You are on page 1of 6

Bahagian I

SOALAN 1

1.0 Mukadimah
1.0 Bahasa Melayu sesungguhnya merupakan bahasa linguafranca dan dinamik yang telah
digunakan sejak turun-temurun khususnya di Gugusan Kepulauan Melayu. Kini, bahasa
Melayu merupakan bahasa kebangsaan negara kita dan telah melalui pelbagai
transformasi seiring dengan peredaran zaman yang turut didukung oleh reformasi
teknologi maklumat dan tuntutan globalisasi. Pelbagai pembaharuan dari segi makna,
istilah, ejaan, kosar kata dan sebagainya telah dilakukan tanpa menjejaskan keindahan
serta estetika Bahasa Melayu itu sendiri yang merupakan identity kepada keutuhan bahasa
berkenaan. Kini, pengkategorian elemen dalam bahasa Melayu dapat dilihat menerusi
tahap pembelajarannya yang meliputi beberapa aspek penting yang meliputi morfologi,
sintaksis, wacana, perbendaharan kata, fonologi dan semantic.

2.0 Dalam kajian kali ini, kita akan melihat salah satu cabang penting dalam proses
pengajaran dan pembelajaran Bahsa Melayu iaitu aspek sintaksis yakni ayat yang
merupakan penguasaan asas bahasa Melayu itu sendiri. Topik yang bakal dikupas dalam
kajian ini adalah berkenaan ragam ayat yang akan dikupas dari segi konsep, kategori dan
proses pembentukkannya beserta contoh yang sesuai. Seterusnya, kaedah pengajaran ayat
aktif dan pasif yang efektif akan diperincikan dalam kajian ini. Pada penghujung kajian
ini, akan dikemukakan rancangan pengajaran harian bagi proses pengajaran ragam ayat
ini secara menyeluruh.

1.1 Ragam ayat dari segi konsep


1.1 Sebelum berbicara lebih jauh tentang konsep ragam ayat ini, elok kita mengetahui
terlebih dahulu tentang maksud ayat itu terlebih dahulu bagi memudahkan pemahaman
topic yang diperincikan dalam kajian ini. Ayat boleh terbentuk daripada satu perkataan
atau susunan beberapa perkataan yang pengucapannya dimulakan dan diakhiri dengan
kesenyapan, serta mengandungi intonasi yang sempurna. (Nik Safiah Karim et.al. 2008).
Dalam pada itu, Abdullah Hassan et.al (2006), pula berpendapat ayat terdiri daripada
perkataan-perkataan yang disusun dalam susunan dan kelompok-kelompok tertentu.
Setiap kelompok perkataan disusun dengan lengkap. Susunan yang lengkap mempunyai
makna yang lengkap. Setiap satu kelompok tersebut mengandungi sekurang-kurangnya
dua bahagian iaitu subjek dan predikat.

1.2 Ironinya, Ayat ialah satu susunan perkataan yang terdiri daripada subjek dan predikat.
Subjek ialah perkara yang diceritakan. Predikat ialah cerita berkenaan perkara itu ( subjek
). Ayat mengandungi makna yang lengkap. Ia diucapkan dengan intonasi atau nada yang
sempurna. Perhatikan contoh-contoh berikut:

1. Petani itu membajak sawahnya setiap hari.


Subjek : Petani itu
Predikat : membajak sawahnya setiap hari
2. Samsul menjawat jawatan baharu di syarikat ayahnya.
Subjek : Samsul
Predikat : menjawat jawatan baharu di syarikat ayahnya.
3. Anak Pak Hashim yang tampan itu menjadi guru sementara di Sekolah Kebangsaan
Langgar.
Subjek : Anak Pak Hashim yang tampan itu
Predikat : menjadi guru sementara di Sekolah Kebangsaan Langgar.
Jika dilihat dari segi konsep, ragam ayat terdiri daripada ayat aktif dan ayat pasif.
Pembahagian ayat sedemikian adalah dengan melihat kedudukan unsur-unsur yang berkaitan
dengan konstituen subjek dan predikat dalam ayat berkenaan. Secara umumnya, ayat aktif
ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai judul atau unsur
yang digunakan sebagai penerang. Dalam erti kata lain, Ayat aktif ialah ayat yang
mengutamakan subjek atau pelaku sebagai subjek dan kata kerja di dalam ayat tersebut
mempunyai awalan MeN- (me-, mem-, men-, menge-, dan meny-). Ayat aktif perlu didahului
oleh subjek, kata kerja, objek dan penerang. Perhatikan contoh-contoh berikut:

Nalina melipat baju yang kering itu.


Dalam ayat di atas, susunan ayat terdiri daripada “Nalina” ialah subjek, “melipat” adalah kata
kerja, “baju” adalah objek, dan “yang kering itu” adalah keterangan.
Ayat aktif boleh dibahagikan kepada dua iaitu ayat aktif transitif dan ayat aktif tak transitif.
Ayat aktif transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja transitif atau erti kata lain ayat
yang diikuti oleh frasa nama sebagai objek.
Pak Daud menebas lalang.
John mencuci kereta.
Sementara itu, ayat aktif tak transitif pula ialah ayat yang mengandungi kata kerja tak
transitif, iaitu yang tidak diikuti oleh objek sebagai penyambut. Sebagai contoh, perhatikan
ayat-ayat berikut:
Swee Lan sedang berbual.
Nancy berenang.
Dalam pada itu, ayat pasif pula ialah ayat yang mengutamakan objek dan perbuatannya serta
kata kerja di dalam ayat tersebut tanpa awalan atau berawalan “di-” beserta dengan kata sendi
“oleh”. Ayat pasif pula perlu didahului oleh objek, Subjek, Kata kerja dan Keterangan.
Ayam itu awak potong untuk dimasak nanti.
Dalam ayat di atas, susunan ayat pasif terdiri daripada “Ayam itu” ialah objek, “awak” ialah
subjek, “potong” ialah kata kerja, dan “untuk dimasak nanti” adalah keterangan.
Ayat pasif boleh dibahagikan kepada 6 jenis iaitu ayat pasif diri pertama, ayat pasif diri
kedua, ayat pasif diri ketiga, Ayat pasif berimbuhan (ber-.., dan ke-...-an), Ayat pasif
berimbuhan ‘ter-...’ dan Ayat pasif dengan perkataan ‘kena’. Ayat pasif diri pertama ialah
ayat pasif yang mengandungi kata ganti nama diri pertama seperti aku, beta, saya, kami, kita,
dan sebagainya. Cuba tatap contoh-contoh di bawah untuk pemahaman lanjut.

Kereta itu saya beli semalam.


Wang itu saya ambil.
Seterusnya, ayat pasif diri kedua ialah ayat pasif yang mempunyai kata ganti nama diri kedua
seperti awak, kamu, anda dan sebagainya. Contoh-contoh berikut akan memantapkan lagi
pemahaman anda.

Novel itu sudah anda baca?


Hutang itu masih belum kamu jelaskan lagi.
Selain itu, ayat pasif diri ketiga ialah ayat pasif yang terdiri daripada kata ganti nama diri
ketiga seperti dia, beliau, mereka dan sebagainya.

Contoh ayat: Motosikal itu ditunggang oleh Rahim.


Kerusi dan meja telah disusun oleh mereka semalam.
Dalam persepsi lain pula, terdapat juga ayat pasif berimbuhan (ber-.., dan ke-...-an) dalam
konsep ragam ayat ini sebagaimana contoh berikut:
Baju Raju belum bercuci lagi (belum dicuci).
Kumisnya itu belum bercukur (belum dicukur).
Rumah Pak Abu kecurian petang semalam. (ditimpa kejadian curi)
Aminah kehujanan ketika pulang dari sekolah (ditimpa hujan)
Satu lagi jenis ayat pasif adalah Ayat pasif berimbuhan ‘ter-. Perhatikan contoh-contoh di
bawah.

Novel yang tebal itu tidak terbaca oleh saya.


Batu yang besar itu tidak terangkat oleh mereka.
Gunung Ledang yang terkenal dengan legendanya terdaki oleh kami.
Akhir sekali, Ayat pasif dengan perkataan ‘kena’. Ayat pasif jenis ini mengandungi
perkataan ‘kena’ di hadapan kata kerja dasar yang tidak menerima imbuhan awalan.
Contoh: Anak ahli korporat itu kena culik.
Budak nakal itu kena rotan oleh bapanya.
Pencuri itu kena tangkap oleh polis.

1.2 Ragam ayat dari segi kategori


Dari segi kategori atau jenis pula, ayat boleh dibahagikan kepada 4 jenis utama iaitu ayat
penyata, ayat Tanya, ayat perintah dan ayat seru. Berikut akan diperincikan penerangan
beserta contoh bagi setiap kategori berkenaan untuk tatapan umum.

1.2.1 Ayat penyata


Ayat penyata adalah ayat yang menceritakan atau memberitahu tentang sesuatu perkara. Ayat
penyata dikenali juga sebagai Ayat Berita atau Ayat Keterangan. Rumusnya, ayat penyata
ialah ayat yang menyatakan atau menerangkan sesuatu cerita, perkara, kejadian, dan
sebagainya. Amati contoh-contoh berikut:
I. Kakak sedang menyiram bunga.
II. Lembu itu akan dijual.
III. Budak-budak itu bermain di tepi longkang.

1.2.2 Ayat Tanya


Ayat Tanya merupakan ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu perkara dan berupa
soalan. Lazimnya, ayat Tanya ini akan diakhiri dengan tanda soal (?). Ayat Tanya boleh
dibahagikan kepada dua iaitu ayat Tanya dengan kata Tanya dan ayat Tanya tanpa kata
Tanya.
Ayat Tanya dengan kata Tanya menggunakan kata tanya seperti apa, siapa, berapa, bila,
mana, bagaimana, kenapa dan mengapa. Lazimnya ayat ini akan diakhiri dengan partikel -
kah.
Contoh : Siapakah nama bapa kamu ?
Berapakah harga baju itu?
Mengapakah awak kelihatan muram?
Seterusnya, ayat Tanya tanpa kata Tanya. Ayat ini tidak menggunakan kata Tanya. Ayat ini
diucapkan dengan meninggikan nada suara pada akhir ayat penyata. Dalam penulisan,
lambang tanda tanya digunakan ( ? )
contoh : Kamu belum hantar buku itu ?
Kamu sudah makan?
Bapa belum pulang?

1.2.3 Ayat perintah


Ayat perintah merupakan ayat yang digunakan untuk menyuruh seseorang melakukan
sesuatu. Dalam kata lain, ayat perintah bertujuan menyuruh, melarang, mempersilakan, atau
meminta seseorang melakukan sesuatu. Ayat perintah dapat dikelaskan sebagaimana berikut:
a. Ayat Suruhan: Ayat ini bertujuan memberi arahan atau perintah. Partikel -lah boleh
digunakan untuk tujuan melembutkan ayat.
Contoh : Hantarlah buku itu sebelum pulang.
Turunlah dari sini sekarang juga.
Cuci kasut kamu.

b. Ayat Permintaan: Ayat ini bertujuan memohon pertolongan dan permintaan. Ayat ini
menggunakan perkataan tolong dan minta pada permulaan ayat.
Contoh : Tolong bawakan minuman ini ke dapur.
Minta hadirin semua bergerak ke ilik jamuan.
Tolong jemurkan pakaian itu.

c. Ayat Larangan: Ayat ini bertujuan melarang melakukan sesuatu . Ayat ini menggunakan
kata larangan seperti usah, tak usah dan jangan. Partikel -lah boleh digunakan untuk
melembutkan ayat.
Contoh : Jangan minum air itu.
Usahlah menangis lagi.
Jangan petik bunga itu.

d. Ayat Silaan: Ayat ini bertujuan mempersilakan atau menjemput seseorang. Ayat ini
menggunakan kata silaan seperti sila dan jemput pada permulaan ayat. Partikel -lah boleh
digunakan.
Contoh : Sila bawa sejadah bila ke surau.
Jemputlah minum.
Datanglah ke rumah saya.

1.2.4 Ayat seruan


Ayat seruan diucapkan untuk melahirkan perasaan seperti takut, marah, hairan, terkejut, sakit,
hairan dan sebagainya. Ayat seruan diakhiri dengan tanda seru ( ! ). Tanda seru biasanya
terletak diakhir ayat. Ayat seru dimulai oleh kata seru seperti Oh, Cis, Wah, Amboi dan
sebagainya. Amati contoh-contoh berikut:

i. Amboi, cantiknya baju kamu!


ii. Aduh, sakitnya perut aku!
III. Oh, dia sudah pergi ke sekolah !
IV. Nah, ambillah wang ini!

You might also like