You are on page 1of 9

1.

0 PENGENALAN
Bahasa Melayu telah lama berkembang di kepulauan Melayu. Menurut Nik
Safiah Karim (2015), bahasa Melayu bermula pada abad ke-7 dan dikenali
sebagai sebagai bahasa Melayu Kuno. Hal ini dapat dibuktikan dengan
penemuan beberapa batu bersurat yang ditemui di kepulauan Melayu. Batu
bersurat yang ditemui pada zaman itu membuktikan bahawa terdapat pengaruh
bahasa Sanskrit dalam masyarakat Melayu pada ketika itu yang mana mereka
menggunakan tulisan palava serta tulisan rencong dalam penulisan mereka.
Kemudian pada abad ke-13, agama Islam mula berkembang di kepulauan
Melayu dan telah menyebabkan pengaruh Sanskrit terhakis sedikit demi sedikit.
Secara tidak langsung, bahasa Melayu Kuno telah digantiksn dengan bahasa
Melayu Klasik yang mana tulisan arab digunakan di dalam penulisan mereka.
Seterusnya, zaman bahasa Melayu Klasik telah digantikan dengan zaman
bahasa Melayu Moden yang mana pada zaman itu, tulisan rumi mula
diperkenalkan akibat daripada pengaruh British pada ketika itu. Akhirnya,
tulisan rumi dan jawi telah digunakan sehinggalah ke hari ini.

2.0 SEJARAH PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN JAWI

Perkataan Jawi berasal daripada perkataan al-Jawi yang digunakan oleh


orang-orang Arab yang datang ke kepulauan Melayu untuk berdagang dan
menyebarkan agama Islam. Mereka menggunakan perkataan al-Jawi kerana
antara pulau-pulau Melayu yang terkenal pada ketika itu ialah Pulau Jawa dan
isitilah Jawi tersebut telah menjadi ikutan orang-orang Melayu yang menamakan
tulisan Arab sebagai tulisan Jawi. Tetapi ada juga yang berpendapat bahawa
perkataan Jawi ini wujud kerana Ibn Batutah dalam bukunya “al-Rehlah”
menggelarkan orang Sumatera sebagai al-Jawah. Orang Arab memanggil
orang Melayu di Jawa sebagai Jawi. Oleh itu, tulisan Melayu yang
menggunakan huruf Arab dikenali sebagai tulisan Jawi. Menurut Amat Juhari
Moain (1996), nama Jawi itu berasal daripada kata bahasa Arab Jawah. Apabila
dijadikan kata adjektif, Jawah menjadi Jawi. Perkataan Jawah atau Jawi
berkemungkinan berasal daripada perkataan Javadwipa, iaitu nama bagi daerah
Asia Tenggara pada zaman purba dahulu. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa
Jawi adalah nama yang diberikan oleh seluruh bangsa di kepulauan Melayu
pada ketika itu untuk menamakan tulisan Arab yang mereka gunakan.

1
3.0 PERKEMBANGAN EJAAN JAWI

Tulisan Jawi ini telah mengalami pelbagai bentuk perubahan dan perkembangan
dalam mencapai tahap pemantapannya. Tulisan jawi ini mengalami dua
peringkat utama yang dipanggil sebagai evolusi dari segi sistem ejaan dan
bentuk huruf yang membinanya. Perkembangan sistem ejaan Jawi berlaku
dalam banyak peringkat sebenarnya namun secara generalisasinya,
perkembangan sistem tulisan Jawi dapat dibahagikan kepada dua peringkat
utama. Rajah 1 menunjukkan dua peringkat utama perkembangan sistem
tulisan Jawi secara ringkas.

PERINGKAT 1 PERINGKAT 2

Menggunakan tulisan Hejaan P.Bm.P.B


Arab Diraja

Menghilangkan baris Ejaan Jawi Za’ba

Menggunakan huruf
Sistem Ejaan Dian
saksi atau huruf vokal

Huruf saksi pada suku


Pedoman ejaan jawi
kata pertama dan
yang disempurnakan
kedua

Rajah 1 Dua peringkat utama dalam perkembangan sistem tulisan Jawi.

2
3.1 Peringkat Pertama

Terdapat empat tahap dalam perkembangan sistem ejaan Jawi bagi


peringkat yang pertama. Antara perkembangan sistem ejaan Jawi bagi
peringkat pertama iaitu menggunakan tulisan dan sistem ejaan Arab
sepenuhnya, menghilangkan tanda baris tetapi mengekalkan ejaan dan
huruf sedia ada , mewujudkan huruf-huruf saksi dan menggunakan huruf
saksi pada suku kata pertama dan juga kedua.

3.1.1 Menggunakan Tulisan Arab

Pada peringkat sistem ejaan Jawi, tahap yang pertama ialah


menggunakan tulisan Arab. Melalui tahap ini, tulisan jawi
menggunakan sistem ejaan Arab sepenuhnya. Ejaannya
menggunakan tulisan Arab yang terlengkap dengan menggunakan
tanda-tanda baris bagi mengeja setiap kata dan perkataan, tidak
kiralah sama ada perkataan tersebut pinjaman daripada bahasa
Arab atau perkataan Melayu yang asli itu sendiri.

Tetapi, terdapat beberapa kelemahan apabila penggunaan tanda


baris ini diteruskan dalam sistem tulisan Jawi. Salah satu
kelemahan penggunaan tanda baris di dalam sistem tulisan Jawi ini
ialah menyebabkan proses penulisan menjadi lambat. Perkara ini
telah menyebabkan perubahan sistem ejaan jawi kepada tahap
yang seterusnya iaitu menghilangkan baris.

Rajah 2 Peralihan dari tahap pertama sistem tulisan jawi kepada

3
tahap yang kedua dalam peringkat sistem tulisan jawi yang
pertama.

3.1.2 Menghilangkan Baris

Pada tahap menghilangkan baris ini, sistem ejaan jawi masih


menggunakan pengaruh ejaan Arab tetapi penggunaan tanda baris
telah dimansuhkan dan digugurkan. Oleh yang demikian, tulisan
Jawi yang tidak menggunakan tanda baris ini, dipanggil sebagai
tulisan Arab Gundul.

Walau bagaimanpun, terdapat juga kelemahan apabila


menggunakan sistem tulisan Arab Gundul ini. Sistem tulisan ini
menyebabkan kesukaran dalam membunyikan sesuatu perkataan
dengan tepat serta boleh menimbulkan perkataan yang berbentuk
homograf iaitu perkataan yang sama ejaan, tetapi berbeza dari segi

sebutan. Misalnya, perkataan ‫تمبق‬, ia boleh disebut sebagai


tembak, tambak, tembok, dan juga tombak. Hal ini menunjukkan
bahawa, ejaan tersebut akan mengelirukan para pembaca dan juga
penulis. Oleh itu, bagi menyelesaikan masalah kekeliruan sebutan
ini, tahap meneggunakan huruf saksi atau vokal diperkenalkan
untuk menggantikan untuk menggantikan tahap menghilangkan
baris dalam sistem tulisan jawi ini.

Menggunakan
Sebutan dan huruf saksi
Menghilangka ejaan yang
atau vokal
n baris mengelirukan
pada ejaan
untuk penulis
jawi
dan pembaca.

Rajah 3 Peralihan tahap kedua sistem tulisan jawi kepada tahap yang
ketiga.

4
3.1.3 Menggunakan Huruf Saksi atau Vokal

Tahap ketiga di dalam peringkat pertama sistem tulisan jawi ini


ialah menggunakan huruf saksi atau vokal, yang mana huruf saksi
atau vokal tersebut akan diletakkan pada suku kata pertama
perkataan sahaja. Terdapat tiga huruf benar Arab yang dijadikan
sebagai huruf saksi dan mengekalkannya sebagai huruf benar,

iaitu ‫ا‬ (alif),  ‫و‬ (wau) dan ‫ي‬ (ya). Antara contoh perkataan yang


menggunakan huruf saksi atau vokal pada suku kata pertamanya
ialah :

(i) Kita - ‫كيت‬

(ii) Mata - ‫مات‬

(iii) Bola - ‫بوال‬

Tetapi, beberapa kesilapan dan salah faham masih berlaku.

Misalnya perkataan ‫الك‬  , yang mana perkataan tersebut boleh


disebut sebagai laki juga boleh disebut sebagai laku. Perkara ini
bermakna, masih wujud lagi kelemahan semasa tahap
menggunakan huruf vokal atau saksi ini. Oleh itu, tahap ini
beralih kepada tahap yang seterusnya iaitu meletakkan huruf saksi
pada suku kata pertama dan kedua pada ejaan jawi tersebut.

3.1.4 Menggunakan Huruf Saksi Pertama dan Kedua

Terdapat banyak perkataan dalam bahasa Melayu mempunyai


dua suku kata. Jadi pada tahap ini, huruf saksi atau vokal ini
telah diletakkan pada kedua-dua suku kata, iaitu suku kata pertama

dan suku kata kedua perkataan tersebut. Sebagai contoh, ‫ بوكو‬.


Walau bagaimanapun, sistem ini mempunyai beberapa kelemahan
yang tidak dapat dielakkan. Hal ini kerana, dalam huruf jawi
terdapat tiga sahaja huruf saksi (vokal) sahaja, manakala dalam
bahasa Melayu pula terdapat lima huruf vokal. Oleh sebab itu,

5
tulisan Jawi mengalami kekurangan dalam melambangkan fonem-
fonem vokal bahasa Melayu.

3.2 Peringkat Kedua

Menjelang abad ke-20, perkembangan sistem ejaan Jawi


dikembangkan kepada beberapa pedoman dan juga panduan yang
dirangka dan diterbitkan oleh orang perseorangan mahupun pertubuhan
yang tertentu misalnya Hejaan P.Bm.P.B. Diraja, Ejaan Jawi Za’ba,
Sistem Ejaan Dian dan juga Pedoman Ejaan Jawi yang Disepurnakan.
Keempat-empat pedoman dan panduan ini diserapkan ke dalam
penggunaan sistem ejaan Jawi pada zaman tersebut.

3.2.1 Hejaan P.Bm.P.B Diraja

Mejar Dato’ Mohd Said Sulaiman yang merupakan seorang


pegawai kanan kerajaan Johor telah pun menyusun panduan
ejaan ini yang digunakan secara rasmi oleh Pakatan Bahasa
Melayu Persuratan Buku Diraja Johor (P.Bm.P.B Diraja Johor).
Panduan ejaan ini menerangkan kaedah mengeja dengan

menggunakan huruf-huruf saksi iaitu ‫ي‬,‫و‬,‫ا‬ , cara mengeja


perkataan berimbuhan, penggunaan huruf hamzah,

penggunaan dan perbezaan huruf ‫ك‬ ,‫ ق‬dan


sebagainya. Penggunaan “ta simpul” (‫)ة‬ dan “ta

panjang” (‫)ت‬ diadakan dalam sistem ejaan Pakatan. “Ta


panjang” yang digunakan pada akhir perkataan menunjukkan
perkataan itu mempunyai suku kata terbuka.

Contohnya ‫مات‬ (mata). Sebaliknya “ta simpul” pada akhir


perkataan pula menunjukkan ia mempunyai suku kata tertutup

seperti ‫( سبة‬sebat).

3.2.2 Ejaan Jawi Za’ba

Za’ba telah memberikan panduan ejaan yang baharu, iaitu


sekurang-kurangnya 20 peraturan atau hukum ejaan Jawi bagi
kata dasar dan 20 peraturan bagi kata berimbuhan. Antara
peraturan-peraturan baharu yang telah dicipta oleh Za’ba ialah

6
bunyi berpadu atas kasar menggunakan huruf saksi alif (‫)ا‬,
bunyi lepas hadapan di hujung menggunakan huruf saksi wau

(‫)و‬, ejaan berpenambah ber-, ter-, per- terus disambung,

kecuali perkataan yang bermula dengan huruf   ‫ر‬  maka pada


huruf itu digugurkan dan penambahan partikel pun hendaklah
dirangkaikan dengan kata dasar.

Walaupun sistem ejaan pada tahap ini memberikan


perubahan yang sangat besar namun masih banyak lagi
kelemahan yang didapati dalam sistem ini. Antara
kelemahannya ialah ejaan cara lama masih banyak
dikekalkan dan masih terdapat lagi masalah homograf dan
sebagainya.

3.2.3 Ejaan Dian

Seorang pengarang majalah Dian di Kelantan telah


memperkenalkan sistem ejaan Jawi yang baharu berdasarkan
sistem fonetik pada tahun 1979 yang mana sistem fonetik ini
merupakan sistem mengeja perkataan sebagaimana perkataan
itu disebutkan. Sebagai contoh :

(i) Agama : ‫اݢاما‬

(ii) Guna : ‫ݢونا‬

Sistem ejaan Dian mempunyai pelbagai perubahan baharu


yang mengurangkan masalah jika dibandingkan dengan sistem
ejaan yang sebelumnya. Walau bagaimanapun, terdapat
beberapa kelemahan yang ditemui di dalam sistem ejaan Dian
ini iaitu tiada perbezaan lambang antara “f” dengan “p” kerana

7
kedua-duanya menggunakan huruf yang sama iaitu huruf ‫ف‬
dan angka dua arab (٢) yang digunakan pada akhir kata ganda
agak mengelirukan terutamanya pada kata ganda berimbuhan

seperti ٢‫ برڤانسن‬kerana sebutannya agak diragui.

3.2.4 Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan

Pada tahun 1983, pelbagai sistem ejaan Jawi yang diasaskan


oleh Za’ba telah dijadikan sebagai panduan asas dalam satu
bengkel Jawi yang diadakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hasilnya, satu kertas telah dibentangkan dalam Konvensyen
Kebangsaan Tulisan Jawi yang diadakan di Kuala Terengganu
pada bulan April 1984. Pada tahun 1996 pula, sebuah buku
pedoman ejaan jawi diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan
Pustaka dengan judul “Pedoman Ejaan Jawi yang
Disempurnakan (PEJYD)” dan diikuti oleh penerbitan buku
“Daftar Ejaan Rumi-Jawi” pada tahun 1988.

Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan merupakan satu


usaha bagi penyelarasan, penyeragaman, penambahan,
pengubahsuaian dan pelengkap kepada sistem ejaan Jawi
yang telah diperkenalkan oleh Za’ba. Konklusinya, Pedoman
Ejaan Jawi yang Disempurnakan merupakan satu sistem ejaan
Jawi yang lebih baik daripada sistem yang sebelumnya kerana
pelbagai masalah dapat diatasi melalui hukum-hukum yang
telah diberikan.

4.0 RUMUSAN

Kesimpulannya, penting untuk masyarakat Melayu mempelajari tulisan Jawi ini


kerana dengan mempelajarinya, sejarah warisan budaya Melayu dapat
dikekalkan. Di samping itu, dengan mempelajari tulisan jawi ini juga dapat
membantu masyarakat untuk membaca dan menulis istilah-istilah agama
dengan lebih tepat kerana istilah-istilah agama biasanya ditulis dalam bahasa Arab
dan tulisan Jawi pula menggunakan abjad Arab. Oleh itu, diharapkan agar
semua pihak yang bertanggungjawab memainkan peranan mereka dengan baik
untuk memartabatkan tulisan Jawi ini supaya tidak lapuk dimamah zaman.

8
9

You might also like