You are on page 1of 11

Zaman Prasejarah Iesya Insyiraah Binti Ilyasa

1.0 Zaman Prasejarah di Malaysia


Zaman Prasejarah di dunia biasanya dibahagikan kepada empat iaitu
Zaman Paleolitik, Zaman Mesolitik, Zaman Neolitik, dan Zaman Logam.
Tempoh masa bagi setiap zaman tersebut tidak sama antara satu sama
lain di tempat lain.Tempoh masa itu bergantung kepada tahap kemajuan
di sesuatu tempat itu.

Zaman Paleolitik
Zaman Mesolitik
Zaman Neolitik
Zaman Logam

Walaubagaimanapun, di Malaysia, ahli sejarawan telah membahagikan


zaman prasejarah di Malaysia kepada tiga zaman sahaja iaitu:

Zaman Paleolitik di Malaysia


Zaman Neolitik di Malaysia
Zaman Logam di Malaysia

1
Zaman Prasejarah Iesya Insyiraah Binti Ilyasa

2.0 Zaman Paleolitik


Zaman paleolitik di Malaysia bermula kira-kira 200,000 hingga 300,000
tahun dahulu. Ciri-ciri petempatan manusia Zaman Paleolitik ialah:

hidup berpindah-randah,
biasanya tinggal dikawasan terbuka di luar gua,di dalam gua,dan
sekitar tasik.

2.1 Ciri-ciri kegiatan dan peralatan adalah seperti yang berikut:


Di antara kegiatan yang mereka lakukan ialah mereka memburu binatang
liar di hutan seperti rusa, kijang dan sebagainya sebagai bahan makanan
dan pakaian.
Mereka juga memungut hasil hutan seperti buah-buahan, dan juga pucuk-
pucuk daun serta memungut hasil hutan seperti rotan. Mereka juga
mengamalkan cara hidup sara diri.
Selain itu, mereka menggunakan alat batu sebagai alat utama dalam
kehidupan seharian. Alat batu yang digunakan oleh manusia Zaman
Paleolitik ialah alat repihan seperti alat batu penetak.

2
Zaman Prasejarah Iesya Insyiraah Binti Ilyasa

2.2 Ciri-ciri kepercayaan:


Dalam bab kepercayaan , mereka mengamalkan kepercayaan animisme.
Animisme bermaksud kepercayaan setiap benda seperti batu dan pokok
mempunyai semangat ( jiwa dan roh ) orang mati.
Mereka juga mengamalkan upacara perkuburan. Dalam upacara
perkuburan masyarakat Zaman Paleolitik, mayat dikebumikan dengan
barang - barang seperti makanan dan alat-alat batu.Mereka juga
menggunakan pemukul kulit kayu untuk meleperkan dan menghaluskan
kulit kayu.Selain itu,mereka meghias diri mereka bagi wanita dengan
anting-anting dan gelang.

2.3 Lokasi Zaman Paleolitik di Malaysia:

Bukit Jawa, Kota Tampan, dan Bukit Bunuh di Lenggong, Perak

3
Zaman Prasejarah Iesya Insyiraah Binti Ilyasa
Gua Niah di Sarawak

Tingkayu di Sabah

2.4 Ciri-ciri penempatan

Biasanya mereka tinggal di kawasan yang terbuka iaitu di luar gua, di


dalam gua dan juga mereka hidup di kawasan sekitar tasik dan kolam
Pada zaman Prasejarah,orang Perak atau dikenali sebagai Perak Man
dijumpai di Gua Gunung Runtuh,Bukit Kepala Gajah,Lenggong,Perak
dalam posisi foetal (kedua-dua kakinya terlipat ke atas dada).Perak Man
hidup kira-kira 10 000-11 000 tahun dahulu.Perak Man di percayai
meninggal ketika berusia 40-45 tahun.Ketinggian Perak Man dianggarkan
ialah 154-160cm.

2.5 Penemuan Zaman Paleolitik di Malaysia ialah :

Kapak Genggam
Alat repihan yang digunakan untuk meraut dan memotong

Alat penetak yang digunakan untuk menetak pokok dan memotong


daging

Rangka manusia tertua yang pernah dijumpai di Malaysia adalah


rangka Manusia Perak yang telah dijumpai pada 1991 di dalam Gua
Gunung Runtuh terletak di Bukit Kepala Gajah, Lenggong pada
ketinggian lebih kurang 105 meter dari paras laut. Manusia Perak,
iaitu rangka manusia yang dikebumikan dengan kaki terlipat.

Rangka Manusia Perak

2.6 Lokasi di Malaysia

4
Zaman Prasejarah Iesya Insyiraah Binti Ilyasa
Kota Tampan, Perak - 1989
Bukit Jawa, Perak - 1996

Bukit Bunuh, Perak - 1987

Gua Niah, Sarawak - 1975

Tingkayu, Sabah - 1992

3.0 Zaman Mesolitik


Penyelidikan mendapati, wujud Zaman Mesolitik yang bercirikan kepada
alat batu Hoabinh seperti yang terdapat di Vietnam. Walau
bagaimanapun, penyelidikan terkini oleh Pusat Arkeologi Malaysia
Universiti Sains Malaysia telah membuktikan Malaysia tidak mengalami
Zaman Mesolitik. Keadaan ini disebabkan alat batu seperti alat batu
Hoabinh telah wujud di Bukit Jawa, Lenggong, Perak, kira-kira 200 000
hingga 300 000 tahun dahulu iaitu pada awal Zaman Paleolitik.

5
Zaman Prasejarah Iesya Insyiraah Binti Ilyasa
Zaman Mesolitik juga dikenali sebagai Zaman Batu Pertengahan. Zaman
ini berlangsung di antara 10,000 SM sehingga 5,000 SM. Manusia Zaman
Mesolitik ini mengamalkan zara hidup yang berlainan sedikit kalau
dibandingkan dengan Zaman Paleolitik. Di Asia Tenggara, Zaman Mesolitik
juga dikenali sebagai Zaman Haobinhian.

3.1 Tempat Kediaman

Tempat kediaman orang Mesolitik masih di gua, bawah ranting kayu dan
lubang bawah tanah. Yang berbeza sikit ialah sekarang mereka tinggal di
tepi sungai dan laut. Sebab utama mereka tinggal di sini ialah tempat ini
akan membekalkan air dan makanan laut yang diperlukan oleh mereka.
Air ini diperlukan untuk minum, mencuci, mambasuh badan dan
sebagainya. Sekiranya mereka tinggal di dalam hutan, adalah sangat
payah bagi mereka untuk mengangkat air ke tempat kediaman mereka.

3.2 Kegiatan Seharian

Manusia Zaman Mesolitik mengamalkan kegiatan yang sama seperti


orang Paleolitik, Mereka menjalankan kegiatan memburu, menangkap ikan
dan memungut hasil hutan. Semua kegiatan ini dijalankan dengan tujuan
untuk mendapatkan bekalan makanan. Pada zaman ini juga, mereka
sudah mula belajar untuk bercucuk tanam. Tanaman utama yang ditanam
adalah makanan bijirin dan buah-buahan. Orang Mesolitik mula belajar
bercucuk tanam kerana mereka mendapati adalah sangat susah untuk
mendapatkan makanan secara memburu, menangkap ikan dan
memungut hasil hutan. Apabila mereka tidak memperolehi buruan, maka
mereka akan kelaparan.

3.3 Peralatan

Peralatan yang digunakan oleh manusia Mesolitik masih dibuat daripada


kayu, batu, dan tulang. Walau bagaimanapun, peralatan yang dibuat
adalah lebih halus dan kemas kalau dibandingkan dengan peralatan yang
digunakan oleh manusia Paleolitik. Mereka sanggup menciptakan senjata
dan alat yang lebih kecil. Alat yang kecil ini juga dikenali sebagai mikrolit.
Kini mereka sudah tahu menggunakan panah dan anak panah semasa
memburu binatang dan menggunakan jaring dan perangkap untuk
menangkap ikan.

6
Zaman Prasejarah Iesya Insyiraah Binti Ilyasa

4.0 Zaman Neolitik


Zaman Neolitik merupakan zaman perkembangan teknologi daripada batu
kepada tembikar, mula bercucuk tanam, dan mula memelihara binatang
ternakan. Zaman Neolitik di Malaysia bermula pada kira-kira 7,000 tahun
dahulu. Masyarakat Zaman Neolitik bukan sahaja menggunakan batu,
tetapi telah menggunakan tanah liat untuk membuat tembikar. Manusia
pada zaman ini juga telah mula tinggal menetap di suatu tempat dan juga
menjalankan perdagangan secara tukar barang atau sistem barter (sistem
bertukar barang).

7
Zaman Prasejarah Iesya Insyiraah Binti Ilyasa

4.1 Ciri-ciri penempatan

Pada zaman ini telah mula wujud sistem bermasyarakat seperti


mempunyai ketua dan membuat pembahagian kerja. Mereka tinggal di
dalam gua dan kawasan yang berhampiran dengan sungai.

4.2 Kegiatan dan peralatan

Pada Zaman Neolitik, mereka mula mencipta peralatan tembikar, seperti


bekas air, periuk, dan juga belanga. Mereka juga mencipta alat seperti
beliung yang digunakan untuk menggali tanah dan alat untuk mengetam
kayu. Selain itu mereka juga menggunakan pemukul kulit kayu untuk
meleperkan dan menghaluskan kulit kayu.

Pada zaman ini mereka mula bercucuk tanam, menangkap ikan, serta
menternak binatang ternakan. Selain itu mereka juga memburu haiwan
liar dan memungut hasil hutan. Mereka turut berdagang secara tukar
barang atau sistem barter.

Mereka juga mencipta barang-barang kemas seperti anting-anting, kalung


dan gelang sebagai perhiasan mereka.

8
Zaman Prasejarah Iesya Insyiraah Binti Ilyasa

4.3 Kepercayaan

Mereka mengamalkan kepercayaan animisme. Animisme bermaksud


menyembah batu, matahari dan lain-lain lagi kerana mereka
mempercayai adanya semangat (roh dan jiwa) orang mati.

4.4 Lokasi di Malaysia

Gua Cha di Kelantan

Bukit Tengkorak di Sabah

5.0 Zaman Logam


Selepas Zaman Neolitik,teknologi manusia Zaman Prasejarah telah
berkembang ke arah teknologi logam. Zaman Logam di Malaysia bermula

9
Zaman Prasejarah Iesya Insyiraah Binti Ilyasa
kira-kira 4000 tahun dahulu. Pada zaman ini manusia telah mencipta alat
gangsa dan besi.

5.1 Ciri-ciri penempatan


Pada zaman ini mereka hidup menetap di sesuatu tempat tidak
berpindah-randah dari suatu tempat ke suatu tempat yang lain. Ada yang
tinggal berhampiran dengan sungai,di atas pokok dan ada yang masih
tinggal di dalam gua.
Pada masa ini mereka mula mempunyai adat resam mereka yang
tersendiri.

5.2 Kegiatan dan peralatan


Mereka menghasilkan alat logam daripada gangsa dan besi. Mereka juga
bercucuk tanam , menangkap ikan , berburu binatang liar di hutan,
menternak binatang ternakan, dan menjalankan perniagaan secara tukar
barang.
Di antara alat-alat yang digunakan ialah kapak, sabit, pisau, dan mata
lembing. Mereka juga menggunakan tulang mawas sebagai salah satu
daripada alat yang mereka gunakan.

10
Zaman Prasejarah Iesya Insyiraah Binti Ilyasa

5.3 Kepercayaan
Pada Zaman Logam, mereka mempunyai kepercayaan dan pegangan
hidup yang tertentu. Mereka turut menjalankan upacara pengebumian
menggunakan kepingan batu. Mereka juga pandai menghasilkan keranda
yang berbentuk perahu.

5.4 Lokasi di Malaysia

Sungai Tembeling, Pahang


Gua Harimau, Perak

Changkat Menteri, Perak

Lembah Bernam, Selangor

Sungai Muar, Johor

Sungai Langat, Selangor

11

You might also like