You are on page 1of 4

Perbezaan Antara Ejaan Zaaba Dan Ejaan Yang Disempurnakan

Tulisan Jawi telah digunakan oleh orang-orang Melayu sejak sekian lama,
namun tidak terdapat rekod yang menunjukkan adanya kajian mengenai
tulisan Jawi yang dibuat oleh orang Melayu. Cuma pada pertengahan abad
ke-20 ini telah muncul seorang pengkaji ulung bernama Za'ba (Zainal Abidin
Ahmad). Beliau telah mengkaji penggunaan tulisan Jawi dengan mendalam.
Za'ba telah mengumpul beribu-ribu perkataan Melayu dan usaha ini
dijalankan sejak tahun 1918. Sumber perkataan itu diperolehi daripada Daftar
Ejaan Rumi Kerajaan Negeri Persekutuan yang dikeluarkan pada tahun 1904.
Pada tahun 1925, senarai perkataan itu disemak semula dan ditambah.
Za'ba sempat juga menulis satu makalah yang bertajuk Jawi Spellingyang
diterbitkan dalam JMBRAS pada tahun 1928.
Za`ba telah menyusun buku Daftar Ejaan Melayu Jawi-Rumi tetapi baru terbit
pada tahun 1949. Seterusnya beliau berjaya menyusun sebuah bukuRahsia
Tulisan Jawi pada tahun 1931. Kemudian, beliau telah menyusun buku Pelita
Bahasa Melayu Penggal I. Dalam kedua-dua buah buku ini, telah dibahas
tentang padanan huruf Jawi dengan Rumi dan juga tentang sistem ejaan
Melayu: Rumi dan Jawi. Dalam buku Pelita Bahasa Melayu I misalnya Za'ba
telah menyenaraikan huruf Jawi (dengan sebutannya sekali mengikut lafaz
Arab), dan padanan huruf Ruminya (huruf kecil dan besar), selain bentukbentuk huruf yang digunakan pada pangkal, tengah dan hujung. Bagi
huruf ( wau)

dan (ya),

Za'ba

telah

memberikan

tiga

padanan

bagi

setiapsatunya, iaitu seperti berikut:


1.

: a) untuk wau( )benar.


b) untuk wau huruf saksi (vokal) O
c) untuk wau huruf saksi (vokal) U

2.

:a) untuk ya ( )benar.


b) untuk huruf saksi (vokal) i
c) untuk huruf saksi (vokal) e

Namun demikian terdapat beberapa banyak huruf Jawi yang diberi padanan
dengan menggunakan gabungan huruf-huruf Rumi. Contohnya seperti yang
berikut:

=th

=ch

=kh

=dz
=gh

=sh

=dh
=ny

=ng

Tentang huruf , pula diberi dua padanan, iaitu k dan q. Sedangkan


huruf diberi padanan dengan tanda (koma terbalik) sahaja. Huruf yang
wujud dalam senarai Marsden tidak ada dalam senarai Za'ba. Demikian juga
huruf tidak

diberi

padanan

kerana

bagi

Za'ba ialah

sejenis yang

berkuasa huruf benar dipakai di tengah dan di hujung rangkaian, dan digelar
"alif bongkok"; pada tulisan Rumi ditandakan demikian (') .
.Pada dasarnya, sistem ejaan Za'ba berasaskan kepada tiga prinsip, iaitu :
i. Ekonomi
Ejaan ini menggunakan seminima bilangan huruf seperti perkataan maka,
pada, daripada, kepada dan sebagainya.
ii. Kepastian
Ejaan

yang

menimbulkan

kesamaran

sebutan,

hendaklah

diubahsuai

ejaannya seperti menambah huruf saksi supaya lebih jelas bunyinya serta
dapat mengurangkan kesamarannya.
ii. Ramai Pengguna
Jika satu perkataan itu terdapat kelainan ejaan dan ramai penggunanya serta
tidak menimbulkan sebarang kesamaran, kedua-dua ejaan tersebut boleh
diterima pakai.
Sistem Ejaan Jawi Yang Disempurnakan
Sistem ejaan jawi yang disempurnakan berdasarkan sistem ejaan jawi Za`ba
dengan

beberapa

perubahan

dan

penyesuaian

yang

tertentu

bagi

menampung perkembangan baru yang berlaku dalam bahasa Melayu.


Dengan itu pada dasarnya sistem ejaan ini tidak menyimpang jauh daripada
sistem ejaan Za`ba. Pada tahun 1986 sebuah buku pedoman ejaan yang
disempurnakan telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka di bawah
judul Pedoman Ejaan Jawi Yang Disempurnakan. Pedoman ini dihasilkan
setelah selesainya penyemakan terhadap Daftar Ejaan Melayu Zaba (1939)
dan

did

al;amnya

terkandung

pedoman

ejaan

yang

dikekalkan,dimantapkan,diubahsuaikan dan diperbaharui daripada Daftar


Zaba itu. Pada tahun 1988 diterbitkan pula buku Daftar Ejaan Rumi-Jawi .

Huruf-huruf Ejaan Jawi Yang Disempurnakan

dan

Huruf-huruf Arab diterima semuanya. Demikian juga huruf-huruf jawi yang


telah wujud selama ini. Sebagai tambahan, satu huruf baru telah dicipta,
iaitu huruf
(va) untuk transliterasi Jawi bagi huruf [v] Rumi. Dengan itu,
terdapat enam tambahan kepada huruf Arab asli yang sedia ada. Huruf-huruf
tersebut ialah:

Contoh Perbezaan
Disempurnakan

Antara

Ejaan

Za`Ba

Dan

Ejaan

Kata

Ejaan Za`ba

Ejaan Jawi
Yang
disempurnak
an

sembilan

sambilan
cangkung
cengkung
kancing
kencing
kampung
kempung

Jawi

Yang

Anda boleh mengamati perbezaan antara dua jenis ejaan di atas dengan merujuk kepada
bahan-bahan tulisan jawi lama dan terkini. Perbezaan ketara antara dua jenis ejaan ini ialah
pada pembentukan perkataan ataupun kaedah mengeja.

You might also like