You are on page 1of 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PEREMPUAN MELAYU, MELAKA

TUGASAN PROJEK
KOD DAN NAMA KURSUS:

NAMA PELAJAR:

BMM3113- PENYELIDIKAN TINDAKAN 1

UNIT: SEMESTER 7 AMBILAN JANUARI


2011

TARIKH MULA : 24 JANUARI 2014

TARIKH HANTAR: 7 MAC 2014

Hasil Pembelajaran Kursus:


1. Menjelaskan kaedah penyelidikan dalam pendidikan dan aplikasinya.
2. Menerangkan aspek asas penyelidikan termasuk jenis penyelidikan dalam pendidikan, reka
bentuk kajian, prosedur dan etika.
3. Menganalisis dan membincang isu-isu terkini dalam pendidikan yang boleh dikaji melalui
penyelidikan tindakan.
4. Membincang tentang penyelidikan tindakan dan prosesnya.
5. Memperoleh kemahiran merancang dan melaksana satu penyelidikan tindakan di sekolah.
6. Memperoleh kemahiran menulis cadangan, laporan dan artikel penyelidikan tindakan.
Kerja kursus ini menilai hasil pembelajaran 3,5 dan 6.

Objektif Projek:
Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut:
1. Menganalisis dan membincang isu pendidikan melalui penyelidikan tindakan.
2. Merancang dan melaksana satu penyelidikan tindakan di sekolah.
3. Menulis cadangan, laporan dan artikel penyelidikan tindakan.

Tugasan Projek (100%)


Amalan penyelidikan tindakan akan memberi impak yang positif kepada perubahan yang terancang ke
arah peningkatan amalan pedagogi dan inovasi dalam kalangan guru. Penyelidikan tindakan juga boleh
membina keupayaan intelek yang dapat membantu guru melihat proses pengajaran dan pembelajaran
sebagai sesuatu yang dinamik dan berkembang sejajar dengan perkembangan ilmu keguruan dan
pendidikan. Berdasarkan pengalaman anda, sediakan sediakan satu kertas cadangan penyelidikan
tindakan dalam bidang yang anda minati. Kertas cadangan anda harus mengambil kira perkara-perkara
berikut:
(a) Pendahuluan
Refleksi pengajaran dan pembelajaran lalu
Refleksi sorotan kajian
(b) Fokus kajian / Isu Keprihatinan
Tinjauan dan analisis masalah
(c) Objektif Kajian / Soalan Kajian
(d) Kumpulan Sasaran
(e) Pelaksanaan Kajian
Perancangan langkah-langkah tindakan
Perancangan cara mengumpul data
Perancangan cara menganalisis data
(f) Perancangan Pelaksanaan Tindakan
Jadual Pelaksanaan Kajian Tindakan
Kos Kajian
(g) Senarai Rujukan
(h) Lampiran

Panduan Pelaksanaan Projek


1. Tugasan ini adalah tugasan individu.
2. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut:
2.1
Fon Arial
2.2
Saiz huruf ialah 11 point
2.3
Langkau 1.5 baris
2.4
Rujukan mengikut APA (American Psychological Association)

3. Senaraikan sumber rujukan/bibliografi.


4. Amalan plagiat adalah tidak dibenarkan sama sekali.
5. Anda WAJIB sertakan sehelai Borang Maklum Balas Tugasan sebagai muka depan tugasan
anda.
6..Anda mesti hantar tugasan anda mengikut tarikh yang ditetapkan. Tugasan yang dihantar lewat
tanpa sebab yang kukuh boleh menjejaskan gred kerja kursus anda.
Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria-kriteria berikut:
1.
2.
3.
4.

Liputan isi kandungan yang menyeluruh , konsisten dan terperinci.


Bukti-bukti dan bahan-bahan yang dapat menyokong hujah-hujah anda hendaklah dikemukakan.
Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian hasil kajian dan sokongan ilmiah.
Format dan organisasi laporan perlu jelas dan koheren.
5. Penulisan akademik harus menunjukkan kegramatisan bahasa, kematangan hujah dalam
menterjemahkan maklumat kritikal dan analitikal.
Tugasan disediakan oleh:

Disahkan oleh:

Disemak oleh:
(Pakar Bidang/SME)

You might also like