You are on page 1of 8

BATU

SUMPAH
KENINGAU
JESSELINDA
LOVELY
NIA
1.0 LATAR BELAKANG BATU SUMPAH KENINGAU

2. 0 FAKTOR PEMBINAAN BATU SUMPAH


KENINGAU

3.0 NILAI SEJARAH BATU SUMPAH KENINGAU


BATU
SUMPAH ?
Pada mulanya, Batu Sumpah
diletakkan di perkarangan Pejabat
Batu Sumpah adalah sebuah Daerah Keningau. Tetapi, pada tahun
batu perjanjian antara Tanah 2018 Batu Sumpah telah dipindahkan
Melayu dengan rakyat pedalaman ke perkarangan Muzuim Warisan
di Sabah terutamanya Keningau
Keningau. Lebih menarik lagi, terdapat
sebelum persetujuan
juga replika Batu Sumpah diletakkan
pembentukan Malaysia. Oleh itu
batu tersebut dinamakan Batu
di dalam muzium tersebut. ari kawan-
Sumpah Keningau kawan kita ke sana!

Oooo begitu. jadi


joyce, apa itu Joyce dimanakah
Batu Sumpah batu tersebut
di Keningau ? terletak?
FAKTOR PEMBINAAN
BATU SUMPAH KENINGAU

Pada 12 September 1962, kerajaan British kembali ke negara


asal dan meletakkan sepenuh kepercayaan terhadap
kepimpinan rakyat tempatan untuk mentadbir negeri sendiri.
Sebelum British menyerahkan kuasa kepimpinan kepada
rakyat tempatan, wujudlah Suruhanjaya Cobbold yang
ditubuhkan pada 1962 untuk mengumpulkan suara-suara
rakyat di kawasan jajahan British. Lawatan ke kawasan
pedalaman ini bermula dari 19 Februari hingga 18 April 1962.
Hasil daripada pengumpulan suara rakyat di Sabah dan
Sarawak telah menunjukkan satu per tiga daripada bilangan
rakyat Borneo menentang pembentukan Malaysia. Bilangan
tersebut datangnya daripada rakyat yang berada di pedalaman
Sabah. Oleh itu, Batu Sumpah diwujudkan sebagai perjanjian
antara Tanah Melayu dengan rakyat pedalaman di Sabah.

Faktor penentangan pembentukan Malaysia di Sabah


pengaruh Orang Kaya Kaya (OKK) Sodomon Bin Gunsanad.
Beliau bertindak sedemikian kerana berpendapat bahawa
rakyat tempatan atau rakyat Sabah perlu diberi peluang
untuk memimpin tanah sendiri.
penentangan ini tidak berterusan kerana telah dibincangkan
secara baik antara OKK Sodomon Bin Gunsanad dengan
timbalan perdana menteri Persekutuan Tanah Melayu Tun
Abdul Razak Bin Hussein.

Hasil daripada perbincangan ini, rakyat yang tidak bersetuju


dengan pembentukan Malaysia akhirnya bersetuju untuk
bergabung tetapi syarat-syarat telah ditetapkan untuk
menggagaskan persetujuan pembentukan Malaysia.
NILAI SEJARAH BATU SUMPAH
KENINGAU

Batu Sumpah Keningau dibina sebagai lambang perpaduan dan


perlindungan hak rakyat Bumiputera di Sabah. Di dalamnya
terdapat 7 perkara janji yang diberikan oleh Malaysian Fellowship
kepada Bumiputera Sabah yang meliputi isu tanah, adat,
kebebasan beragama, bahasa, peluang pendidikan dan pekerjaan,
serta autonomi ekonomi.

Nilai sejarah Batu Sumpah Keningau adalah seperti berikut:

a. Perwujudan Perjanjian Persekutuan


Batu Sumpah Keningau merupakan perwujudan janji dan
perjanjian yang diberikan oleh kerajaan Malaysia kepada
rakyat Bumiputera Sabah. Monumen ini adalah simbol
komitmen untuk melindungi hak mereka.

b. Pengiktirafan Jati Diri


Pembinaan Batu Sumpah Keningau menunjukkan
pengiktirafan terhadap budaya dan identiti masyarakat
Bumiputera Sabah. Ini mencerminkan kepentingan
mengekalkan dan mempromosikan kepelbagaian budaya di
Malaysia.

c. Semangat Perpaduan
Batu Sumpah melambangkan perpaduan dalam kalangan
rakyat Malaysia. Pembinaan monumen ini bertujuan
mengeratkan ukhuwah dan hubungan harmoni antara suku
kaum pribumi Sabah dan masyarakat lain di Malaysia.
NILAI SEJARAH BATU SUMPAH
KENINGAU

d. Kepentingan Autonomi
Janji-janji yang terkandung dalam Batu Sumpah Keningau
menekankan kepentingan pemberian autonomi kepada
wilayah dan mengambil kira keperluan khas setiap wilayah.
Ini mencerminkan kepentingan ekuiti dan kepelbagaian
dalam pembangunan negara.

e. Pengaruh Politik
Peristiwa Batu Sumpah Keningau mempunyai pengaruh
politik yang ketara di Sabah. Ini mengukuhkan kesedaran
politik Bumiputera dan meningkatkan penyertaan mereka
dalam proses politik dan membuat keputusan.
R
RUUJ
JUUK
KAAN
N

EMIR, E. (2022, OCTOBER 1). SEJARAH DISEBALIK BATU SUMPAH KENINGAU YANG MENJADI
LAMBANG PEMBENTUKAN MALAYSIA. I LOVE BORNEO.
HTTPS://WWW.ILOVEBORNEO.MY/SEJARAH-DISEBALIK-BATU-SUMPAH-KENINGAU-YANG-
MENJADI-LAMBANG-PEMBENTUKAN-MALAYSIA/

ML STUDIOS. (2021, SEPTEMBER 20). BATU SUMPAH KENINGAU: JANJI PENTING


PEMBENTUKAN MALAYSIA [VIDEO]. YOUTUBE.
HTTPS://WWW.YOUTUBE.COM/WATCH?V=CNGPRTDGGWC

MOHAMAD KHAIRY ABDULLAH. (2018, SEPTEMBER 14). BATU SUMPAH AMAT BERMAKNA
DALAM PEMBENTUKAN MALAYSIA. BERITA BERNAMA.
HTTPS://WWW.BERNAMA.COM/BM/RENCANA/NEWS.PHP?ID=1642559

RANYA SAAI. (2020, DECEMBER 14). HAK DAN PERJANJIAN DALAM BATU SUMPAH KENINGAU
AKAN TERUS DILINDUNGI. SUARA SABAH.
HTTPS://SUARASABAHTODAY.COM/NATIONAL/HAK-DAN- PERJANJIAN-DALAM-BATU-
SUMPAH-KENINGAU-AKAN-TERUS-DILINDUNGI/

You might also like