You are on page 1of 4

CAKAP AJUK CAKAP PINDAH

KEMAHIRAN MENUKAR CAKAP AJUK KEPADA CAKAP PINDAH DAN SEBALIKNYA

A) Ayat Cakap Ajuk


Ayat cakap ajuk ialah percakapan seseorang tentang sesuatu perkara. Oleh sebab itu cakap ajuk berupa
petikan percakapan yang berbentuk perbualan atau dialog.
Ayat cakap ajuk menggunakan pembuka kata dan penutup kata dalam tulisan ( “................”)

B) Ayat Cakap Pindah


Ayat cakap pindah ialah bentuk ayat yang ditulis semula daripada bentuk perbualan kepada bentuk
karangan.
Ayat cakap pindah tidak menggunakan tanda pembuka kata dan penutup kata.
Walaupun bentuknya berbeza daripada bentuk ayat cakap ajuk tetapi maksud yang disampaikan adalah
sama.

Tips atau panduan menukar ayat cakap ajuk kepada ayat cakap pindah:
i. Membuang tanda pembuka kata dan penutup kata.
ii. Mengenal pasti kata kerja yang sesuai, misalnya

menyuruh,meminta,mempersilakan,memberitahu,menerangkan,menjelaskan,melarang,menasihatkan
dan sebagainya. Bagaimana untuk pelajar menentukan kata kerja berkenaan? Jawapannya pelajar boleh
menetukannya berdasarkan binaan ayat cakap ajuk tersebut sama ada ayat tersebut ayat penyata, ayat
silaan, ayat suruhan, ayat larangan, ayat tanya, dan ayat seruan. Oleh sebab itu, pelajar perlu mahir
mengesan jenis ayat yang digunakan dalam cakap ajuk kerana pengecaman jenis ayat berkenaan akan
menentukan kata kerja yang perlu digunakan semasa menulis ayat cakap pindah. Contohnya seperti di
bawah:-

Jenis ayat ( Cakap Ajuk)


Kata kerja boleh digunakan untuk semasa menulis cakap pindah
 Ayat penyata
berkata, memberitahu, menjelaskan, menceritakan, menerangkan dan sebagainya yang sesuai
dengan situasi.

 Ayat silaan
mempersilakan, menjemput, mengundang, mengajak.

 Ayat permintaan
meminta, merayu, menggesa, mencadangkan, menasihati.

 Ayat suruhan
menyuruh, mengarahkan, memerintahkan.

 Ayat larangan
melarang, tidak membenarkan, menegah, menghalang
 Ayat tanya
bertanya, menanyakan, menyoalkan, ingin tahu, ingin kepastian.
 Ayat seruan
bergantung kepada situasi ayat itu diucapkan sama ada "marah, hairan, terkejut, menyindir,
memarahi, mencabar, merayu dan sebagainya".

iii. Menukarkan kata ganti nama dan kata keterangan yang digunakan, contoh:

Semasa menukar cakap ajuk kepada cakap pindah, kata ganti nama diri, kata ganti nama
tempat, kata ganti nama tunjuk, kata keterangan masa, dan kata keterangan cara akan berubah
seperti di bawah. Pastikan pelajar peka dengan pernyataan di atas supaya penghasilan cakap
ajuk anda tepat dan gramatis.

Golongan kata Ayat Cakap Ajuk Ayat Cakap Pindah


Kata ganti nama diri ·         saya, aku ·         dia, beliau
·         kami ·         mereka
·         beta ·         baginda
·        awak, kamu, engkau ·         dia ,-nya
·         kamu semua ·         mereka
·         dia ·         -nya
Kata ganti nama tempat ·         sini ·         situ
·         ini ·         itu
Kata ganti nama tunjuk ·         sekarang ·         masa itu
·         hari ini ·         hari itu
·         esok ·         keesokkan harinya
Kata keterangan masa ·         semalam ·         pada hari yang lepas
·         malam tadi ·         malam yang lepas
Kata keterangan cara ·         kelmarin ·         dua hari yang lalu
·         begini ·         begitu

Contoh penukaran ayat:

i. "Orang itu menerpa dan memberi hadiah ini kepada saya" kata Ali kepada Chan.
Jawapah: Ali memberitahu Chan bahawa orang itu menerpa dan memberinya hadiah tersebut.

ii. "Dunia pada hari ini semakin panas kerana berlaku penipisan ozon" kata guru itu.
Jawapan: Guru itu menerangkan bahawa dunia pada hari ini semakin panas kerana berlakunya
penipisan ozon.

iii. "Mengapakah kamu datang lewat ke sekolah hari ini, Raju?" tanya guru disiplin itu.
Jawapan: Guru disiplin itu ingin tahu punca Raju datang lewat ke sekolah pada hari tersebut.

iv. "Jemput makan kuih itu!" kata Mak Chan kepada Cik Lim.
Jawapan: Mak Chan menjemput Cik Lim supaya makan kuih itu.
v. "Pak cik mesti makan ubat yang saya beri ini" kata doktor kepada pesakit itu.
Jawapan: Doktor tersebut menasihati pesakitnya seorang tua supaya makan ubat yang
diberinya itu.

vi. "Amboi, bagusnya anak dara. Pukul 11.00 baru bangun tidur!'' kata Mak Tan kepada Michelle.
Jawapan: Mak Tan menyindir Michelle yang baru bangun daripada tidur walaupun sudah
pukul 11.00 pagi.

vii. "Hai, apa khabar Sally?" kata Fai Jun Pui.


Jawapan: Fai Jun Pui menegur Sally sambil bertanyakan khabar.

b. Contoh menukarkan ayat dan jawapan:

Contoh 1:
Tulis semula perbualan di bawah dalam bentuk cakap pindah. Anda dikehendaki mengekalkan susunan
isi dalam petikan ini.

Kamariah : Malaysia mempunyai banyak tempat menarik untuk dikunjungi.


Samad : Negara ini mempunyai pantai-pantai yang bersih dan hutan semula jadi yang
indah.
Aziz : Ramai rakyat Malaysia yang suka melancong ke luar negara seperti Indonesia,
Thailand, Singapura dan negara-negara Eropah.
Samad : Keadaan ini berlaku kerana kurangnya promosi untuk menarik pelancong
tempatan .pelancong di dalam negeri.
Kamariah : Pihak swasta seperti pusat-pusat pelancongan tempatan perlu memberi
potongan harga istimewa kepada pelancong tempatan yang mengunjungi pusat
percutian mereka.
Samad : Kesedaran rakyat Malaysia tentang faedah melancong di dalam negeri perlu
ditanam dalam diri.

Jawapan:
Kamariah berkata kepada Aziz dan Samad bahawa negara Malaysia memang banyak mempunyai tempat
menarik untuk dikunjungi. Pendapatnya itu disokong oleh samad dengan mengatakan bahawa negara ini
mempunyai pantai-pantai yang bersih dan hutan semula jadi yang indah. Aziz pula menyatakan
kehairanannya tentang ramai orang Malaysia yang masih suka melancong ke luar negara seperti ke
Indonesia, Thailand, Singapura dan negara-negara Eropah. Kamariah menyetujui pandangan itu. Samad
berpendapat mungkin keadaan ini berlaku kerana kurangnya promosi untuk menarik pelancong
tempatan melancong di dalam negeri. Aziz bersetuju dengan pendangan Samad itu. Kamariah pula
mencadangkan supaya pihak swasta seperti pusat-pusat pelancongan tempatan memberi potongan
harga istimewa kepada pelancong tempatan yang mengunjungi pusat percutian mereka. Samad pula
mengatakan bahawa di samping itu, kesedaran rakyat Malaysia tentang faedah melancong di dalam
negeri perlu ditanam dalam diri. Kamariah dan Samad mengiakan pendapat itu.
LATIHAN

Latihan 1

Tulis semula perbualan di bawah ke dalam bentuk karangan biasa dengan menggunakan cakap
pindah.
“ Bagaimana dengan rancangan awak ? “ tanya Salleh.
“ Rancangan apa? “ jawab Ani.
“ Rancangan mendaki gunung yang awak kata pada saya tempoh hari, “ kata Salleh.
“ Oh, itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Sabtu depan. “ jelas Ani.
“ Bagus Ani, bagus. Saya sokong rancangan itu ! “
Ani tersenyum puas apabila mendengar kata-kata sahabat karibnya itu. ............[ 6 markah ]

Latihan 2:

Tukarkan cakap ajuk di bawah ini kepada cakap pindah.


“Ani tak ada sapa-sapa. Ani sorang.......”
“Ani tak boleh tinggal sini.Di sini bahaya,” kata Tuk Yahya sambil meneliti mata belolok anak
itu.
“Ani tak ada sapa-sapa,” rengek Ani lagi.
“Ya, Tuk Yahya tahu.........”
“Ani tak mahu tinggal di rumah lagi.Nanti bom jatuh lagi. Datuk tak ada, datuk tak ada”,jelas
anak itu hampir meraung.
“Ani ada Tuk Yahya, Ani ada comot,” pujuk Tuk Yahya .....................................[ 6 markah ]

Latihan 3:
Tukarkan cakap ajuk di bawah ini kepada cakap pindah.
“Salim, mengapakah awak kelihatan muram sahaja?” tanya Nizam.
“Pagi tadi, Cikgu Khairul bertanyakan saya tentang yuran peperiksaan yang masih belum saya
bayar,” beritahu Salim dengan perasaan sayu.
“Eh, bukankah awak mendapat biasiswa! Mengapakah kamu tidak gunakan duit tersebut untuk
membayar yuran?” tanya Nizam dengan perasaan hairan.
“Duit biasiswa itu telah saya gunakan untuk perbelanjaan rawatan abang saya yang dimasukkan
ke hospital baru-baru ini,” jelas Salim.
“Oh begitu! Salim, saya cadangkan awak berjumpa dengan Cikgu Khairul dan jelaskan perkara
yang sebenarnya,” kata Nizam.
“Tapi, saya takutlah Nizam. Cikgu Khairul tu garang sangat,” kata Salim. .....[ 6 markah ]

Latihan 4:
Tukarkan cakap ajuk di bawah ini kepada cakap pindah
MAWI  : Wah, sedap betul mi ini. Apa namanya ?
FELIX    : Mi Pedas.
MAWI  : Yalah ,minya pedas.Memang pedas......... tapi apa namanya ?
FELIX    : Mi pedas. Si Dolah tu kata namanya Mi Pedas.
MAWI  : Oh begitu, jadi kau masuk ke kedai ini sengaja nak makan Mi Pedaslah?
FELIX    : Yalah. Kan aku dah janji nak belanja kau dulu.Inilah dia. ...................[ 6 markah ]

You might also like