You are on page 1of 4

Latihan Intensif:

Tukarkan ayat cakap ajuk di bawah ini kepada ayat cakap pindah.

1. Semasa berjoging petang tadi saya terserempak dengan seorang gelandangan yang sedang
tidur di tengah jalan, kata Yusri kepada Salleh.

2. Kata Normah kepada Sarah, Jangan makan makanan yang banyak lemak nanti awak akan
mendapat sakit.

3. Saya tidak dapat sampai tepat pada masanya kerana jalan raya ditenggelami air, kata Erra.

4. Kata Azan, Pokok kelapa di belakang rumah Aliff tumbang dan menimpa rumahnya.

5. Saya berjanji tidak akan buat jahat lagi, kata Muiz. Saya akan mematuhi semua peraturan
projek ini, sambungnya lagi.

6. Ular! Ular! Mak Minah menjerit. Ada ular dekat pasu bunga besar itu,katanya lagi.

7. Kata Julia, Kami akan bertolak ke Kuala Lumpur sebentar lagi.

8. Kalau tak tahu jangan buat, kata Cikgu Siti. Biar orang yang tahu saja yang
membuatnya,sambungnya lagi.

9. Kata Erik, Rumah yang cantik memang menjadi idaman semua orang.

10. Jangan lupa membeli tepung apabila awak ke kedai nanti, kata emak Rosyam. Emak hendak
buat karipap, sambungnya lagi.

11. Kata Farid, Banjir teruk di Filipina mengakibatkan lima belas orang mati lemas.

12. Kata Perdana Menteri, Semua kemudahan yang disediakan adalah untuk kegunaan semua
orang.
Jawapan:

1. Yusri memberitahu Salleh bahawa ketika dia sedang berjoging, dia terserempak dengan seorang
gelandangan yang sedang tidur di tengah jalan.

2. Normah menasihati Sarah supaya jangan makan makanan yang mengandungi banyak lemak
untuk mengelakkan penyakit.

3. Erra mengatakan bahawa dia tidak sempat sampai pada waktunya keranan jalan raya
ditengelami air.

4. Azan memberitahu bahawa pokok kelapa di belakang rumah Alif telah tumbang dan menimpa
rumahnya.

5. Muis memberitahu bahawa dia berjanji tidak akan berbuat jahat dan akan mematuhi peraturan
projek tersebut.

6. Mak Minah menjerit-jerit apabila melihat ular sambil memberitahu bahawa terdapat ular
berhampiran pasu bunga yang besar itu.

7. Julia mengatakan bahawa dia akan bertolak ke Kuala Lumpur selepas itu.

8. Cikgu Siti mengatakan bahawa jangan melakukan perkara yang tidak diketahui tetapi mintalah
orang yang tahu sahaja melakukannya.

9. Erik mengatakan bahawa rumah yang cantik menjadi idaman semua orang.

10. Emak Rosyam mengingatkan Rosyam supaya membeli tepung apabila dia ke kedai kerana
emaknya hendak membuat kuih karipap.

11. Farid melaporkan bahawa banjir besar di Filipina mengakibatkan lima belas orang mati lemas.

12. Perdana Menteri menerangkan bahawa kemudahan yang disediakan adalah untuk kegunaan
semua orang.
Cakap Ajuk dan Cakap Pindah

1. Cakap Ajuk dan Cakap Pindah ialah percakapan yang dilaporkan semula secara lisan atau
tulisan tanpa mengubah maksudnya.
Cakap ajuk ialah percakapan seseorang yang ditulis semula dengan tidak mengubah
maksud asalnya.
2. Dalam penulisan, tanda petik ("...") digunakan untuk cakap ajuk.
3. Cakap pindah ialah perbualan seseorang yang telah ditulis semula dengan menggunakan
bahasa tanpa mengubah maksudnya.
4. Tanda petik ("...") tidak digunakan dalam cakap pindah.
5. Perhatikan perbezaan antara cakap ajuk dengan cakap pindah di bawah ini.
Cakap Ajuk Cakap Pindah

1. Cakap Ajuk ialah percakapan yang 1. Cakap Pindah ialah perkataan atau
dilaporkan semula sebagaimana asalnya percakapan yang dilaporkan semula tetapi
dituturkan. tidak sebagaimana yang dituturkan.
2. Tidak ada sebarang pindaan yang 2. Terdapat perbezaan stuktur atau susunan
dilakukan. perkataan-perkataan dalam ayat.
3. Cakap ajuk dimulai dengan tanda 3. Walaubagaimanapun , maksud atau
pembuka kata dan diakhiri dengan tanda susunan perkataan sama.
penutup kata ( .. )
1. "Cuci baju kamu," kata ibu kepada 1. Ibu menyuruh Ani mencuci bajunya.
Ani. 2. Cikgu bertanya kepada Hafizi sebab
2. Cikgu berkata, "Mengapa tidak dia tidak hadir semalam.
hadir semalam, Hafizi?" 3. Encik Lim mempersilakan Encik Azman
3. "Datanglah ke rumah saya malam ke rumahnya pada malam nanti.
ini, Encik Azman," kata Encik Lim. 4. Cikgu Azmi bertanya kepada Sunita di
4. Di manakah awak letakkan beg mana dia meletakkan beg itu.
itu ? tanya Cikgu Azmi kepada 5. Nenek berkata kepada Siti bahawa
Sunita. begitu cara membuat Kuih Bahulu.
5. Kata nenek kepada Siti, Begini 6. Hassan menyatakan kepada Faizal
cara membuat kuih Bahulu. bahawa itu buku dia.
6. Kata Hassan kepada Faizal , Ini 7. Asmah menyatakan bahawa ayam itu
buku awak. lapar.
7. Ayam itu lapar, kata Asmah. 8. Dollah Salleh menyuruh agar bola itu
8. Berikan bola ini kepada Zainal diberikan kepada Zainal Abidin.
Abidin, kata Dollah Salleh.

6. Apabila menukarkan bentuk cakap ajuk kepada cakap pindah, perkara berikut perlu
diubah atau diberi perhatian.
Cakap Ajuk Cakap Pindah
saya, aku, hamba dia, ia, nya, beliau
beta baginda
kami, kita mereka
anda, awak, kamu, engkau saya, dia, nya
dia dia
beliau beliau
mereka mereka
ini itu
itu itu
sini situ, sana, tempat itu
begini begitu
demikian ini demikian itu
sekarang masa itu, ketika itu
malam tadi malam semalamnya
semalam semalamnya
hari hari itu
ini esoknya, keesokan harinya, hari itu
esok

You might also like