You are on page 1of 5

Hak Cipta Terpelihara 1972 Persatuan Sejarah Malaysia

SEGAMAT DALAM TAHUN 1917


oleh
M.A, Fawzi Mohd. Basri
Jabatan Sejarah,
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Rencana ini bertujuan melihat


secara ringkas perkembangan
Daerah Segamat sesudah tujuh
tahun dipisahkan dari wilayah
Muar.1
Segamat berasal dari
beberapa buah kampung yang terletak di tebing Sungai Segamat; dan
dengan pembinaan stesen dan jalan
keretapi dan juga kehadiran ladangladang getah, Bandar Segamat telah
dapat dimajukan. Pertambahan
penduduk dan kegiatan pertanian
menyebabkan Segamat terpaksa dipisahkan dari pentadbiran Muar.
Dalam tahun 1917 beberapa
Pejabat Kerajaan2 sudah pun didirikan di Segamat, antaranya ialah
Pejabat
Pegawai
Daerah,
Mahkamah, Pejabat Polis, Pejabat
Syahbandar, Pejabat Kastam,
Pejabat Tanah, Pejabat Pos, Pejabat
Pertanian dan juga Lembaga
Bandaran (Town Board). Bangunanbangunan lain yang didirikan termasuklah Stesen Keretapi dan
sebuah 'Rest House'.
Segamat seperti juga daerahdaerah Johor yang lain adalah
sebuah daerah 'pertanian'. Hasil
pertanian yang utama ialah getah,
ubi sagu, gambir, lada hitam, kelapa
dan lain-lain hasil tumbuhan dan
hasil hutan.
K e a d a a n tanah Daerah
Segamat memang sesuai untuk
getah. Jementah, Batu Enam, Buluh
Kasap, Segamat dan Labis merupak a n kawasan-kawasan yang
produktif dengan hasil getahnya.
Ladang-ladang getah di kawasankawasan itu kebanyakannya

kepunyaan pemodal-pemodal dan


syarikat orang-orang Eropah.
Berikut diturunkan senarai Ladang
Getah yang terdapat di Daerah
Segamat dalam tahun 1917: 3
I JEMENTAH:

Ladang Getah Jementah.

II BATUANAM: (1) Ladang Getah Gemali


dan Gemas.
(2) Ladang Getah Sungai
Senarut.
(3) Ladang Johore Rubber
Land, Division No. 2.
(4) Ladang Johore Rubber
Land, Division No. 3.
(5) Ladang Getah Sungai
Muar.
III BULUH KASAP: Ladang Getah Buluh
Kasap.
IV SEGAMAT: (1) Ladang Johore Rubber
Land, Division No. 1.
(2) Ladang Johore Rubber
Land, Division No. 4.
V LABIS:

(1) Ladang Getah Labis


Utara.
(2) Ladang Getah Melville.

1. Dalam tahun 1917 Wilayah dimengertikan


sebagai sebuah daerah terbesar yang
mengandungi beberapa buah daerah di
dalamnya. Muar sehingga tahun 1910
mengandungi Daerah-daerah Parit Jawa,
Cohong (Tangkak), Bukit Kepung (Lenga)
dan Segamat Tiap-tiap daerah ditadbirkan
oleh Pegawai Daerah masing-masing.
Manakala keseluruhan Muar dan daerahdaerahnya diperintah oleh Pesuruhjaya
Kerajaan Bagi Muar (State Commissioner
General for Muar).
2. lihat Ahmad Abu Bakar (Pegawai Daerah
Segamat) "Penyata Segamat Tahun 1917"
Februari 1918 dalam fail S.S. 303/18.
3. Dipetik dari "Penyata Tahunan Jabatan
Perubatan 1917" dalam fail S.S.
721/1918.

26
Hak Cipta Terpelihara 1972 Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara 1972 Persatuan Sejarah Malaysia

Jalanraya di bandar itu juga diterangi oleh lampu-lampu minyak


di sebelah malamnya. Jalan-jalan
Sekitar Bandar Segamat dan pekanpekan kecil sahaja yang dapat dikatakan baik, samada berlangkin
ataupun berbatu merah. Jalan perhubungan di kampung-kampung
masih lagi tidak ditambak dengan
batu dan kebiasaannya digunakan
oleh kereta-kereta lembu.
Rancangan-rancangan pengeluasan Jalan dan Skim Jalanraya
1911 yang menghubungi kawasan
luar dari Segamat sudah pun mula
dilaksanakan sejak tahun 1914 lagi.
Kebanyakan jalan-jalan itu diambilalih oleh kerajaan daripada jagaan
ladang-ladang getah. Dapatlah dikatakan jalan-jalan yang agak terpelihara ialah jalan dari ladangladang getah ke Stesen Keretapi
Segamat, Labis dan Batu Enam dan
Genuang juga Buluh Kasap dan
Tenang kesemuanya terletak dalam
Daerah Segamat. Skim pembinaan
jalanraya itu hampir selesai dalam
tahun 1917 antaranya ialah seperti
yang dicatitkan di bawah ini:

Kawasan-kawasan inilah yang


telah memajukan Segamat, manakala Labis merupakan kawasan
yang kedua pentingnya selepas
Segamat. Selain daripada itu, Buluh
Kasap dan Genuang ialah pekanpekan kecil yang sedang membangun dalam tahun 1917.
Tanaman padi pernah cuba diusahakan dalam tahun 1910 tetapi
gagal kerana musuh-musuh padi dan
sistem parit dan taliairnya.
Bagaimanapun dalam tahun
1917 percubaan menanam padi
paya atau padi sawah telah dimulakan. Seluas 100 ekar tanah paya
telah dipagar untuk maksud ini. 4
Menurut Lapuran Pegawai
Daerah Segamat di tahun 1917,
adalah ". . . dipercayai Wilayah
Segamat telah banyak dimasuki
oleh orang dari Muar menumpang
mencari kehidupan dan dipercayai
itulah tanda majunya." Malah permintaan untuk mendapatkan tanah
di Bandar itu tetap bertambah
walaupun harga tanah di Bandar
Segamat dikatakan terlalu tinggi
(Extra-Ordinarily high), 5 jika
dibandingkan dengan daerah-daerah
lain dalam Negeri Johor. Kemajuan
Segamat juga dapat dibuktikan lagi
berlandaskan perangkaan pendapatan daerah itu dari tahun 1913
hingga ke tahun 1917: 6

1.
2.
3.
4.

Batu Anam
Batu Anam
Jementah
Segamat

5. Tenang
6. Labis

Tahun

Pendapatan

1913
1914
1915
1916
1917

$ 31,847.20
| 55,272.80
|100,189.35
$165,684.61
$206,501.97

Tambang sejauh 8VS Batu


Jementah sejauh 8 Batu
Ulu Jementah sejauh 7 Batu
Sungai Pinang sejauh 10
Batu
Kampung Tenang sejauh 9
Batu
Bandar Maharani sejauh 47
Batu

4. Lihat "Lapuran Pejabat Tanah Bagi Tahun


1917" oleh Pesuruhjaya Tanah dan Galian
dalam fail SS 627/1918.
5. Ibid.
6. Op.cit., S.S. 303/18.

Dalam tahun 1917, selain dari


k e h a d i r a n bangunan, Pejabatpejabat Kerajaan dan kedai-kedai,
terdapat juga rumah-rumah sewa.

7. Lihat "Lapuran Jabatan Kerja Raya 1915"


dalam fail G.A. 130/1916 dan "Lapuran
Jabatan Kerja Raya 1917" dalam fail G.A.
262/1918.

27
Hak Cipta Terpelihara 1972 Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara 1972 Persatuan Sejarah Malaysia

Kisaran padi
[Arkib Negara Malaysia]

Kilang padi yang kecil


[Arkib Negara Malaysia]
Hak Cipta Terpelihara 1972 Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara 1972 Persatuan Sejarah Malaysia

Estate dan North Labis Estate. Dari


ketiga-tiga Syarikat Ladang Getah
ini pentadbiran Segamat telah
mendapat hasil cukai getah
sebanyak $45,400.00 dalam tahun
itu. Namun demikian, ini tidaklah
bermakna bahawa di Segamat tidak
terdapat kebun getah usaha
pekebun-pekebun kecil; sebagai
buktinya, dalam tahun 1916 Lesen
"mengupam" getah (mengeluarkan
getah keping) yang didapati ialah
$697.00 dan hasil ini meningkat
kepada $868.00 dalam tahun 1917.
Terdapat satu perkara yang
menarik di Segamat, iaitu Ladang
Ubi Kayu. Walaupun di Muar
Ladang ubi kayu telah ditutup dan
digantikan dengan tanaman getah,
namun di Segamat perkebunan ubi
kayu itu masih dapat diteruskan
lagi. Malah hasil sagu ubi kayu
merupakan pengeluaran yang kedua
pentingnya selepas getah; begitulah
juga halnya dengan perusahaan
pinang. Sungguhpun Undangundang Kangcu telah dibubarkan
pada tahun 1917, tetapi Segamat
masih dapat meneruskan pengeluaran gambir dan lada hitamnya
walaupun dalam angka yang
merosot. Dalam tahun 1918 nyata
sekali gambir dan lada hitam tidak
lagi merupakan pengeluaran terpenting bagi Segamat.
Terdapat juga satu masaalah
dalam usaha penduduk Segamat
untuk bercucuk-tanam, terutamanya untuk berkebun getah. Ini adalah disebabkan oleh bahaya-bahaya
dari binatang liar. Kerajaan Johor
cuba mengatasi masaalah ini dengan
mengeluarkan Lesen Senapang
k e p a d a mereka. Sambutan
penduduk adalah menggalakkan.
Menurut undang-undang pemilik

Dalam tahun 1917 Sungai


masih lagi digunakan sebagai jalan
perhubungan walaupun tidak
sepenting tahun-tahun sebelum
1910. Pejabat Syahbandar yang
mentadbirkan hal-hal perjalanan
keluar masuk melalui sungai-sungai
di Segamat itu telah mendapat
$134.10 sen sebagai hasil kutipan
dari bayaran lesen-lesen perahu
pada tahun itu. Namun begitu penggunaan sungai ternyata berkurangan
kerana kemerosotan ladang gambir
dan lada dan pembinaan jalan
keretapi dan jalanraya.
M e n g e n a i pertumbuhan
rumah-rumah kedai termasuk juga
rumah sewa dapat kita lihat dari
Penyata Pegawai Daerah Segamat
yang berbunyi " . . . merata-rata
pekan ada sahaja orang mendirikan
rumah sewa atap genting, zing dan
atap daun [juga rumah batu]".
Oleh itu tidaklah hairan jika 'Town
Board'
Segamat mendapat
|il,947.00 sen hasil dari cukai pintu
di bandar itu pada tahun 191 (' dan
sebanyak $1,854.50 pula di tahun
1917. Kekurangan bagi tahun 1917
adalah disebabkan oleh perpindahan penduduk daripada
pekan-pekan ke kampung-kampung
baru di luarbandar. Jika dahulu
kelihatan pola 'penempatan yang
bersejajar' di tebing-tebing sungai,
tetapi dalam tahun 1917 'penempatan yang berselerak' sudah jelas
kelihatan.
Satu lagi proses yang berlaku
di tahun 1917 ialah penempatan
berpusat (nucleated settlement).
Hal ini ketara sekali dengan adanya
ladang-ladang getah itu. Penyata
Pegawai Daerah Segamat menyebutkan bahawa terdapat tiga Syarikat
Ladang Getah terbesar di Segamat
pada tahun 1917, iaitu; Rubber
Estate of Johore, Gemali Rubber

8. Lihat Fasal 5(1) dalam Undang-undang


Senjata Bedil Bagi Tahun 1913.

29
Hak Cipta Terpelihara 1972 Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara 1972 Persatuan Sejarah Malaysia

senapang dikehendaki mengambil


lesen dari Pejabat Polis dengan
bayaran 50 sen.
Dalam tahun 1912 Daerah
Segamat terdapat lima buah sekolah
Melayu, kebanyakan sekolahsekolah itu didirikan oleh
penduduk Melayu, kebanyakan
sekolah-sekolah itu didirikan oleh
penduduk kampung. Kerajaan
hanya menyediakan guru dan alatan
mengajar dan belajar. Di Segamat
pernah juga terdapat sebuah
sekolah Inggeris. Guru Besarnya
ialah seorang yang berbangsa
Inggeris. Nasib Sekolah Inggeris ini
tidak dapat diketahui selepas Guru
Besarnya itu berhenti daripada berkhidmat dengan Kerajaan Johor
dalam tahun 1915.
Bagi mengakhiri rencana ini
elok juga dicatitkan bahawa
Segamat adalah ditadbirkan oleh
seorang Pegawai Daerah yang ada
kuasa Majistret. Di peringkat
kampung pula terdapat Penghulupenghulu dan Naibnya serta Ketua
Kampung. Sistem pentadbiran
mukim belum jelas lagi dalam tahun
1917. Ini adalah disebabkan kerana
sistem 'Register Mukim' menurut
Undang-undang Tanah Tahun 1910
masih belum dilaksanakan. Dalam
tahun 1917 sistem ini hanya baru
dilaksanakan di Muar dan Batu
Pahat sahaja. Pegawai Daerah
Segamat dalam tahun 1917 ialah
Encik Ahmad b. Abu Bakar; beliau
adalah dari golongan "orang
kebanyakan" dan dilantik menjadi
Pegawai Daerah Segamat yang
kedua sejak tahun 1915; sebelum
itu, beliau telah bertugas sebagai
'Pengadil' atau 'Majistret' di
Mahkamah Johor Baharu. Dalam
tahun 1917, Pegawai Daerah
Segamat telah dibantu oleh
beberapa orang pegawai-pegawai

lain vang terdiri seperti berikut:9


Pegawai Daerah
Kerani-kerani

: Ahmad Abu Bakar, S.M.J.


: Syed Salim Alwee
Ali Abdullah
Hamzah Sapak
Syed Mohd. Othman
Penterjemah Cina : Choo Ong Meng
Penterjemah Tamil : Samy

Berdasarkan "Singapore and


Straits Directory" tahun 1919
masih belum terdapat seorang pun
pegawai Inggeris di Segamat pada
tahun itu. Hanyalah dalam tahun
192210 baru ada dicatitkan nama
F.K. Wilson sebagai 'Assistant
Adviser' Segamat, manakala
Pegawai Daerahnya pada masa itu
ialah Encik Omar Endut. Patut juga
dicatitkan 'Assistant Adviser'
Inggeris itu mempunyai kuasa
sebagai Pemungut Hasil Tanah dan
Majistret Kelas Satu.
Pada keseluruhannya dapatlah
dikatakan Segamat dalam tahun
1917 berada dalam peringkat
'sedang membangun'; masa hadapan
daerah itu lebih banyak bergantung
kepada hasil getah, kewujudan jalan
keretapi dan sistem jalanraya yang
baik. Perkembangan dalam bidang
pelajaran di daerah itu masih
memerlukan perhatian yang wajar.
Dari konteks zaman sebelum Perang
Dunia Kedua Segamat telah mencapai tingkat kemajuannya dalam
tahun 1930an. Kemajuan ini
menyebabkan taraf pentadbiran
Segamat dinaikkan. Ianya tidak lagi
ditadbirkan oleh Pegawai Daerah
tetapi diperintahkan pula oleh
seorang Pesuruhjaya Kerajaan. Dan,
mulai tahun 1933 Segamat telah
disamatarafkan dengan pentadbiran
Muar dan Batu Pahat sehinggalah
meletusnya Perang Dunia Kedua.
9.

Lihat Singapore And Straits Directory,

1918 ms. 501.


10. Singapore And Straits Directory, 1922,

ms. 637.

Hak Cipta Terpelihara 1972 Persatuan Sejarah Malaysia

You might also like