You are on page 1of 12

CAKAP AJUK & CAKAP PINDAH

Latih Tubi 1

Tulis semula dialog di bawah dalam bentuk cakap pindah. Anda dikehendaki mengekalkan
susunan isi dalam petikan ini.

Kamariah : Malaysia mempunyai banyak tempat menarik untuk dikunjungi.


Samad: Negara ini mempunyai pantai-pantai yang bersih dan hutan semula jadi yang
indah.
Aziz: Ramai rakyat Malaysia yang suka melancong ke luar negara seperti
Indonesia, Thailand, Singapura dan negara-negara Eropah.
Samad: Keadaan ini berlaku kerana kurangnya promosi untuk menarik pelancong
tempatan pelancong di dalam negeri.
Kamariah: Pihak swasta seperti pusat-pusat pelancongan tempatan perlu memberi
potongan harga istimewa kepada pelancong tempatan yang mengunjungi
pusat percutian mereka.
Samad: Kesedaran rakyat Malaysia tentang faedah melancong di dalam negeri perlu
ditanam dalam diri.

Disusun oleh Dr. Muhammad Faizul


Telegram: Nota Bahasa Melayu SPM 1
Latih Tubi 2

Tulis semula petikan di bawah dalam bentuk karangan biasa menggunakan cakap pindah.

Redwan dan Kamarul berkawan baik. Mereka sangat rapat dengan Cikgu Hassan.

“Oh, cikgu, kami ada di rumah!” Sahut Kamarul setelah mendengar sapaan Cikgu
Hassan di halamannya.

Cikgu Hassan sudah berada di tangga rumah Redwan. “Jemputlah naik, cikgu. Redwan
ada di dalam”, pelawa Kamarul dengan hormat.

“Naik. Mestilah naik, kalau tidak, buat apa datang,” gurau Cikgu Hassan.

“Rumah kami berselerak. Tak sempat nak berkemas,”Redwan mencelah.

“Manalah sempat nak berkemas, kerja-kerja menuai baru selesai dua hari yang lepas,”
Kamarul memberikan alasan.

Disusun oleh Dr. Muhammad Faizul


Telegram: Nota Bahasa Melayu SPM 2
Latih Tubi 3

Tulis semula perbualan di bawah ke dalam bentuk karangan biasa dengan menggunakan
cakap pindah.

“ Bagaimana dengan rancangan awak?” tanya Salleh.

“ Rancangan apa?” jawab Ani.

“ Rancangan mendaki gunung yang awak kata pada saya tempoh hari,” kata Salleh.

“ Oh, itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Sabtu depan.” jelas Ani.

“ Bagus Ani, bagus. Saya sokong rancangan itu.”

Ani tersenyum puas apabila mendengar kata-kata sahabat karibnya itu.

Disusun oleh Dr. Muhammad Faizul


Telegram: Nota Bahasa Melayu SPM 3
Latih Tubi 4

Tukarkan cakap ajuk di bawah ini kepada cakap pindah.

“Ani tak ada sapa-sapa. Ani sorang.”

“Ani tak boleh tinggal sini. Di sini bahaya,” kata Tuk Yahya sambil meneliti mata belolok anak
itu.

“Ani tak ada sapa-sapa,” rengek Ani lagi.

“Ya, Tuk Yahya tahu.”

“Ani tak mahu tinggal di rumah lagi. Nanti bom jatuh lagi. Datuk tak ada, datuk tak ada,” jelas
anak itu hampir meraung.

“Ani ada Tuk Yahya, Ani ada comot,” pujuk Tuk Yahya.

Disusun oleh Dr. Muhammad Faizul


Telegram: Nota Bahasa Melayu SPM 4
Latih Tubi 5

Tukarkan cakap ajuk di bawah ini kepada cakap pindah.

“Salim, mengapakah awak kelihatan muram sahaja?” tanya Nizam.

“Pagi tadi, Cikgu Khairul bertanyakan saya tentang yuran peperiksaan yang masih belum saya
bayar,” beritahu Salim dengan perasaan sayu.

“Eh, bukankah awak mendapat biasiswa! Mengapakah kamu tidak gunakan duit tersebut untuk
membayar yuran?” tanya Nizam dengan perasaan hairan.

“Duit biasiswa itu telah saya gunakan untuk perbelanjaan rawatan abang saya yang dimasukkan
ke hospital baru-baru ini,” jelas Salim.

“Oh begitu! Salim, saya cadangkan awak berjumpa dengan Cikgu Khairul dan jelaskan perkara
yang sebenarnya,” kata Nizam.

“Tapi, saya takutlah Nizam. Cikgu Khairul tu garang sangat,” kata Salim.

Disusun oleh Dr. Muhammad Faizul


Telegram: Nota Bahasa Melayu SPM 5
Latih Tubi 6

Tukarkan cakap ajuk di bawah ini kepada cakap pindah.

Mawi: Wah, sedap betul mi ini. Apa namanya?


Felix: Mi Pedas.
Mawi: Yelah, minya pedas. Memang pedas......... tapi apa namanya?
Felix: Mi Pedas. Si Dolah tu kata namanya Mi Pedas.
Mawi: Oh begitu. Jadi, kau masuk ke kedai ini sengaja nak makan Mi Pedaslah?
Felix: Yelah. Kan aku dah janji nak belanja kau dulu. Inilah dia.

Disusun oleh Dr. Muhammad Faizul


Telegram: Nota Bahasa Melayu SPM 6
Latih Tubi 7

Tukarkan cakap ajuk di bawah ini kepada cakap pindah.

Norhayati: Syikin, mengapa Syikin tidak datang ke sekolah semalam?


Norasyikin: Syikin minta maaflah. Semalam Syikin ada hal di rumah.
Norhayati: Apa halnya? Ceritakanlah kepada Yati. Andainya susah, sama-samalah kita
tanggung. Bukankah kita sudah lama berkawan?
Norasyikin: Sebenarnya ibu Syikin sakit.

Disusun oleh Dr. Muhammad Faizul


Telegram: Nota Bahasa Melayu SPM 7
Latih Tubi 8

Tulis semula petikan di bawah dalam bentuk cakap ajuk. Anda dikehendaki mengekalkan
susunan isi dalam petikan ini.

Mak Limah bertanya arah tujuan suaminya setelah melihat suaminya itu dalam keadaan
tergesa-gesa hendak keluar. Pak Usop mengatakan bahawa dia hendak berjumpa dengan ahli-
ahli jawatankuasa Koperasi Maju. Mak Limah mencadangkan agar suaminya makan nasi
dahulu walaupun sibuk dengan kerja kerana dia takut suaminya akan berasa lapar . Pak Usop
memberitahu ii itsterinya bahawa dia hendak meletakkan jawatan sebagai pemandu bas
koperasi itu. Mak Limah bertanya cara suaminya hendak mendapatkan pekerjaan sekiranya dia
berhenti kerja. Pak Usop menjelaskan bahawa dia hendak memohon pinjaman daripada pihak
MARA untuk membeli sebuah bas.

Disusun oleh Dr. Muhammad Faizul


Telegram: Nota Bahasa Melayu SPM 8
JAWABAN

Latih Tubi 1

Kamariah berkata kepada Aziz dan Samad bahawa negara Malaysia memang banyak
mempunyai tempat menarik untuk dikunjungi. Pendapatnya itu disokong oleh samad dengan
mengatakan bahawa negara ini mempunyai pantai-pantai yang bersih dan hutan semula jadi
yang indah. Aziz pula menyatakan kehairanannya tentang ramai orang Malaysia yang masih
suka melancong ke luar negara seperti ke Indonesia, Thailand, Singapura dan negara-negara
Eropah. Kamariah menyetujui pandangan itu. Samad berpendapat mungkin keadaan ini
berlaku kerana kurangnya promosi untuk menarik pelancong tempatan melancong di dalam
negeri. Aziz bersetuju dengan pendangan Samad itu. Kamariah pula mencadangkan supaya
pihak swasta seperti pusat-pusat pelancongan tempatan memberi potongan harga istimewa
kepada pelancong tempatan yang mengunjungi pusat percutian mereka. Samad pula
mengatakan bahawa di samping itu, kesedaran rakyat Malaysia tentang faedah melancong di
dalam negeri perlu ditanam dalam diri. Kamariah dan Samad mengiakan pendapat itu.

Latih Tubi 2

1. Redwan dan Kamarul berkawan baik dan hubungan mereka dengan Cikgu Hassan sangat
rapat.
2. Kamarul telah menyahut sapaan Cikgu Hassan yang berada di halaman rumah dengan
mengatakan bahawa mereka berada di dalam rumah.
3. Setelah berada di tangga rumah Redwan, Kamarul dengan hormat mempersilakan Cikgu
4. Hassan naik ke rumah dan/sambil mengatakan bahawa Redwan berada di dalam rumah.
5. Dengan nada mengusik, Cikgu Hassan membalas ajakan itu dengan mengatakan bahawa
dia tentu akan naik kerana kalau tidak masakan dia datang ke situ.
6. Redwan memohon maaf kerana keadaan rumahnya belum berkemas/tidak teratur.
7. Kamarul pula menjelaskan bahawa mereka tidak berkesempatan mengemas rumah kerana
kerja-kerja menuai padi baru selesai dua hari sebelumnya.

Disusun oleh Dr. Muhammad Faizul


Telegram: Nota Bahasa Melayu SPM 9
Latih Tubi 3

1. Salleh bertanya kepada Ani tentang rancangannya itu.


2. Ani meminta kepastian tentang rancangan yang dimaksudkan oleh Salleh.
3. Seterusnya, Salleh menjelaskan bahawa yang dimaksudkannya itu berhubung dengan
rancangan Ani mendaki gunung yang diperkatakannya suatu hari dahulu.
4. Ani menjelaskan bahawa rancangan itu akan dibincangkan dalam mesyuarat pada hari
Sabtu akan datang.
5. Salleh memuji dan sangat bersetuju dengan rancangan Ani itu/dan menyokongnya.
6. Ani tersenyum puas/bangga atas sokongan kawan karibnya itu.

Latih Tubi 4

1. Ani mengatakan bahawa dia tidak mempunyai sesiapa dan keseorangan.


2. Tuk Yahya menjelaskan bahawa Ani tidak boleh tinggal di sana kerana tempat itu bahaya
sambil meneliti mata belolok Ani.
3. Ani merengek lagi dengan mengatakan bahawa tidak mempunyai sesiapa.
4. Tuk Yahya mengiyakan hal tersebut.
5. Ani hampir meraung apabil memberitahu Tuk Yahya bahawa dia tidak mahu tinggal di
rumah itu lagi kerana khuatir bom akan jatuh lagi di situ. Tambahan pula datuknya sudah
tiada lagi.
6. Tuk Yahya memujuk Ani dengan mengatakan bahawa Ani masih ada dia dan Comot.

Disusun oleh Dr. Muhammad Faizul


Telegram: Nota Bahasa Melayu SPM 10
Latih Tubi 5

1. Nizam bertanyakan masalah Salim kerana dia kelihatan muram sahaja.


2. Salim memberitahu Nizam dengan perasaan sayu bahawa Cikgu Khairul bertanyakan
tentang yuran peperiksaan yang belum dijelaskannya.
3. Nizam terkejut dan berasa hairan kerana Salim mendapat biasiswa tetapi belum
menjelaskan yuran peperiksaannya.
4. Salim menjelaskan bahawa duit biasiswanya telah digunakan untuk perbelanjaan rawatan
abangnya yang dimasukkan ke hospital baru-baru ini.
5. Nizan telah mencadangkan agar Salim berjumpa dengan Cikgu Khairul dan menjelaskan
perkara yang sebenarnya.
6. Salim enggan berjumpa dengan Cikgu Khairul kerana menurutnya beliau merupakan
seorang yang sangat garang.

Latih Tubi 6

1. Dengan kagum Mawi menyatakan bahawa mi itu sedap sambil bertanya namanya kepada
Felix.
2. Felix memberitahu kepada Mawi bahawa namanya ialah Mi Pedas.
3. Mawi menyatakan bahawa dia tahu mi itu pedas tetapi dia ingin mendapatkan kepastian
namanya sekali lagi daripada Felix.
4. Felix memberitahu bahawa mengikut kata Si Dollah nama mi itu ialah Mi Pedas.
5. Mawi mengiyakan dan bertanya Felix untuk mendapatkan kepastian tentang tujuan masuk
ke kedai itu, iaitu semata-mata makan Mi Pedas.
6. Felix mengiyakan dan menyatakan bahawa dia telah berjanji untuk membelanja Mawi
makan dahulu.

Disusun oleh Dr. Muhammad Faizul


Telegram: Nota Bahasa Melayu SPM 11
Latih Tubi 7

1. Norhayati bertanya kepada Syikin sebab dia tidak hadir ke sekolah semalam.
2. Norasyikin meminta maaf kepada Norhayati kerana tidak memberitahunya dan
menjelaskan bahawa dia menghadapi masalah di rumah.
3. Norhayati bertanya kepada Norasyikin masalah yang dihadapi dan meminta dia
menceritakan perkara yang berlaku kepadanya. Norhayati berjanji akan bersama-sama
menanggung kesusahan kerana menggangap mereka sudah lama berkawan.
4. Norasyikin menjelaskan kepada Norhayati bahawa ibunya sakit.

Latih Tubi 8

Mak Limah: Abang nak ke mana dalam keadaan tergesa-gesa ni?


Pak Usop: Saya nak berjumpa dengan ahli-ahli jawatankuasa Koperasi Maju.
Mak Limah: Kalau sibuk dengan kerja pun makanlah nasi dulu. Nanti lapar.
Pak Usop: Abang nak letak jawatan sebagai pemandu bas koperasi itu.
Mak Limah: Sudah tu, abang nak kerja dengan siapa?
Pak Usop: Minta pinjaman daripada MARA. Abang nak beli sebuah bas.

***
Ayat Cakap Ajuk
Ayat cakap ajuk ialah percakapan seseorang tentang sesuatu perkara. Oleh itu, cakap ajuk boleh
dikenali sebagai perbualan atau dialog. Ayat cakap ajuk menggunakan pembuka kata dan
penutup kata dalam tulisan ( “................”).

Ayat cakap ajuk boleh ditulis dengan dialog biasa dalam bentuk perenggan atau dialog seperti
wawancara.

Ayat Cakap Pindah


Ayat cakap pindah ialah bentuk ayat yang ditulis semula daripada bentuk perbualan atau
dialog kepada bentuk karangan atau ayat biasa.

Disusun oleh Dr. Muhammad Faizul


Telegram: Nota Bahasa Melayu SPM 12

You might also like