You are on page 1of 9

Ayat seruan: (bergantung

kepada situasi ayat itu


diucapkan sama ada
“marah, hairan, terkejut,
menyindir 讽刺,
memarahi, mencabar,
merayu” dan sebagainya.

Contoh 1:

Kamariah: Malaysia mempunyai banyak tempat menarik untuk dikunjungi.


Samad: Negara ini mempunyai pantai-pantai yang bersih dan hutan semula jadi yang indah.
Aziz: Ramai rakyat Malaysia yang suka melancong ke luar negara seperti Indonesia, Thailand, Singapura dan negara-
negara Eropah.
Samad: Keadaan ini berlaku kerana kurangnya promosi untuk menarik pelancong tempatan pelancong di dalam negeri.
Kamariah: Pihak swasta seperti pusat-pusat pelancongan tempatan perlu memberi potongan .harga istimewa kepada
pelancong tempatan yang mengunjungi pusat.percutian mereka.
Samad: Kesedaran rakyat Malaysia tentang faedah melancong di dalam negeri perlu ditanam dalam diri.

Jawapan:
Kamariah berkata kepada Aziz dan Samad bahawa negara Malaysia memang banyak mempunyai tempat menarik untuk
dikunjungi. Pendapatnya itu disokong oleh samad dengan mengatakan bahawa negara ini mempunyai pantai-pantai yang
bersih dan hutan semula jadi yang indah. Aziz pula menyatakan kehairanannya tentang ramai orang Malaysia yang masih
suka melancong ke luar negara seperti ke Indonesia, Thailand, Singapura dan negara-negara Eropah. Kamariah
menyetujui pandangan itu. Samad berpendapat mungkin keadaan ini berlaku kerana kurangnya promosi untuk menarik
pelancong tempatan melancong di dalam negeri. Aziz bersetuju dengan pendangan Samad itu. Kamariah pula
mencadangkan supaya pihak swasta seperti pusat-pusat pelancongan tempatan memberi potongan harga istimewa kepada
pelancong tempatan yang mengunjungi pusat percutian mereka. Samad pula mengatakan bahawa di samping itu,
kesedaran rakyat Malaysia tentang faedah melancong di dalam negeri perlu ditanam dalam diri. Kamariah dan Samad
mengiakan pendapat itu.

Contoh 2:

Redwan dan Kamarul berkawan baik. Mereka sangat rapat dengan Cikgu Hassan.
“Oh, cikgu, kami ada di rumah!” Sahut Kamarul setelah mendengar sapaan Cikgu Hassan di halamannya.
Cikgu Hassan sudah berada di tangga rumah Redwan.
“Jemputlah naik, cikgu. Redwan ada di dalam,” pelawa Kamarul dengan hormat.
“Naik. Mestilah naik, kalau tidak buat apa datang,” gurau Cikgu Hassan
“Rumah kami berselerak. Tak sempat nak berkemas,” Redwan mencelah.
“Manalah sempat nak berkemas, kerja-kerja menuai baru selesai dua hari yang lepas,” Kamarul memberikan alasan.

Jawapan:
1. Redwan dan Kamarul berkawan baik dan hubungan mereka dengan Cikgu Hassan sangat rapat.
2. Kamarul telah menyahut sapaan Cikgu Hassan yang berada di halaman rumah dengan mengatakan bahawa mereka
berada di dalam rumah.
3. Setelah berada di tangga rumah Redwan, Kamarul dengan hormat mempersilakan Cikgu Hassan naik ke rumah dan/
sambil mengatakan bahawa Redwan berada di dalam rumah.
4. Dengan nada mengusik Cikgu Hassan membalas ajakan itu dengan mengatakan bahawa dia tentu akan naik kerana
kalau tidak masakan dia datang ke situ.
5. Redwan memohon maaf kerana keadaan rumahnya belum berkemas/ tidak teratur.
6. Kamarul pula menjelaskan bahawa mereka tidak berkesempatan mengemas rumah kerana kerja-kerja menuai padi baru
selesai dua hari sebelumnya.

Latihan 1

“Bagaimana dengan rancangan awak?” tanya Salleh.


“Rancangan apa?” jawab Ani.
“Rancangan mendaki gunung yang awak kata pada saya tempoh hari,” kata Salleh.
“Oh, itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Sabtu depan.” jelas Ani.
“Bagus Ani, bagus. Saya sokong rancangan itu!”
Ani tersenyum puas apabila mendengar kata-kata sahabat karibnya itu.

JAWAPAN SOALAN 1:

1. Salleh bertanya kepada Ani tentang rancangannya itu.


2. Ani meminta kepastian tentang rancangan yang dimaksudkan oleh Salleh.
3. Seterusnya Salleh menjelaskan bahawa yang dimaksudkannya itu berhubung dengan rancangan Ani mendaki gunung
yang diperkatakannya suatu hari dahulu.
4. Ani menjelaskan bahawa rancangan itu akan dibincangkan dalam mesyuarat pada hari Sabtu akan datang.
5. Salleh memuji dan sangat bersetuju dengan rancangan Ani itu/ dan menyokongnya.
6. Ani tersenyum puas/ bangga atas sokongan kawan karibnya itu.
Latihan 2:

“Ani tak ada sapa-sapa. Ani seorang.......”


“Ani tak boleh tinggal sini.Di sini bahaya,” kata Tuk Yahya sambil meneliti mata belolok anak itu.
“Ani tak ada sapa-sapa,” rengek Ani lagi.
“Ya, Tuk Yahya tahu.........”
“Ani tak mahu tinggal di rumah lagi.Nanti bom jatuh lagi. Datuk tak ada, datuk tak ada”,jelas anak itu hampir meraung.
“Ani ada Tuk Yahya, Ani ada comot,” pujuk Tuk Yahya

JAWAPAN SOALAN 2:

1. Ani mengatakan bahawa dia tidak mempunyai sesiapa dan keseorangan


2. Tuk Yahya menjelaskan bahawa Ani tidak boleh tinggal di sanan kerana tempat itu bahaya sambil meneliti mata
belolok Ani.
3. Ani merengek lagi dengan mengatakan bahawa tidak mempunyai sesiapa.
4. Tuk Yahya mengiyakan hal tersebut.
5. Ani hampir meraung apabil memberitahu Tuk Yahya bahawa dia tidak mahu tinggal di rumah itu lagi kerana khuatir
bom akan jatuh lagi di situ.Tambahan pula datuknya sudah tiada lagi.
6. Tuk Yahya memujuk Ani dengan mengatakan bahawa Ani masih ada dia dan Comot

Latihan 3:

“Salim, mengapakah awak kelihatan muram sahaja?” tanya Nizam.


“Pagi tadi, Cikgu Khairul bertanyakan saya tentang yuran peperiksaan yang masih belum saya bayar,” beritahu Salim
dengan perasaan sayu.
“Eh, bukankah awak mendapat biasiswa! Mengapakah kamu tidak gunakan duit tersebut untuk membayar yuran?” tanya
Nizam dengan perasaan hairan.
“Duit biasiswa itu telah saya gunakan untuk perbelanjaan rawatan abang saya yang dimasukkan ke hospital baru-baru ini,”
jelas Salim.
“Oh begitu! Salim, saya cadangkan awak berjumpa dengan Cikgu Khairul dan jelaskan perkara yang sebenarnya,” kata
Nizam.
“Tapi, saya takutlah Nizam. Cikgu Khairul tu garang sangat,” kata Salim.

JAWAPAN SOALAN 3:

1. Nizam bertanyakan masalah Salim kerana dia kelihatan muram sahaja.


2. Salim memberitahu Nizam dengan perasaan sayu bahawa Cikgu Khairul bertanyakan tentang yuran peperiksaan yang
belum dijelaskannya.
3. Nizam terkejut dan berasa hairan kerana Salim mendapat biasiswa tetapi belum menjelaskan yuran peperiksaannya.
4. Salim menjelaskan bahawa duit biasiswanya telah digunakan untuk perbelanjaan rawatan abangnya yang dimasukkan
ke hospital baru-baru ini.
5. Nizan telah mencadangkan agar Salim berjumpa dengan Cikgu Khairul dan menjelaskan perkara yang sebenarnya.
6. Salim enggan berjumpa dengan Cikgu Khairul kerana menurutnya beliau merupakan seorang yang sangat garang.
Latihan 4:

MAWI: Wah, sedap betul mi ini. Apa namanya?


FELIX: Mi Pedas.
MAWI: Yalah, minya pedas.Memang pedas......... tapi apa namanya ?
FELIX: Mi pedas. Si Dolah tu kata namanya Mi Pedas.
MAWI: Oh begitu, jadi kau masuk ke kedai ini sengaja nak makan Mi Pedaslah?
FELIX: Yalah. Kan aku dah janji nak belanja kau dulu.Inilah dia.

JAWAPAN SOALAN 4:

1. Dengan kagum Mawi menyatakan bahawa mi itu sedap sambil bertanya namanya kepada Felix.
2. Felix memberitahu kepada Mawi bahawa namanya ialah Mi Pedas.
3. Mawi menyatakan bahawa dia tahu Mi itu pedas tetapi dia ingin mendapatkan kepastian namanya sekali lagi daripada
Felix.
4. Felix memberitahu bahawa mengikut kata Si Dollah nama mi itu ialah Mi Pedas.
5. Mawi mengiyakan dan bertanya Felix adakah tujuan masuk ke kedai itu hanya semata-mata makan Mi Pedas.
6. Felix mengiyakan dan menyatakan bahawa dia telah berjanji untuk membelanja Mawi makan dahulu.

Latihan 5:

Norhayati: Syikin, mengapa Syikin tidak datang ke sekolah semalam?


Norasyikin: Syikin minta maaflah. Semalam Syikin ada hal di rumah.
Norhayati: Apa halnya? Ceritakanlah kepada Yati. Andainya susah, sama-samalah kita tanggung. Bukankah kita sudah
lama berkawan?
Norsyikin: Sebenarnya ibu Syikin sakit.

JAWAPAN SOALAN 5:

1. Norhayati bertanya kepada Syikin mengapa dia tidak hadir ke sekolah semalam.
2. Norasyikin meminta maaf kepada Norhayati kerana tidak memberitahunya dan menjelaskan bahawa dia menghadapi
masalah di rumah.
3. Norhayati bertanya kepada Norasyikin masalah yang dihadapi dan meminta dia menceritakan perkara yang berlaku
kepadanya. Norhayati berjanji akan bersama-sama menanggung kesusahan kerana menggangap mereka sudah lama
berkawan.
4. Norasyikin menjelaskan kepada Norhayati bahawa ibunya sakit.
Latihan Cakap Ajuk Dan Cakap Pindah
Tukarkan cakap ajuk kepada cakap pindah.

1. “Gadis yang berbaju hijau itu sepupu saya,” kata Azman kepada Nazrin.
Azman meberitahu Nazrin bahawa gadis yang berbaju hijau itu sepupunya.

2. “Silalah menjamu selera,” kata ibu kepada para tetamu.


Ibu mempersilakan para tetamu menjamu selera.

3. “Jangan pijak rumput itu,” kata Cikgu Misti kepada Anas.


Cikgu Misti melarang Anas memijak rumput itu.

4. “Apa khabar kamu hari ini, Amani?” tanya Salma.


Salma bertanyakan khabar Amani hari ini.

5. “Saya tidak pernah terlibat dalam kes kecurian,” kata Admina.


Admina memberitahu bahawa dia tidak pernah terlibat dalam kes kecurian.

6. “Tolong! Tolong! Adik saya terjatuh ke dalam longkang,” jerit Eda.


Fifi menjerit sambil meminta tolong kerana adiknya terjatuh ke dalam longkang.

7. “Saya amat meminati Taylor Swift,” kata Amy.


Amy memberitahu bahawa dia sangat meminati Taylor Swift.

8. “Bagaimana dengan kesihatan kamu, Nancy?” Tanya Siti.


Siti bertanya kepada Nancy tentnag kesihatannya.

9. “Kesihatan saya semakin baik sekarang,” kata Nancy.


Nancy memberitahu bahawa kesihatannya semakin baik.

10. “Saya berharap agar Nancy akan sihat semula,” kata Amy.
Amy berharap agar Nancy akan sihat semula.

11. “Saya minta maaf kerana tidak dapat melawat kamu,” kata Amy kepada Nancy.
Amy meminta maaf kepada Nancy kerana tidak dapat melawatnya.

12. Rungut adik kepada abangnya, “Abang, bosannya duduk di rumah.”


Adik merungut kepada abangnya bahawa dia berasa bosan duduk di rumah.
13. “Aduh, sakitnya kepala saya ini!” jerit Jaclyn.
Jaclyn mengaduh kerana kepalanya sakit.

14. “Mengapakah Hasan tidak hadir ke sekolah?” tanya Adam kepada Badrul.
Adam bertanyakan sebab Hasan tidak hadir ke sekolah pada Badrul.

15. “Kerja sekolah sudah saya siapkan,” beritahu Danny kepada ibunya.
Danny memberitahu bahawa dia sudah pun menyiapkan kerja sekolah kepada ibunya.

16. “Tolong! Tolong! Rumah saya terbakar!” jerit Lilian.


Lilian menjerit meminta pertolongan kerana rumahnya terbakar.

17. “Cuci baju kamu,” kata ibu kepada Ani.


Ibu menyuruh Ani mencuci bajunya.

18. Cikgu berkata, “Mengapa tidak hadir semalam, Hafizi?”


Cikgu bertanya kepada Hafizi sebab dia tidak hadir semalam.

19. “Datanglah ke rumah saya malam ini, Encik Azman,” kata Encik Lim.
Encik Lim mempersilakan Encik Azman ke rumahnya pada malam nanti.

20. “Di manakah awak letakkan beg itu?” tanya Cikgu Azmi kepada Sunita.
Cikgu Azmi bertanya kepada Sunita di mana dia meletakkan beg itu.

21. Kata nenek kepada Siti, “Begini cara membuat kuih Bahulu.”
Nenek berkata kepada Siti bahawa begitu cara membuat Kuih Bahulu.

22. Kata Hassan kepada Faizal, “Ini buku awak.”


Hassan menyatakan kepada Faizal bahawa itu buku dia.

23. “Ayam itu lapar,” kata Asmah.


Asmah menyatakan bahawa ayam itu lapar.

24. “Berikan bola ini kepada Zainal Abidin,” kata Dollah Salleh.
Dollah Salleh menyuruh agar bola itu diberikan kepada Zainal Abidin.

25. “Semasa berjoging petang tadi saya terserempak dengan seorang gelandangan yangsedang tidur di tengah
jalan,” kata Yusri kepada Salleh.
Yusri memberitahu Salleh bahawa ketika dia sedang berjoging, dia terserempak dengan seorang gelandangan
yang sedang tidur di tengah jalan.
26. Kata Normah kepada Sarah, “Jangan makan makanan yang banyak lemak nantiawak akan mendapat sakit.”
Normah menasihati Sarah supaya jangan makan makanan yang mengandungi banyak lemak untuk
mengelakkan penyakit.

27. “Saya tidak dapat sampai tepat pada masanya kerana jalan raya ditenggelami air,“kata Erra.
Erra mengatakan bahawa dia tidak sempat sampai pada waktunya keranan jalan raya ditengelami air.

28. Kata Azan, “Pokok kelapa di belakang rumah Aliff tumbang dan menimpa rumahnya.”
Azan memberitahu bahawa pokok kelapa di belakang rumah Alif telah tumbang dan menimpa rumahnya.

29. “Saya berjanji tidak akan buat jahat lagi,” kata Muiz. “Saya akan mematuhi semuaperaturan projek ini,
“sambungnya lagi.
Muis memberitahu bahawa dia berjanji tidak akan berbuat jahat dan akan mematuhi peraturan projek
tersebut.

30. “Ular! Ular!” Mak Minah menjerit. “Ada ular dekat pasu bunga besar itu,” katanya lagi.
Mak Minah menjerit-jerit apabila melihat ular sambil memberitahu bahawa terdapat ular berhampiran pasu
bunga yang besar itu.

31. Kata Julia, “Kami akan bertolak ke Kuala Lumpur sebentar lagi.”
Julia mengatakan bahawa dia akan bertolak ke Kuala Lumpur selepas itu.

32. “Kalau tak tahu jangan buat,” kata Cikgu Siti. “Biar orang yang tahu saja yangmembuatnya,” sambungnya
lagi.
Cikgu Siti mengatakan bahawa jangan melakukan perkara yang tidak diketahui tetapi mintalah orang yang
tahu sahaja melakukannya.

33. Kata Erik, “Rumah yang cantik memang menjadi idaman semua orang.”
Erik mengatakan bahawa rumah yang cantik menjadi idaman semua orang.

34. “Jangan lupa membeli tepung apabila awak ke kedai nanti,” kata emak Rosyam. “Emak hendak buat
karipap,” sambungnya lagi.
Emak Rosyam mengingatkan Rosyam supaya membeli tepung apabila dia ke kedai kerana emaknya hendak
membuat kuih karipap.

35. Kata Farid, “Banjir teruk di Filipina mengakibatkan lima belas orang mati lemas.”
Farid melaporkan bahawa banjir besar di Filipina mengakibatkan lima belas orang mati lemas.

36. Kata Perdana Menteri, “Semua kemudahan yang disediakan adalah untuk kegunaan semua orang.
Perdana Menteri menerangkan bahawa kemudahan yang disediakan adalah untuk kegunaan semua orang.
37. “Hai, Minah! Sudah lama kita tidak berjumpa. Apa khabar?” kata Siti.
Siti bertegur sapa kepada Minah lalu mengatakan bahawa mereka sudah lama tidak berjumpa dan
bertanyakan khabar kepadanya.

38. “Tidak, saya tidak pernah terlibat dalam kes kecurian. Semua ini fitnah orang lain yang cemburu saya,” kata
pemuda itu kepada seorang pegawai polis.
Pemuda itu menafikan dakwaan itu kepada seorang pegawai polis lalu mengatakan bahawa dia tidak pernah
terlibat dalam kes kecurian dan semua hal itu fitnah orang lain yang mencemburuinya.

39. “Tolong, tolong! Adik saya terjatuh ke sungai. Adik saya tidak tahu berenang. Cepat, cepat tolongnya,” jerit
Fatimah.
Fatimah menjerit dan meminta tolong kerana adiknya terjatuh ke sungai. Fatimah mengatakan bahawa
adiknya tidaktahu berenag sambil meminta orang ramai supaya cepat menyelamatkan adiknya.

40. “Baru-baru ini, kes ragut berlaku satu demi satu, saya sungguh kesal. Polis macam tidak bertindak sesuatu,”
kata seorang tua di kedai kopi.
Di kedai kopi, seorang tua berasa sungguh kesal terhadap pihak polis kerana ketika itu kes ragut berlaku satu
demi satu.

41. “Saya tidak mahu kalian terus malas dan tidak membuat latihan. Jika kalian masih bersikap begini, saya
akan menghubungi ibu bapa kalian,” kata guru kelas kepada sekumpulan pelajar.
Guru kelas menasihati sekumpulan pelajar bahawa beliau tidak mahu mereka terus malas dan tidak membuat
latihandan jika mereka masih bersikap begitu, beliau akan menghubungi ibu bapa mereka.

42. “Cis! Aku juga pendekar yang bukan alang-alang. Jangan sangka aku akan tunduk kepada keriskau. Kalau
berani, biarlah kita berlawan lelaki sama lelak,” kata Hang Jebat kepada Hang Tuah.
Dengan perasaan marah, Hang Jebat mengatakan bahawa dia juga pendekar yang bukan alang-alang dan
HangTuah tidak patut menyangka bahawa dia akan tunduk kepada kerisnya. Hang Jebat juga mencabar Hang
Tuah bahawa jika Hang Tuah berani, mereka boleh berlawan secara lelaki dengan lelaki.

43. “Oh! Tuhan, ampuni dosaku. Berilah saya kekuatan untuk menghadapi segalakesusahan,” kata gadis itu.
Gadis itu berdoa kepada Tuhan agar mengampuni dosanya dan memberinya kekuatan untuk menghadapi
segalakesusahan.

44. “Abu, sekarang mak akan pergi ke hospital untuk menziarahi ayah kamu. Nanti kamu masak gulai sayur
yang disediakan di dapur sebagai lauk malam ini dan bekalan awakdi sekolah esok,” kata emak.
Emak memberitahu Abu bahawa ketika itu dia akan pergi ke hospital untuk menziarahi ayah Abu. Emak
memesan Abu supaya Abu memasak gulai sayur yang disediakan di dapur selepas itu sebagai lauk malam itu
dan bekalan Abu disekolah keesokan hari.
45. “Saya jalan dahulu, jika ada sebarang masalah, hubungi saya dengan telefon,” kata jurujual itu kepada
Tauke Lim.
Jurujual itu meminta diri kepada Tauke Lim lalu mengatakan bahawa jika ada sebarang masalah, Tauke Lim
bolehmenghubunginya dengan telefon.

46. “Assalamualaikum, ada orang di rumah? Saya hendak mencari Kassim. Adakah diaada di rumah?” kata
pemuda itu.
Pemuda itu memberikan salam lalu bertanya sama ada terdapat orang di rumah dan menyatakan bahawa dia
hendakmencari Kassim sama ada Kassim ada di rumah.

47. “Dunia pada hari ini semakin panas kerana berlaku penipisan ozon” kata guru itu.
Guru itu menerangkan bahawa dunia pada hari ini semakin panas kerana berlakunya penipisan ozon.

48. “Mengapakah kamu datang lewat ke sekolah hari ini, Raju?” tanya guru disiplin itu.
Guru disiplin itu ingin tahu punca Raju datang lewat ke sekolah pada hari tersebut.

49. “Pak cik mesti makan ubat yang saya beri ini” kata doktor kepada pesakit itu.
Doktor tersebut menasihati pesakitnya seorang tua supaya makan ubat yang diberinya itu.

50. “Ah, aku tidak peduli kata-katamu itu!” kata Ali dengan marahnya.
Dengan marahnya Ali berkata bahawa dia tidak peduli akan kata-katanya itu.

You might also like