1.
0 Pengenalan
Secara umumnya, infrastruktur memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan
manusia. Menurut Grigg, sistem infrastruktur didefinisikan sebagai fasiliti ataupun struktur
dasar, peralatan ataupun medium yang dibangunkan dan diperlukan untuk memberikan fungsi
kepada sistem sosial dan sistem ekonomi masyarakat. Hal ini secara tidak langsung
menjelaskan bahawa sistem infrastruktur merupakan tonggak kepada sesebuah ekonomi dan
sosial dalam kehidupan bermasyarakat.
Hal ini juga berkait rapat dengan kehidupan masyarakat khususnya di Tanah Melayu,
Sarawak dan Borneo Utara. Ketika era sebelum Perang Asia Pasifik yakni pada tahun 1941
hingga 1945, dikatakan bahawa infrastruktur di Sarawak dan Borneo Utara adalah mundur
berbanding di Tanah Melayu. Hal ini demikian kerana terdapat segelintir masyarakat yang
menagatakan bahawa tindak tanduk yang dilakukan oleh pihak Brooke dan Syarikat Berpiagam
Borneo Utara ( SBBU ) telah menyebabkan isu tersebut muncul. Persoalannya, sejauh manakah
pendapat tersebut dapat dipertahankan dan adakah faktor lain yang turut mendorong ke arah
permasalahan ini.
Selain itu, dalam essei ini, kita akan membincangkan dan mengupas dengan lebih lanjut
tentang tindak tanduk yang dilakukan oleh pihak Brooke dan SBBU sehingga menyebabkan
infrastruktur dan kemudahan di Sarawak dan Borneo Utara mundur dan terabai berbanding di
Tanah Melayu. Di samping itu, kewujudan faktor- faktor lain yang menyumbang kepada
permasalahan ini turut akan dikaji. Oleh hal yang demikian, isu kemunduran infrastruktur di
Sarawak dan Borneo Utara khususnya sebelum perang Asia Pasifik yakni pada tahun 1941
hingga 1945 akan dibahaskan berpaksikan idea – idea yang menarik dan sumber – sumber
sejarah yang sahih dan tepat.
1
2.0 Tindak Tanduk Kerajaan Brooke dan Syarikat Berpiagam yang menyebabkan
kemunduran infrastruktur di Borneo Utara dan Sarawak
Jika diamati dengan teliti, jelas terbukti bahawa infrastruktur dan kemudahan di Borneo Utara
dan Sarawak lebih mundur berbanding di kawasan Tanah Melayu disebabkan oleh tindak
tanduk yang telah dilakukan oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara (SBBU) dan Brooke.
Antara tindakan yang telah dilakukan oleh pihak Brooke dan SBBU ialah :
2.1 Syarikat Berpiagam Borneo Utara (SBBU) dan Brooke telah menghadkan
pelaburan modal dalam membangunkan infrastruktur di Sabah dan Sarawak.
Salah satu tindakan Brooke dan SBBU yang menyebabkan kemunduran infrastruktur di Sabah
dan Sarawak berbanding Tanah Melayu ialah menghadkan pelaburan modal di kedua - dua
buah kawasan tersebut. Hal ini berlaku ekoran perbezaan tiga jenis kuasa yang memerintah dan
menguasai ketiga – tiga kawasan tersebut. Sudah terang lagikan bersuluh, Borneo Utara berada
di bawah pemerintahan Syarikat Berpiagam Borneo Utara ataupun SBBU manakala Sarawak
diperintah oleh Raja Putih Brooke. Tanah Melayu pula berada di bawah penguasaan kerajaan
kolonial British. Sebenarnya, mandat dan jenis kuasa yang memerintah secara tidak langsung
telah mempengaruhi tindakan dan corak pemerintahan di kawasan masing-masing.
Seperti yang kita sedia maklum, pemerintahan Syarikat Berpiagam Borneo Utara di
Sabah sekitar tahun 1882 hingga 1942 secara tidak langsung telah menyebabkan negeri tersebut
muncul sebagai satu unit politik yang tersendiri.1 Sebagai sebuah syarikat berpiagam, SBBU
telah dikurniakan piagam diraja daripada Kerajaan British bagi menjalankan urusan
pentadbirannya di Borneo Utara. Oleh hal yang demikian, kita perlu menyedari bahawa
syarikat tersebut pastinya tertakluk kepada lunas – lunas yang termaktub dalam piagam diraja
memandangkan piagam tersebut umpama garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak
1
Amarjit Kaur, ‘Hantu’ and Highway : Transport in Sabah, Modern Asian Studies , Jil 28,1 (1994) :1
2
British khususnya dalam melicinkan urusan pentadbiran di Sabah. Ekoran kedudukan
kewangan syarikat yang tidak kukuh dan sangat terhad, pihak SBBU perlu merancang dan
berfikir sedalam – dalamnya tentang batas – batas tertentu sewaktu menjalankan pentadbiran
di Borneo Utara. 2 Hal ini secara tidak langsung menyebabkan mereka mengambil inisiatif
untuk memerintah Sabah berteraskan kepentingan dan keutamaan syarikat semata - mata.
Kesannya, SBBU telah mengekang atau menghadkan pelaburan modal yang berlebihan
khususnya dalam pembangunan infrastruktur di Borneo Utara memandangkan mereka perlu
menumpukan perhatian yang lebih terhadap hal - hal yang menguntungkan serta mendatangkan
manfaat kepada syarikat tersebut. Oleh itu, pihak SBBU hanya memperuntukkan modal yang
kecil dalam aspek pembangunan infrastruktur di Borneo Utara. Hal ini dikukuhkan lagi dengan
pernyataan yang dikemukakan oleh Armarjit Kaur dalam sebuah artikel yang bertajuk ‘Hantu’
and Highway :Transport in Sabah pada halaman 6. Beliau menegaskan bahawa :
The result was that the company set out with no intention of revolutionizing Sabah.3
Pernyataan ini jelas menunjukkan bahawa SBBU langsung tidak mempunyai niat untuk
memajukan Borneo Utara terutamanya dalam aspek pembangunan infrastruktur sebaliknya
mereka hanya mahu mengeksploitasi dan membolot kekayaan hasil bumi yang terdapat di
Sabah. Ekoran itulah, SBBU telah menghadkan pelaburan modal untuk pembinaan infrastrukur
di Borneo Utara memandangkan isu tersebut tidak menjadi keutamaan bagi SBBU. Hal ini
sekaligus menjadikan infrastruktur di Borneo Utara mundur berbanding di Tanah Melayu.
Bukan setakat itu sahaja, pengehadan modal SBBU terhadap pembangunan infrastruktur di
Borneo Utara juga dapat dilihat dengan jelas apabila pihak SBBU membina jalan kereta api
hanya sekadar untuk memenuhi tuntutan ekonomi SBBU yang mahu mengeksploitasi getah
2
Sabihah Othman, Pentadbiran Bumiputera Sabah 1881-1941, ( Bangi : Universiti
Kebangsaan Yayasan Sabah, 1985), hlm. 16.
3
Amarjit Kaur, ‘Hantu’ and Highway : Transport in Sabah, Modern Asian Studies , Jil 28,1 (1994) :6
3
dan dibawa ke kawasan bandar. Hal ini dapat dibuktikan dalam buku A History of Modern
Sabah karya K G Tregonning pada halaman 224 iaitu :
The railway provided the only link between the string of rubber estates and the capital,
Jesselton and the outside world. 4
Hal ini jelas membuktikan bahawa pembinaan infrastruktur di Sabah sememangnya
bermotifkan kepentingan pihak SBBU dalam mengaut hasil bumi Borneo Utara dan bukannya
untuk menjamin keselesaan rakyat Borneo Utara pada ketika itu. Oleh sebab itulah, pembinaan
jalan kereta api dan jalan raya di Sabah tidak sehebat dan semaju jalan kereta api dan jalan raya
yang dibina di Tanah Melayu. Dengan itu, terbuktilah bahawa tindakan SBBU yang
menghadkan pelaburan modal merupakan faktor yang menyebabkan infrastruktur di Borneo
Utara agak mundur berbanding di Tanah Melayu.
Di Sarawak juga, Brooke turut mengambil tindakan yang sama seperti yang dilakukan
oleh SBBU iaitu menghadkan pelaburan modal dalam aspek pembangunan infrastruktur.
Seperti yang kita semua ketahui, Dinasti Raja Putih Brooke telah memerintah Sarawak secara
rasmi selama hampir 100 tahun iaitu bermula tahun 1841 sehinggalah tahun 1941.
Pemerintahan ini dipelopori oleh Raja James Brooke, Charles Brooke dan Vyner Brooke.
James Brooke memulakan pemerintahannya di Sarawak pada tahun 1841 sehingga 1868.
Seterusnya, anak saudara James Brooke iaitu Charles Brooke menyambung tampuk
pemerintahan negeri Sarawak pada tahun 1868 sehinggalah beliau meninggal dunia pada tahun
1917.5 Akhir sekali, Sarawak diperintah oleh Vyner Brooke pada tahun 1917 sehinggalah 1946.
Hal ini jelas menunjukkan bahawa Sarawak sememangnya diperintah melalui sistem dinasti
oleh keluarga Brooke. Oleh hal yang demikian, kita dapat simpulkan bahawa pemerintahan
4
K G Tregonning, A History Of Modern Sabah, (Kuala Lumpur: Universiti of Malaya Press,1965), hlm.224
5
Reece, Name of Brooke,( Kuala Lumpur: Oxford University Press, 1982), hlm. 4
4
secara dinasti atau perorangan sememangnya menuntut Brooke untuk lebih cermat dalam aspek
pengurusan kewangan Sarawak.
Ekoran pelaburan modal yang kecil dan terhad, infrastruktur di Sarawak seperti jalan
raya dan jalan kereta api agak mundur dan terhad berbanding di Tanah Melayu. Buktinya,
Brooke hanya mengeluarkan modal yang kecil untuk membina beberapa jalan raya yang
pendek. Hal ini dapat dilihat melalui pembinaan jalan raya sama ada yang elok permukaaannya
mahupun jalan yang dibina berasaskan tanah merah sahaja.6 Jalan - jalan tersebut terdapat di
sekeliling bandar yang lebih besar dan dibina dengan permukaan berbatu -batu seperti yang
terdapat dari Miri ke Lutong. Pembinaan jalan raya yang serba kekurangan itu sekali gus
membuktikan bahawa Brooke sememangnya menghadkan kewangan untuk membangunkan
infrastruktur di Tanah Melayu kerana tidak mempunyai modal yang besar untuk
membangunkan infrastruktur yang selesa kepada penduduk tempatan.
Jika hendak dibandingkan dengan Tanah Melayu, isu ini jelas bertentangan dengan
Sarawak dan Borneo Utara. Hal ini demikian kerana Tanah Melayu diperintah oleh kerajaan
kolonial yang ternyata mempunyai modal yang sangat besar dalam menguruskan negara yang
dijajah. Hal ini dapat dikukuhkan dengan kata – kata Frank Swetenham yang dirakamkan oleh
Armarjit Kaur dalam bukunya yang bertajuk Bridge and Barier pada halaman 8 iaitu :
…… In the administration of malay state , revenue and prosperity follow the liberal but
prudently directed expenditure of public funds especially when they invested in high
class roads, railways, relegraph, water work and everything likely to encourage trade
and private enterprise. The government cannot do the mining and the agriculture but it
can make it profitable for others to embark in such speculations by giving them every
reasonable facility and that what we have tried to do.7
6
Jackson, James C, Sarawak : Satu Kajian Ilmu Alam tentang sebuah negeri yang sedang membangun , ( Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka , 1976), hlm. 190
7
Armarjit Kaur, Bridge and Barrier, (Singapore : Oxford University Press, 1985), hlm. 8
5
Kata – kata tersebut jelas menunjukkan bahawa kerajaan kolonial di Tanah Melayu
bersedia untuk membangunkan infrastruktur di kawasan tersebut khususnya jalan raya dan
jalan kereta api bagi memantapkan perdagangan bijih timah dan menarik pelaburan luar
khususnya syarikat swasta untuk melabur. Ekoran itu, muncullah jalan tar yang dibina oleh
pihak kolonial bagi menghubungkan kawasan perlombongan dengan sungai. 8 Setelah itu,
muncullah rangkaian jalan raya berturap sepanjang 2400 km di Perak dan Selangor sekitar
tahun 1895. Pada tahun 1911, rangkaian jalan raya yang menghubungkan Seberang Perai
dengan Melaka pula telah siap dibina manakala jalan raya menuju ke Singapura dari Perlis
turur\t siap dibina pada tahun 1911 higga 1928.
Bukan setakat itu sahaja, bukti pihak kolonial British tidak menghadkan modal untuk
pembangunan infrastruktur di Tanah Melayu juga dapat dilihat menerusi rangkaian kereta api
yang mula berkembang pesat di Tanah Melayu sekitar tahun 1885. 9 Pembinaan jalan kereta
api pertama di Tanah Melayu mula menghubungkan Taiping ke Port Weld.10 Hal ini bertambah
menarik apabila wang pembinaan jalan kereta api tersebut adalah hasil daripada keuntungan
yang diperoleh daripada perlombongan bijih timah di Larut. Di samping itu, perkembangan
pesat laluan kereta api di Tanah Melayu sejak tahun 1885 hingga 1931 sebanyak 20 laluan
sudah cukup untuk membuktikan bahawa sememnagnya pelaburan modal oleh kolonial British
di Tanah melayu amat besar berbanding Sarawak Dan Borneo Utara.11 Oleh itu, sudah terang
lagikan bersuluh kerajaan koloni British mempunyai modal yang banyak untuk pembangunan
infrastruktur di Tanah Melayu. Hal ini sekali gus menunjukkan bahawa pihak British tidak
menghadkan atau mengurangkan modal dalam pembinaan prasarana di Tanah melayu.
8
Amarjit Kaur, Bridge and Barrier, ( Singapore : Oxford University Press, 1985) , hlm. 8
9
Chai Hon Chan, The Development Of British Malaya 1896- 1909 , ( Kuala Lumpur : Oxford University
Press , 1967), hlm. 180
10
Ibid
11
Amarjit Kaur, “Impact of Railroads on the Malayan Economy, 1874-1941” Journal Of Asian Studies, Jil.39,
No. 4 (1980) : 697
6
Fenomena ini ternyata berbeza sama sekali dengan pentadbiran Brooke dan SBBU di Sarawak
dan Borneo Utara.
3.0 Faktor lain yang menyebabkan infrastruktur di Sabah dan Sarawak mundur
Berdasarkan hujah – hujah ampuh yang telah dinyatakan, sudah terbukti bahawa kemunduran
infrastruktur di Sabah dan Sarawak adalah disebabkan oleh tindak tanduk yang dilakukan oleh
pihak Brooke dan Syarikat Berpiagam Borneo Utara (SBBU). Namun begitu, kita harus akur
bahawa terdapat juga faktor lain yang turut mengakibatkan infrastruktur di Sabah dan Sarawak
mundur berbanding di Tanah Melayu.
3.1 Bentuk Muka Bumi
Umumnya, bentuk muka bumi di Borneo Utara dan Sarawak telah menyebabkan infrastruktur
di kawasan tersebut tidak dapat dimajukan sekali gus menyebabkan ia kelihatan mundur jika
hendak dibandingkan dengan Tanah Melayu. Hal ini demikian kerana struktur bentuk muka
bumi di Borneo Utara dan Sarawak ternyata amat berbeza dengan struktur muka bumi di Tanah
Melayu. Hal ini secara tidak langsung memberi kesan sampingan terhadap pembinaan
infrastruktur di kawasan tersebut.
Dari perspektif geografi, negeri Sarawak terdiri daripada sebuah dataran lanar berpaya
yang pada keseluruhannya sedang timbul tetapi hanya beberapa kaki sahaja dari aras laut, lalu
ia menganjur hampir – hampir di sepanjang pantai.12 Dataran ini sangat sempit di antara kedua
– dua muara sama ada muara Sungai Kemena dengan muara Sungai Suai. Di sebelah Barat
Daya Sarawak pula, dataran ini telah telah diganggui dengan adanya gunung dan kelompok –
kelompok gunung yang berhampiran dengan pantai.13 Sebagai contohnya, gunung Sarapi yang
12
Jackson, James C, Sarawak : Satu Kajian Ilmu Alam tentang sebuah negeri yang sedang membangun ,
( Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka , 1976), hlm. 9
13
Ibid
7
mempunyai ketinggian sebanyak 2988 kaki serta gunung gading yang berketinggian sebanyak
2950 kaki.14 Tambahan pula, di Sarawak terdapat juga kawasan bukit yang runcing – runcing
puncaknya dan bersegi segi cerunnya. Kebanyakan bukit – bukit tersebut mempunyai
ketinggian tidak lebih daripada 1000 kaki tinggi. 15 Walau bagaimanapun, semakin ke
pedalaman, keseluruhan bukit tersebut menjadi bertambah tinggi.16 Selain itu, terdapat juga
batu pasir dan batu syal peringkat ketiga yang tegak kedudukannya di sebahagian besar
Sarawak tengah dan utara. Hal ini bertambah buruk apabila kesan hakisan yang tidak sekata
telah menyebabkan satu kawasan rabung – rabung bukit yang berkelar – kelar tinggi, panjang
dan bercerun curam dengan diselangi oleh lurah lurah sempit. 17
Di samping itu, kebanyakan bentuk muka bumi Sarawak Utara terdiri daripada batu –
batu pasir peringkat ketiga yang tebal. Kesannya, rabung – rabung bukit yang bercerun dan
bercuram akan wujud. Oleh hal yang demikian, kita dapat simpulkan bahawa berdasarkan
struktur bentuk muka bumi negeri Sarawak yang berpaya, mempunyai rabung bukit dan cerun
yang tinggi serta lurah yang tidak putus – putus secara tidak langsung telah menghalang dan
menyukarkan usaha pembinaan jalan raya yang kompleks di kawasan tersebut.. Hal ini juga
akan bertambah rumit dan membahayakan memandangkan kawasan berbukit dan berpuncak
tersebut tidak sesuai untuk dijadikan sebagai jalan perhubungan sama ada jalan kereta api
mahupun jalan raya. Keadaan ini juga sebenarnya menyebabkan para penduduk di Sarawak
lebih gemar untuk menggunakan sungai sebagai jalan pengangkutan utama pada masa itu.
Dengan itu, terbuktilah bahawa bentuk muka bumi di Sarawak yang agak mencabar seperti
bercerun atau berbukit bukau dilihat sebagai faktor penghalang untuk memajukan infrastuktur
khususnya jalan raya dan jalan kereta api di kawasan tersebut.
14
Ibid Jackson, James C, Sarawak : Satu Kajian Ilmu Alam tentang sebuah negeri yang sedang membangun ,
( Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka , 1976), hlm. 9
15
Ibid, m.s 11
16
Ibid
17
Ibid
8
Dalam menyingkap bentuk muka bumi di Borneo Utara pula, kajian menunjukkan
bahawa Borneo Utara memiliki struktur geografi yang bergunung ganang dan hampir 86
peratus hutan meliputi kawasan tersebut. 18 Sebenarnya, gunung- ganang di Borneo Utara
secara tidak langsung telah menghalang proses komunikasi antara Barat dan Timur. 19 Hal ini
juga sekali gus telah menyebabkan berlakunya pemisahan yang ketara terhadap pembangunan
ekonomi serta kependudukan penduduk di sesebuah kawasan.
Selain itu, Borneo Utara dikelilingi dengan tiga buah lautan di sekelilingnya, Di sebelah
Barat ialah Laut China Selatan manakala di sebelah Utaranya ialah Lautan Sulu dan yang
terakhir adalah lautan Celebes. Ketiga tiga lautan ini sebenarnya memainkan peranan yang
amat penting kerana ia umpama jalan perhubungan bagi para penduduk di kawasan Borneo
Utara. Hal ini sekali gus menunjukkan bahawa penduduk Borneo lebih gemar untuk
menggunakan jalan air sebagai jalan perhubungan mereka untuk berkomunikasi antara satu
sama lain kerana mereka bebas untuk keluar masuk melalui perairan tersebut. 20 Hal ini juga
dapat memudahkan para penduduk untuk menjalankan rutin harian. Bukan setakat itu sahaja,
sungai juga melambangkan simbol yang agung kepada penduduk Borneo bagi membina atau
membuka sesebuah penempatan. Hal ini jelas terbukti dalam buku yang bertajuk North Borneo
( Sabah ) : A Study in Settlement Geography karangan Lee Yong Leng halaman 6 iaitu :
But wherever they are, rivers are feautures of great significance in the settlement
geography of North Borneo. 21
Berdasarkan huraian di atas, memang tidak dinafikan bahawa kemunduran infrastruktur
di Borneo Utara secara tidak langsung turut berpunca daripada faktor bentuk muka bumi yang
18
Lee Yong Leng, North Borneo (Sabah ) : A Study in Settement Geography ( Singapura : Eastern Universities
Press LTD , 1965) , ms. 14
19
Amarjit Kaur, ‘Hantu’ and Highway : Transport in Sabah, Modern Asian Studies , Jil 28,1 (1994) :3
20
Lee Yong Leng, North Borneo (Sabah ) : A Study in Settement Geography ( Singapura : Eastern Universities
Press LTD , 1965) , ms. 2
21
Ibid, m.s 6
9
terletak di kawasan tersebut. Hal ini demikian kerana penduduk Borneo Utara masih selesa dan
terikat dengan jalan air sebagai jalan perhubungan utama mereka. Hal ini berlaku disebabkan
oleh faktor geografi Borneo Utara yang kaya dengan khazanah alam seperti sungai serta
gunung ganang yang sangat tinggi.22 Dalam pada itu, gunung - ganang serta hutan tebal yang
terdapat di Borneo Utara juga sebenarnya menyukarkan proses pembinaan infrastruktur
khususnya jalan raya dan jalan kereta api memandangkan ia memerlukan kos dan kepakaran
yang tinggi untuk merancang dan membina infrastruktur yang lengkap tanpa melumpuhkan
ekosistem di kawasan tersebut. Ekoran itulah, pembinaan infrastruktur di Borneo utara agak
terhad dan ketinggalan jika hendak dibandingkan dengan Tanah Malayu.
Kesimpulan
Secara keseluruhannya, saya bersetuju bahawa tindak tanduk pihak Brooke dan Syarikat
Berpiagam Borneo Utara (SBBU) yang menghadkan atau mengurangkan pelaburan modal
untuk pembangunan infrastruktur di Borneo Utara secara tidak langsung telah menyebabkan
kemunduran infrastruktur di Sarawak dan Borneo Utara. Hal ini sewajarnya tidak berlaku
kerana urusan pentadbiran negara pastinya berada dalam penguasaan seseorang pemerintah.
Oleh itu, sebagai seorang pemerintah yang adil dan saksama, beliau seharusnya merancang
perbelanjaan kewangan yang diperuntukkan dengan bijak supaya pembangunan infrastruktur
dapat dilaksanakan dengan jayanya demi kebajikan dan kesejahteraan rakyat. Tetapi, jika
Brooke dan SBBU dilihat dari kaca mata sebagai seorang penjajah, kita dapat simpulkan
bahawa Brooke dan pihak SBBU sememangnya mahu mengeksploitasi dan mengaut hasil
bumi tanah Melayu semata mata tanpa mempedulikan kesenangan dan keselesaan rakyat
tempatan. Oleh sebab itulah, mereka langsung tidak mempedulikan soal kewangan untuk
22
Amarjit Kaur, ‘Hantu’ and Highway : Transport in Sabah, Modern Asian Studies , Jil 28,1 (1994) :3
10
membina infrastruktur kepada rakyat malah sanggup menghadkan peruntukan modal untuk
membangunkan jalan raya dan jalan kereta api.
Walau bagaimanapun, terdapat juga faktor lain yang menyebabkan infrastruktur dan
kemudahan di Sarawak dan Borneo Utara mundur berbanding dengan Tanah Melayu. Misalnya,
tidak dapat dinafikan bahawa faktor bentuk muka bumi Sarawak dan Borneo Utara yang
bergunung ganang, berbukit bukau dan mendap juga menyebabkan infrastruktur di Sarawak
dan Borneo Utara tidak dapat dimajukan dan masih kekal di tahap yang mundur. Tambahan
pula, sungai yang mengalir di Sarawak dan Borneo Utara masih lagi dilihat sebagai jalan
perhubungan yang penting bagi penduduk di sekitar negeri tersebut. Ekoran itulah, masyarakat
di kawasan tersebut masih bergantung kepada sungai untuk dijadikan sebagai jalan
perhubungan. Oleh sebab itulah, mereka seumpama tidak peduli dengan tindakan Brooke dan
SBBU yang tidak memajukan infrastruktur di kawasan tersebut memandangkan mereka tidak
tahu akan kepentingan kemudahan awam ataupun infrastruktur di sesebuah petempatan.
Oleh hal yang demikian, dapatlah disimpulkan bahawa tindak tanduk British
sememangnya menyebabkan kemunduran infrastruktur di Sarawak dan Boreo Utara. Namun
begitu, faktor lain seperti bentuk muka bumi turut mendorong ke arah kemunduran
infrastruktur di Sarawak dan Borneo Utara.
11
Bibliografi
Amarjit Kaur. 1994. Transport in Sabah. ‘Hantu’ and Highway Modern Asian Studies, Jil.
28, No. 1 (1994)
Amarjit Kaur. 1985. Bridge and Barier : Transport and Communications in Colonial Malaya
1870 – 1957. Singapore : Oxford University Press.
Amarjit Kaur. 1980. “Impact of Railroads on the Malayan Economy, 1874-1941” Journal Of
Asian Studies, Jil.39, No. 4 (1980)
Chan Hon Chan. 1967. The development of British Malaya 1896-1909. Edisi kedua. Kuala
Lumpur : Oxford University Press.
Jackson, James C. 1976. Sarawak : Satu Kajian Ilmu Alam tentang sebuah negeri yang
sedang membangun. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka .
Lee Yong Leng. 1965. North Borneo (Sabah) : A Study in Settement Geography. Singapura :
Eastern Universities Press LTD
.
Reece. 1982. Name of Brooke. Kuala Lumpur : Oxford University Press.
Sabihah Othman. 1944. Pentadbiran Bumiputera Sabah 1881-1941. Bangi : Universiti
Kebangsaan Yayasan Sabah.
Tregonning, K. G. 1965. A History Of Modern Sabah 1881-1963. Kuala Lumpur : University
of Malaya Press.
12