You are on page 1of 1

Aktiviti Frog Cycle Tunjang utama dalam aktiviti ini ialah tunjang sains dan teknologi.

Standard kandungan ialah (ST 3.4) Menjalankan penerokaan ke atas ciri, habitat, cara pergerakan, jenis makanan, kitaran hidup haiwan jinak yang biasa dijumpai. Standard pembelajaran ialah (ST 3.4.8) Memerhati dan menceritakan kitaran hidup haiwan yang biasa dijumpai. Kesepaduan tunjang ialah tunjang komunikasi Bahasa Inggeris. Standard kandungan ialah (BI 3.2) Read simple words with understanding. Standard pembelajaran ialah (BI 3.2.3) Read labels. Objektif pembelajaran ialah murid dapat mengetahui kitaran hidup katak dengan betul di bawah bimbingan guru. Dalam aktiviti ini, guru akan memperkenalkan kitaran hidup katak dengan menggunakan Bahasa Inggeris. Guru akan menggunakan alat bantu mengajar iaitu kotak ilmu. Salah satu bahagian bagi kotak ilmu ialah merupakan kitaran hidup katak .Dalam bahagian tersebut, guru boleh menunjukkan gambar-gambar yang dapat menyatakan kitaran hidup katak dan nama peringkat kitaran hidup katak. Kemudian, murid diminta untuk melekatkan gambar katak bersesuaian dengan nama peringkat tumbesarannya. Melalui aktiviti ini, murid dapat lebih mengetahui kitaran hidup katak dan dapat mengenal nama peringkat tumbesaran katak.

You might also like