You are on page 1of 114

PENGARUH LUAR DALAM

MASYARAKAT DAN BUDAYA


MELAYU
..\Video
BMM1024\Sahabat
Gua - M.Nasir
(lirik).mp4
Fahaman asal masyarakat Melayu

 Masyarakat Melayu pada asalnya berfahaman


animisme.
 Animisme merupakan fahaman yang percaya
akan kuasa ghaib.
 Oleh sebab masyarakat tersebut tidak dapat
menghuraikan gejala atau fenomena alam ini
seperti hujan, gerhana, sakit dan sebagainya,
maka mereka mengaitkan gejala tersebut
dengan kuasa luar biasa.
 Kepercayaan awal masyarakat di Asia Tenggara
mula wujud sejak dari Zaman Mesolitik, namun
bentuk kepercayaan ini tidak jelas, apa yang dikesan
hanya yang dapat dikesan adalah daripada cara-cara
pengebumian mayat. Sebagai contoh di Gua Niah
telah ditemui satu rangka pemuda dari Zaman
Mesolitik dimana pengebumian pemuda ini telah
dilakukan dengan sempurna dan dilengkapkan
dengan alat-alat kegiatan seharian seperti kapak,
beliung, perahu, alat-alat menangkap ikan dan
sebagainya yang menunjukkan bahawa mereka telah
mempunyai kepercayaan tentang hidup selepas
mati, iaitu wujud satu alam lain selain daripada alam
fizikal ini dan wujud roh.
 Sekitar Zaman Logam Awal (gangsa), iaitu
sebelum kedatangan pengaruh India ke
Nusantara, telah wujud pengebumian secara
membakar mayat. Debu-debu mayat itu
kemudiannya disimpan dalam takar.
Pembakaran mayat ini dapat dikesan di Jawa
Barat, Bukit Tinggi, di Sumatera Barat, Sabang
di Sulawesi Tengah, Pulau Salayar dan Melolo
di Sumba. Sejarahwan I.C Clover menjelaskan
bahawa pembakaran mayat ini tertumpu di
kawasan pesisir dan tidak berlaku di kawasan
pedalaman kecuali di Bukit Tinggi, Sumatera
 Sejarahwan B.Harrison percaya bahawa upacara
pembakaran mayat telah mula dilakukan dalam
Zaman Dong-Son, takar-takar yang digunakan untuk
menyimpan debu-debu itu dikatakan berasal
daripada tradisi Sahuynh-Kalany, iaitu satu tradisi
tembikar yang mempunyai betuk patern yang unik.
Sungguhpun begitu, kepercayaan asas mereka
adalah animisme dan dinamisme. Animisme adalah
kepercayaan kepada serba jenis roh/semangat.
Dinamisme pula merupakan kepercayaan kepada
wujudnya kekuatan atau mana di mana-mana
sahaja. Akan tetapi para sarjana sering meyamakan
sahaja kedua-dua istilah itu sebagai animisme.
 Mengenaikepercayaan dinamisme, S.Wojowasito me
njelaskan bahawa setiap makhluk dan benda
dikatakan mempunyai mana (kekuatan). Sesuatu
benda atau makhluk boleh mempunyai lebih
banyak mana daripada benda dan makhluk
lain. Mana juga dikatakan terdapat lebih banyak di
dalam satu bahagian tubuh daripada bahagian yang
lain, umpamanya di kepala lebih banyak daripada
di kaki, di belakang lebih banyak daripada di
hadapan. Dikatakan juga orang yang mempunyai
lebih banyak mana lebih berbahaya
 Mana ini boleh dipindahkan kepada benda atau orang
lain. Sebagai contoh, jika orang menerima satu hadiah
daripada orang lain, bermakna dia akan
menerima mana daripada pemberi itu. Perkara ini
mungkin membahayakan dirinya, kerana
perimbangan mana yang ada pada dirinya akan
terganggu. Oleh kerana itu, untuk menghindarkan
bahaya orang yang menerima hadiah itu mestilah
seberapa yang boleh membalas hadiah yang
diberikan itu supaya perimbangan mana yang
terganggu itu dapat dibaiki kembali.
 Sebab itu terdapat dalam kalangan masyarakat di
Asia Tenggara ini mengamalkan ngayau(memburu
kepala) dan kanibalisme. Perbuatan itu semata-mata
bertujuan untuk merampas mana musuhnya untuk
memperkuatkan mana dirinya
 Anamisme pula dikatakan bahawa setiap makhluk,
benda atau tumbuh-tumbuhan itu mempunyai roh
(semangat). Roh ini tidak boleh mati dan hancur
seperti jasad. Jika seseorang itu meninggal dunia,
rohnya akan meninggalkan jasad dan tinggal di
tempat-tempat tertentu. Disamping mempercayai
semangat-semangat ini, animisme juga percaya
tentang wujudnya “makhluk halus”, iaitu makhluk
yang wujud tetapi tidak dapat dilihat dengan mata
kasar. Makhluk ini seperti orang bunian, mambang,
jembalang, hantu, pontianak dan sebagainya.
 Berbagai-bagai upacara dilakukan untuk memuja semangat-
semangat itu. Semangat-semangat ini dikatakan boleh membantu
dan juga merosakkan. Justeru itu semua tindakan yang dilakukan
harus berhati-hati supaya tidak menggangu semangat itu.
Kepercayaan kepada semangat dan kepada roh orang mati ini
kemudian berkembang kepada kepercayaan tentang roh yang lebih
berkuasa iaitu roh nenek moyang (Hyang).
 Kepercayaan Hyang ini menjadi lebih kompleks dalam Zaman
Neolitik. Kesan dari kepercayaan ini telah membentuk sebuah
budaya yang dikenali sebagai budaya megalitik. Budaya ini dapat
dikesan oleh longgokan meja-meja batu yang dikenali
sebagai menhir dan dolmen. Menhir adalah ketulan-ketulan batu
yang menegak yang merupakan kaki meja itu dan dolmen
merupakan batu leper yang mendatar yang biasanya diletakkan di
atas menhir bagi tujuan penyembahan Hyang. Diyakini bahawa
batu-batu megalit itu digunakan untuk tempat menjalankan
upacara-upacara korban (manusia atau binatang) dan kadangkala
merupakan keranda batu.
 Di Berhala Lima, berhampiran Kota Bharu, Kelantan terdapat
sebuah kompleks batu megalit yang terdiri daripada kubur dolmen
dan sebuah menhir “tempat bersemayam” Hyang. Winstedt percaya
kompleks ini di dirikan sekitar 300SM. Dalam masa ini
kepercayaan kepada Hyang menjadi lebih kompleks. Roh
anggota keluarga yang mati dipercayai menjadi pelindung
terkuat kepada sesebuah keluarga itu. Roh itu dikatakan tidak
meninggalkan tempat kediamannya, walaupun jasadnya
telah dikebumikan. Mereka percaya roh-roh ini boleh
dibangunkan dengan beberapa amalan ritual seperti
nyanyian puji-pujian, tarian dan sajian. Pada ketika ini mula
muncul kegiatan membuat bayangan-bayangan sebagai ganti
bayangan roh orang yang meninggal. Biasanya upacara
memangil roh nenek moyang ini dijalankan pada waktu
malam, ketika bayang-bayang banyak berkeliaran
 Pada awalnya upacara ini dikendalikan oleh ketua-ketua
keluarga atau ketua-ketua puak, akan tetapi kemudian iala
telah dijalankan oleh golongan profesional yang dipanggil
dalang. Daripada kegiatan memuja nenek moyang melalui
bayang-bayang inilah kemudian lahirnya pertunjukan
wayang dan wayang kulit. Pertunjukan wayang ini
dipercayai telah bermula sekitar 2.000 – 1.500 SM.
 Apabila berlaku bencana alam, masyarakat ini sering
mengadakan upacara-upacara ritual dalam bentuk tarian
ianya bertujuan untuk mengharmonikan kembali alam.
Bencana alam itu dipercayai berlaku disebabkan oleh
gangguan kepada rentak alam. Justeru itu tarian dengan
gerak geri tertentu diadakan. Dengan cara itu dipercayai akan
mempengaruhi alam itu supaya kembali kepada rentak yang
betul atau kepada landasan asalnya.
 Hingga kini, kepercayaan terhadap perkara
tersebut masih wujud walaupun pengaruh
Islam begitu luas.
 Misalnya, masyarakat Melayu percaya bahawa
punca sesuatu penyakit disebabkan tersampuk,
saka, terkena buatan orang dan sebagainya.

..\Video
BMM1024\Ulek
Mayang 2017
[Official
Video].mp4
 Fahaman terhadap perkara-perkara tersebut
dimanifestasikan melalui penggunaan tangkal,
mantera dan tindakan melalui upacara tertentu,
menyembah dan sebagainya.
 Bagi mengelakkan sesuatu yang buruk berlaku
ketika mengunjungi tempat-tempat yang
dipercayai berpenunggu, seperti hutan, mereka
menggunakan ungkapan tertentu contohnya,
“Tabik Tok Nenek, cucu nak lalu’ bagi
memujuk penunggu di hutan tersebut agar
tidak mengapa-apakan mereka.
PENGENALAN
• Kebudayaan dan peradaban adalah satu kesatuan yang
kompleks yang mengandungi antaranya pengetahuan,
kepercayaan, kesenian, tatasusila, udang-undang, adat
resam dan lain-lain.
• Sebelum kedatangan Islam, agama dan budaya Hindu-
Bhudda telah bertapak kukuh dalam masyarakat alam
melayu hingga berabad-abad lamanya. Agama Hindu
boleh dikatakan menjadi anutan kebanyakan
masyarakat atasan seperti golongan istana kerana
ianya amat sesuai untuk menjaga kepentingan sosial
dan politik mereka sendiri. Manakala rakyat biasa atau
bawahan selalunya menganut dan memegang kepada
kepercayaan animisme
Antara pengaruh Hindu yang menjadi
ikutan dalam masyarakat Melayu

Upacara Adat
Upacara Membelah
Perkahwinan Melenggang
Berinai mulut bayi
@ Bersanding. Perut

Sembah. Kenduri
Kematian.
Arwah.
Pengaruh Hindu
 Apabila pengaruh Hindu masuk ke alam
Melayu yang dibawa oleh pedagang dan
penyebar agama tersebut, kepercayaan Hindu
menjadi cara hidup masyarakat.
 Upacara mandi safar misalnya merupakan
pengaruh Hindu yang mengambil amalan
orang Hindu.
 Penganut agama Hindu mengamalkan mandi
di Sungai Ganges bagi membuang segala
kejahatan.
 Penyerapan amalan Hindu turut berlaku
dalam majlis perkahwinan.
 Amalan menepung tawar, bersiram di
pancapersada, merupakan satu daripadanya.
Ketika mengandung, upacara melenggang
perut juga diambil daripada amalan Hindu.
 Melenggang perut diadakan untuk mengetahui
jantina bayi.
Upacara Perkahwinan@Bersanding
• Dalam adat perkahwinan pasangan yang berkahwin
dikatakan raja sehari dan diadakan upacara bersanding
sebagai kemuncak bagi upacara tersebut.
• Pasangan ini akan diletakkan di atas pelamin tanpa
bergerak-gerak. Upacara persandingan seolah-olah
menjadi satu kewajipan, sedangkan persandingan itu
merupakan adat Hindu yang mengagung-agungkan
Dewa Rama dan Dewi Sita dengan sebab inilah
pengantin baru di gelar sebagai Raja Sehari.
• Penggunaan sirih pinang, beras kunyit merupakan
pengaruh Hindu dan penggunaan beras kunyit ialah
bertujuan memberi semangat kepada pengantin
berdasarkan kekuningan semangat padi.
Adat Melenggang Perut
• Diamalkan dikalangan keluarga diraja dan juga rakyat
jelata apabila kandungan ibu genap tujuh bulan.
• Upacara ini dilakukan oleh Tuk Bidan dengan tujuan
untuk membuang garuh atau kecelakaan ang mungkin
menimpa ibu yang bakal bersalin.
• Ini adalah kepercayaan animisme pada unsur ghaib. Di
samping itu, adat ini juga bertujuan membetulkan
kedudukan bayi di dalam perut ibunya.
• Bahan-bahan yang digunakan dalam upacara ini ialah
beras kunyit, buah kelapa agar ibu dapat lahirkan anak
dengan mudah dan selamat.
 Adat ini juga dipanggil Kirim Perut oleh masyarakat
Melayu di bahagian utara Semenanjung Malaysia dan
di sesetengah tempat dikenali sebagai Mandi Tian.
 Pada permulaannya bidan akan membacakan jampi
mentera dan mengandam wanita hamil tadi.
 Tepung tawar dicalit ke mukanya dan beras kunyit
ditabur. Adalah dipercayai adat ini mengandungi
unsur-unsur budaya Hindu.
 Ketika mengandung, upacara melenggang
perut juga diambil daripada amalan Hindu.
 Melenggang perut diadakan untuk mengetahui
jantina bayi.
 Buah kelapa akan diletakkan di atas perut ibu,
dan selepas itu kelapa itu dibiarkan jatuh.
 Sekiranya jatuh ke kiri ibu itu dikatakan akan
melahirkan anak lelaki dan sekiranya jatuh ke
kanan akan melahirkan anak perempuan.
Adat Berinai

• Berinai dalam perkahwinan Melayu seakan menjadi


kewajipan.
• Istiadat berinai adalah antara tradisi dalam perkahwinan
Melayu yang boleh dikategorikan kepada tiga acara, iaitu
berinai curi, berinai kecil dan berinai besar.
• Walaupun unsur-unsur budaya ini dikekalkan namun ianya
disesuaikan dengan lunas-lunas agama Islam kerana tidak
bertentangan lunas Islam.
 Corak lukisan inai di atas tangan kalangan masyarakat
Melayu bermula sejak beberapa tahun sebelum ini. Gaya
terbaru ini adalah pengaruh daripada budaya Hindu di
India dan Islam di Pakistan, Mesir, Iran dan Syria.
Adat Membelah Mulut Bayi
 Bagi upacara mencecah garam ke mulut kanak-
kanak, ia bersamaan dengan adat Hindu yang
mencecah madu dan minyak sapi ke bibir bayi
yang dilakukan oleh Brahmin supaya bayi itu
panjang umur dan mendapat kebahagiaan di
dalam hidupnya. Tapi bagi Islam adat ini diganti
dengan mencecapkan air zam-zam atau kurma.
Pembacaan mantera yang biasa dilakukan sebelum
adat itu dimulakan juga digantikan dengan
pembacaan surah al-Fatihah dan surah al-Ikhlas
kemudian dibacakan doa.
Adat Bersembah

• Pemujaan Raja secara melebih-lebih dalam


masyarakat Melayu suatu ketika dahulu juga
merupakan cerminan kepada pengaruh Hindu Dan
Buddha dalam masyarakat Melayu bahkan
perkataan “Raja” itu sendiri pun sudah
memperlihatkan pengaruh Hindu yang tebal.
• Begitu juga dari aspek pertabalan dan adat istiadat
Istana Melayu, terlihat lagi kekuatan unsur Hindu
dan Buddha dalam mencorakkan adat Melayu itu.
Kenduri Arwah

• Apabila ada sesuatu kematian, dan selepas kematian


mesti diadakan kenduri masuk kubur, 3 hari (
makan serabai ), kenduri pecah perut pada hari ke 7,
kenduri 40 hari iaitu roh berpisah dengan waris dan
kenduri 100 hari iaitu turun batu nisan dan bagi roh
itu memasuki dalam jemaahnya sebagai ahli kubur.
Ini merupakan kepercayaan penganut agama Hindu.
Upacara Kematian
• Apabila orang Melayu meninggal, bila sudah
ditanam, akan ditabur bunga di atas kubur tersebut.
• Ini juga adat agama Hindu. Kalau kita perhatikan,
orang Hindu yang mati sebelum dibakar, akan
diletakkan bunga ke atas mayatnya.
• Hari ini orang Melayu bukan sahaja menabur bunga
di atas kubur, bahkan mayat itu sudah ditabur
bunga di rumah lagi sebelum dibawa ke tanah
perkuburan.
 Dari segi bahasa, banyak kosa kata Sanskrit
yang dibawa oleh Hindu diserapkan dalam
bahasa Melayu.
 Hal ini menjadikan kosa kata bahasa Melayu
lebih luas.
 Hindu juga membawa sastera lisan mereka.
 Cerita penglipur lara merupakan cerita lisan
yang popular dan berkembang khususnya
dalam kalangan istana.
..\Video
BMM1024\Langgam Pak
Dogo + Lyrick-M.Nasir.mp4

 Pengaruh Hindu juga terdapat dalam kesenian


Melayu.
 Motif-motif yang berlambangkan haiwan
seperti gajah, ular dan sebagainya terdapat
dalam seni ukiran yang menghiasi rumah dan
barang-barang perhiasan.
 Muzik tradisional Hindu turut masuk dalam
masyarakat Melayu khususnya di istana.
NOTA PERINGATAN (PELAJAR
BERAGAMA ISLAM)
Perkara yang telah disenaraikan adalah sebahagian
daripada khurafat dan tahyul. Dimana ia tidak
mempunyai sebarang sandaran agama sama ada
Al-Qur'an, Sunnah, Ijma atau Qias. Oleh itu,
sesuatu yang tidak mempunyai sandaran adalah
baru dan jika demikian ia adalah bidaah dan wajib
dijauhi. Secara tidak langsung ia akan
menyelamatkan kita semua dari dicemari oleh
unsur-unsur khurafat yang boleh membawa
kepada syirik kepada Allah SWT.
Pengaruh Islam

 Selepas Hindu, pengaruh Islam pula


berkembang dengan kedatangan mubaligh ke
rantau ini.
 Mengikut Dato’ Dr. Abdul Monir Yaacob
dalam kertas kerjanya bertajuk “Islam dalam
Mempengaruhi Pemikiran Melayu” (2003),
pengaruh agama Islam terhadap orang Melayu
sangat kuat.
 Hal ini terbukti apabila pengaruh Hindu
terhakis sedikit demi sedikit lalu digantikan
dengan amalan Islam.
 Amalan yang bercanggah dengan ajaran Islam
digugurkan walaupun tidak sepenuhnya.
 Penyerahan diri kepada Allah merupakan satu
daripada amalan yang dilakukan oleh
kebanyakan orang Melayu.
 Agama Islam telah mengubah cara pemikiran
orang Melayu.
 Agama Islam menyuruh umatnya berfikir
untuk menerapkan unsur-unsur rasionalisme
dalam pemikiran mereka.
 Budaya Arab yang merupakan sebahagian
daripada agama Islam telah dipelajari oleh
orang Melayu dan ini menyebabkan
berlakunya perubahan besar dalam cara hidup
mereka.
 Hampir setiap negeri di Tanah Melayu dan
Brunei dianggap sebagai negara Islam dengan
mengambil sempena nama-nama syurga
(Darul Ridzuan, Darul Iman, Darul Takzim
dan lain-lain).
 Antara unsur budaya Arab (Islam) yang
terserap termasuklah bahasa.
 Banyak kosa kata Arab terdapat dalam bahasa
Melayu.
 Antaranya termasuklah konsep ibadat seperti
fardu, solat, azan dan sebagainya.
 Pendidikan turut berkembang dengan adanya
pengaruh Islam.
 Madrasah dibina untuk menyebarkan dan
meluaskan pengetahuan tentang ajaran Islam.
 Pengajian pondok begitu popular dalam
kalangan masyarakat Melayu.
 Hal yang demikian menyebabkan lahirnya
masyarakat yang berpendidikan dan celik ilmu.
 Bentuk tulisan Arab juga diterima dan
digunakan seluas-luasnya oleh masyarakat.
 Tulisan tersebut dinamakan tulisan jawi oleh
orang Melayu.
 Ahli-ahli bahasa telah mengubah suai huruf
Arab tersebut dengan menambahkan titik
diakritis pada huruf yang sedia ada supaya
dapat membunyikan perkataan Melayu yang
tiada dalam tulisan Arab seperti huruf ‘p’ dan
‘g’.
 Ekoran hal tersebut, kitab Islam tersebar luas
menggunakan tulisan jawi dan ini dapat
difahami oleh kebanyakan orang.
 Jika pada zaman Hindu, sastera tulisannya
lebih berpusat di istana, pada zaman Islam,
sastera turut berkembang dalam kalangan
rakyat jelata.
 Pengaruh Islam juga terdapat dalam seni bina.
Reka bentuk ukirannya berbentuk geometri
bagi menggantikan bentuk-bentuk haiwan
yang tidak dibenarkan oleh Islam.
 Reka bentuk ini terdapat pada rumah Melayu,
masjid dan barang-barang perhiasan.

 Sungguhpun demikian, pengaruh Hindu dan
animisme tidak terhapus seratus-peratus.
 Masih terdapat pengaruh tersebut dalam
kehidupan masyarakat Melayu.
 Terdapat sebahagian masyarakat yang
mencampuradukkan ajaran Islam dengan
Hindu dan animisme.
 Doa dicampuradukkan dengan jampi mantera
dan pemujaan terhadap makhluk halus. Hal ini
terdapat dalam kesenian seperti wayang kulit,
makyung, kuda kepang dan beberapa kesenian
lain.
Huraian
 Kesan utama yang dibawa oleh Islam ialah
terhadap akidah dan kepercayaan. Sebahagian
daripada masyarakat Melayu telah
meninggalkan ajaran agama HinduBuddha dan
kepercayaan animisme. Mereka percaya kepada
konsep ketuhanan, hormat-menghormati antara
manusia dan menitikberatkan soal persamaan
tara£. Cara kehidupan mereka juga telah
berubah kepada cara hidup beragama dengan
mengamal dan menghayati ajaran Islam dalam
kehidupan mereka
 Kepercayaan dan agama merupakan dua aspek
sosial yang agak sukar untuk dipisahkan kerana
sebahagian besar daripada kepercayaan termasuk
dalam agama. Kepercayaan masyarakat Melayu
pada peringkat permulaan adalah berbentuk
animisme. Dalam kepercayaan ini mereka
menganggap benda-benda mempunyai semangat
dan kuasa ghaib. Sehubungan dengan itu,
wujudlah pemujaan atau penyembahan kepada
batu-batu, pokok-pokok, sungai-sungai dan
fenomena alam yang lain. Kuasa ghaib itu
disifatkan sebagai hantu, jembalang atau jin yang
menjadi penunggu objek tersebut (Haron Daud,
1989 : 26)
 Islam mengubah world view masyarakat
Melayu daripada mempercayai roh, semangat
dan dewa-dewa kepada mempercayai Tuhan
Yang Maha Esa, percaya adanya nabi-nabi,
rasul-rasul, malaikat dan kitab-kitab sud.
Keimanan mereka diikuti dengan amal ibadat
seperti sembahyang, puasa, mengeluarkan
zakat dan menunaikan rukun haji.
Masyarakat Melayu juga merayakan hari-hari
kebesaran Islam seperti mengadakan
sambutan Maal Hijrah, sambutan Maulidur
Rasul dan Nuzul al-Quran.
 Perubahan yang paling utama ialah daripada
sudut kepercayaan yang mana masyarakat
Melayu telah diperkenalkan dan diyakinkan
dengan keyakinan yang berteraskan tauhid.
Fahaman tauhid telah mengubah world view
orang Melayu daripada zaman Hindu-
Buddha dengan metodologinya,
penyembahan rajanya, ciri tertentu dan
masyarakatnya, alam khayalannya,
penyembahan berhalanya, kepada ajaran
tauhid yang murni (Muhammad Uthman,
1977 : 185).
 Kedatangan Islam ke Alam Melayu telah
membawa banyak perubahan sebagaimana yang
disebut oleh Syed Naquib al-Attas sebagai
mencetuskan suatu zaman baru. Perubahan yang
dibawa merupakan perubahan menyeluruh
berteraskan as as tauhid. Impak tauhid ini
menyebabkan berlakunya perubahan terhadap
'rupa dan jiwa' Alam Melayu ini. Ledakan tauhid
ini telah meninggalkan zaman kehidupan
Hinduisme dan Buddhisme yang tiba pada abad
ke-4 dan ke-5M, di mana perintah - perintah dan
ajaran Islam itu diterima melalui jenis-jenis
aktiviti pendidikan yang formal (Azhar Hj. Md
Aros, 2003 : 304).
 Agama Islam di Melaka dihayati oleh masyarakat ketika itu
sejak agama ini diterima oleh Raja Mahkota Iskandar Shah.
Masyarakat Melaka telah reI a men~rima agama Islam yang
telah dianuti oleh raja mereka. Dengan penerimaan ini,
mereka berusaha pula untuk mengamalkan serta
menghayati ajaran dan hukum Islam dengan sebaiknya.
Kegiatan kemasyarakatan telah berubah dan
menggambarkan penerimaan dan penghayatan mereka
terhadap ajaran Islam. Kegiatan keagamaan diadakan
seperti muzakarah, kuliah dan ceramah. Perayaan dalam
Islam disambut dengan penuh penghayatan seperti
sambutan Hari Raya Haji dan Hari Raya Puasa. Mereka
sudah mula mempelajari al-Quran dan ilmu tafsir daripada
ulama yang ada di Melaka ketika itu. Anak-anak pula
dididik dengan cara hidup Islam (Zainal Abidin bin Abdul
Wahid, 1992 : 29).
 Penyerapan ajaran Islam juga berlaku tanpa
mengganggu masyarakat yang ada sehingga
akhirnya menjadikan orang Melayu di Alam
Melayu beragama Islam. Tauhid juga
membuahkan kehidupan beribadah, menghiasi
akhlak serta mencetus perubahan lain dalam
bidang politik, perundangan, pendidikan dan
sebagainya. Berasaskan konsep tauhid ini juga
lahirlah hubungan antara manusia dengan manusia
dan manusia dengan Pencipta.

Walau bagaimanapun, kepercayaan-kepercayaan


dan tradisi lama tidak dihapuskan sama sekali.
Sebagai contoh, dapat dilihat pada petikan mantera
di bawah: (Samri Sainuddin, 2004 : 38)
Contoh Mantera
 Kabul aku menawar ubat pontianak si anu
Kabul Allah
Kabul Muhammad
Kabul Baginda Rasulullah
Kabul berkat guru La ila ha ilallah,
Muhammadar
Rasulullah
 Perubahan sosial berlaku dengan adanya revolusi
mental yang diketengahkan oleh Islam dan
masyarakat. Beberapa aspek pemikiran yang
wujud dapat membuktikan hakikatnya. Ajaran
Islam mengandungi unsur-unsur rasionalisme, di
mana Islam telah menekankan konsep persamaan
taraf sesama manusia di sisi Allah SWT. Semua
manusia adalah berasal dari Adam a.s. dan Adam
a.s. dijadikan dari tanah. Berpandukan kepada
konsep rasionalisme inilah masyarakat Nusantara
dengan sendirinya menolak kepercayaan Hindu
dan fahaman animisme (Abdullah Ishak, 1990 :
133-134).
 Islam membawa perubahan dalam sistem pendidikan.
Selepas kedatangan Islam golongan bawahan menerima
pendidikan yang sarna seperti golongan atasan. Sistem
pendidikan yang bermula di istana mula beralih ke
beberapa institusi pendidikan Islam seperti pondok dan
madrasah. Tradisi keilmuan yang ditekankan oleh Islam
telah mengembangkan pula tradisi pendidikan dan
pengajaran secara lebih tersusun. Dorongan belajar bermula
dengan pengajaran membaca al-Quran dan kitabkitab.
Golongan pemerintah dan pembesar-pembesar berperanan
penting dalam mengembangkan ilmu pengetahuan.
Melalui sistem pengajian ilmu tersebut lahirlah para
cendiakawan dan ulama-ulama Melayu yang menjadi
pegawai-pegawai pemerintah, guru-guru dan ahli agama.
Antara tokoh-tokoh Melayu yang terkenal ialah Syeikh
Abdul Malik Abdullah, Sheikh Wan Hasan Wan Ishak dan
ramai lagi (Hashim Hj. Musa, 2004 : 46). Tokoh-tokoh ini
telah banyak menyumbang ke arahperkembangan ilmu
 Dalam bidang intelektual dan keilmuan, Islam memberi kedudukan
yang begitu tinggi dengan memperkenalkan metod ilmu berteraskan
ilmiah dan rasional sejajar dengan tuntutan Islam. Keilmuan rasional
dan intelek yang diperkenalkan oleh Islam adalah pendekatan baru
dalam cara berfikir iaitu meninggalkan sesuatu yang bersifat tahyul serta
memuja sesuatu yang bersifat estetik, kepada sesuatu yang
mementingkan akal, pemahaman ilmu metafizik serta pandangan hidup
yang munasabah pada akal yang sihat (Rasid Muhammad, 1996 : 140).
Kedatangan Islam membawa pengaruh yang besar terhadap sistem
pendidikan. Di Melaka contohnya, aktiviti pendidikan berlangsung di
istana yang juga berfungsi sebagai perpustakaan atau tempat penyalinan
dan terjemahan. Di samping itu tempattempat lain yang digunakan
sebagai tempat pengajian ialah rumah-rumah ulama, masjid, madrasah
dan surau. Kebanyakan guru-guru agama pula terdiri dari bangsa Arab.
Ilmu-ilmu yang dipelajari ialah ilmu usuluddin, fiqh dan tasawwuf
Kitab-kitab utama yang menjadi pegangan masyarakat di Melaka ketika
itu ialah aI-Oar al-Manzum oleh Abu Ishak aI-Shirazi, Ihya Ulumuddin
oleh al-Ghazali dan Minhaj al- Talibin oleh al-Nawawi.
 Bahasa Melayu telah menerima pengaruh ajaran Islam
bermula abad ke-14 Masihi dan berkembang sehingga
akhir abad ke-18 Masihi. Pada awal abad ke-14
kedudukan agama Islam semakin teguh dan
penyebarannya semakin meluas di Asia Tenggara. Bukti
keteguhan kedudukan agama Islam di daerah ini dapat
dilihat daripada kewujudan penggunaan tulisan Jawi
oleh orang-orang Melayu ketika itu. Pada era kerajaan
Melayu Melaka (1400-1511M) misalnya, bahasa Melayu
menjadi bahasa lingua franca bagi lapan puluh empat
bahasa yang dituturkan oleh masyarakat Melaka ketika
itu. Tahap perkembangan bahasa Melayu daripada
bahasa Melayu klasik kepada bahasa yang mempunyai
nilai peradaban yang tinggi berlaku pada dua zaman
iaitu zaman peralihan (abad ke-19M) dan zaman moden
(abad ke-20M) (Mahayudin Hj. Yahya, 1998: 91
 Tulisan Arab mulai diperkenalkan setelah
kedatangan Islam. Dari segi bahasa
perubahan besar berlaku apabila masyarakat
Melayu menyesuaikan perkataan Arab
kepada bahasa Melayu. Perubahan ini
dipermudahkan setelah tulisan Arab
diubahsuai dan dikenali sebagai tulisan Jawi.
Melalui sistem tulisan ini bahasa Melayu
dapat memainkan peranan lebih penting
apabila digunakan untuk menulis kitab-kitab
agama, hikayat-hikayat, undang-undang dan
pentadbiran.
 Bahasa Melayu telah dipilih sebagai bahasa pengantar persuratan dan juga
sebagai alat penyebaran dan penyampaian agama Islam di seluruh Alam
Melayu. Tulisan jawi telah digunakan oleh bahasa Melayu semasa permulaan
kedatangan Islam. Antara faktor yang menjadikan bahasa Melayu sebagai
bahasa pengantar penyebaran, penyampaian persuratan Islam di Alam Melayu
ialah sifat dalaman bahasa Melayu dan juga peranan yang dimainkan oleh
wilayah dan daerah Melayu di Sumatera dan di Semenanjung Tanah Melayu
dalam penyebaran agama Islam ke seluruh kepulauan Melayu. Penggunaan
bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar agama Islam telah menaikkan taraf,
kecekapan dan kewibawaannya. Antara sumbangan terbesar Islam kepada
masyarakat di Alam Melayu adalah pengaruhnya terhadap perkembangan
bahasa Melayu. Sebagai bahasa komunikasi di Tanah Melayu, bahasa Melayu
merupakan aspek terawal menerima pengaruh Islam. Pemindahan ilmu berupa
ajaran Islam daripada al-Quran dan al-Hadith yang kedua-duanya dalam bahasa
Arab berlaku dalam gerakan dakwah secara langsung yang dijalankan oleh
pendakwah-pendakwah dari negara Arab, India dan China.
Pemindahan ilmu dari bahasa Arab ke dalam bahasa Melayu telah
menyebabkan berlakunya perkembangan keilmuan yang pesat di Alam
Melayu. Kedatangan Islam mengangkat martabat bahasa Melayu ke arah
mengungkapkan sesuatu yang bersifat ilmiah dan saintifik sehingga mencapai
taraf lingua franca yang digunakan secara meluas di Alam Melayu. Terdapat
penggunaan kata dari bahasa Arab yang dipinjam dan digunapakai dalam
bahasa Melayu.
 Kedatangan agama Islam juga telah membawa perubahan
yang besar terhadap warisan kesusasteraan Melayu. Banyak
hasil kesusasteraan Melayu ditulis seperti Hikayat Nabi
Muhammad SAW, Hikayat Para Nabi dan Rasul, Hikayat
Para Sahabat, Hikayat Para Pahlawan Islam dan Hikayat
Ahli-ahli Sufi dan Orang-orang Yang Salih. Manakala puisi
terkenal yang dipengaruhi oleh sastera Islam contohnya
ialah Syair Perahu, Syair Burung Pingai oleh Hamzah
Fansuri dan Syair Makrifat oleh Abdul Rauf Fansuri.
Melalui tulisan jawi agama Islam telah dapat
diperkembangkan. Bahasa dan kesusasteraan Melayu juga
berkembang melalui tulisan jawi. Dalam pada itu bahasa
Melayu itu telah diperkayakan dengan kata-kata pinjaman
serta istilah daripada bahasa Arab. Perkembangan ini dapat
dilihat bukan sahaja dalarn kitab serta karya sastera semasa
pada zaman selepas itu, malah buku-buku Sejarah juga
mempunyai tajuk asal dalam bahasa Arab seperti Sulalatus
Salatin, Tuhfat al-Nafis, Bustanus-Salatin dan lain-lain lagi
Perundangan
 Kedatangcm agarna Islam telah mempengaruhi
sistem perundangan di Alam Melayu. Sistem
perundangan tempatan turut mengalami perubahan
seperti yang tercatat dalam Hukum Kilnun Melaka,
Adat Pepatih dan Adat Temenggung. Undang-
undang adat yang tidak bertentangan dengan ajaran
agama Islam dikekalkan. Contohnya hakim boleh
menggunakan budi bicaranya sama ada
menjatuhkan hukuman potong tangan bagi
kesalahan mencuri ataupun didenda dan dipenjara
sahaja.
 Setelah Islam datang dan tersebar di seluruh
Nusantara sistem perundangan masyarakat
Melayu juga berubah kepada sistem adat dan
Islam. Contohnya Melaka mempunyai Hukum
Kanun Melaka yang meliputi tanah, sungai,
dusun dan setiap tanah jajahan takluk Melaka.
Undang-undang Laut Melaka meliputi
perusahaan perkapalan, perdagangan di laut
dan di darat dan kegiatan yang berkaitan
dengannya. Kedua-dua kumpulan undang-
undang ini adalah didasarkan kepada hukum
syariah dan juga hukum adat yang telah wujud
sejak dahulu lagi (Zainal Abidin Abdul Wahid,
1992 : 29).
 Oleh kerana Hukum Kanun Melaka adalah undang-
undang induk yang meliputi undang-undang lain di
dalam negeri-negeri Melayu, amatlah tepat jika ianya
dijadikan contoh tentang wujudnya pengaruh Islam
dalam perundangan. Menurut beberapa orang sarjana
barat seperti William R. Roff dan Alfred P. Rubin,
Hukum Kanun Melaka atau Undang-Undang Melaka
pada dasamya berasaskan Undang-undang Islam di
samping berpegang kepada hukum akal dan hukum
adat. Pendapat-pendapat tersebut adalah sejajar
dengan perkataan-perkataan yang terdapat di dalam
undang-undang tersebut antaranya menyebut,
"...Mengikut hukum Allah, pada hukum Allah,
menurut dalil al-Quran dan menurut amr bi al-ma'ruf
wa nahyi'ani al-munkar". Terdapat juga undangundang
yang berhubung dengan jenayah, muamalah,
kekeluargaan, keterangan dan acara yang berpandukan
Politik dan Pemerintahan
 Kedatangan Islam telah memberi perubahan terhadap sistem politik. Contohnya,
agama Islam telah diisytiharkan sebagai agama rasmi di Melaka. Sehubungan itu,
beberapa institusi Islam didirikan bagi membantu mengukuhkan sistem
pentadbiran berasaskan Islam. Antara institusi yang didirikan adalah Jabatan
Agama Islam dan Syariah. Selain itu kitab Undang-undang Laut dan Hukum
Kanun Melaka dihasilkan untuk panduan masyarakat. Beberapa jawatan seperti
kadi, imam dan sebagainya diwujudkan bagi melaksanakan peraturan-peraturan
yang ditetapkan.

Setelah Islam datang dan tersebar di seluruh Nusantara, sistem politik dan
pentadbiran masyarakat Melayu t~lah berubah dan dipadankan dengan ajaran
Islam. Gelaran raja bertukar kepada sultan dan disamakan dengan khalifah
seperti yang diperkenalkan dalam sistem politik Islam. Dengan kedatangan Islam
juga, terdapat suatu unsur kekuasaan rakyat dalam menentukan penubuhan
sistem beraja. Rakyat boleh mengubah perjanjian jika syarat-syarat dilanggar oleh
raja. Keadaan ini bertentangan dengan asas penubuhan yang disarankan oleh
Tajus-Salatin dan Bustanus Salatin yang menekankan fardhu bagi penubuhan
sistem beraja sebagai kurniaan Tuhan kepada manusia dan merupakan suatu
pekerjaan yang hanya dapat ditanggung oleh orang yang terpilih sebagai pewaris
kedudukan khalifah.
 Dari segi pentadbiran, kerajaan Melayu Melaka ditadbir oleh
seorang sultan yang mempunyai kuasa penuh dalam urusan
pentadbiran negara. Sultan juga berperanan sebagai ketua dalam
agama Islam dan ketua negara. Sultan juga bertanggungjawab
mempastikan pentadbiran dapat dijalankan dengan baik dan
berkesan. Buktinya, di zaman pemerintahan Melayu Melaka,
kerajaan amat maju dan stabil. Antara langkahlangkah yang
diambil untuk menjadikan Melaka makmur, aman dan stabil
termasuklah (Zulkefli Haron, 2005: 81):

(a) Penghulu Bendahara mempastikan kelicinan perbelanjaan


negara, pengutipan cukai berjadual, perbelanjaan juga perlu
berhemah.
(b)Bendahara menjadi penasihat utama kepada sultan.
(c)Temenggung dilantik sebagai Ketua Pasukan Keselamatan.
(d)Laksamana dilantik sebagai Ketua Angkatan Tentera.
(e)Para pembesar membantu sultan dalam pentadbiran.
(f)Syahbandar menguruskan pentadbiran pelabuhan dan
perdagangan asing.
 Konsep dewaraja bertukar kepada konsep sultan.
Ia merupakan suatu gelaran kepada orang yang
diamanahkan mentadbir sesebuah negeri dan pada
masa yang sarna berperanan sebagai khalifah Allah
SWT di bumi. Kepatuhan dan ketaatan pada sultan
adalah kepatuhan yang bersyarat, bukan
kepatuhan mutlak seperti konsep dewaraja. Dalam
konteks sosial, Islam mengajar tidak ada
pengkastaan dalam masyarakat seperti dalam
pengaruh Hindu-Buddha, sebaliknya
pembentukan masyarakat mestilah diasaskan pada
keadilan yang bersendikan agama. Raja dan rakyat,
tua dan muda, kaya dan miskfu semuanya
mempunyai peranan dalam masyarakat (Mifah
Abu Yazid, 2003: 54).
SISTEM KEKELUARGAAN
 Kedatangan Islam telah memantapkan lagi sistem
kekeluargaan masyarakat Melayu.
Dalam masyarakat Melayu, pembentukan jati diri
dan peribadi Melayu yang billk, III
beragama, berakhlak dan berbudi menjadi
keutamaan. Keluarga sebagai agen sosialisasi :
utama dalam masyarakat menjalankan
tanggungjawab ini dan turnt dibantu untuk
komuniti yang melaksanakan kawalan serta
tekanan sosial. Tujuan utamanya ialah mendidik
dan mengajar supaya seseorang anak itu akan
menjadi anggota masyarakat yang baik
 Sistem kekeluargaan masyarakat Melayu berteraskan Islam
dan adat. Sejak lahir lagi seseorang itu dididik berteraskan
Islam dan adat sehinggalah mereka dewasa. Contohnya
sebaik sahaja seseorang itu dilahirkan, bapa atau datuk akan
mengazankan bayi lelaki, atau mengkamatkan bayi
perempuan. Tujuannya ialah untuk memperdengarkan buat
pertama kalinya kepada bayi itu seruan azan dan kalimah
syahadah dan meniupkan roh dan semangat Islam kepada
bayi tersebut.
Proses sosialisasi pada tahap kanak-kanak juga
memperlihatkan penerapan unsur-unsur Islam yang
berterusan. Seseorang kanak-kanak sejak kedl lagi diajar
konsep-konsep dosa, pahala, haram dan sebagainya. Setelah
meningkat umur lima tahun ke atas kanak-kanak juga'diajar
bersembahyang, berpuasa dan lain-lain. Selain itu mereka
juga diajar supaya hormat-menghormati, bertolak ansur dan
mengamalkan nilai-nilai murni dalam menjalani kehidupan
seharian.
 Kedatangan Islam ke Melaka telah merubah sistem kekeluargaan
dalam masyarakat Melayu. Dalam sistem perkahwinan, didapati
hukum syarak mempunyai pengaruh yang besar malah ianya
dicatat di dalam Hukum Kanun Melaka. Contohnya perkara-
perkara yang berkaitan dengan syarat pernikahan, yang
menetapkan adanya wali bagi pengantin perempuan dinyatakan
dalam FasaI25.1, hadirnya saksi Fasal26, upacara ijab dan kabul
Fasal 25.2, kontrak perkahwinan Fasal 27, talak Fasal 28.1, dan
wanita-wanita yang boleh dikahwini Fasal 28.2 (Azmah Abdul
Manaf, 2001 : 217).
Islam menyusun institusi kekeluargaan dengan meletakkan
pembentukan keluarga sebagai asas kepada kehidupan. Ini
digambarkan di dalam surah al-Tahrim (66) ayat 61 yang
bermaksud:
"Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan
keluargamu daripada api neraka yang bahan bakarnya adalah
manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar,
yang keras, yang tidak menderhaka kepada Allah terhadap apa
yang diperintahkanNya kepada mereka dan selalu mengerjakan
apa yang diperintahkan
 Perkahwinan merupakan suatu mekanisme pemeliharaan maruah
dan pengembangan zuriat dan keturunan. Ibu bapa berperanan
penting dalam pembentukan institusi keluarga. Ajaran Islam
telah menggariskan peranan ibu bapa dalam menjaga dan
mendidik anak-anak dengan didikan Islam. Selain memberikan
perhatian dan kasih sayang anak-anak hendaklah dididik dengan
ajaran agama seperti bersembahyang, berpuasa, menghormati
orang tua dan sebagainya.
Kedatangan Islam juga telah menyusun institusi kekeluargaan
masyarakat Melayu dengan lebih teratur. Islam telah menentukan
garis panduan dalam membina keluarga berasaskan ajaran Islam.
Contohnya dalam pemilihan jodoh, tanggungjawab suami,
tanggungjawab isteri dan tanggungjawab anak-anak terhadap ibu
bapa. Selain itu pelbagai adat dan budaya Islam perlu dihayati
oleh ibu bapa dalam mendidik anak-anak seperti meletakkan
nama yang baik kepada anak mereka, mengadakan akikah,
menyusukan anak selringga berumur dua tahun, mendidik anak-
anak supaya menjadi manusia yang beriman, bertaqwa, berakhlak
mulia dan menghormati kedua ibu bapa mereka
ADAT DAN CARA HIDUP
 Tradisi animisme dan Hinduisme telah diganti
dengan adat dan cara hidup Islam yang
dilakukan sejak individu itu lahir di dunia
hinggalah hari kematiannya. Islam telah
mengubah corak hidup masyarakat Melayu di
dalam segala aspek kehidupan manusia. Adat
resam masyarakat Melayu diperkemaskan lagi
dengan ajaran Islam. Walau bagaimanapun,
setelah kedatangan ajaran Islam, adat dan cara
hidup masyarakat Melayu yang tidak
bertentangan dengan ajaran Islam masih terus
diamalkan
 Adat adalah suatu perbuatan atau perlakuan menurut kebiasaan
masyarakat atau bangs a yang berkenaaf':. Masyarakat Melayu
menganggap adat sebagai undangundang hidup. Mereka
mematuhi adat serta menghormatinya dengan keyakinan bahawa
melanggar adat dianggap sebagai suatu sikap atau perbuatan
buruk dan akibatnya akan merosakkan diri dan sekaligus
mencemarkan kesejahteraan hidup masyarakat (Asmad, 1990: 4).
Adat resam pula ialah kebiasaan cara hidup individu dan
masyarakat yang secara nyata menggambarkan corak budaya
sesuatu bangsa.
Sebelum kedatangan Islam masyarakat Melayu mengamalkan
adat tradisi warisan nenek moyang mereka. Apabila masyarakat
Melayu mula menganuti ajaran Islam adat-adat dalam masyarakat
Melayu mula diubahsuai supaya tidak bertentangan dengan
ajaran Islam. Adat masyarakat Melayu juga telah mengalami
perubahan dengan kedatangan ajaran Islam di rantau ini. Selain
daripada mengubah sistem kepercayaan kita, Islam juga telah
mengenepikan adat yang dianggap bercanggah dengan akidah
dan kepercayaan Islam
 Dalam proses sosialisasi masyarakat Melayu, tradisi animisme dan
Hinduisme telah diganti dengan adat Islam yang dilakukan sejak
individu itu lahir sehinggalah hari kematiannya. Contoh-contoh
Perubahan Adat dan Cara Hidup adalah seperti berikut:
Kelahiran bayi disambut dengan persiapan tujuh lapis kain kuning,
hiasan katil berwarna kuning, pulut kuning dan putih
Kelahiran bayi disambut dengan azan dan kamat
Perkahwinan dilakukan oleh kadi dan dua orang saksi, upacara khatam
al-Quran dan berzanji
Mengadakan majlis bacaan Yasin dan doa selamat
Membaca ayat-ayat al-Quran untuk mengelak gangguan syaitan
Perubahan yang jelas telah berlaku terhadap masyarakat Melayu dari segi
adat resam dalam kehidupan. Islam telah mengatur kehidupan
masyarakat agar kehidupan yang dilalui itu berlangsung dalam suasana
aman dan harmoni. Islam telah merubah adat resam masyarakat Melayu
dengan adat-adat Islam. Tujuannya adalah untuk kesejahteraan dan
keharmonian hidup masyarakat. Kesan daripada perubahan adat ini telah
mewujudkan suasana hidup yang lebih teratur, seperti adat berkeluarga,
berjiran tetangga, adat menuntut ilmu, adat berkampung dan sebagainya.
Adat Melayu yang bersendikan agama menjadi amalan masyarakat
Melayu. Contohnya pantun Melayu ada menyebut:
 Bunga cempaka baunya harum
Pelbagai kembang digubah indah
Adat bermula dengan hukum
Hukum bersandar di kitab Allah
 Islam telah mengangkat taraf manusia dan
menyamakan kedudukan mereka di sisi
Allah SWT. la membentuk suatu sistem
masyarakat yang saling mengasihi dan
menghormati. Sejajar dengan realiti tersebut,
kedatangan Islam ke Alam Melayu
menjadikan golongan bawahan mula
mendapat perhatian dan penghormatan.
Tiada lagi sistem kasta yang berasaskan
ajaran agama Hindu diamalkan dalam
masyarakat Melayu. Komunikasi antara
kelompok masyarakat berjalan dengan baik
menerusi sifat hormat-menghormati,
bergotong-royong dan bantu-membantu
KESIMPULAN
 Islam memberi pengaruh yang besar kepada
masyarakat dan tamadun Melayu. Proses
penyerapan Islam ini berlaku secara
berperingkat-peringkat di kalangan
masyarakat Melayu yang bermula daripada
golongan istana, pembesar sehinggalah
kepada rakyat biasa. Proses Islamisasi ini
menjadikan masyarakat Melayu akhirnya
dapat menerima ajaran Islam dengan baik.
Ini kerana keistimewaan ajaran Islam yang
sederhana dan tiada paksaan.
 Kedatangan Islam bukan sahaja mengubah pegangan hidup
masyarakat Melayu, malah telah membentuk cara hidup baru
dalam amalan seharian masyarakat. Amalanamalan Islam yang
berunsur tahyul dan khurafat telah ditinggalkan secara beransur-
ansur oleh masyarakat Melayu. Masyarakat Melayu juga telah
berubah daripada masyarakat yang buta huruf kepada
masyarakat yang mengamalkan tradisi keilmuan. Contohnya
galakan daripada golongan pemerintah telah menjadikan Melaka
suatu ketika dulu sebagai pusat pembudayaan ilmu.
Dengan berlakunya penyebaran agama Islam ini agama Islam
dijadikan sebagai teras dalam pembinaan tradisi budaya Melayu.
Orang-orang Melayu yang menganut agama Islam menyedari dan
memahami nilai-nilai yang telah ditetapkan oleh Islam dan
berusaha menyesuaikan warisan tradisi budaya dan kehendak-
kehendak Islam. Mereka menekankan usaha memupuk nilai-
nilai Islam sebagaimana yang dikehendaki dari satu generasi
kepada generasi seterusnya. Malah, institusi-institusi sosial dan
agama dalam masyarakat memainkan peranan penting dalam
usaha memupuk dan mempertahankan nilai-nilai sosial dan
agama yang mereka bina.
Pengaruh Nusantara
 Nusantara ialah sepatah kata majmuk yang berasal daripada
dua perkataan bahasa jawa kuno, iaitu nusa (pulau)
dan antara (lain). Penggunaan kata ini sememangnya lebih
tepat bagi negara kepulauan Melayu yang bertempat di
antara dua lautan dan negara-negara lain. Dalam penggunaan
bahasa moden, istilah "Nusantara" merujuk kepada
lingkungan
pengaruh kebudayaan dan linguistik orang Melayu yang
merangkumi kepulauan Indonesia, Malaysia, Singapura,
bahagian paling selatan Thailand, Filipina, Brunei, Timor
Timur dan mungkin juga Taiwan, namun ia tidak melibatkan
daerah Papua New Guinea.
 Istilah padanan untuk "Nusantara" dalam bahasa
Malaysia ialah Alam Melayudan dalam bahasa
Indonesia ialah "Nusantara" (kepulauan di antara), walaupun
istilah ini kini juga digunakan secara meluas di Malaysia.
 Kebanyakan bahasa yang dituturkan di wilayah Nusantara merupakan
sebahagian keluarga bahasa Melayu-Polinesia, termasuk bahasa Tagalog yang
dituturkan secara meluas di Filipina, bahasa Jawa yang dituturkan di Pulau
Jawa dan sudah tentunya, bahasa Melayu yang dituturkan di Malaysia (yang
dikenali juga sebagai Bahasa Malaysia), Singapura dan Brunei (yang dikenali
sebagai Bahasa Melayu). Bahasa Indonesia juga berasal daripada bahasa Melayu
dan dikenali sebagai Bahasa Indonesia oleh orang tempatan kerana penamaan bahasa
Indonesia menurut "Sumpah Pemuda tahun 1928".
 Seribu tahun dahulu, agama wilayah Nusantara ialah agama campuran yang terdiri
daripada agama-agama Hindu, Buddha, dan tradisi-tradisi asli. Penemuan artifak
seperti tulang, batu dan sisa makanan penghuni di gua di rantau Asia Tenggara
termasuk di Malaysia menunjukkan adanya sebaran kebudayaan pada zaman
prasejarah.[1] Sejak dari masa itu, agama-agama yang baru, termasuk agama
Kristian dan terutamanya, agama Islam telah memantapkan kedudukannya di sini.
 Kebudayaan di wilayah ini kini dipengaruhi oleh banyak agama.
Agama Islam merupakan agama yang terutama, khususnya
di Indonesia, Brunei, Malaysia, dan di kalangan orang Melayu di Singapura, serta
juga di Mindanao dan kawasan Filipina selatan, manakala
agama Katolik merupakan agama terutama di Filipina dan Timor Timur.
Di Semenanjung Malaysia terdapat juga banyak penganut agama
Buddha dan Kristian daripada berbilang mazhab, dan agama Hindu. Agama Hindu
ialah agama utama di Pulau Bali.
 Hubungan Indonesia dan Malaysia ibarat aur dengan tebing.
Satu sisi, kedua negara ini kerap berkonflik. Namun sisi
lain, sebenarnya saling memerlukan satu sama lain.
Hubungan kedua negara sering difahami dan dilihat secara
emosional. Salah satu contohnya adalah perlakuan terhadap
para pekerja Indonesia di Malaysia atau klaim Malaysia
terhadap produk budaya dan karya Indonesia, yang
mengarah pada ketegangan hubungan di antara kedua
Negara.
 Namun terlepas dari itu semua, kedua negara dikenal
sebagai negara serumpun kerana memiliki banyak kesamaan
akar budaya, sejarah kerajaan-kerajaan, agama bahkan
keturunan yang sama. Misalnya orang-orang Melayu asli
berasal dari Sumatera dan mereka sudah menyebar ke
sekitar Asia Tenggara. Ada juga pengaruh dari ajaran dan
filosofi India kuno disekitar Asia Tenggara. Kesamaan
merupakan sesuatu yang tidak perlu dipertentangkan kerana
hal ini adalah hal yang umum terjadi diseluruh dunia.
 Pada dasarnya Indonesia dulunya disebut Hindia
Belanda sebagai rekanan dari Hindia Barat yang
dipersatukan oleh Belanda. Sebelumnya Indonesia
merupakan kumpulan dari ratusan kerajaan-
kerajaan minoriti kecil dengan budaya yang berbeza.
Saat ini, Indonesia mempunyai 700 dialek dari
beberapa 70 bahasa utama, jadi ini adalah bangsa
yang besar. Indonesia Barat lebih memiliki pengaruh
dari India Kuno dan Arab dan lebih berhubungan
dengan Malaysia..
 Manakala Malaysia terdiri daripada orang Cina,
orang India dan Bumiputra yang beragam yang
membentuk masyarakatnya. Bangsa ini dibentuk
oleh kolonisasi Inggeris
 Perbezaan bahasa Indonesia dan Malaysia iaitu,
dalam percakapan sehari-hari, orang-orang
Indonesia berbicara dengan menggunakan dialek asli
menurut daerah mereka masing-masing dan
berbicara bahasa Indonesia, di kota-kota besar
mungkin mereka dapat berbicara dengan
menggunakan sedikit bahasa Inggeris. Sedangkan di
Malaysia, orang-orangnya berbicara menggunakan
bahasa etnik mereka seperti Iban, Mandarin, Tamil,
bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.
 Bahasa Melayu hampir sama dengan bahasa
Indonesia kerana banyak kata dasar yang sama,
namun tidak seperti di Malaysia, bahasa Indonesia
bukanlah bahasa ibu untuk sebahagian besar
penduduk asli. Indonesia menggunakan bahasa
 Bahasa Indonesia banyak menyerap dari kata-kata Belanda
dan beragam bahasa pribumi. Terdapat beberapa kata dalam
bahasa Indonesia yang benar-benar diadaptasi dari bahasa
Belanda seperti "Ya" atau "Ja" yang bererti untuk
menegaskan sesuatu. Selain itu, ada juga kata serapan yang
berasal dari bahasa Arab, Portugis dan Hokkien. Bahasa
daerah Indonesia juga ada yang menyerap dari bahasa
Belanda,contohnya orang Sunda masih menyebut orang kulit
putih sebagai "mener".
 Bahasa Melayu menyerap pengaruh bahasa Inggeris.
Terdapat juga jejak dialek Cina Kreol dan Tamil dalam bahasa
Malaysia, seperti "Can ah?" atau "Ha” dalam bahasa India
yang bermaksud ya. Hal ini menunjukkan bahawa wujudnya
perbezaan antara Malaysia dan Indonesia membuktikan
bahawa bahasa dan dialek bahasa Melayu dipengaruhi juga
oleh pengaruh Indonesia.
 Secara budaya, orang Malaysia dan orang Filipina
memiliki beberapa ciri khas yang sama dengan orang
Indonesia. Sebahagian besar terbentuk melalui
perdagangan dan melalui migrasi.
 Misalnya pemakaian batik, songket, keris, wayang, dan
lain-lain merupakan hal yang umum dikenakan oleh
ketiga budaya tersebut juga oleh beberapa kerajaan Asia
Tenggara lain seperti Khmer dan Champa, namun
jenisnya tidak benar-benar sama seperti yang banyak
orang selalu bayangkan selama ini. Contohnya pola batik
Malaysia menggunakan pola bunga sementara pola batik
Indonesia menggunakan berbagai gambar hewan yang
terinspirasi oleh ajaran leluhur kuno . Sedangkan
wayang Malaysia aslinya berasal dari Kelantan yang
memiliki pengaruh dari Khmer, bukan pengaruh dari
Jawa.
 Indonesia banyak mempertahankan elemen
pra-Islam juga menerapkan ajaran Kristen dan
Hindu, sementara Malaysia sepertinya lebih
cenderung menerapkan pengaruh dari Arab.
Sebahagian besar persamaan antara Indonesia
dan Malaysia terlihat di wilayah Sumatera dan
Kalimatan, tidak begitu banyak terlihat di
pulau lain.
 Wilayah Jawa sangat berbeza, mereka
mengaitkan budaya mereka dengan ajaran
leluhur kuno dan ajaran India. Dalam budaya
Malaysia, hal seperti itu dianggap sebagai
suatu khurafat terhadap Tuhan
 Indonesia adalah negara demokrasi, sedangkan
Malaysia adalah negara monarki dengan konstitusi
parlimen berperlembagaan. Sampai saat ini
Indonesia adalah negara demokrasi yang cenderung
menjadi lebih terbuka terhadap kapitalisme,kerana
dulu Indonesia berada dibawah kediktatoran untuk
beberapa lama.
 Indonesia juga memiliki beberapa keluarga kerajaan,
walaupun hanya satu yang benar-benar memegang
beberapa kekuasaan iaitu Kesultanan Yogyakarta.
Manakala Malaysia, identiti bangsa Melayu itu
sangat penting dan secara tidak langsung
membentuk diri anda menjadi seorang Muslim.
Sebahagian besar orang Indonesia adalah Muslim
walaupun Islam bukan satu-satunya agama yang
 Indonesia merupakan negara kepulauan yang penuh
dengan gunung berapi dan hutan, tanahnya lebih
subur sehingga dapat menghasilkan beragam
tanaman budaya seperti kopi, coklat, vanilla, gula,
buah-buahan dan lain-lain. Reputasinya sebagai
negara kepulauan rempah-ratus bukanlah mitos dan
makanannya sering diperkaya dengan beragam jenis
rempah. Teknik masak bervariasi disetiap wilayah
dan pulau-pulau, di Papua, sagu adalah makanan
pokok pengganti nasi. Makanan Indonesia juga lebih
pedas.
 Variasi makanan di Malaysia dipengaruhi Cina dan India
Selatan, dan tentu saja budaya peranakan yang menarik.
Setiap penjajah juga banyak pengaruhnya dalam hal
makanan. Misalnya di Indonesia, ada budaya kue kering
dan banyak makan manis untuk suatu perayaan, yang
terinspirasi dari Belanda. Manakala Malaysia mempunyai
pelbagai jenis muruku apabila tibanya hari perayaan
Hindu, kuih bulan untuk perayaan Buddha dan juga
seperti biasa pulut atau lemang dimasak semasa perayaan
Hari Raya Aidilfitiri. Samajuga seperti Indonesia.
 Di Malaysia terdapat banyak kacang panggang, kacang-
kacang dan rempah ayam, yang berasal dari Inggeris.
Masakan Melayu Malaysia sebahagian besar terinspirasi
oleh masakan Sumatera, walaupun begitu makanan
Kelantan juga unik. Kedua negara mempunyai kecintaan
pada makanan.
 Melalui pengaruh Indonesia yang boleh
dilihat, menunjukkan bahawa budaya yang
diamalkan di Malaysia merupakan budaya
yang dikongsi dengan negara-negara lain
seperti Indonesia dan Filipina serta juga
kawasan Nusantara yang lain.
Pengaruh Barat

 Kedatangan Barat berlaku selepas kedatangan


Islam kerana penjajahan. Sebelum itu, aktiviti
perdagangan berlaku.
 Kedatangan mereka turut mempengaruhi
orang Melayu.
 Apabila barat menjajah rantau ini, nilai barat
menular dalam masyarakat yang kadangkala
bertentangan dengan ajaran Islam.
 Pergaulan terlalu bebas, hiburan melampaui
batas agama merupakan pengaruh yang
negatif.
 Walau bagaimanapun, terdapat kesan yang
positif hasil pengaruh barat misalnya teknologi
moden dalam bidang pertanian, perindustrian
dan perkomputeran yang dapat
mengembangkan ekonomi masyarakat Melayu.
 Dari segi bahasa, banyak kosa kata yang
terserap yang dapat mengungkapkan pelbagai
idea dan maklumat selaras dengan arus
globalisasi.
 Kedatangan Inggeris yang membuka peluang
pendidikan yang lebih luas kepada masyarakat
Melayu, khususnya golongan bangsawan yang
kemudiannya dibuka kepada orang awam.
 Ini mempengaruhi budaya fikir orang Melayu.
 Di sekolah, anak-anak orang Melayu didedahkan
kepada kaedah, idea dan kosmologi sains.
 Alam semangat dan alam rohaniah orang Melayu
semakin lama semakin terpencil terutamanya dalam
kalangan mereka yang telah dididik dengan alam
sekular sains.
 Sebab-musabab saintifik menggantikan konsep magis.
 Ubat-ubatan kimia menggantikan jampi serapah.
Pengaruh Penjajahan British Terhadap
Agama Islam di Tanah Melayu
 British merupakan penjajah yang menjajah Tanah Melayu
paling lama iaitu bermula mengambil alih Tanah Melayu
daripada penguasaan pihak Belanda menerusi Perjanjian
Inggeris-Belanda pada tahun 1824 sehingga mencapai
kemerdekaan pada tahun 1957. Pada peringkat awal
penjajahan, dasar pihak Inggeris ialah tidak mahu
mencampuri urusan yang berkaitan agama Islam dan adat
istiadat Melayu. Bagi pentadbir British, agama Islam yang
telah sebati dalam kebudayaan orang-orang Melayu bukanlah
satu ancaman. Jika mencampuri urusan agama seperti
mengembangkan agama Kristian mungkin akan mencetuskan
ketegangan yang boleh mendatangkan masalah besar kepada
kepentingan ekonomi mereka. Oleh yang demikian mereka
meletakkan urusan yang berkaitan dengan hal-hal agama di
bawah kuasa sultan sebagai penaung.
 Menurut Muhammad Redzuan Othman, perluasan penjajahan
British ke atas Tanah Melayu ternyata tidak banyak mengubah
amalan Islam dalam kalangan orang Melayu, malah komitmen
mereka terhadap agama pula tidak pernah terjejas pada bila-bila
masa. Namun begitu, penyerapan pengaruh Barat tetap berlaku
apabila Inggeris campurtangan dalam urusan pentadbiran dan
undang-undang kerajaan Melayu sehingga menghakis sedikit demi
sedikit pengaruh Islam.
 Ahmad Ibrahim pula dengan memetik kenyataan R.J Wilkinson
berpendapat, tidak boleh diragui lagi bahawa undang-undang
Islam akan menjadi undang-undang Tanah Melayu sekiranya
undang-undang British tidak masuk dan menahannya.
 Ekoran campur tangan Inggeris dalam hal ehwal negeri-negeri
Melayu dengan memperkenalkan undang-undang Inggeris
sehingga mengenepikan sebahagian besar undang-undang Islam
telah membangkitkan kemarahan di kalangan orang-orang Melayu
terutama dari golongan nasionalis Melayu dan juga golongan
ulama’. Namun semua gerakan penentangan ini dapat dipatahkan
oleh pihak penjajah.
 Sungguhpun gerakan penentangan ini dapat dipatahkan,
namun sedikit sebanyak membuatkan pihak
Inggeris mempertimbangkan kedudukan undang-undang
Islam dengan bertindak mengubah struktur pentadbiran
agama Islam dan undang-undang Mahkamah Syariah yang
sedia wujud di samping menubuhkan Majlis Agama Islam
serta menggubal undang-undang untuk dilaksanakan di
mahkamah tersebut.
 Menurut Kassim Thukiman, pada zaman penjajahan Barat,
Islam tidak memberi kesan ke atas sistem politik masyarakat
Melayu dan hanya dijadikan sebagai agama rasmi di setiap
negeri Melayu. Perkembangan agama Islam juga semakin
merosot dan terhad pemakaiannya. Ini kerana kerajaan
British telah menginstitusikan bidang agama menyebabkan ia
menjadi sangat birokratik.
 Akibat campurtangan Inggeris, aspek-aspek lain turut terjejas
seperti ekonomi, pendidikan dan budaya. Proses modenisasi
yang menjurus kepada mementingkan kemajuan kebendaan
yang dilakukan oleh pihak Inggeris dalam pelbagai aspek ini
telah mempengaruhi cara hidup masyarakat Melayu.
Kesannya, berlakulah suatu pemisahan dalam cara hidup di
mana Islam hanya pada ibadah ritual sahaja. Ini bermakna
Inggeris berjaya menerapkan budaya sekular dalam sistem
pentadbiran dan kehidupan masyarakat Melayu. Di bidang
ekonomi misalnya, pihak Inggeris telah memperkenalkan
sistem kapitalis yang menekankan aspek kebendaan
bukannya aspek spiritual sebagaimana dalam Islam.
Pengaruh kapitalis ini mula tersebar di bandar-bandar moden
di negara ini kerana ia merupakan ukuran kemajuan
Barat. Oleh itu, untuk mencapai kemajuan seperti kemajuan
orang-orang Barat masing-masing berusaha mengejar
kebendaan atau material
 Begitu juga dalam sistem pendidikan di mana sistem
pendidikan sekular mengambil-alih sistem pendidikan
tradisional. Stamford Raffles dikatakan pelopor sistem
pendidikan sekular ini, kerana dialah yang mula-mula
menganjurkan supaya pelajaran bahasa Melayu diasingkan
dari dasar pelajaran al-Quran.
 Pengaruh budaya Barat juga disebarkan melalui penayangan
filem-filem Barat yang ternyata mendapat sambutan di
kalangan muda-mudi Islam sehingga mengabaikan amalan
cara hidup Islam. Perlakuan, pakaian, fesyen dan
seumpamanya yang ditonjolkan menerusi filem-filem Barat
selalu menjadi ikutan orang-orang muda yang kebiasaannya
mendapat tentangan dari golongan tua. Ini kerana nilai-nilai
dalam budaya Barat itu bertentangan dengan nilai-nilai
tradisi dan agama Islam.
 Menurut Haji Dasuki Haji Ahmad, sekurang-
sekurangnya dua kesan ditinggalkan oleh
penjajah; pertamanya, melemahkan pengaruh
Islam di Tanah Melayu di mana kedatangan
penjajah Barat dan penerapan kebudayaan
Barat serta kemajuan Barat dalam bidang sains
dan teknologi telah menambah kemerosotan
pengaruh Islam. Keduanya, memundurkan
kehidupan orang Islam akibat penguasaan
ekonomi tempatan oleh penjajah Barat di
samping pembangunan yang dibawa oleh
penjajah tidak memberi faedah kepada orang-
orang Melayu.
POLITIK
 Aspek pemerintahan dan pentadbiran yang dahulunya diterajui
oleh orang tempatan telah diambil oleh penasihat dan pentadbir
British. Perubahan dalam bidang pemerintahan oleh pentadbir
Barat selari dengan pengenalan sistem perundangan Barat sesuai
dengan anggapan mereka bahawa sistem pentadbiran masyarakat
peribumi adalah ketinggalan zaman dan tidak sesuai dipraktikkan
lagi. Ini dapat dilihat apabila banyak negara Asia Tenggara
diperintah melalui secara lansung oleh pihak penjajah melalui
sistem birokrasi yang dimonopoli oleh orang Barat. Bagi
meningkatkan soal-soal agama dan adat istiadat, pemimpin
tempatan dilantik semata-mata bertujuan bahawa, penjajah Barat
masih lagi memerlukan dan menghargai kepimpinan mereka.
Wujud persaingan antara kuasa-kuasa Barat dalam usaha mereka
mendapatkan kawasan tanah jajahan baru lantas persaingan ini
dapat diselesaikan dengan menetapkan kawasan pengaruh masing-
masing supaya tidak tercetus peperangan di Asia Tenggara.
Ekonomi
 Kedatangan kuasa Barat di Asia Tenggara telah merubah
keadaan ekonomi negara yang dijajah. Di Tanah Melayu,
kegiatan perlombongan dan perladangan getah telah
dijalankan secara besar-besaran bagi memenuhi keperluan
perkilangan di Britain. Manakala di Indonesia, Belanda telah
memperkenalkan beberapa dasar Ekonomi yang hanya
menguntungkan mereka seperti Dasar Kultur, Dasar Liberal,
dan Dasar Etika. Dasar-dasar ini dilaksanakan dengan penuh
muslihat sehingga menjadikan Belanda sebagai satu kuasa
Barat yang kaya di Eropah. Tetapi masyarakat peribumi di
Indonesia masih lagi mundur ditindas semata-mata untuk
kepentingan pihak Belanda.
 Bentuk ekonomi masyarakat Asia Tenggara bersifat sara diri telah berubah kepada
sektor berorientasikan perdagangan dan eksport dengan pengenalan tanaman
baru seperti teh, tebu, kopi, getah dan nenas. Sektor perladangan, perlombongan
dan perindustrian juga telah diperkenalkan oleh pemodal Eropah yang
mempunyai modal yang banyak. Banyak kawasan perladangan yang besar telah
diterokai. Tenaga buruh telah dibawa dari China dan India bagi memenuhi
permintaan tenaga buruh yang tidak mencukupi.

Masyarakat tempatan tinggal hanya di luar kota. British pula menumpukan


pembangunan tanah jajahan mereka hanya di Melaka, Pulau Pinang dan
Singapura. Manakala Sabah dan Sarawak, British hanya menumpukan perhatian
di Bandar-bandar seperti Jesselton, Sandakan, Miri, Sibu dan Kuching. Selain
memperkenalkan sistem ekonomi bebas, mereka juga menggalakkan kemasukan
orang Cina dan India untuk memajukan negeri-negeri tersebut. Orang-orang Cina
umpamanya menggunakan kemahiran teknologi yang diwarisi daripada negeri
asalnya seperti pembangunan bangunan (Bandar), melombong dan pertanian.
Kemahiran dalam bidang perdagangan memberi sumbangan yang besar kepada
pembangunan ekonomi di Bandar-bandar dan kawasan-kawasan sekitar;(Samri
Sainuddin.:2003:64-65).
 Sektor perlombongan bijih timah semakin berkembang pesat dengan
pengenalan kaedah baru dalam perlombongan iaitu kapal korek yang
mengeluarkan bijih timah dalam kuantiti yang banyak. Ekonomi
tradisional penduduk peribumi yang bergantung kepada kawasan sungai
sebagai alat pengangkutan telah terpinggir dengan pembinaan jalan raya
dan kereta api. Pelabuhan tradisi negara-negara Asia Tenggara yang
berpusat di muara sungai juga turut terpinggir akibat pertumbuhan
bandar baru yang kemudiannya menjadi nadi penggerak kepada
pembangunan ekonomi penjajah.

Wujud dua jenis ekonomi, ekonomi moden yang berorientasikan eksport


dan ekonomi tradisional yang dijalankan untuk tujuan sara diri. Ekonomi
moden dikuasai oleh imperialisme Barat manakala penduduk tempatan
menjalankan ekonomi sara diri. Perkembangan ekonomi berdasarkan
sistem matawang telah menyebabkan wujud jurang perbezaan antara
sistem ekonomi tersebut. Pemerasan ekonomi yang dilakukan oleh
imperialisme Barat ke atas masyarakat Asia Tenggara menyebabkan
timbul keinginan masyarakat peribumi untuk membebaskan diri daripada
belenggu penjajah. Penentangan dan kebangkitan masyarakat peribumi
menentang penindasan politik, ekonomi, dan sosial yang dilakukan oleh
imperialisme Barat dinamakan sebagai nasionalisme.
SOSIAL
 Pendidikan Barat telah diperkenalkan oleh kuasa
Imperialisme ke atas negara yang dijajah tetapi terhad
kepada kawasan di bandar sahaja. Pendidikan Barat
ini bertujuan menyediakan golongan pentadbir
bawahan bagi mengisi jawatan rendah seperti kerani,
juru kira, juru ukur dan juru teknik dalam sistem
birokrasi moden yang diperkenalkan oleh kuasa
Barat. Pengajarannya menggunakan bahasa penjajah
sebagai bahasa pengantaraan. Sekolah-sekolah
mubaligh Kristian telah ditubuhkan bagi
menyebarkan agama Kristian dikalangan penduduk
peribumi di samping membenarkan sekolah jenis
venikular berkembang
 Mereka yang mendapat pendidikan peluang masa hadapan
yang lebih cerah dalam bidang kerjaya, tetapi bagi mereka
yang mendapat pendidikan di sekolah-sekolah vernikular
sukar mendapat pekerjaan. Sesetengah golongan rakyat
tempatan pula terpengaruh dengan fikiran, budaya dan sikap
orang putih sehingga mendewa-dewakan "orang putih" dan
tamadun Barat. Kepincangan dalam sistem pendidikan ini
telah memaksa kerajaan peribumi memperbaikinya selepas
mencapai kemerdekaan. Pekembangan pesat ekonomi
berorientasikan eksport telah menyebabkan buruh-buruh
asing telah dibawa dari pelbagai negara bagi memenuhi
keperluan tenaga buruh. Kedudukan buruh asing pula telah
mengubah komposisi kaum di Asia Tenggara sehingga
mewujudkan jurang yang ketara dengan penduduk peribumi
akibat perbezaan agama, bahasa, budaya, dan adat. Dasar ini
diburukkan lagi oleh kuasa Barat yang menjalankan dasar
pecah dan perintah yang menghalang wujudnya perpaduan
kaum
 Kesimpulannya, orang Eropah memang suka
berperang dan gemar menjadikannya sesuatu
itu miliknya. Tidak ada setahun berlalu dalam
sejarah mereka tanpa mereka berlawan, tanpa
mereka berperang. Keamanan tidak bermakna
tidak berlawan, hanya tiada perang yang
rasmi. Dan oleh itu hari ini sekali lagi mereka
berbelanja wang demi keupayaan peperangan
mereka hanya untuk berada dalam keadaan
sedia dan untuk menggerunkan orang lain.
Sekali-sekala mereka akan melontar bom dan
peluru untuk memuaskan naluri perang
mereka
Pengaruh Lain

 Orang Cina datang ke Tanah Melayu pada


zaman pemerintah Inggeris.
 Mereka bekerja di lombong-lombong bijih di
samping menjalankan perniagaan.
 Komunikasi berlaku antara pelbagai kaum
yang mendiami negara ini.
 Dalam hal ini, perhubungan antara masyarakat
Melayu dan masyarakat Cina
telah menyebabkan kosa kata bahasa Cina
meresap dalam bahasa Melayu.
 Kebanyakan kata pinjaman daripada bahasa
Cina yang terdapat dalam bahasa Melayu
mengekalkan bunyi dan makna asal dalam
bahasa Cina walaupun sesetengahnya
mengalami perubahan makna.
 Contoh kosa kata yang terserap dalam bahasa
Melayu ialah tanglung, teko, beca, amoi,
apek, singse, suun, lobak, tocang, amah,
angpau, capcai, pau, dan taugeh,
 Dari segi masakan, makanan cina turut
meresap dalam budaya masyarakat Melayu.
 Jenis-jenis masakan yang mengandungi kicap
soya, sos tiram, dan bebola ikan, ayam atau
daging merupakan pengaruh daripada budaya
Cina yang kini menjadi sebahagian daripada
makanan popular masyarakat Melayu.
 Pemberian sampul yang berisi wang kepada
kanak-kanak atau orang muda pada hari raya
merupakan pengaruh yang kian sebati dalam
masyarakat Melayu, malah pemberian ini turut
dinamakan angpau bagi kebanyakan mereka.
 Amalan ini diterima kerana tidak bercanggah
dengan ajaran Islam.
TUTORIAL
Kumpulan 1 Bincangkan pengaruh nusantara
dalam masyarakat dan budaya Melayu melalui
pembentangan persembahan interaktif . (30
Minit)
Kumpulan 2 Persembahan multimedia bagi
menunjukkan pengaruh Barat dalam
masyarakat dan Budaya Melayu. (30 minit).
Kumpulan 3 lakonkan 4 simulasi menunjukkan
pengaruh Islam dalam kehidupan masyarakat
Melayu. (30 minit)
Kumpulan 4 buktikan pengaruh hindu dalam
karya dan kemasukan kata dalam masyarakat
dan budaya Melayu.
Penutup
Ungass di rimba pelbagai gaya,
Gaya bukan di musim layu;
Pengaruh luar membentuk budaya,
Islam mengikat budaya Melayu.

..\Video
BMM1024\Ment
era Semerah
Padi - M. Nasir
(Lirik).mp4

You might also like