You are on page 1of 15

KATA KERJA

Kata yang digunakan untuk menyatakan sesuatu perbuatan. Dalam sesebaris ayat, kata kerja berfungsi sebagai predikat.

KATA KERJA TRANSITIF KATA KERJA TAK TRANSITIF

KATA KERJA TRANSITIF


Kata Kerja Transitif ialah kata kerja yang diikuti oleh objek. Objek yang mengikuti kata kerja itu pula mestilah frasa nama.
1. 2. 3. 4. 5. Kerani yang rajin itu sedang menaip surat. Baginda segera memanah haiwan yang ganji itu. Ibu hendak menggoreng ikan yang dibelinya pagi tadi. Pegawai polis yang mengabaikan tugasnya telah dipecat. Graham Bell telah mencipta telefon dalam kurun kesembilan belas.

KATA KERJA TRANSITIF


Kata Kerja Transitif ialah kata kerja yang diikuti oleh objek. Objek yang mengikuti kata kerja itu pula mestilah frasa nama.
6. Polis akan mendenda siapa-siapa sahaja yang melanggar peraturan. Juruhebah yang lincah itu akan menyertai peraduan ratu cantik. Pak Zubir telah meninggalkan kampung halaman untuk mempelajari muzik di Singapura.

7.

8.

KATA KERJA TAK TRANSITIF


Kata Kerja Tak Transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan objek.
1. Gadis yang berbaju kurung itu tersenyum apabila saya menegurnya.

2.
3. 4. 5. 6.

Muhammad Ali akan bertinju dengan Joe Frazier.


Mereka akan berbahas dengan pasukan dari Sekolah Kota Air sungai di kampung itu mengalir dengan deras. Pokok itu layu kerana tidak disirami air. Dia tertidur di sofa yang empuk itu kerana terlalu penat semalam.

Kata Kerja boleh terbentuk melalui proses imbuhan, sama ada awalan, akhiran ataupun apitan.
IMBUHAN
KATA KERJA TAK TRANSITIF
NAMA KERJA TERBITAN AWALAN bergerak (gerak) terjatuh (jatuh) menggertak (gertak) AKHIRAN pecahkan (pecah) lepaskan (lepas) tujukan (tuju) APITAN beralaskan (alas) berguguran (gugur) mengajarkan (ajar)

kata nama sebagai kata dasar

melaut (laut) bersukan (sukan) menjalankan (jalan) bersenjatakan (senjata) menjala (jala) tertidur (tidur) memperingati (ingat) memasukkan (masuk) mengajarkan (ajar) bekerja (kerja) memanaskan (panas) menggemari (gemar) menghalusi (halus) mempercepatkan (cepat) menguning (kuning)

kata kerja sebagai kata dasar

kata sifat sebagai kata dasar

Secara berkumpulan, bina ayat daripada senarai kata kerja berikut.

1. timbang 2. terperanjat 3. melancong 4. tendang 5. bertabur

6. memasukkan 7. memasuki 8. mengajar 9. beralaskan 10. memendekkan

KATA KERJA
Selain KATA KERJA TRANSITIF dan KATA KERJA TAK TRANSITIF, Kata Kerja juga boleh dibahagikan pada jenis-jenis berikut.

KATA KERJA DWIOBJEK KATA KERJA TRANSITIF KOMPLEKS KATA KERJA RANGKAP KATA KERJA TAK TRANSITIF BERPELENGKAP

KATA KERJA DWIOBJEK


Kata kerja yang boleh mengambil dua objek, iaitu objek langsung dan objek tak langsung. Perhatikan objek tak langsung ini.
1. 2. 3. 4. 5. Wanita muda itu memberikan anaknya sebotol susu. Yusman hendak mengambilkan adiknya buah mangga. Kakak saya telah mengirimkan ibu wang. Ayah akan membelikan saya sebuah basikal baru. Nenek sudah membacakan kami hikayat Si Tanggang.

KATA KERJA DWIOBJEK


Objek tak langsung boleh berubah menjadi frasa kata depan.

1. 2. 3. 4. 5.

Wanita muda itu memberikan sebotol susu kepada anaknya. Yusman hendak mengambilkan buah mangga untuk adiknya. Kakak saya telah mengirimkan wang kepada ibu. Ayah akan membelikan sebuah basikal baru untuk saya. Nenek sudah membacakan hikayat Si Tanggang kepada kami.

KATA KERJA RANGKAP


Kata kerja yang diikuti kata kerja lain. Ayat yang terbentuk dianggap ayat majmuk yang berasal daripada gabungan dua baris ayat.
1. 2. 3. 4. 5. Mak Timah duduk menjahit hingga lewat malam. Pak Leman pergi memancing di sungai itu. Dia tidur meniarap di atas sebuah katil yang besar. Adik Rasyidah belajar menulis dengan ibunya. Lukman berjaya memujuk adiknya yang menangis itu.

KATA KERJA TRANSITIF KOMPLEKS


Kata kerja yang diikuti dengan komplemen. Tanpa komplemen, ayat tersebut kurang lengkap maknanya. Komplemen boleh berasal daripada nama, kata adjektif dan kata kerja juga.
1. 2. 3. 4. 5. Zainudin memanggil pakciknya Encik Dapur. Dia menggelar abangnya orang kaya baru. Orang Kampung itu menganggap Pak Leman ketua. Orang tua saya menyangka saya jahat. Mereka semua menganggap Kamal bodoh.

KATA KERJA TRANSITIF KOMPLEKS


Kata kerja yang diikuti dengan komplemen. Tanpa komplemen, ayat tersebut kurang lengkap maknanya. Komplemen boleh berasal daripada nama, kata adjektif dan kata kerja juga.
6. 8. 9. Dia memandang saya hina. Sulaiman mempelawa saya makan. Sultan memerintahkan bendahara beredar.

10. Abang mengajak saya menonton. 11. Ibu menyuruh kakak berkemas.

KATA KERJA TAK TRANSITIF BERPELENGKAP


Kata kerja yang diikuti dengan pelengkap untuk menyempurnakan maksud ayat. Tanpa pelengkap, ayat itu kurang lengkap maknanya.
1. 2. 3. 4. 5. Penyakit ginjal adiknya beransur pulih. Kehidupan keluarganya bertambah bahagia. Cerita itu bertemakan kasih sayang. Anak Pak Leman tidak berbuat jahat lagi. Kami semua tinggal di Estet Permahan Teck Whye.

KATA KERJA TAK TRANSITIF BERPELENGKAP


Kata kerja yang diikuti dengan pelengkap untuk menyempurnakan maksud ayat. Tanpa pelengkap, ayat itu kurang lengkap maknanya.
6. 7. 8. 9. Orang tua itu diam di rumah anak tunggalnya. Pelancong Jepun itu menginap di Hotel Bahagia. Abang sulungnya hendak menjadi pegawai bomba. Mereka berbekalkan semangat ketika masuk ke dalam hutan.

10. Nadia menerima biasiswa untuk melanjutkan pelajarannya.

You might also like