You are on page 1of 1

TAJUK 1 : KONSEP BUDAYA

Konsep Budaya

Kamus Dewan :
Kemajuan fikiran, akal budi (cara berfikir),
berkelakuan dan sebagainya.
Cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu
dan meliputi sistem sosial, susunan organisasi
ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam,
sikap dan nilai.

Dari sudut etimologi ;
Perkataan budaya berasal dari akar kata yang
tersusun daripada dua perkataan yang terpisah
iaitu budi dan daya.
budi bererti cahaya atau sinar yang terletak di
dalam batin manusia.
daya bertalian dengan upaya iaitu usaha,
keaktifan manusia melaksanakan dengan
anggotanya apa yang digerakkan oleh budinya.

Pandangan Inggeris ;
Istilah culture berasal dari perkataan Latin
colere yang bermaksud menyedia dan
mengerjakan tanah atau menanam.
Orang Eropah memilih perkataan culture untuk
menggambarkan pemikiran mereka yang
berhubungan dengan kehidupan mereka yang
sangat rapat dengan aktiviti pertanian
(agriculture) pada masa tersebut.
Justeru, sesiapa menyebut cultivated person
merujuk seseorang yang mempunyai culture.

Pandangan Bahasa Arab ;
Istilah kebudayaan ini sinonim dengan perkataan
al-thaqafah.
Istilah al-thaqafah membawa erti cepat memahami
dan kecerdikan.

Thomas J.Sullivan (1993) :
Merujuk kepada tradisi, adat dan perlakuan seseorang

Lucy Mair :
Milik bersama sesuatu masyarakat yang mempunyai
tradisi yang sama.

Taib Osman (1988) :
Kebudayaan adalah cara hidup, cara mengatur hidup 1
kelompok manusia.





Kandungan (elemen)

Budaya Material
Meliputi bahan-bahan fizikal kebudayaan
serta cara-cara penggunaannya.
Contoh ;
keris : alat kebesaran bagi
raja/lambang
kekuasaan/kedaulatan.
orang Melayu mempunyai rumah
yang berbeza dengan orang
Inggeris atau orang Eskimo

Budaya Bukan Material
Kepercayaan, adat istiadat dan undang-
undang.
Contoh ;
setiap masyarakat mempunyai adat
istiadat yang berbeza-beza seperti
dalam perkahwinan masyarakat
Melayu iaitu pihak lelaki yang
memberi hantaran kepada pihak
perempuan manakala, bagi
masyarakat India, hantaran (dowri)
perkahwinan diberi oleh pihak
perempuan kepada pihak lelaki.
dalam masyarakat Melayu juga ada
adat pepatih & adat temenggung.

You might also like