
mengubah ekonomi bercorak tradisional kepada ekonomi komersial.
>Perkembangan ekonomi komersial di Vietnam telah menggalakkan
aktiviti pertanian dilaksanakan secara besar-besaran.
>Permintaan tinggi pasaran dunia terhadap beras dan getah
merancakkan lagi pembukaan beratus-ratus ladang getah dan
aktiviti penanaman padi berhampiran Sungai Mekong
>Kesannya, Vietnam menjadi salah sebuah negara pengeksport
utama beras.

Perlombongan(arang batu)
Perlombongan arang batu turut menjadi komoditi penting dalam
ekonomi Vietnam. Tonkin merupakan kawasan utama pengeluaran
arang batu di Vietnam
Kegiatan perlombongan arang batu semakin berkembang apabila
Perancis membawa masuk pemodal asing dari Perancis.
Oleh itu, hampir 92 peratus aktiviti perlombongan arang batu di
Vietnam telah dikuasai oleh syarikat Perancis.
Perkembangan ekonomi komersial di Vietnam tidak banyak
memberi manfaat kepada masyarakat bumiputera Vietnam. Hal ini
demikian kerana, warga Perancis dan orang Cina telah menguasai
ekonomi tersebut terutamanya dalam perniagaan beras

You might also like