You are on page 1of 5

TANAH SPA SEMPORNA (SABAH PORT) DIROMPAK OLEH LANUN DARAT.

PELAN TANAH KASTAM SEMPORNA

Penjajahan Tanah dijalan Kastam Semporna Pekan Semporna oleh Mesyarakat Lannang telah memnyebabkan mesyarakat persisiran terus tertekan dan dalam dilema berterusan angkara Ideologi Imperialis golongan kapitalis di Daerah ini dengan kerjasama Lanun darat. Bantahan demi bantahan dilaporkan oleh rakyak mengenai perkara ini, namum tiada kesan kepada pihak berkuasa yang nampaknya mengexplotasi kawasan berkenaan bagi kepentingan individu tertentu yang dilihat mengambil kesempatan dari kelemahan mesyarakat marhain di Daerah itu. Sementara Ahli Palimen dan Adun Adun Semporna khasnya Adun Senalang yang terlibat secara lansung dalam kawasan Dunnya tiada respon atau memberi perhatian kepada rakyat dikawasan itu bagi mengadakan dialog dan mencari jalan keluar , masalah yang dihadapi oleh mesyarakat Semporna khasnya di Dun Senalang (DATUK NASIR TUN SAKARAN) yang bererusan tanpa peneyelsaian yang konkrit terus menjadi isu dalam kawasan berkenaan.

Hotel Seafest Semporna

Hotel Seafest Semporna Milik Datuk Chua dijalan kastam Semporna

Bagi mesyarakat Semporna hubungan baik keluarga Adun Senallang dan Mr. Chua pemilik Hotel (Mungkin Nominee) memang sudah lama diketahui ramai dan sudah senonim dengan perkataan Mr.Chua Bin Tun S,kerana selama ini beliau adalah sebagai Supplier kepada Projek Projek Adun dikawasan Dun ini. Mr.Chua yang dilaporkan sudah dianugerahkan Datuk ini memang dikenali oleh mesyarakat Semporna sebagai Toukey Lannang yang tidak pernah pakai seluar panjang kecuali menemui tuannya dalam majlis tertentu atau dalam perjumpaan yang dirancang. Sekarang namanya Datuk Chua rakan rakan di Semporna kekadang bertanya si Chua yang pakai seluar pendek tu dah pandai ke pakai seluar panjang ke sejak jadi Datuk?, saya kata macam masih saja dia tu dengan seluar pendeknya, TAUKEY CHUA SELAUR PENDEK. Pemilik Hotel yang hebat ini mendapat gelaran Datuk mungkin kerana jasanya kepada rakyat Semporna menjadi Nominee atau Proksi yang hebat yang memyebabkan dia mendapat gelaran itu selain jadi penjajah tanah rakyat kawasan itu dan tanah kerajaan dengan menggunakan hubungan yang ada dibelakangnya. Kisah pemilikan tanah kastam yang beliau perolehi ini adalah berpunca dari seorang rakyat Semporna juga dilaporkan bernama KK Haji Ibnu Badiri Bin Ibnu Salleh telah memperolehi kelulusan tanah dikawasan itu seluas 4 ekar sehaja seperti dalam peta diatas.

KK Haji Ibnu Badiri Bin Ibnu Salleh yang memperolehi tanah ini pada tahun 1994 dari Ketua Menteri Sabah pada masa itu Tun Sakaran Dandai adalah anak menantu Tun Sakaran sendiri jika mengikut susurgalur kekeluargaan. KK Haji Ibnu Badiri Bin Ibnu Salleh yang telah mengawini adik Okk Safari Hj.Amir Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri Sabah (Anak saudara Tun Sakaran) puan Hajja Sabtila telah mendapat tanah ini. Pemilikkan tanah Seafest Hotel yang dibangunkan oleh Datuk Chua dan jatuh ketangan beliau tidak dapat diketuhui secara jelas, namun terlalu banyak cerita dikalangan mesyarakat Semporna dimana beliau seolah-olah telah diperalatkan untuk mendapatkan tanah berkenaan dengan konspirasi tinggi orang berkuasa pada masa itu.

Apa pun kisah KK Haji Ibnu Badiri Bin Ibnu Salleh Adalah sebahagian kecil daripada konspirasi dan rancangan untuk mendapatkan yang lebih besar dalam kawasan tanahPrime Land di Daerah Semporna khasnya Tanah SABAH PORT AUTHORITY yang telah banyak membawa kepada punca masalah kepada Adun Senallang hari ini. Rakyat dikawasannya terus bersuara tentang kepincangan dan pemilikan proses secara songsang disana.

MILIK SABAH PORT AUTHORITY

seluas 10 ekar dirompak oleh Penyamun Darat.


Sepatutnya pihak kerajaan tidak menghadapi masalah untuk membena kawasan dan penempatan CIQS (Custom Immegresen Quarintine Semporna) yang tidak sampai 10,000 kaki persegi di Jalan kastam bagi menyediakan tapak untuk pembenaan bangunan Pusat Barter Trade yang bakal diaktifkan semula di Daerah Semporna tidak lama lagi. Sabah Port Authority yang memiliki tanah seluas 10 ekar dijalan Kastam Semporna telah di keluarkan dari Gazatte dan diserahkan kepada SAFMA atau Sabah Fish Markerting beberapa tahun yang lalu utnuk kepentingan Nelayan Daerah Semporna sejak Saudara Salsisidu Hj. Ibrahim menjadi Pegawai Daerah Semporna. Adalah difahamkan pihak SAFMA yang telah memohon tanah berkenaan , Adik ipar Mr.Chua menjadi GM - General Manager SAFMA iaitu En.Gan serta telah membayar preimium tanah ini kepada pihak kerajaan untuk kepentingan Nelayan Nelayan di Daerah Semporna bagi pihak SAFMA.

Konspirasi yang amat tinggi dan melibatkan Pengawai Kanan kerajaan, Pegawai Daerah Semporna zaman itu, Pengurus besar SAFMA dan ahli ahli politik telah menyebabkan tanah ini jatuh ke tangan individu tertentu tanpa merujuk kepada pihak kerajaan. Bagaimana boleh Tanah Kerajaan (Tanah Sabah Port Authority adan SAFMA) boleh dijual kepada Individu tertendu tanpa merujuk kepada pihak berkuasa yang memerintah, jawapan BOLEH jika semua mereka BERKONSPIRASI pada tahun 1994.

Seafes Hotel

Datuk Chua yang datang bersama peguamnya bulan lalu mendakwa beliau adalah pemilik Tanah berkenaan dan mengarahkan para Nelayan Semporna (PNKPersatuan Nelayan Kawasan ) supaya keluar dengan serta merta dari kawasan itu kerana beliau hendak menimbus dan mempeluaskan operasi hotelnya dikawasan berkenaan, beliau juga telah menutup satu jeti kerajaan bagi keperluan Penduduk Pulau Bum Bum kerana tidak senang hati dengan pembenaannya yang dilihat boleh menyekat rancangannya.

PEMBENAAN CIQS SEMPORNA. Terbaharu memandang pihak kerajaan sudah kehabisan tanah dijalan kastam Semporna yang dirompak oleh lanun darat dengan KONSPIRASI TINGGI dengan menggunakan Pegawai pegawai kerajaan maka kesukaran telah berlaku dijalan Kastam untuk membangunkan cita cita kerajaan untuk menjalankan dan mengaktifkan Industri Barter Trade atau Perniagaan Tukar Barangan dilkawasan berkenaan. Akhirnya pegawai Daerah Semporna HARI INI tersepit untuk mencari kawasan bagi memudahkan kerja kerja beliau sebagai pegawai yang dipertanggungjawabkan untuk memajukan Daerah semporna kearah DAERAH PELANCUNGAN. Maka berlakulah Perancangan yang tidak teratur hatta jika perlu Merampas Tanah orang Kampung, Tanah Pemilik orang tempatan yang telah diusahakan terpaksa dilakukan untuk kepentingan orang orang Poltik dengan Konspirasi tinggi dan benarlah kata orang setiap Pegawai Daerah yang pernah dihantar ke Daerah Semporna apabila keluar dari Daerah ini, terpaksa dimasukan kedalam Ice Box atau turun Pangkat kerana terperangkap dan dijadikan kuda tunggangan oleh Lanun Lanun Darat.

Tanah rakyak yang dirampas untuk CIQS dikawasan Sabah Port Authority yang diserahkan kepada SAFMA telah dilanun secara konpirasi tinggi oleh pihak tertentu.Pihak SPRM diharap mengambil tindakan dan menghadapkan yang terlibat melanun hak KERAJAAN dijalan kastam Semporna

Pihak kami akan membuat laporan mengenai tanah penduduk Tempatan yang dirampas oleh pihak CIQS Secara terperinci setelah dapat penjelasan dari pemilik tanah berkenaan sedikit masa lagi. SEKIAN
Laporan : PPS Sila sertai kami di Facebook : http://www.facebook.com/politiksemporna

You might also like