You are on page 1of 5

KEPERCAYAAN MASYARAKAT KADAZANDUSUN

Pada awalnya,masyarakat Kadazandusun di Sabah mengamalkan kepercayaan animisme. Kepercayaan ini diwarisi berasaskan fahaman dan adat "pagan" kaum. Bagi masyarakat Kadazandusun, Tuhan ialah "Kinorohingan" yang bersemayam di dunia lain.

Kinorohingan
Merupakan tuhan di mana mereka meminta sesuatu seperti keselamatan dan perlindungan dari sebarang penyakit. Dapat menghalang pengaruh kuasa ghaib seperti "Roogon" atau syaitan. Masyarakat Kadazandusun mempercayai bahawa roh orang mati akan pergi ke Gunung Kinabalu dan apabila tiba masanya roh itu akan pergi ke syurga atau neraka.

Setiap tahun selepas menuai padi, masyarakat Kadazandusun mengadakan upacara "Magavau" iaitu upacara kesyukuran bagi menghormati semangat padi. Upacara ini dijalankan oleh "Bobohizan" atau ketua bomoh dengan membaca mentera. Namun demikian, pada hari ini semakin ramai masyarakat Kadazandusun yang telah memeluk agama Kristian dan agama Islam.

You might also like