You are on page 1of 6

Agama Animisme

• Kepercayaan animisme merupakan peringkat awal


manusia mulai mempunyai agama.Perkataan
animisme berasal daripada perkataan Latin “Animis”
yang membawa makna nyawa atau roh.
• Mengikut kepercayaan ini, mereka percaya bahawa
alam ini mempunyai pelbagai kuasa yang menunggu
atau mendiami di gunung, bukit, busut, sungai, laut,
pokok dan tanaman.
• Kepercayaan ini pasif kepada alam sekitar atau
dengan kata lain alam sekitar mempengaruhi
manusia
• Dalam usaha mencari makanan seperti memburu,
mengutip hasil hutan, mereka telah mewujudkan
interaksi dengan alam sekitar.

• Dalam perinteraksian ini, mereka telah melihat


pelbagai keanehan alam seperti bintang-bintang
yang bertaburan telah mengeluarkan cahaya pada
waktu malam dan sinaran matahari pada waktu
siang. Mereka menganggap semua benda ini
berkuasa dan menyembah benda alam semula jadi
ini supaya dapat memperolehi pertolongan
daripadanya.
• Apabila mereka membuat permintaan pertolongan,
mereka akan memuja benda ini. Sebagai contoh,
masyarakat Melayu memuja padi supaya dapat
memperolehi hasil pertanian yang lumayan. Aktiviti
pemujaan ini dilakukan melalui penggunaan
khidmat orang tengah yang mempunyai keahlian
ilmu ghaib seperti pawing, dukun dan bomoh.
Aktiviti ini juga disertai dengan pelbagai upacara.
Ciri-Ciri Animisme
a) Masyarakat ini percaya bahawa roh seseorang yang
mati akan merayau ibarat tanpa tuan.

b) Mereka juga percaya roh orang mati akan menganggu


mereka.

c) Mereka percaya setiap roh orang mati akan kembali


datang melawat mereka juga.

d) Maka, mereka akan selalu mengadakan arwah seperti


pada hari ke-3, 7, 100 dan sebagainya.
e) Mereka percaya kepada semangat-semangat iaitu
satu kuasa ghaib terdapat dalam tumbuh-tumbuhan
dan binatang, maka pemujaan telah diadakan oleh
pawang untuk kebaikan seperti pagi menjadi, hindari
bencara alam.

f) Selain itu, pantang larang juga diamalkan seperti


hormat kepada laut dan sungai.
Perayaan
• Secara umum, upacara keraian berhubung
dengan hasil tanaman mereka. Sebagai
contoh: Kaum Batek, Senoi, Semai & Temiar
• Upacara Jiis Breeg :-majlis sukaria selepas
musim buah
• Kadazan Dusun:Tadau Kaamatan :- perayaan
untuk menghormati Bambazon (semangat
padi)
• Dayak: Gawai :- pesta selepas musim menuai.

You might also like