You are on page 1of 20

Hai kawan-kawan.

Saya Upin dan ini


adik saya, Ipin.
Sebentar tadi, Cikgu
Noriza minta saya
dan kawan-kawan
berkongsi tentang
kata sendi nama
dengan kawan-
kawan. Kalau ada
yang tidak faham,
jangan segan
bertanya. Selamat
belajar.
Kata sendi nama ialah
kata yang digunakan
untuk menyambung frasa
dengan kata atau frasa
dengan frasa. Kata sendi
nama memerlukan frasa
nama untuk membentuk
predikat.
Contoh kata sendi
nama ialah di, ke,
dari, daripada,
kepada, pada, untuk
dan akan. Setiap kata
sendi mempunyai
tugas dan fungsi yang
berlainan.
Kata sendi nama di
digunakan untuk
menunjukkan tempat.
Contoh ayat di :
a) Burung itu hinggap
di dahan pokok.
b) Semua murid
berkumpul di
dalam dewan.
Kata sendi nama ke pula
digunakan untuk
menunjukkan tempat
atau arah yang dituju. Ia
juga boleh digunakan
untuk masa.
Contoh ayat ke:
a) Kami akan ke balai
raya petang nanti.
b) Kakak pergi membeli
belah dari pagi
hingga ke petang.
Kata sendi nama dari
digunakan untuk
menyatakan tempat dan
arah yang dituju. Contoh
ayat dari :
a) Nenek baru sampai
dari kampung.
b) Ibu menunggu adik
dari tadi.
Kata sendi nama
daripada digunakan
untuk menunjukkan asal
kejadian atau punca.
Boleh juga dibuat untuk
perbandingan.
Contoh ayat daripada :
a) Perabot itu dibuat
daripada kayu getah.
b) Nazrul lebih tinggi
daripada ibunya.
Kata sendi nama kepada
digunakan untuk orang,
benda abstrak dan
menyatakan bahagian.
Contoh ayat kepada :
a) Rosli memberitahu
perkara itu kepada
gurunya.
b) Murid-murid
dibahagikan kepada
beberapa kumpulan.
Kata sendi nama pada
digunakan untuk menerangkan
waktu. Selain itu, boleh
digunakan untuk menunjukkan
tempat dan digunakan untuk
manusia dan binatang.
Contoh ayat pada :
a) Hashim mengulang kaji
pada waktu malam.
b) Buku kamu ada pada saya.
c) Para peserta menulis nama
mereka pada kertas itu.
Kata sendi nama untuk
menunjukkan kegunaan
sesuatu dan menunjukkan
maksud yang
diperuntukkan.
Contoh ayat untuk :
a) Dewan orang ramai itu
untuk kegunaan orang
kampung.
b) Buah-buahan ini dibeli
untuk anaknya.
Kata sendi nama akan
digunakan untuk
menunjukkan emosi atau
sikap.
Contoh ayat akan :
a) Saiful amat sayang
akan anak bongsunya.
b) Kami sangat benci
akan sikapnya yang
suka berpura-pura itu.
Murid-murid, tadi kamu
sudah belajar
tentang kata sendi
nama bersama Upin
dan Ipin beserta kawan-
kawannya. Jawab
soalan yang akan diberi
sebentar lagi.
Isi tempat kosong dalam
ayat-ayat di bawah
dengan kata sendi
nama yang paling
sesuai.
Semua arahan yang diberikan oleh
pengawal itu adalah _________
memudahkan peserta-peserta
mengikuti aktiviti yang dijalankan.

untuk pada
Adik bermain congkak
________________ serambi rumah.

di ke
Peraduan itu telah dibahagikan
____________ beberapa kategori
berdasarkan peringkat umur.

ke kepada
Kakak saya ________________ mula
bekerja di Syarikat Idaman bermula
esok hari.

akan ke
Syahriman telah mengirimkan
sekeping poskad _____________
sahabat baiknya, Kushairi.

pada kepada
Opah harap anak-anak
dapat belajar tentang
kata sendi nama
dengan baik. Jangan
lupa buat latihan yang
diberi oleh Cikgu Noriza
ya. Selamat maju
semua.

You might also like