You are on page 1of 10

PENYEMPITAN MAKNA

Noor Dayana Hamid Nurazwin Zulcapele

PENYEMPITAN MAKNA
Pada asalnya mempunyai makna yang luas, tetapi telah mengalami makna yang khusus (kecil).

PENYEMPITAN MAKNA- Dai


Kata dai dalam bahasa . Kata ini mempunyai makna yang banyak antaranya, orang yang menjemput, orang yang berdoa, orang yang menyebarkan dakwah dan berbagai-bagai lagi. Tetapi kata ini telah disempitkan maknanya dalam bahasa iaitu pendakwah sahaja dan tiada makna lain.

PENYEMPITAN MAKNA-Dai
Keperluan penutur Melayu terhadap kata ini hanya yang membawa maksud pendakwah sahaja menyebabkan maknamakna lain tidak diterima apabila kata ini diserap dalam bahasa Melayu.

PENYEMPITAN MAKNA-Dai
Perkataan sarjana, pada mulanya perkataan ini digunakan untuk merujuk orang yang pandai atau bijak, seorang cendekiawan. Pada masa kini, perkataan ini lazimnya telah disempitkan atau dibataskan untuk merujuk kepada orang yang telah lulus ijazah pertama, seperti Sarjana Muda Sastera dan Sarjana Muda Ekonomi

PENYEMPITAN MAKNA-Sarjana
Perkataan sarjana, pada mulanya perkataan ini digunakan untuk merujuk orang yang pandai atau bijak, seorang cendekiawan. Pada masa kini, perkataan ini lazimnya telah disempitkan atau dibataskan untuk merujuk kepada orang yang telah lulus ijazah pertama, seperti Sarjana Muda Sastera dan Sarjana Muda Ekonomi.

PENYEMPITAN MAKNA-Pendeta
Perkataan pendeta asalnya membawa makna orang yang berilmu, seperti Pendeta Zaba, seorang tokoh bahasa. Maksud perkataan ini, mengikut Abdul Chaer (1995) telah disempitkan untuk mencakupi makna guru agama Kristian.

PENYEMPITAN MAKNA-Khalwat
Khalwat Dahulu merujuk kepada seseorang yang mengasingkan diri kerana ingin mendekatkan diri kepada Allah, tetapi sekarang merujuk kepada perbuatan SUMBANG antara lelaki dan perempuan.

PENYEMPITAN MAKNA
Timbulnya kepentingan membataskan maksud bagi sesuatu perkataan ini pada umumnya bagi menentukan istilah supaya penggunaannya khusus untuk bidangbidang tertentu.

PENYEMPITAN MAKNA-Sendi
Perkataan sendi yang asalnya bermaksud tempat ruas tulang berhubung. Dalam ilmu bahasa perkataan sendi ditujukan khusus kepada kata-kata yang berfungsi menghubungkan di antara perkataan dengan perkataan atau antara ayat dengan ayat.

You might also like