You are on page 1of 6

1.

0 PENGENALAN
Menurut Nik Safiah Karim (2010) dalam buku Tatabahsa Dewan Edisi Ketiga, morfologi
ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji perkataan dari segi struktur, bentuk dan
pergolongan kata. Struktur kata merupakan susunan bentuk bunyi ujaran ujaran atau
lambang (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Bentuk kata pula bermaksud
rupa unit tatabahasa, sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses
pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Pergolongan kata ialah proses
menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk atau fungsi,, atau bentuk dan
fungsinya. Perkataan-perkataan yang mempunyai keserupaan demikian digolongkan dalam
golongan kata yang sama.

2.0 GOLONGAN KATA


Dalam bahasa Melayu, terdapat empat golongan kata iaitu kata nama, kata kerja, kata
adjektif dan kata tugas.

2.1 Kata Nama


Kata nama terdiri daripada sejumlah perkataan yang menamakan orang, benda dan
tempat. Kata nama boleh menjadi unsur inti bagi frasa nama. Kata nama ini
terbahagi kepada tiga iaitu kata nama khas, kata nama am dan kata ganti nama.

2.1.1 Kata Nama Khas


Kata nama khas ialah kata nama yang membawa makna rujukan khusus
kepada sesuatu benda, orang atau tempat. Huruf pertama kata nama ini
ditulis dengan huruf besar. Contoh kata nama khas dapat dilihat di dalam
jadual 1 di bawah.

Jadual 1 Contoh kata nama khas

KATA NAMA KHAS


HIDUP TIDAK HIDUP
Manusia Bukan manusia Teluk Intan
Ahmad Si Belang Proton Axia
Ah Seng Comel Keretapi Tanah Melayu
Muthu Bunga Raya Nasi Goreng Ayam

2.1.2 Kata Nama Am

1
Kata nama am ialah perkataan yang merujuk benda-benda atau perkara-
perkara yang umum sifatnya. Kata nama am boleh dibahagikan kepada
dua jenis iaitu kata nama am konkrit dan kata nama am abstrak.

2.1.2.1 Kata Nama Am Konkrit


Merupakan kata nama yang membawa konsep kebendaan.
Sebagai contoh : rumah, sungai, kampung, langit, tangan.
2.1.2.2 Kata Nama Am Abstrak
Merupakan kata nama yang membawa konsep mujarad atau
bukan kebendaan. Sebagai contoh : mimpi, impian, kejujuran,
amalan.

2.1.3 Kata Ganti Nama


Kata ganti nama dapat dipecahkan kepada dua sub pecahan iaitu kata
ganti nama diri dan kata ganti nama tunjuk.

2.1.3.1 Kata Ganti Nama Diri


Kata ganti nama diri merupakan kata nama yang menjadi
pengganti sesuatu benda, perkara atau manusia. Contohnya, ia,
mereka, awak, saya dan sebagainya.
2.1.3.2 Kata Ganti Nama Tunjuk
Kata ganti nama tunjuk merupakan kata ganti nama yang
berfungsi menunjuk pada sesuatu perkara atau benda.
Contohnya, itu dan ini.
2.2 Kata Kerja
Kata kerja ialah kata yang menyatakan makna makna perbuatan atau perlakuan.
Kata kerja boleh menjadi unsur inti untuk frasa kerja. Kata kerja ini terbahagi kepada
dua iaitu kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif.

2.2.1 Kata Kerja Transitif


Kata kerja transitif merupakan kata kerja yang menerangkan sesuatu
perbuatan yang dilakukan oleh pembuat terhadap sesuatu benda. Oleh
itu, kata kerja transitif memerlukan penyambut sesudahnya yang

2
dipanggil sebagai objek. Contohnya seperti memotong, membaca,
memasak dan sebagainya.

2.2.2 Kata Kerja Tak Transitif


Kata kerja tak transitif merupakan kata kerja yang tidak memerlukan
objek sesudahnhya. Contohnya adalah seperti tersenyum, berbual,
pulang dan sebagainya.

2.3 Kata Adjektif


Kata adjektif ialah kata yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu benda atau
kata nama. Kata adjektif boleh menjadi unsur inti bagi frasa adjektif. Antara contoh
kata adjektif ialah cerdik, hitam, nipis, cantik, perlahan dan sebagainya.

2.4 Kata Tugas


Kata tugas merupakan golongan kata yang mempunyai tugas-tugas tertentu dalam
binaan sesuatu frasa, klausa ataupun ayat. Kata tugas ini terbahagi kepada 16 jenis
iaitu :
(i) kata hubung
(i) kata seru
(ii) kata tanya
(iii) kata perintah
(iv) kata pangkal ayat
(v) kata bantu
(vi) kata penguat
(vii) kata penegas
(viii) kata nafi
(ix) kata pemeri
(x) kata sendi nama
(xi) kata pembenar
(xii) kata arah
(xiii) kata bilangan
(xiv) kata penekan
(xv) kata pembenda

3
3.0 ANALISIS GOLONGAN KATA YANG TERDAPAT DALAM CERPEN
“Semua Kerana Pengetua” merupakan tajuk cerpen yang akan dianalisis penggunaan
golongan katanya di dalam penulisan ini dan cerpen tersebut boleh dirujuk di ruangan
lampiran.

Setelah dianalisis cerpen tersebut, dapat disimpulkan bahawa semua jenis golongan kata
iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas telah digunakan di dalam cerpen ini.
Tetapi, kata yang paling kerap dan banyak digunakan di dalam cerpen ini ialah kata tugas.
Hal ini kerana, di bawah kata tugas terdapat 16 jenis kata. Jadi, tidak peliklah jika kata
tugas menjadi kata yang paling banyak digunakan di dalam sesebuah penulisan. Nik Safiah
Karim (2003) menegaskan bahawa kata tugas ialah sejenis perkataan yang hadir dalam
ayat, klausa atau frasa untuk mendukung sesuatu tugas sintaksis tertentu sama ada
sebagai penerang, penguat, penentu, penghubung, penegas, penafi, pemeri dan lain-lain.

Menurut Abdullah Hassan (2004) pula, kata tugas ialah kata yang tidak mempunyai makna
kerana kata tugas hanya mempunyai tugas tatabahasa. Oleh sebab itulah, ia dipanggil kata
tugas. Walaupun kata tugas tidak mempunyai makna, tetapi kata-kata tersebut adalah
penting kerana tugas-tugas yang dimainkan olehnya adalah mustahak.

Oleh sebab itulah, kata tugas banyak digunakan di dalam cerpen tersebut kerana ia
bertugas untuk menyambungkan, menafikan, menegaskan, menerangkan dan menguatkan
sesuatu ayat.

4.0 ANALISIS KESALAHAN PENGGUNAAN BAHASA ROJAK DALAM ARTIKEL


Tajuk artikel yang akan dianalisis bahasa rojaknya ialah “5 Cara Untuk Berjimat Bagi Majlis
Perkahwinan”.

Setelah dianalisis artikel tersebut, telah didapati bahawa banyak penggunaan bahasa rojak
telah digunakan dalam artikel ini. Antaranya ialah penggunaan perkataan “so”, “next”,
“confirm”, “best” dan banyak lagi. Hampir 40% bahasa Inggeris telah digunakan dan
dicampurkan dengan bahasa Melayu dalam artikel ini.

Hal ini terjadi mungkin kerana kurangnya kesedaran dalam diri penulis tersebut untuk
memartabatkan bahasa Melayu. Selain itu, mungkin juga penulis tersebut sudah terbiasa

4
menggunakan bahasa rojak ini ketika berkomunikasi di dalam kehidupan sehariannya. Oleh
sebab itulah artikel yang ditulisnya mengandungi bahasa rojak yang banyak.

5.0 LANGKAH MENGATASI PENGGUNAAN BAHASA ROJAK

Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil untuk mengatasi penggunaan bahasa rojak
ini. Antaranya ialah ibu bapa perlulah memainkan peranan mereka dengan cara
menerapkan penggunaan bahasa Melayu dengan betul terhadap anak-anak mereka. Hal
ini perlu dilakukan dari peringkat awal lagi iaitu semasa anak-anak masih kecil. Penggunaan
bahasa Melayu yang betul daripada ibu bapa akan dapat mengelak penggunaan bahasa
rojak dalam kalangan anak-anak daripada terus berleluasa. Keadaan ini dapat ditafsirkan
melalui pepatah melayu "melentur buluh biarlah dari rebungnya". Oleh itu, bahasa Melayu
yang betul tanpa dirojak dapat diterapkan terhadap anak-anak melalui paranan ibu bapa.

Seterusnya, pihak sekolah haruslah memainkan peranan dengan cara menegur dan
membetulkan kesalahan-kesalahan bahasa yang dilakukan oleh pelajar, lebih-lebih lagi
guru bahasa Melayu. Biarkan mereka belajar dari kesalahan mereka sendiri agar
kesalahan tersebut tidak akan diulangi lagi oleh mereka. Selain daripada itu, pihak sekolah
juga perlu menganjurkan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan bahasa. Contohnya,
mengadakan bulan bahasa yang diisi dengan pelbagai aktiviti dan pertandingan seperti
pidato, syarahan, kuiz bahasa dan aktiviti-aktiviti lain yang sesuai. Dengan penyertaan dari
para pelajar tersebut, secara tidak langsung mereka akan belajar tentang bahasa yang
betul, bak kata pepatah “sambil menyelam minum air”.

Selain itu, bagi mengelakkan bahasa rojak ini terus digunakan, sikap masyarakat sendiri
perlulah diubah. Sikap menganggap bahawa bahasa Melayu ini kolot dan tidak standard
harus dihapuskan. Alasan yang menyatakan bahasa Melayu tidak mempunyai
perbendaharaan kata yang cukup untuk mengungkapkan sesuatu idea tidak boleh diterima
langsung kerana bahasa Melayu bersifat terbuka dan sanggup menerima perkataan-
perkataan Inggeris bagi menambahkan perbendaharaan katanya. Jadi, masyarakat
haruslah menyanjung tinggi bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu ini dan mengelakkan
diri dari menggunakan bahasa-bahasa rojak ini.

5
Di samping itu, pihak kerajaan juga perlulah mengadakan kempen kesedaran untuk
memartabatkan bahasa Melayu ini. Kempen ini bertujuan untuk menggalakkan
penggunaan bahasa Melayu yang gramatis dalam kalangan masyarakat majmuk di
Malaysia ini, di samping ia dapat mengembalikan semula martabat bahasa Melayu.
Masyarakat haruslah sedar akan pentingnya menjulang bahasa Melayu ini, terutamanya
bangsa Melayu sendiri kerana ia merupakan jati diri dan lambang mereka sebagai orang
Melayu. Oleh itu, dengan mantapnya penggunaan bahasa Melayu ini dalam kalangan
masyarakat, maka penggunaan bahasa-bahasa rojak ini dapat dihakis dan diatasi.

6.0 RUMUSAN
Kesimpulannya, bahasa Melayu perlulah dipelajari dan dikaji dengan lebih mendalam
supaya bahasa ini dapat dimartabatkan. Di samping itu, masyarakat perlulah mengetahui
ilmu-ilmu bahasa seperti morfologi, fonologi, sintaksis dan sebagainya supaya penggunaan
bahasa Melayu dalam kehidupan seharian mereka menjadi betul dan mantap. Selain itu,
apabila kita mempelajari ilmu-ilmu bahasa ini, kita akan mengetahui dengan lebih
mendalam lagi tentang setiap fungsi kata yang ada dalam sebuah penulisan. Hal ini
menyebabkan, kita berasa lebih teruja untuk menbaca sesebuah penulisan, yang mana
sekali gus ianya akan menanam budaya membaca di dalam diri kita. Dengan itu,
masyarakat yang berintelektual dapat dilahirkan dan pembangunan negara juga akan lebih
membangun.

You might also like