You are on page 1of 65

BAHAGIAN SATU

PEDOMAN UMUM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU 1. Latar Belakang 1.1 Sistem ejaan Rumi yang digunakan sekarang ialah Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Malaysia yang dirasmikan penggunaannya pada 16 Ogos 1972. Sistem ini merupakan cetusan daripada perjanjian penyatuan ejaan Rumi bagi bahasa Melayu dan bahasa Indonesia yang dasarnya dipersetujui pada tahun 1967. Sistem ejaan Rumi yang dilaksanakan pada tahun 1972 itu ialah hasil kesepakatan Majlis Bahasa IndonesiaMalaysia bagi pihak kerajaan Malaysia dan pemerintah Republik Indonesia. Badan yang ditugaskan menyusun pedoman ejaan Rumi di Malaysia ialah Jawatankuasa Tetap Bahasa Malaysia1 yang dilantik oleh Menteri Pendidikan Malaysia, dan Jawatankuasa ini diletakkan di bawah pengurusan Dewan Bahasa dan Pustaka. 1.2 Maklumat yang termuat dalam Pedoman Umum Ejaan Rumi Bahasa Melayu ini berdasarkan dokumen-dokumen pedoman ejaan Rumi yang telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, khususnya daripada terbitan-terbitan yang berikut: (i) (ii) (iii) Pedoman Umum Ejaan Bahasa Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1975 (edisi kedua 1987); Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Malaysia , Dewan Bahasa dan Pustaka, 1975 (edisi semakan 1991); dan Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1981 (edisi kedua 1988).

2. Abjad dan Huruf Abjad Rumi bahasa Melayu mengandungi 26 huruf yang tersusun seperti yang berikut: Huruf A B C D E F G H I J K a b c d e f g h i j k Nama e (spt. dlm. kata elak) bi si di i ef ji ec ai je ke

Mulai 3 November 1992 Jawatankuasa Tetap Bahasa Malaysia diubah namanya menjadi Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu

L M N O P Q R S T U V W X Y Z

l m n o p q r s t u v w x y z

el em en o pi kiu ar es ti yu vi dabliu eks wai zet

3. Huruf Vokal 3.1 Dalam sistem ejaan Rumi, ada lima huruf vokal yang digunakan bagi melambangkan enam fonem vokal atau bunyi vokal baku. Huruf-huruf tersebut ialah a, e, i, o dan u. Huruf a e i o u 3.2 (i) (ii) Fonem /a/ /e/ // /i/ /o/ /u/ Contoh Penggunaan di depan api emas enak itu oleh ulang

di tengah padi kena petak simpan kota bumi

di belakang lusa sosialisme tauge murni pidato ibu

Huruf e digunakan untuk melambangkan dua fonem vokal, iaitu: (i) (ii) fonem e pepet yang (dalam buku ini) ditulis secara fonetik [e]; dan fonem e taling yang (dalam buku ini) ditulis secara fonetik [].

Catatan: Huruf e pepet dikenal sebagai huruf e bertanda di atas, iaitu dalam ejaan lama atau ejaan Rumi Zaba (sebelum tahun 1972). Tanda diakritik di atas e pepet () tidak digunakan lagi dalam ejaan Rumi sekarang. Contoh:

Ejaan Lama mak kledek mntri tmpoh ptek

jadi

Ejaan Sekarang emak keledek menteri tempuh petik

4. Huruf Diftong Dalam sistem ejaan Rumi, ada tiga pasang huruf diftong yang melambangkan bunyi tiga diftong dalam bahasa Melayu seperti yang berikut: Huruf ai au oi Fonem /ai/ /au/ /oi/ Contoh Penggunaan di depan di tengah aising ghairah aurat saudara oidium boikot

di belakang pandai harimau amboi

5. Huruf Konsonan 5.1 Dalam sistem ejaan Rumi, ada 26 huruf konsonan yang digunakan bagi melambangkan 27 fonem atau bunyi konsonan (termasuk beberapa bunyi konsonan sekunder), iaitu: Huruf b c d f g gh h j k kh l m n ng ny Fonem /b/ /c/ /d/ /f/ /g/ /gh/ /h/ /j/ /k/ // // /q/ /kh/ /l/ /m/ /n/ /ng/ /ny/ di depan bahasa cakap dua fakir guna ghaib hari jalan kami kadi khusus lekas maka nama ngilu nyata Contoh Penggunaan di tengah sebut kaca ada tafsir tiga Maghrib saham manja paksa nikmat akhir alas kami anak angin hanya di belakang adab Mac abad maaf beg mubaligh tuah kolej katak kakak jamik tarikh kesal diam daun pening -

p q r s sy t v w x y z

/p/ /q/ /r/ /s/ /sy/ /t/ /v/ /w/ /z/ /y/ /z/

pasang Quran raih sampai syarat tali vitamin wanita xenon yang zaman

apa wuquf bara asli isytihar mata universiti hawa payung lazat

siap buraq putar lemas Quraisy rapat lafaz

5.2 Daripada 26 huruf konsonan itu, terdapat lima huruf gabungan (digraf), iaitu gh, kh, ng, ny dan sy. 5.3 Selain itu, tiga huruf yang diperkenalkan supaya digunakan secara tetap semenjak tahun 1972 ialah q, v dan x.

(i)

Huruf q digunakan sebagai padanan kepada huruf Jawi qaf (

untuk mengeja kata istilah agama atau kata yang mengenai agama yang berasal daripada bahasa Arab. Contohnya: qariah qunut (ii) Quran wuquf

Huruf v digunakan untuk mengeja kata serapan daripada bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa Eropah yang lain, di pangkal kata atau di pangkal suku kata, sebagaimana yang terdapat dalam ejaan bahasa sumber. Contohnya: versi vitamin vokasional revolusi subversif universiti

Catatan: Huruf ve di akhir kata ditukar menjadi huruf f. Contohnya: active negative octave (iii) jadi aktif negatif oktaf

Huruf x hanya digunakan pada pangkal kata istilah khusus yang tidak ditukar menjadi z. Contohnya: xylophone jadi xilofon

xenon xenomorph

xenon xenomorf

5.4 Berkaitan dengan perenggan 5.1 hingga 5.3 di atas, terdapat dua jenis perubahan huruf konsonan daripada ejaan Rumi lama (sebelum tahun 1972) kepada ejaan Rumi sekarang. (a ) Perubahan lima huruf konsonan, iaitu: Huruf Lama ch dh dz sh th1 Huruf Sekarang c d z sy s Contoh Penggunaan chachat chuchi Mach dharab kadhi mudharat dzalim bedza dzat mashhor sharat mshuarat Ithnain mithal bahath jadi cacat cuci Mac darab kadi mudarat zalim beza zat masyhur syarat mesyuarat Isnin misal bahas

(i) (ii) (iii) (iv) (v)

(b) Tanda koma di atas () dan () yang terdapat dalam sistem ejaan Rumi lama (sebelum tahun 1972) tidak digunakan lagi dalam sistem ejaan Rumi sekarang. Tanda-tanda koma tersebut digugurkan atau digantikan dengan huruf konsonan Rumi seperti yang berikut:

(i) Tanda koma di atas () yang sepadan dengan huruf Jawi ain ( dihapuskan jika membuka suku kata. Contohnya: alam maaf rai
1

jadi

alam maaf rai

Huruf th ini sepadan dengan huruf Jawi sa () pada kata serapan daripada bahasa Arab - bukan huruf th pada kata-kata serapan bahasa Inggeris yang disesuaikan menjadi t dalam bahasa Melayu.

(ii) Tanda koma di atas () yang sepadan dengan huruf Jawi ain (

digantikan dengan huruf konsonan k jika menutup suku kata. Contohnya: mana rayat, raayat tama jadi makna rakyat tamak

(iii) Tanda koma di atas () yang sepadan dengan huruf Jawi hamzah ( dihapuskan jika membuka suku kata. Contohnya: masaalah soal jadi masalah soal

(iv) Tanda koma di atas () yang sepadan dengan huruf Jawi hamzah (

digantikan dengan huruf konsonan k jika menutup suku kata. Contohnya: nche dato ruyah jadi encik datuk rukyah

6. Persukuan 6.1 Setiap suku kata bahasa Melayu ditandai oleh satu vokal. Vokal itu dapat didahului atau diapit oleh konsonan. 6.2 Dari segi ejaan, dalam bahasa Melayu sekarang terdapat sebelas pola suku kata yang berikut (huruf condong): (1) (2) (3)
1

Pola1 V VK KV

Contoh i-bu, gu-a er-ti, ma-in ra-kit, ban-tu

Lambang V = Vokal, K = Konsonan. VK bererti sebuah suku kata yang mengandungi satu huruf vokal yang diikuti oleh satu huruf konsonan.

(4) (5) (6) (7) (8) (9) (10) (11)

KVK KKV KKVK VKK KVKK KKVKK KKKV KKKVK

pin-tu, hi-lang dra-ma, indus-tri trak-tor, elek-trik eks-port bank-rap, kon-teks kom-pleks stra-tegi, skru struk-tur, spring

Catatan: Pola (1) hingga (4) ialah empat macam pola umum suku kata yang terdapat pada kebanyakan kata dasar dalam bahasa Melayu. Pola (5) hingga (11) ialah tujuh pola suku kata yang terdapat padanya huruf konsonan rangkap atau gugus konsonan, iaitu yang diserap daripada bentuk ejaan bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa Eropah yang lain. 6.3 Sebelas pola suku kata dalam bahasa Melayu itu terdiri daripada empat pola suku kata terbuka dan tujuh pola suku kata tertutup. Suku kata terbuka ialah suku kata yang diakhiri oleh huruf vokal, dan suku kata tertutup ialah suku kata yang diakhiri oleh huruf konsonan. Satu huruf vokal dapat berdiri sebagai satu suku kata terbuka. Contohnya (huruf condong):

Suku Kata Terbuka dra-ma er-ti ke-ka-sih ke-lam-bu ma-la-ri-a se-mu-a teng-ku-juh

Suku Kata Tertutup dra-ma-tik er-ti ke-ka-sih ke-lam-bu o-leh se-me-nan-jung teng-ku-juh

6.4 Pemisahan suku kata pada kata dasar adalah seperti contoh yang di bawah (huruf condong): (1) (2) (3) (4) (5) (6) Pola V V-VK V-KV V-KVK VK-KV VK-KVK Contoh i-a a-ur u-bi, i-su u-lar, u-nit a-din-da, e-lek-trik un-ta, in-ci um-pa-ma, ar-ki-tek un-tuk, or-gan

(7) (8) (9) (10) (11) (12)

KV-V KV-VK KV-KV KV-KVK KVK-KV KVK-KVK

al-mar-hum di-a, pi-a-no se-mu-a, ma-la-ri-a ma-ut, ta-ip bi-du-an, kal-si-um ha-wa, bi-ro se-la-sih, dip-lo-ma da-pur, me-sin tam-pi, del-ta teng-ku-juh, ma-ni-fes-to sum-pit, mag-net se-me-nan-jung, struk-tur

6.5 Pemisahan suku kata ejaan pada kata terbitan dilakukan dengan cara memisahkan imbuhan, termasuk awalan yang mengalami perubahan bentuk, serta partikel dan kata ganti singkat, daripada kata dasarnya terlebih dahulu sebelum memisahkan suku kata pada kata dasarnya. Contohnya: Perkataan belajar berasa berinai diperkatakan katakanlah keberangkatan kesembilan ketakutan memenuhi mengklasifikasikan mengutamakan pemprosesan pertunjukan seseorang terangkat terjemahannya 7. Sistem Keselarasan Huruf Vokal 7.1 Keselarasan huruf vokal bererti keselarasan atau kesesuaian dua huruf vokal yang membentuk dua suku kata pada kata dasar, iaitu pasangan antara huruf vokal di suku kata praakhir dengan huruf vokal pada suku kata akhir tertutup. Prinsip keselarasan huruf vokal ini berlaku dengan syarat yang berikut: Pemisahan Suku Kata bel-a-jar be-ra-sa ber-i-nai di-per-ka-ta-kan ka-ta-kan-lah ke-ber-ang-kat-an ke-sem-bi-lan ke-ta-kut-an me-me-nuh-i meng-kla-si-fi-ka-si-kan meng-u-ta-ma-kan pem-pro-ses-an per-tun-juk-an se-se-o-rang ter-ang-kat ter-je-mah-an-nya

(i) (ii) (iii)

Keselarasan di antara dua huruf vokal pada kata dasar. Kata dasar hendaklah berakhir dengan suku kata tertutup. Bagi kata yang mengandungi suku kata yang lebih daripada dua, aturan tentang sistem keselarasan huruf vokal ini dikenakan pada dua suku kata yang terakhir sahaja, iaitu suku kata praakhir dengan suku kata akhir tertutup.

7.2 Berdasarkan maklumat di perenggan 7.1 di atas, sistem keselarasan huruf vokal memberikan erti, antara lain, seperti yang di bawah. (i) Huruf vokal e taling atau o di kata ekasuku tidak berubah apabila kata tersebut diimbuhi awalan yang mengandungi huruf vokal e pepet. Contohnya: bom: mengebom bukan mengebum syor: mengesyorkan bukan mengesyurkan (ii) Huruf vokal e taling atau o di mana-mana suku kata terbuka tidak berubah sekiranya digunakan huruf vokal a, e pepet, i atau u di suku kata sebelumnya. Contohnya: belerang daerah kaedah kecewa mereka pendekar selera temberang anggota gelora kelopak kuno pidato sekolah semboyan semoga

(iii) Huruf vokal a di suku kata akhir tidak mengubah atau mempengaruhi huruf vokal e taling atau o di suku kata sebelumnya. Contohnya: e-a: beta meja reka sewa goda kota ronda rongga cetak dewan dendang semak borang hormat johan rosak gelenggang selempang selendang terendak berontak gelombang kerongsang terompah

o-a:

(iv) Huruf vokal e taling dan o yang membentuk pasangan keselarasan e-e, e-o, o-e dan o-o tidak berubah kerana tidak dapat dipengaruhi oleh huruf vokal a, e pepet, i, atau u di suku kata sebelumnya. Contohnya: e-e: e-o: o-e: o-o: cerewet, kelengkeng, tempeleng kerekot, pelecok, selekoh celoreng, kerobek, temponek ceroboh, kelompok, pelopor

7.3 Dalam sistem ejaan Rumi sekarang, terdapat 18 pola keselarasan huruf vokal yang utama (primer) seperti yang berikut: Suku Kata Praakhir (1) (2) (3) (4) (5) (6) (7) (8) (9) (10) (11) (12) (13) (14) (15) (16) (17) (18) a a a e pepet e pepet e pepet e taling e taling e taling i i i o o o u u u Pola Keselarasan Suku Kata Akhir Tertutup a i u a i u a e taling o a i u a e taling o a i u Contoh Penggunaan asah, balak, halaman alih, balik, sumbangsih asuh, datuk, lembayung emas, kelam, cemerlang lebih, betik, sembelih telur, tempuh, temenggung elak, dewan, belerang leceh, gelek, selekeh esok, telor, selekoh ingat, kilang, selinap intip, sisih, belimbing riuh, tidur, periuk otak, borang, sekolah oleh, boleh, celoteh obor, borong, kelompok ubat, tumpang, ketupat usik, kuih, gerusih untuk, tunduk, tengkujuh

7.4 Daripada 18 pola itu, ada lapan pola yang berupa pola-pola yang berubah daripada sistem ejaan Rumi lama (sebelum tahun 1972). Dasar mengenai perubahan ini menetapkan supaya digunakan huruf vokal i atau u di suku kata akhir tertutup sekiranya digunakan huruf vokal a, e pepet, i atau u di suku kata praakhir. Ejaan Rumi Lama Pola Ejaan Ejaan Rumi Sekarang Pola Ejaan Contoh

Contoh

(1) (2) (3) (4) (5) (6) (7) (8)

a e taling ao e pepet e taling e pepet o i e taling io u e taling u-o

aleh batok lebeh tempoh pileh tidor usek untong

ai au ei eu ii iu ui u-u

alih batuk lebih tempuh pilih tidur usik untung

Catatan: Kata-kata yang mengalami perubahan tersebut biasanya mengandungi huruf konsonan akhir h, k, ng atau r. 7.5 Mengenai pola-pola keselarasan huruf vokal yang tidak berubah daripada sistem ejaan lama, dasar keselarasan huruf vokal menetapkan supaya digunakan huruf vokal e taling atau o di suku kata akhir tertutup sekiranya digunakan huruf vokal e taling atau o juga di suku kata praakhir. Pola Ejaan e taling e taling e taling o o e taling o-o Contoh leceh, gelek, teleng, keledek, selekeh tempoh, belok, telor, selekoh, kerekot oleh, boleh, ponteng, celoteh, celoreng obor, pokok, borong, kelompok, seloroh

(1) (2) (3) (4)

7.6 Di samping 18 pola keselarasan huruf vokal tersebut, dalam sistem ejaan Rumi sekarang terdapat juga lapan pola keselarasan huruf vokal seperti yang digunakan dalam ejaan lama itu (lihat perenggan 7.4), iaitu untuk mengeja kata-kata yang diserap daripada bahasa asing, khususnya daripada bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa Eropah yang lain serta beberapa bahasa di Nusantara. Selain itu, ada sepuluh pola keselarasan huruf vokal lagi yang biasa digunakan untuk mengeja kata-kata serapan dalam bahasa Melayu. Pasangan huruf vokal yang 18 pola ini ialah pola-pola sekunder dalam sistem keselarasan huruf vokal. Pola Ejaan (1) (2) (3) (4) (5) (6) a-e taling a-o e pepet-e taling e pepet-o i-e taling i-o Contoh Kata daripada Bahasa di Nusantara aneh, awet, kaget, laden, pamer, raden barong, calon, lakon, lancong, lapor, keraton, perabot, rampok gembleng bendok,jempol imlek ijon, pilon Contoh Kata daripada Bahasa Inggeris kabaret, jaket atom, kontraktor setem gabenor, interkom tiket, kriket diftong, transistor

(7) (8) (9) (10) (11) (12) (13) (14) (15) (16) (17) (18)

u-e taling u-o a-e pepet e taling-i e taling-u e pepet-e pepet i-e pepet o-i o-u u-e pepet e taling-e pepet o-e pepet

tulen, ulet bunglon, buron, lelucon pakem pepet iseng lumer

subjek kupon, konduktor teater, plaster hipotesis, objektif petroleum, spektrum artikel, filem, dividen fosil, hipokrit bonus, forum skuter, snuker meter Oktober, broker

8. Ejaan Kata Serapan daripada Bahasa Inggeris dan Bahasa-bahasa Eropah 8.1 Penyesuaian ejaan bagi kata serapan daripada bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa Eropah yang lain yang ditulis dengan huruf Roman dibuat menurut peraturan penyesuaian huruf seperti dalam daftar contoh yang di bawah: Bahasa Inggeris (1) (2) (3) (4) (5) (6) (7) (8) (9) (10) (11) a ae ae ai au b, bb c c, cc cc ch ch, cch Bahasa Melayu a ae e ai au b s k ks s k Contoh Penggunaan abstract: abstrak plate: plat aerial: aerial aerograph: aerograf aesthetics: estetika haematite: hematit aileron: aileron trailer: trailer automatic: automatik auditorium: auditorium barbecue: barbeku lobby: lobi cent: sen cylinder: silinder carbon: karbon classic: klasik accent: aksen vaccine: vaksin echelon: eselon machine: mesin cholera: kolera technique: teknik

(12) (13) (14) (15) (16) (17) (18) (19) (20) (21) (22) (23) (24) (25) (26) (27) (28) (29) (30) (31) (32) (33) (34) (35) (36) (37)

d, dd e ea ea ee ei eo eu f, ff g, gg h i ia ie ie ie io iu j, jj k, kk kh l, ll m, mm n, nn ng o

d e ea i i ei eo eu f g h i ia i ai ie io iu j k kh l m n ng o

dividend: dividen effective: efektif system: sistem bearing: bearing idealist: idealis beaker: bikar grease: gris beer: bir jamboree: jambori atheist: ateis protein: protein geometry: geometri stereo: stereo europium: europium petroleum: petroleum factor: faktor traffic: trafik geology: geologi aggressive: agresif harmony: harmoni hotel: hotel identity: identiti textile: tekstil dialect: dialek criteria: kriteria calorie: kalori pie: pai diesel: diesel diet: diet iodine: iodin premium: premium stadium: stadium journal: jurnal jury: juri kilo: kilo khaki: khaki liberalism: liberalisme pill: pil mammal: mamalia optimism: optisme neon: neon tennis: tenis congress: kongres linguistics: linguistik operator: operator orthodox: ortodoks

(38) (39) (40) (41) (42) (43) (44) (45) (46) (47) (48) (49) (50) (51) (52) (53) (54) (55) (56) (57) (58) (59) (60) (61)

oa oe oi oo oo ou ou p, pp ph q r, rr rh s, ss sc sc sch t, tt th u ua ue ue ue ui

o e oi oo u au u p f k r r s s sk sk t t u ua u ue digugurkan ui

cardboard: kadbod coat: kot foetus: fetus gonorrhoea: gonorea alkaloid: alkaloid duboisine: duboisin zoo: zoo cartoon: kartun kangaroo: kanggaru accountant: akauntan pound: paun coupon: kupon serious: serius apple: epal passport: pasport graph: graf phoneme: fonem quality: kualiti technique: teknik lorry: lori recruit: rekrut rhetoric: retorik rhythm: ritma express: ekspres status: status proscenium: prosenium science: sains scooter: skuter telescope: teleskop scheme: skim scholastic: skolastik battery: bateri tractor: traktor anthropology: antropologi theory: teori republic: republik unit: unit aquarium: akuarium dualism: dualisme accrue: akru tissue: tisu duet: duet catalogue: katalog cheque: cek annuity: anuiti equinox: ekuinoks

(62) (63) (64) (65) (66) (67) (68) (69) (70) (71)

uo uu v w wh x x y y z, zz

uo u v w w ks x i y z

quorum: kuorum quota: kuota continuum: kontinum vacuum: vakum novel: novel university: universiti kiwi: kiwi wire: wayar whisky: wiski whistle: wisel express: ekspres taxi: teksi xenon: xenon dynasty: dinasti psychology: psikologi royalty: royalti yankee: yangki jazz: jaz zodiac: zodiak

8.2 Bagi penyesuaian ejaan daripada bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa Eropah lain yang ditulis dengan huruf Roman, yang dipentingkan ialah bentuk ejaan atau bentuk visualnya. Oleh itu, perubahan fonem asing ke dalam bahasa Melayu telah dilakukan apabila diperlukan sahaja. Contohnya: Bahasa Inggeris carbon cartoon conductor dialogue institute structure jadi Bahasa Melayu karbon kartun konduktor dialog institut struktur bukan kaban katun kondakter dailog institiut strakcer

Lebih-lebih lagi untuk menulis istilah seperti antropologi, sosialisme dan psikologi. 8.3 Kata serapan daripada bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa Eropah yang lain adalah dikecualikan daripada peraturan sistem keselarasan huruf vokal menurut Sistem Ejaan Baru (seperti yang dijelaskan di perenggan 7.6). Contohnya: Bahasa Inggeris atom tetap Bahasa Melayu atom bukan atum

bonus fossil pistol

jadi tetap

bonus fosil pistol

bonos, bunus fosel, fusil pestol, pistul

8.4 Ejaan gugus konsonan yang terdapat dalam bahasa Inggeris dan bahasabahasa Eropah yang lain diterima dan dikekalkan bentuknya ke dalam bahasa Melayu dengan beberapa penyesuaian. Contohnya: (i) Penulisan gugus konsonan di awal kata (atau awal suku kata) seperti contohnya yang berikut: Bahasa Inggeris blblock brbrake chl- chlorophyll chr- chronology clclinic crcredit drdrama flflora frfranc glglucose grgravity knknot krkrone plplumbum prpractical pspsychology ptptomaine scscandal sch- scheme scr- script skski slslang snsnooker spspectrum sph- sphere spr- spring sqsquadron ststable strstructure trtragedy tztzar Bahasa Melayu blblok brbrek klklorofil krkronologi klklinik krkredit drdrama flflora frfranc glglukosa grgrativi knknot krkrone plplumbum prpraktis pspsikologi ptptomain skskandal skskim;skema skrskrip skski slslanga snsnuker spspektrum sfsfera sprspring skskuadron ststabil strstruktur trtragedi tztzar

jadi

Catatan: Sebagai kekecualian bagi peraturan mengenai gugus konsonan seperti yang disebut di atas, beberapa kata tertentu telah diterima menurut ejaan lama yang menggunakan huruf e pepet. Kata-kata yang telah ditetapkan ejaannya oleh Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu itu termasuklah yang berikut: Bahasa Inggeris class club glass grant plan stamp jadi Bahasa Melayu kelas kelab gelas geran pelan setem bukan klas klab, klub glas gran plan stem

(ii) Penulisan huruf gugus konsonan di akhir kata (atau akhir suku kata) bagi kata yang diterima bentuk gugus konsonannya seperti contoh yang berikut: Bahasa Inggeris -lf -lt -nce -nk -ps -rd -rm -rt -x -xt golf cobalt science bank forceps standard chloroform consert complex text jadi Bahasa Melayu -lf -lt -ns -nk -ps -rd -rm -rt -ks -ks golf kobalt sains bank forseps standard kloroform konsert kompleks teks

(iii) Huruf gugus konsonan di akhir kata dalam bahasa Inggeris yang disesuaikan dengan penambahan huruf vokal dalam bahasa Melayu seperti contoh yang berikut: Bahasa Inggeris -ct -gm -ism -sm fact paradigm nationalism plasm jadi Bahasa Melayu -kta -gma -isme -sma fakta paradigma nasionalisme plasma

8.5 Kata daripada bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa Eropah yang lain yang sudah terserap dalam bahasa Melayu dikekalkan ejaannya menurut kaedah ejaan bahasa Melayu itu. Contohnya:

Bahasa Inggeris bureau jadi custom driver modern pension station

Bahasa Melayu biro bukan kastam drebar moden pencen stesen

bureau kustom driver, driber modern pension station, stasion stesyen

8.6 Semua huruf g yang diucapkan [j] dalam kata atau istilah bahasa Inggeris tetap diterima sebagai huruf g juga dalam bahasa Melayu. Contohnya: Bahasa Inggeris agenda gymnasium technology tragedy tetap jadi Bahasa Melayu agenda gimnasium teknologi tragedi bukan ejenda jimnasium teknoloji trajidi

Catatan: Sebagai kekecualian, huruf g yang diucapkan [j] menurut sebutan dalam bahasa Inggeris yang disesuaikan menjadi huruf j dalam bahasa Melayu terdapat, antaranya, pada kata-kata yang berikut: Bahasa Inggeris agent college contingent engine garage general image ledger magistrate margarine prestige regime regiment sabotage sergeant jadi Bahasa Melayu ejen kolej kontinjen enjin garaj jeneral imej lejar majistret marjerin prestij rejim rejimen sabotaj sarjan

9. Ejaan Kata Serapan daripada Bahasa Arab 9.1 Kata umum daripada bahasa Arab yang sudah terserap dalam bahasa Melayu dieja dalam ejaan Rumi mengikut cara mengeja kata-kata jati dalam bahasa Melayu. Contohnya: Ejaan Jawi Ejaan Rumi sahabat darurat hakim izin kubur zat zalim

EL R qv sQ uC qve

9.2 Istilah dalam bidang khusus agama Islam boleh ditulis dengan menggunakan kaedah transliterasi huruf Arab kepada huruf Rumi seperti yang disenaraikan dalam buku Pedoman Transliterasi Huruf Arab ke Huruf Rumi (terbitan DBP, 1984). Contohnya: Ejaan Jawi Ejaan Rumi hadith kidhib isti'mal qunut riya

IP Q pF ur
10. Penulisan Kata Dasar

Kata yang berupa kata dasar ditulis sebagai satu perkataan yang dipisahkan daripada kata lain yang ada di sampingnya. Contohnya: (1) Pak Kasim percaya bahawa engkau tahu akan perkara itu. (2) Restoran itu penuh sesak. (3) Saya ada komputer baharu.

11. Penulisan Kata Terbitan 11.1 Kata terbitan (atau kata turunan) ialah kata dasar yang berimbuhan (mempunyai awalan, sisipan, akhiran atau apitan), atau kata dasar yang ditulis serangkai dengan bentuk kata yang lain. Semua imbuhan (awalan, sisipan, akhiran dan apitan) dan semua bentuk terikat lain yang tidak dapat berdiri sendiri ditulis serangkai atau bersambung dengan kata dasar atau bentuk dasarnya atau bentuk akarnya. 11.2 Penulisan kata terbitan yang berawalan seperti contoh yang berikut: Awalan antiautobebelberbididiperdwiekajurukemahamememmenmengmengememperpancapepelpempenpengpengeperpolipraprosesubsupraswaBentuk Dasar karat carta rambut ajar asas adab makan besar fungsi bahasa audit kasih siswa nyanyi baca dapat ganggu pam dalam indera laku ajar bantu duduk hibur bom asap cakera sejarah kerajaan unit golongan golongan tenaga Kata Terbitan antikarat autocarta berambut belajar berasas biadab dimakan diperbesar dwifungsi ekabahasa juruaudit kekasih mahasiswa menyanyi membaca mendapat mengganggu mengepam memperdalam pancaindera pelaku pelajar pembantu penduduk penghibur pengebom perasap policakera prasejarah prokerajaan seunit subgolongan supragolongan swatenaga

tatatetertrituna-

negara rasa sadai bulan karya

tatanegara terasa tersadai tribulan tunakarya

Catatan: Awalan ber yang diikuti oleh kata dasar yang bermula dengan huruf r,salah satu daripada huruf r tersebut digugurkan. Contohnya: Awalan ber diikuti oleh kata rambut,bentuk terbitannya ialah berambut BUKAN berrambut. Awalan bel hanya terdapat pada satu kata sahaja dalam bahasa Melayu iaitu apabila awalan ber diikuti oleh kata ajar ,bentuk terbitannya ialah belajar BUKAN berajar. Awalan pel hanya terdapat pada satu kata sahaja dalam bahasa Melayu iaitu apabila awalan per diikuti oleh kata ajar,bentuk terbitannya ialah pelajar BUKAN perajar. Bentuk awalan yang boleh ditulis terpisah daripada kata dasar atau bentuk dasar yang mengikutinya hanya bagi tiga penggunaan yang berikut: (i) Awalan maha ditulis terpisah daripada kata dasar atau bentuk dasar selepasnya yang bermula dengan huruf besar yang menunjukkan ganti nama Tuhan atau nama khas yang lain. Contohnya: Maha Mengetahui Allah Yang Maha Esa Tuhan Yang Maha Bijaksana Duli Yang Maha Mulia (ii) Bentuk terikat anti, pro dan kontra dapat juga ditulis terpisah sebagai kata bebas seperti yang berikut: bersikap anti pro dan kontra (iii) Tanda sempang (-) perlu digunakan apabila awalan se- diimbuhkan pada kata nama khas yang bermula dengan huruf besar. Contohnya: se-Nusantara se-Malaysia (Persatuan Pelajar Melayu Se-Malaysia) se-Tanah Melayu (Parti Islam Se-Tanah Melayu) 11.3 Penulisan kata terbitan yang berakhiran seperti contoh yang berikut: Akhiran Bentuk Dasar Kata Terbitan

-an -ah -at -i -iah -in -isme -kan -man -nita/-ita -wan -wati -wi

didik sultan muslim turut alam hadir nasional jadi seni biduan bangsa seni dunia

didikan sultanah muslimat turuti alamiah hadirin nasionalisme jadikan seniman biduanita bangsawan seniwati duniawi

11.4 Penulisan kata terbitan yang berapitan seperti contoh yang berikut: Apitan ber--an ber--kan di--i di--kan diper--i diper--kan ke--an me--i me--kan mem--i mem--kan memper-i memper--kan men--i men--kan meng--i meng--kan menge--i menge--kan pe--an pel--an pem--an pen--an peng--an penge--an per--an ter--i ter--kan Bentuk Dasar anggap dasar ikut maklum setuju tingkat rai rindu rata punya besar aku judi duduk jatuh hadap harap syak sah laras ajar bayar dapat ganti cam adab ajar kata Kata Terbitan beranggapan berdasarkan diikuti dimaklumkan dipersetujui dipertingkatkan keraian merindui meratakan mempunyai membesarkan memperakui memperjudikan menduduki menjatuhkan menghadapi mengharapkan mengesyaki mengesahkan pelarasan pelajaran pembayaran pendapatan penggantian pengecaman peradaban terajari terkatakan

11.5 Penulisan kata terbitan yang bersisipan seperti contoh yang berikut: Sisipan -el-em-in-erBentuk Dasar tunjuk serbak sambung gigi Kata Terbitan telunjuk semerbak sinambung gerigi

11.6 Penulisan kata terbitan yang mempunyai awalan meN- atau peN- dengan kata dasar yang bermula dengan konsonan /k/, /p/, /s/ atau /t/ (yang bukan unsur pertama gugus konsonan) adalah menurut sistem morfofonemik bahasa Melayu seperti contoh yang berikut: Imbuhan memmem--i mem--kan menmen--i men--kan mengmeng--i meng--kan menymeny--i meny--kan pempem--an penpen--an pengpeng--an penyBentuk Dasar pikul patuh panjang tolak takluk tajam kata kahwin ketua ketat ketengah serang salah sulit pulas pasang tutur tumpu karang korban segar Kata Terbitan memikul mematuhi memanjangkan menolak menakluki menajamkan mengata mengahwini mengetuai mengetatkan mengetengahkan menyerang menyalahi menyulitkan pemulas pemasangan penutur penumpuan pengarang pengorbanan penyegar

peny--an

sempurna

penyempurnaan

Catatan: Ada beberapa kata dasar yang bermula dengan konsonan /k/, /p/, /s/ atau /t/ yang tidak berubah bentuknya apabila diimbuhkan dengan awalan meN- atau peN-. Kebanyakan kata yang terlibat adalah berupa kata serapan daripada bahasa asing (sebagaimana yang disenaraikan dalam buku ini). 11.7 Huruf gugus konsonan di awal kata dasar tidak berubah apabila diimbuhkan dengan awalan meN- atau peN- seperti contoh yang berikut: Imbuhan memmem--kan menmen--kan mengmeng--kan pempem--an penpen--an pengpeng--an Bentuk Dasar brek projek draf drama gred kredit proses proses stabil draf kritik gred Kata Terbitan membrek memprojekkan mendraf mendramakan menggred mengkreditkan pemproses pemprosesan penstabil pendrafan pengkritik penggredan

11.8 Catatan: Sehubungan dengan perenggan 11.1 hingga 11.7 di atas, aturan penulisan imbuhan yang berubah daripada kaedah ejaan Rumi lama (sebelum tahun 1972) kepada ejaan Rumi sekarang adalah seperti yang berikut: (i) Tanda sempang (-) pada awalan di- dalam ejaan lama digugurkan dan awalan itu ditulis serangkai dengan kata dasar atau bentuk dasar yang ada selepasnya dalam ejaan sekarang. Contohnya: Ejaan Lama di-makan di-pandang di-prkatakan di-slideki Ejaan Sekarang dimakan dipandang diperkatakan diselidiki

(ii) Tanda sempang (-) pada awalan sa- dalam ejaan lama digugurkan dan awalan itu dieja se dan ditulis serangkai dengan kata dasar atau bentuk dasar yang ada selepasnya dalam ejaan sekarang. Contohnya: Ejaan Lama sa-bagaimana sa-blas sa-orang sa-saorang sa-umpama-nya Ejaan Sekarang sebagaimana sebelas seorang seseorang seumpamanya

12. Penulisan Kata Sendi Nama 12.1 Kata sendi nama (kata depan) di dan ke, sama dengan kata sendi nama yang lain, ditulis terpisah daripada semua jenis kata yang ada selepasnya. Ada empat jenis kata yang lazim terdapat selepas kata sendi nama di dan ke. 12.2 Kata sendi nama di dan ke dipisahkan daripada kata nama yang menunjukkan arah atau mengenai arah atau menunjukkan kedudukan sesuatu kata nama yang ada selepasnya. Contohnya: (1) (2) (3) (4) Komputernya ada di atas meja tulis itu. Cuaca di sana tidak sama dengan di sini. Mereka berjalan menuju ke utara. Ke manakah dia hendak pergi?

12.3 Kata sendi nama di dan ke dipisahkan daripada kata nama umum yang terdapat selepasnya. Contohnya: (1) (2) (3) (4) Pemuda itu bekerja di bangunan Dayabumi. Di hutan itulah dia mencari rotan. Pelajar itu berbasikal ke sekolah setiap pagi. Memang tidak jauh dari sini ke kota lama itu.

12.4 Kata sendi nama di dan ke dipisahkan daripada kata bilangan atau kata yang menunjukkan jumlah sebagai kata bantu tempat dan kata nama umum. Contohnya: (1) (2) (3) (4) Hujan malam tadi di empat kawasan sahaja. Mereka mencarinya di setiap tempat. Berita itu dihebahkan ke seluruh negara. Peti undi telah dihantar ke semua pusat pengiraan undi.

12.5 Kata sendi nama di dan ke dipisahkan daripada kata nama tempat atau nama khas yang lain yang ada selepasnya. Contohnya: (1) (2) (3) (4) Bapanya tinggal di Kuala Lumpur. Isterinya meninggalkan di Tanah Suci Mekah. Seronok juga kalau dapat berkunjung ke Afrika Selatan. Peniaga itu menetap di Kuching sebelum berpindah ke Sandakan.

12.6 Catatan: Peraturan penulisan kata sendi nama yang berubah daripada ejaan Rumi lama (sebelum tahun 1972) kepada ejaan Rumi sekarang adalah seperti yang berikut: (i) Kata sendi nama di dalam ejaan Rumi lama ditulis dengan menggunakan tanda sempang (di-), iaitu sama bentuknya dengan awalan di-. Apabila tanda sempang digugurkan dalam ejaan Rumi sekarang, kata sendi nama di ditulis sebagai satu kata yang berasingan. Contohnya: Ejaan Lama di-dalam di-slatan di-jalan raya di-pjabat di-satu daerah di-sluroh dunia di-Hotel Mrlin di-Uganda Ejaan Sekarang di dalam di selatan di jalan raya di pejabat di satu daerah di seluruh dunia di Hotel Merlin di Uganda

(ii) Kata sendi nama ka- dalam ejaan Rumi lama diubah menjadi ke, tanda sempang (-) dihapuskan, dan ditulis terpisah daripada kata yang ada selepasnya. Contohnya: Ejaan Lama ka-dalam ka-slatan ka-jalan raya ka-pjabat ka-satu daerah ka-sluroh dunia ka-Hotel Istana ka-Uganda Ejaan Sekarang ke dalam ke selatan ke jalan raya ke pejabat ke satu daerah ke seluruh dunia ke Hotel Istana ke Uganda

(iii) Kata sendi nama kapada dalam ejaan Rumi lama diubah menjadi kepada dalam ejaan Rumi sekarang.

12.7 Kata sendi nama ke ditulis serangkai dengan kata yang ada selepasnya apabila kedua-duanya dijadikan bentuk dasar yang sekali gus diimbuhkan dengan apitan, awalan atau akhiran. Contohnya: Bentuk Dasar ke bumi jadi Kata Terbitan dikebumikan kebumikan mengebumikan dikemukakan kemukakan mengemukakan terkemuka dikesampingkan kesampingkan mengesampingkan diketepikan ketepikan mengetepikan

ke muka

jadi

ke samping

jadi

ke tepi

jadi

13. Penulisan Kata Ganti Singkat 13.1 Ada empat jenis kata ganti singkat dalam bahasa Melayu sekarang, iaitu kau, ku, mu dan nya. 13.2 Kata ganti singkat kau dan ku sebagai awalan penanda pasif ditulis serangkai dengan kata dasar yang ada di belakangnya. Contohnya: kauambil kaudengar kaulihat kauterima kuambil kudengar kulihat kuterima

13.3 Kata ganti singkat ku, mu dan nya sebagai unsur akhiran ditulis serangkai dengan kata dasar atau bentuk dasar yang ada di depannya. Contohnya: cintaku kepadaku menerimaku cintamu kepadamu menerimamu cintanya kepadanya menerimanya

Catatan: Kata ganti singkat ku, mu dan nya sebagai kata ganti bagi nama Tuhan menggunakan huruf besar sebagai huruf pertama dan dihubungkan dengan kata yang ada sebelumnya dengan menggunakan tanda sempang (-). Contohnya: (1) Adakah mereka berdoa kepada-Ku? (2) Bimbinglah hamba-Mu, ya Tuhanku. (3) Pejuang-pejuang tersebut memohon rahmat-Nya, hidayat-Nya dan petunjukNya. 14. Penulisan Partikel 14.1 Ada empat jenis partikel dalam bahasa Melayu sekarang, iaitu lah, -kah, -tah dan pun. 14.2 Partikel -lah, -kah dan -tah yang menggunakan tanda sempang dalam ejaan Rumi lama ditulis serangkai dengan kata dasar atau bentuk dasar yang ada di depannya, tanpa tanda sempang, dalam ejaan Rumi sekarang. Contohnya: Ejaan Lama ada-lah tolong-lah apa-kah knapa-kah bila-tah Ejaan Sekarang adalah tolonglah apakah kenapakah bilatah

14.3 Ada dua cara menulis partikel pun. (i) Kata pun yang berfungsi sebagai kata tugas yang bererti juga ditulis terpisah daripada kata yang ada di sampingnya. Contohnya: (1) (2) (3) (4) Apa-apa pun yang dimakannya, ia tetap kurus. Jangankan dua kali, sekali pun engkau belum pernah datang ke sini. Jika Israel berdegil, PLO pun berdegil. Rambutnya pun tidak bersikat.

(ii) Ada beberapa perkataan yang telah ditetapkan ejaannya supaya ditulis serangkai dengan partikel pun, antaranya: adapun andaipun biarpun kendatipun mahupun ataupun bagaimanapun kalaupun lagipun meskipun

sekalipun walaupun 15. Penulisan Kata Ulang

sungguhpun

15.1 Kata ulang (atau kata ganda) dalam sistem ejaan Rumi bahasa Melayu sekarang ditulis sepenuhnya dengan menggunakan tanda sempang (-) yang dibubuh di bahagian kata yang diulang. Angka dua (2) yang digunakan sebagai tanda ulangan dalam ejaan Rumi lama dihapuskan dalam ejaan Rumi sekarang. Kata ulang yang ditulis dengan menggunakan tanda sempang termasuklah kata ulang semu, kata ulang jamak, kata ulang berentak, dan kata ulang berimbuhan. 15.2 Penulisan kata ulang semu seperti contoh yang berikut: anai-anai hati-hati kupu-kupu labi-labi sumpah-sumpah ular-ular biri-biri kuda-kuda labah-labah sia-sia tupai-tupai undang-undang

15.3 Penulisan kata ulang jamak seperti contoh yang berikut: anak-anak jawatan-jawatan pelatih-pelatih rancangan-rancangan projek-projek botol-botol kekasih-kekasih perkataan-perkataan senator-senator unit-unit

15.4 Penulisan kata ulang berentak seperti contoh yang berikut: bolak-balik gunung-ganang kucar-kacir mundar-mandir ramah-tamah serba-serbi simpang-perenang gerak-geri huru-hara lauk-pauk porak-peranda sayur-mayur serta-merta tunggang-langgang

Catatan: Apabila kata ulang berentak ini dijadikan bentuk dasar yang mendapat apitan, tanda sempang sebagai tanda ulangan tetap digunakan. Contohnya: dikucar-kacirkan keramah-tamahan memporak-perandakan

menggembar-gemburkan 15.5 Penulisan kata ulang berimbuhan seperti contoh berikut: anak-anakan berjalan-jalan dibesar-besarkan karang-mengarang lama-kelamaan menangis-nangis segala-galanya 16. Penulisan Gabungan Kata 16.1 Ada tiga jenis gabungan kata yang unsur-unsurnya ditulis terpisah. (i) Kata-kata bebas yang membentuk rangkai kata umum, termasuk rangkai kata istilah khusus dan kata majmuk, ditulis terpisah antara satu sama lain. Contohnya: air hujan balai raya bom tangan gempa bumi guru besar jalan raya jam tangan kapal terbang kata sifat kereta kebal meja tulis nasi minyak sama ada tengah hari tepian gelanggang terima kasih ular lidi duta besar enam puluh dua kereta api cepat luar biasa latihan jasmani model linear nuzul Quran operator mesin cetak kertas kerja perdana menteri pernyataan bersama rukun tetangga segi empat panjang setiausaha politik susu pekat manis telefon dail terus akhir-akhirnya bersiri-siri ditiru-tirunya menulis-nulis menggelepar-gelepar memperbesar-besar zaman-berzaman

(ii) Gabungan kata yang dihasilkan daripada hubungan parataksis, atau yang disebut rangkai kata setara, ditulis secara terpisah. Contohnya: hidup mati ibu bapa makan minum miskin kaya adik kakak bijak pandai cantik molek kampung halaman

sana sini tua muda

rupa paras tunjuk ajar

(iii) Gabungan kata yang merupakan simpulan bahasa ditulis secara terpisah. Contohnya: buah hati duit kopi makan angin pilih kasih anak emas bulan madu puas hati lampu hijau

16.2 Kata ulang bagi gabungan kata yang ditulis terpisah dibentuk dengan hanya mengulangi kata nama yang diterangkan, iaitu kata yang pertama, dan bukan seluruh rangkai kata yang berkenaan. Contohnya: Bentuk Dasar balai raya guru besar jurucakap rasmi kapal terbang ketua pejabat kerajaan pegawai kanan kertas kerja jadi Bentuk Berulang balai-balai raya guru-guru besar jurucakap-jurucakap rasmi kapal-kapal terbang ketua-ketua pejabat kerajaan pegawai-pegawai kanan kertas-kertas kerja

16.3 Ada beberapa kaedah untuk menentukan penulisan gabungan kata yang serangkai dan bentuk ulangannya. (i) Rangkai kata umum yang ditulis terpisah, termasuk istilah khusus dan kata majmuk, rangkai kata setara atau simpulan bahasa yang diimbuhi apitan, ditulis serangkai. Contohnya: ambil alih anak emas campur aduk ijab kabul lipat ganda tidak adil tidak harmoni sama rata satu padu jadi pengambilalihan menganakemaskan mencampuradukkan diijabkabulkan melipatgandakan ketidakadilan ketidakharmonian menyamaratakan penyatupaduan

Catatan: Apabila apitan digugurkan, bentuk dasarnya hendaklah dikembalikan menjadi rangkai kata yang ditulis terpisah.

(ii) Dalam sistem ejaan Rumi bahasa Melayu sekarang, telah ditetapkan sejumlah kata tertentu yang boleh ditulis serangkai. Gabungan kata umum yang ditulis sebagai satu perkataan itu disenaraikan sebagai kata masukan dalam buku ini. Gabungan kata umum lain yang tidak disenaraikan dalam buku ini tidak ditulis serangkai. (iii) Pengulangan gabungan kata yang ditulis serangkai seperti contoh yang berikut: jawatankuasa setiausaha suruhanjaya tanggungjawab jadi jawatankuasa-jawatankuasa setiausaha-setiausaha suruhanjaya-suruhanjaya tanggungjawab-tanggungjawab

(iv) Gabungan kata yang ditulis serangkai dapat pula menjadi bentuk dasar untuk membentuk kata terbitan. Contohnya: setiausaha tanggungjawab warganegara tandatangan 17. Penggunaan Tanda Sempang 17.1 Tanda sempang digunakan untuk menulis semua jenis kata ulang. Contohnya: gunung-ganang kemerah-merahan memperbesar-besar pegawai-pegawai selambat-lambatnya sia-sia tanggungjawab-tanggungjawab 17.2 Tanda sempang digunakan untuk memisahkan suku kata yang tercerai oleh penggantian baris. Contohnya: ...menangguhkan penyelenggaraan projek. menangguhkan penyelenggaraan projek. menangguhkan penyelenggajadi kesetiausahaan penanggungjawaban kewarganegaraan menandatangani

raan projek. menangguhkan penyelenggaraan projek. 17.3 Tanda sempang digunakan untuk memperjelas ungkapan. Contohnya: ber-evolusi dengan ber-revolusi 17.4 Tanda sempang digunakan untuk merangkaikan huruf kecil dengan huruf besar pada kata yang sama. Contohnya: anti-Rusia hamba-Mu KDN-nya pan-Afrikanisme pro-Malaysia rahmat-Nya Se-Malaysia 17.5 Tanda sempang digunakan untuk merangkaikan ke dengan angka bagi penulisan nombor ordinal. Contohnya: ke-12 (kedua belas) ke-125 (keseratus dua puluh lima) ke-2,000 (kedua ribu) Catatan: Nombor ordinal pertama hingga kesebelas tidak harus ditulis dengan angka. 17.6 Tanda sempang digunakan untuk merangkaikan angka yang menunjukkan tahun dengan akhiran -an. Contohnya: tahun 50-an (tahun lima puluhan) tahun 80-an (tahun lapan puluhan) 17.7 Tanda sempang digunakan untuk menyatakan hubungan di antara kata-kata pada rangkai kata setara tertentu atau rangkai kata istilah. Contohnya: alat pandang-dengar

BAHAGIAN DUA PEDOMAN UMUM SEBUTAN BAKU BAHASA MELAYU 1. Latar belakang 1.1 Bahasa Melayu baku ialah bahasa Melayu yang sempurna dari segi penggunaan aspek-aspek bahasanya, iaitu betul ejaannya, betul tatabahasanya, betul istilahnya, betul penggunaan katanya, betul laras bahasanya dan betul sebutannya. 1.2 Maklumat yang termuat dalam Pedoman Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu ini berdasarkan dokumen-dokumen pedoman sebutan buku bahasa Melayu yang telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, khususnya daripada terbitan-terbitan yang berikut: (i) (ii) (iii) Pedoman Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1988. Daftar Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991. Pedoman Sebutan Baku Bahasa Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1994.

1.3 Perancangan pembakuan sebutan bagi bahasa Melayu adalah menjadi salah satu objektif DBP, iaitu sebagaimana yang termaktub dalam Akta Dewan Bahasa dan Pustaka 1959 (Disemak 1978; Pindaan dan peluasan 1995). Objektif yang dicatatkan sebagai Tujuan-tujuan Lembaga Pengelola DBP mengenai perkara ini [Seksyen 5(1)] ialah: (iv) untuk membakukan ejaan dan sebutan, dan membentuk istilah-istilah yang sesuai dalam bahasa kebangsaan; 1.4 Matlamat pembakuan sebutan bahasa Melayu adalah untuk menyeragamkan sebutan dalam bahasa Melayu. Secara khusus, bertujuan yang berikut: (i) (ii) (iii) Untuk mewujudkan satu variasi sebutan baku dalam bahasa Melayu yang dapat digunakan dalam situasi formal atau situasi rasmi. Untuk meningkatkan kecekapan berbahasa Melayu baku di kalangan semua pengguna bahasa Melayu. Untuk memantapkan sistem dan struktur dalaman bahasa Melayu, iaitu supaya sistem sebutan menjadi mantap dan baku sejajar dengan pemantapan dan pembakuan tatabahasa, kosa kata (perbendaharaan kata umum dan istilah), sistem ejaan dan laras bahasa. Secara khusus, untuk menyeragamkan cara berbahasa dan bertutur dan mengurangkan penggunaan pelbagai variasi dan gaya sebutan serta menghindarkan penggunaan dialek setempat dalam pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah.

(iv)

1.5 Masalah sebutan disifatkan sebagai masalah yang sangat rumit. Oleh sebab itu, perancangan pembakuannya di Malaysia dilaksanakan selepas dimantapkan aspekaspek bahasa yang lain. Antara kegiatannya diperturunkan seperti yang berikut: (i) (ii) (iii) (iv) Mengadakan penyelidikan melalui beberapa bengkel dan seminar sejak awal Rancangan Malaysia Keempat (1981). Kegiatan kajian tentang sistem fonologi bahasa Melayu dan dialek diadakan sejak awal tahun 1980-an. Beberapa bengkel diadakan sehingga akhir tahun 1987. Siri bengkel sebutan baku diadakan dalam tahun 1987 antara DBP dengan Persatuan Linguistik Malaysia (PLM), Kementerian Pendidikan Malaysia, dan pakar-pakar bahasa. Perumusan tentang pedoman sebutan baku dibuat oleh sebuah Jawatankuasa Teknikal antara DBP dengan Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, dan PLM serta pakarpakar bahasa pada tahun 1987.

1.6 Pelaksanaan penggunaan sebutan baku di sektor pendidikan di Malaysia bermula pada penggal dua tahun 1988. Pelaksanaan ini adalah berdasarkan arahan Pekeliling Ikhtisas Bil. II/1988: Pelaksanaan Penggunaan Sebutan Baku Ejaan Rumi Bahasa Malaysia di Sekolah-sekolah yang bertarikh 2 April 1988 yang dikeluarkan oleh Pengarah Bahagian Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia. 1.7 Belum ada apa-apa arahan rasmi daripada kerajaan supaya dilaksanakan penggunaan sebutan baku di sektor-sektor lain atau oleh orang ramai. Walau bagaimanapun, sektor kerajaan, swasta dan orang ramai digalakkan menggunakan sebutan baku dalam komunikasi lisan tertentu. 1.8 Pihak Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) belum melaksanakan sistem sebutan baku bahasa Melayu melalui siarannya secara menyeluruh. Hanya Radio Dua RTM (sekarang Radio Muzik) yang melaksanakan sebahagian penggunaan sebutan baku. 1.9 Pihak Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) juga telah menggunakan sebutan baku bahasa Melayu melalui siarannya, terutamanya dalam rancangan berita, rencana dan hebahan rancangan. 1.10 Pelaksanaan sebutan baku bahasa Melayu di seluruh negara memerlukan masa yang lebih lama. Masalah utama ialah kebiasaan sebutan lama yang sukar hendak diubah kepada cara menurut sistem baharu. Kita berharap generasi baru dapat melaksanakannya melalui amalan dalam sistem pendidikan.

2. Takrif Sebutan Baku Bagi bahasa Melayu, sebutan baku ialah sebutan yang digunakan dalam situasi formal atau rasmi. Urusan atau kegiatan yang ditakrifkan sebagai formal atau rasmi termasuklah yang berikut: (i) (ii) (iii) (iv) Pengajaran dan pembelajaran formal di institusi pendidikan oleh pegawai pendidikan, pensyarah, guru dan pelajar. Ucapan pada khalayak ramai, seperti pidato, ceramah, syarahan, perbahasan, forum, pengumuman dan kuliah. Komunikasi rasmi dan perbincangan di sektor awam, seperti dalam mesyuarat rasmi, temu duga, wawancara dan ucapan dalam upacara rasmi. Siaran melalui media elektronik (radio, televisyen dan filem), seperti pembacaan berita, penyampaian hebahan, ulasan dan pengacaraan sesuatu rancangan.

3. Dasar Sebutan Baku Dasar umum telah ditetapkan bahawa sebutan baku bagi kata bahasa Melayu hendaklah berdasarkan ejaan, iaitu sebutan menurut pelambangan huruf dan penyukuan kata, serta fungsinya dalam ayat. Sebagai garis panduan umum tentang sebutan baku bahasa Melayu, perhatian perlu diberikan kepada ciri-ciri sebutan yang berikut: (i) (ii) (iii) Sebutan Huruf: Pada umumnya, setiap huruf dalam ejaan Rumi (dan Jawi) hendaklah dilafazkan dengan jelas menurut nilai bunyi bahasa Melayu yang dilambangkannya. Sebutan Kata: Sebutan kata hendaklah berdasarkan ejaan secara keseluruhan dan juga berdasarkan bentuk kata (pola-pola suku kata), sama ada kata dasar atau kata terbitan. Intonasi: Intonasi ialah nada suara yang turun naik atau tinggi rendah sewaktu bercakap, dan hendaklah berdasarkan jenis dan bentuk ayat atau kalimat dalam bahasa Melayu serta keperihalan keadaan yang berkenaan.

4. Lambang Bunyi Vokal Lambang-lambang bunyi vokal yang digunakan dalam buku ini adalah seperti yang berikut: Huruf Rumi a e Lambang Keterangan Bunyi [a] [] [E] Bunyi vokal depan luas yang menjadi bunyi yang baku bagi huruf a. Contohnya: saya dilafazkan [sa.ya]. Bunyi vokal depan separuh sempit yang menjadi bunyi yang baku bagi huruf e taling. Contohnya: leher dilafazkan [l.hr]. Bunyi vokal depan separuh luas yang tidak dijadikan bunyi yang

e i o

[e] [i] [o] [O]

u ~

[u] [~]

baku bagi huruf e taling, tetapi boleh diterima bagi melafazkan beberapa perkataan serapan yang tertentu daripada bahasa Inggeris atau asing. Contohnya: beg boleh dilafazkan [bg] atau [bEg]. Lambang rasmi yang digunakan bagi bunyi vokal depan separuh luas ini ialah []. Bunyi vokal tengah yang menjadi bunyi yang baku bagi huruf e pepet. Contohnya: segera dilafazkan [se.ge.ra]. Lambang rasmi yang digunakan bagi bunyi vokal tengah ini ialah []. Bunyi vokal depan sempit yang menjadi bunyi yang baku bagi huruf i. Contohnya: gigi dilafazkan [gi.gi]. Bunyi vokal belakang separuh sempit yang menjadi bunyi yang baku huruf o. Contohnya: tolong dilafazkan [to.long]. Bunyi vokal belakang separuh luas yang tidak dijadikan bunyi yang baku bagi huruf o, tetapi boleh diterima bagi melafazkan beberapa perkataan serapan yang tertentu daripada bahasa Inggeris atau asing. Contohnya: kos boleh dilafazkan [kos] atau [kOs]. Lambang rasmi yang digunakan bagi bunyi vokal belakang separuh luas ini ialah []. Bunyi vokal belakang sempit yang menjadi bunyi yang baku bagi huruf u. Contohnya: guru dilafazkan [gu.ru]. Lambang yang menandai bunyi vokal sengau.

5. Lambang Bunyi Konsonan 5.1 Lambang-lambang bunyi konsonan yang digunakan dalam buku ini adalah sama dengan lambang-lambang yang digunakan dalam buku Pedoman Umum Ejaan Bahasa Malaysia (1975), kecuali lambang-lambang bagi bunyi konsonan yang ditulis dengan huruf gabungan (digraf), iaitu gh, kh, ng, ny dan sy yang dalam buku ini digunakan huruf yang sama sebagai lambang bunyi. Senarai lengkap lambang bunyi konsonan diperturunkan di bawah. Huruf Rumi p b t d k (i) (ii) Lambang Bunyi [p] [b] [t] [d] [k] [ ] Keterangan Plosif dua bibir tak bersuara. Contohnya: papan dilafazkan [pa.pan]. Plosif dua bibir bersuara. Contohnya: bab dilafazkan [bab]. Plosif gusi tak bersuara. Contohnya: tatap dilafazkan [ta.tap]. Plosif gusi bersuara. Contohnya: dadah dilafazkan [da.dah]. Plosif lelangit lembut tak bersuara. Contohnya: kaki dilafazkan [ka.ki]. Plosif glotis (hentian glotis). Contohnya: layak dilafazkan

(iii) (iv) g s h c j l r m n ny ng w y f v z sy kh gh q x(awal)

[ ] [q] [g] [s] [h] [c] [j] [l] [r] [m] [n] [ny] [ng] [w] [y] [f] [v] [z] [sy] [kh] [gh] [q] [z]

[la.ya]. Geseran rongga tekak bersuara (penutup). Contohnya: nikmat dilafazkan [ni.mat]. Plosif uvular atau anak tekak tak bersuara. Contohnya: kadi dilafazkan [qa.di]. Plosif lelangit lembut bersuara. Contohnya: gigi dilafazkan [gi.gi]. Frikatif gusi tak bersuara. Contohnya: susu dilafazkan [su.su]. Frikatif glotis tak bersuara. Contohnya: hebah dilafazkan [he.bah]. Afrikat lelangit keras-gusi tak bersuara. Contohnya: cacat dilafazkan [ca.cat]. Afrikat lelangit keras-gusi bersuara. Contohnya: jajah dilafazkan [ja.jah]. Konsonan lateral. Contohnya: lalat dilafazkan [la.lat]. Getaran gusi. Contohnya: ikrar dilafazkan [ik.rar]. Nasal dua bibir. Contohnya: mimpi dilafazkan [mim.pi]. Nasal gusi. Contohnya: nanti dilafazkan [nan.ti]. Nasal lelangit keras. Contohnya: nyanyi dilafazkan [nya.nyi]. Nasal lelangit lembut. Contohnya: nganga dilafazkan [nga.nga]. Separuh vokal lelangit lembut. Contohnya: wawasan dilafazkan [wa.wa.san]. Separuh vokal lelangit keras. Contohnya: yayasan dilafazkan [ya.ya.san]. Frikatif gigi-bibir tak bersuara. Contohnya: falsafah dilafazkan [fal.sa.fah]. Frikatif gigi-bibir bersuara. Contohnya: veto dilafazkan [ve.to]. Frikatif gusi bersuara. Contohnya: zamzam dilafazkan [zam.zam]. Frikatif lelangit keras-gusi tak bersuara. Contohnya: syarat dilafazkan [sya.rat]. Frikatif lelangit lembut tak bersuara. Contohnya: khusus dilafazkan [khu.sus]. Frikatif lelangit lembut bersuara. Contohnya: maghrib dilafazkan [magh.rib]. Plosif uvular atau anak tekak tak bersuara. Contohnya: qari dilafazkan [qa.ri]. Frikatif gusi bersuara. Contohnya: xilofon dilafazkan [zi.lo.fon].

5.2 Selain 27 fonem konsonan yang dilambangkan oleh 26 huruf konsonan itu, dalam buku ini, terdapat juga beberapa lambang bunyi lagi yang digunakan bagi kata serapan daripada bahasa Arab supaya kata atau istilah yang berkenaan dapat dilafazkan dengan bunyi yang sama dengan bunyi yang sebenar dalam bahasa sumbernya. Sebahagiannya mempunyai ciri-ciri velarisasi atau istikla (zF). Lambanglambang tersebut disenaraikan di bawah. Huruf Rumi t d k s s h z z Huruf Jawi Lambang Bunyi [t] [d] [ ] [s] [th] [h] [dh] [z] Keterangan Plosif velarisasi (istikla) gigi daun lidah tidak bersuara. Contohnya: tawaf dilafazkan [ta.waf]. Plosif velarisasi (istikla) gigi daun lidah bersuara. Contohnya: kadi dilafazkan [qa.di]. Geseran rongga tekak bersuara. Contohnya: nikmat dilafazkan [ni.mat]. Frikatif velarisasi (istikla) gusi tak bersuara. Contohnya: nas dilafazkan [nas]. Frikatif gigi tak bersuara. Contohnya: hadis dilafazkan [ha.dith]. Frikatif rongga tekak tidak bersuara. Contohnya: hadis dilafazkan [ha.dith]. Frikatif gigi bersuara. Contohnya: zikir dilafazkan [dhi.kir]. Frikatif velarisasi (istikla) gigi bersuara. Contohnya: takzim dilafazkan [ta.zim].

6. Huruf dan Fonem 6.1 Huruf-huruf dan nilai bunyinya yang ditetapkan dalam bahasa Melayu adalah seperti yang terdapat dalam buku Pedoman Umum Ejaan Bahasa Malaysia (1975), Pedoman Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu (cetakan kedua, 1989) dan Daftar Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu (cetakan pertama, 1991). 6.2 Dalam bahasa Melayu, terdapat enam fonem atau bunyi vokal baku, 27 fonem atau bunyi konsonan, dan tiga bunyi diftong. Fonem atau bunyi dan huruf yang melambangkannya dalam sistem bunyi bahasa Melayu adalah seperti yang berikut: (i) Huruf dan fonem vokal: Huruf Vokal a Fonem/ Bunyi [a] Ejaan parang Sebutan [pa.rang]

e taling e pepet i o u

[] [e] [i] [o] [u]

perang perang giling golong gulung

[p.rang] [pe.rang] [gi.ling] [go.long] [gu.lung]

(ii) Huruf dan fonem diftong: Huruf Diftong ai au oi Fonem/ Bunyi [ai] [au] [oi] Ejaan pantai pulau kaloi Sebutan [pan.tai] [pu.lau] [ka.loi]

(iii) Huruf dan fonem konsonan: Huruf Konsonan b c d f g gh h j k Fonem/ Bunyi [b] [c] [d] [d] [f] [g] [gh] [h] [h] [j] [k] [ ] [ ] [q] [kh] [l] [m] [n] [ng] [ny] [p] [q] [r] [s] [s] [th] Ejaan beban cacat dadah Ramadan fajar gagap ghaib hodoh hadis jajah kaki kakak nikmat kadi khusus lalat mampu nanti nganga nyanyi papan qari rakam susu soleh sanawi Sebutan [be.ban] [ca.cat] [da.dah] [ra.ma.dan] [fa.jar] [ga.gap] [ghaib] [ho.doh] [ha.dith] [ja.jah] [ka.ki] [ka.ka] [ni.mat] [qa.di] [khu.sus] [la.lat] [mam.pu] [nan.ti] [nga.nga] [nya.nyi] [pa.pan] [qa.ri] [ra.kam] [su.su] [so.lh] [tha.na.wi]

(1) (2)

(1) (2) (1) (2) (3) (4)

kh l m n ng ny p q () r (1) (2) (3)

sy t v w x y z

(1) (2)

(1) (2) (3)

[sy] [t] [t] [v] [w] [x] [y] [z] [z] [dh]

syarat tatap tarikat visa wawasan xenon yayasan zaman zalim mazhab

[sya.rat] [ta.tap] [ta.ri.qat] [vi.sa] [wa.wa.san] [z.non] [ya.ya.san] [za.man] [za.lim] [madh.hab]

7. Bunyi Vokal 7.1 Ada enam vokal tulen yang menjadi vokal baku dalam bahasa Melayu, iaitu /a/, //, /e/, /i/, /o/, dan /u/. Dua lagi vokal tulen, iaitu fonem [E] dan [O], tidak dianggap sebagai vokal baku, tetapi boleh digunakan untuk melafazkan kata-kata serapan tertentu, terutamanya daripada bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa Eropah yang lain. 7.2 Huruf vokal a dilafazkan dengan bunyi [a] pada semua kedudukan, terbuka atau tertutup, di awal, di tengah atau di akhir kata. Contohnya: Ejaan ada bahasa senjata manakala merdeka pelihara usaha Sebutan [a.da] [ba.ha.sa] [sen.ja.ta] [ma.na.ka.la] [mer.d.ka] [pe.li.ha.ra] [u.sa.ha]

Catatan: Bunyi [a] ini sudah digunakan dengan mantap pada kata-kata seperti yang berikut: Ejaan anda astaka bola wanita wira Sebutan [an.da] [as.ta.ka] [bo.la] [wa.ni.ta] [wi.ra]

7.3 Huruf vokal e taling dilafazkan dengan bunyi [], dan bukan dengan bunyi [E], bagi kata-kata jati dalam bahasa Melayu pada semua kedudukan. Contohnya: Ejaan enak cetak dewan kereta peka sate selekeh seret Sebutan [.na] [c.ta] [d.wan] [ke.r.ta] [p.ka] [sa.t] [se.l.kh] [s.rt]

7.4 Huruf vokal e pepet dilafazkan dengan bunyi [e] pada semua kedudukan. Contohnya: Ejaan enam empat senarai cedera menteri mekanisme Sebutan [e.nam] [em.pat] [se.na.rai] [ce.de.ra] [men.te.ri] [me.ka.nis.me]

7.5 Huruf vokal i dilafazkan dengan bunyi [i] pada semua kedudukan. Contohnya: Ejaan ini isteri mimpi giling pimpin Sebutan [i.ni] [is.te.ri] [mim.pi] [gi.ling] [pim.pin]

7.6 Huruf vokal o dilafazkan dengan bunyi [o], dan bukan dengan bunyi [O], bagi kata-kata jati dalam bahasa Melayu pada semua kedudukan. Contohnya: Ejaan olah omboh perabot Sebutan [o.lah] [om.boh] [pe.ra.bot]

rompak sekolah sokong tonton

[rom.pa] [se.ko.lah] [so.kong] [ton.ton]

7.7 Huruf vokal u dilafazkan dengan bunyi [u] pada semua kedudukan. Contohnya: Ejaan ubi umbut hulu tumpu lurus sumbu Sebutan [u.bi] [um.but] [hu.lu] [tum.pu] [lu.rus] [sum.bu]

7.8 Huruf vokal i di suku kata akhir tertutup selepas suku kata praakhir yang mengandungi bunyi [a], [i], [e] atau [u] dilafazkan dengan bunyi [i] juga. Contohnya: Ejaan balik didih sembelih putik Sebutan [ba.li] [di.dih] [sem.be.lih] [pu.ti]

7.9 Huruf vokal u di suku kata akhir tertutup selepas suku kata praakhir yang mengandungi bunyi [a], [i], [e] atau [u] dilafazkan dengan bunyi [u] juga. Contohnya: Ejaan batuk hibur temenggung tengkujuh 8. Bunyi Diftong 8.1 Ada tiga diftong asli dalam bahasa Melayu, iaitu /ai/, /au/ dan /oi/. 8.2 Huruf diftong ai dilafazkan dengan bunyi [ai] pada semua kedudukan (suku kata terbuka). Contohnya: Sebutan [ba.tu] [hi.bur] [te.meng.gung] [teng.ku.juh]

Ejaan baiduri hairan kelarai pantai

Sebutan [bai.du.ri] [hai.ran] [ke.la.rai] [pan.tai]

8.3 Huruf diftong au dilafazkan dengan bunyi [au] pada semua kedudukan (suku kata terbuka). Contohnya: Ejaan saudara tauge harimau kemarau Sebutan [sau.da.ra] [tau.g] [ha.ri.mau] [ke.ma.rau]

8.4 Huruf diftong oi dilafazkan dengan bunyi [oi] dan bukan dengan bunyi [Oi], bagi kata-kata jati dalam bahasa Melayu (suku kata terbuka). Contohnya: Ejaan sepoi kaloi peroi tampoi 9. Bunyi Konsonan 9.1 Huruf-huruf konsonan dilafazkan dengan nilai bunyinya sebagaimana yang disenaraikan di perenggan 5 dan 6.2. 9.2 Huruf konsonan r dilafazkan dengan bunyi [r] pada semua kedudukan, sama ada sebagai pembuka suku kata atau sebagai penutup suku kata. Contohnya: Ejaan hilir kotor lumpur pasar pelantar resam Sebutan [hi.lir] [ko.tor] [lum.pur] [pa.sar] [pe.lan.tar] [re.sam] Sebutan [se.poi] [ka.loi] [pe.roi] [tam.poi]

rukun saudara serta

[ru.kun] [sau.da.ra] [ser.ta]

10. Sebutan bagi Sistem Keselarasan Vokal 10.1 Sebutan bagi kata dasar dua suku kata atau lebih dengan suku kata akhir tertutup adalah menurut pola-pola sistem keselarasan huruf vokal ejaan Rumi. Ada 18 pola keselarasan bunyi vokal yang utama dalam kategori ini. 10.2 Daripada 18 pola tersebut, ada lapan pola yang berupa pola-pola yang berubah daripada sistem sebutan keselarasan vokal yang lama seperti yang berikut: Pola Lama > Baru [a-] > [a-i] [a-o] > [a-u] [e-] > [e-i] [e-o] > [e-u] [i-] > [i-i] [i-o] > [i-u] [u-] > [u-i] [u-o] > [u-u] Ejaan Lama > Baru balek > balik sumbangseh > sumbangsih basoh > basuh lmbayong > lembayung lbeh > lebih smbleh > sembelih tlor > telur tmnggong > temenggung siseh > sisih krisek > kerisik tidor > tidur bliong > beliung putek > putik gruseh > gerusih tundok > tunduk tngkujoh > tengkujuh Sebutan Lama > Baru [ba.l] > [ba.li] [sum.bang.sh] > [sum.bang.sih] [ba.soh] > [ba.suh] [lem.ba.yong] > lem.ba.yung] [le.bh > le.bih] [sem.be.lh > sem.be.lih] [te.lor > te.lur] [te.meng.gong > te.meng.gung] [si.sh > si.sih] [ke.ri.s > ke.ri.si] [ti.dor > ti.dur] [be.liong > be.liung] [pu.t > pu.ti] [ge.ru.sh > ge.ru.sih] [tun.do > tun.du] [teng.ku.joh > teng.ku.juh]

10.3 Sepuluh pola keselarasan bunyi vokal pada kata dasar yang berakhir dengan suku kata tertutup yang tidak berubah dalam ejaan lama dengan dalam ejaan sekarang adalah seperti yang berikut: Pola Keselarasan [a-a] [e-a] [-a] [-] [-o] [i-a] [o-a] [o-] [o-o] [u-a] Ejaaan balak halaman semak tembelang semak belerang leher selekeh telor selekoh kilang selinap borang pedoman boleh celoteh obor kelompok tumpang ketupat Sebutan [ba.la] [ha.la.man] [se.ma] [tem.be.lang] [s.ma] [be.l.rang] [l.hr] [se.l.kh] [t.lor] [se.le.koh] [ki.lang] [se.li.nap] [bo.rang] [pe.do.man] [bo.lh] [ce.lo.th] [o.bor] [ke.lom.po] [tum.pang] [ke.tu.pat]

11. Sebutan bagi Kata Dasar 11.1 Sebutan bagi kata dasar berpedomankan kaedah pemenggalan suku kata ejaan (kecuali apabila terdapat urutan bunyi dua vokal yang tidak sama, iaitu pola V-V yang menerbitkan V-VK, KV-VK). Contohnya: Pola Suku Kata Kata Pemenggalan Suku Kata Sebutan

V-KV V-KVK VK-KV VK-KVK KV-KV KV-KVK KVK-KV KVK-KVK

ubi utara ikan adinda inci umpama angkat almarhum lama selasih dalam serampang tampi tengkujuh canggih gelanggang

u-bi u-ta-ra i-kan a-din-da in-ci um-pa-ma ang-kat al-mar-hum la-ma se-la-sih da-lam se-ram-pang tam-pi teng-ku-juh cang-gih ge-lang-gang

[u.bi] [u.ta.ra] [i.kan] [a.din.da] [in.ci] [um.pa.ma] [ang.kat] [al.mar.hum] [la.ma] [se.la.sih] [da.lam] [se.ram.pang] [tam.pi] [teng.ku.juh] [cang.gih] [ge.lang.gang]

11.2 Sebutan bagi kata dasar yang mengandungi urutan bunyi dua vokal yang tidak sama, iaitu yang berpola V-V yang menerbitkan pola V-VK, KV-V dan KV-VK, atau urutan bunyi vokal dengan diftong, biasanya dilafazkan dengan bunyi geluncuran atau sisipan [y] atau [w]. Dalam buku ini, sebutan bagi urutan bunyi dua vokal tersebut tidak ditandai dengan sisipan bunyi [y] atau bunyi [w] sesuai dengan jenis vokal yang berurutan dan tidak dipisahkan dengan tanda titik suku kata. Contohnya: Kata Pemenggalan Suku Kata Sebutan [lain] (Tidak ditranskripsi [la.yin]) [daun] (Tidak ditranskripsi [da.wun]) [dia] (Tidak ditranskripsi [di.ya]) [kiam.bang] (Tidak ditranskripsi [ki.yam.bang]) [piu.tang] (Tidak ditranskripsi [pi.yu.tang]) [bua.ya] (Tidak ditranskripsi [bu.wa.ya]) [jui.ta] (Tidak ditranskripsi [ju.wi.ta])

lain la-in daun da-un dia di-a kiambang ki-am-bang piutang pi-u-tang buaya bu-a-ya juita ju-i-ta 12. Sebutan bagi Kata Terbitan

12.1 Sebutan bagi kata terbitan pada dasarnya menurut pola pemenggalan suku kata yang berdasarkan pola ejaan juga, iaitu VK-, KV- dan KVK-. Walau bagaimanapun, bagi beberapa bentuk terbitan dengan awalan tertentu, terdapat cara sebutan yang bervariasi. 12.2 Kata terbitan dengan mana-mana bentuk awalan beR-, peR-, teR-, meN-, peN-, di-, bel-, ke- atau se- (termasuk yang digunakan sebagai unsur apitan) dengan kata dasar yang bermula dengan bunyi konsonan atau awalan di-, ke- atau se- dengan kata dasar yang bermula dengan vokal atau diftong, dilafazkan menurut cara pemenggalan suku kata ejaan. Contohnya: Ejaan bernyanyi belajar menyanyi menunggu penyanyi penunggu diambil dimakan ketua keadaan kesepuluh seekor sekampung termakan peratus Sebutan [ber.nya.nyi] [be.la.jar] [me.nya.nyi] [me.nung.gu] [pe.nya.nyi] [pe.nung.gu] [di.am.bil] [di.ma.kan] [ke.tua] [ke.a.da.an] [ke.se.pu.luh] [se..kor] [se.kam.pung] [ter.ma.kan] [pe.ra.tus]

12.3 Kata terbitan dengan awalan meN- atau peN- (termasuk yang digunakan sebagai unsur apitan) dengan kata dasarnya yang bermula dengan bunyi vokal atau diftong dilafazkan menurut cara pemecahan suku kata ejaan juga. Contohnya: Ejaan mengarah mengedar mengikut mengolah mengundi pengarah pengedar pengikut pengolah pengundi Sebutan [me.nga.rah] [me.ng.dar] [me.ngi.kut] [me.ngo.lah] [me.ngun.di] [pe.nga.rah] [pe.ng.dar] [pe.ngi.kut] [pe.ngo.lah] [pe.ngun.di]

12.4 Kata terbitan dengan awalan meN- atau peN- (termasuk yang digunakan sebagai unsur apitan) yang mengandungi kata dasar ekasuku dilafazkan menurut cara pemecahan suku kata ejaan. Contohnya: Ejaan mengepam mengepos mengetim pengecat pengelap pengetut Sebutan [me.nge.pam] [me.nge.pos] [me.nge.tim] [pe.nge.cat] [pe.nge.lap] [pe.nge.tut]

12.5 Kata terbitan dengan awalan beR-, peR-, mempeR-, dipeR-, teR-, menteRatau diteR- (termasuk yang digunakan sebagai unsur apitan) dengan kata dasarnya yang bermula dengan bunyi vokal atau diftong dilafazkan dengan dua cara iaitu (i) sebutan menurut cara pemenggalan suku kata ejaan, atau (ii) sebutan menurut cara pemenggalan bentuk awalan dengan kata dasarnya. Keutamaan diberikan kepada cara yang pertama. Contohnya: Ejaan berangkat berekor berempat berikut berombak berubat perelok memperelok diperelok terangkat teringat Sebutan [be.rang.kat] atau [ber.ang.kat] [be.r.kor] atau [ber..kor] [be.rem.pat] atau [ber.em.pat] [be.ri.kut] atau [ber.i.kut] [be.rom.ba] atau [ber.om.ba] [be.ru.bat] atau [ber.u.bat] [pe.r.lo] atau [per..lo] [mem.pe.r.lo] atau [mem.per..lo] [di.pe.r.lo] atau [di.per..lo] [te.rang.kat] atau [ter.ang.kat] [te.ri.ngat] atau [ter.i.ngat]

12.6 Kata terbitan dengan akhiran -an, -i, -kan (termasuk yang digunakan sebagai unsur apitan) atau partikel -lah, -kah, -tah atau kata ganti singkat -ku, -mu atau -nya dilafazkan dengan satu cara sahaja, iaitu menurut pola pemenggalan suku kata ejaan. Contohnya: Ejaan tajaan akhiran menjalani menjalankan Sebutan [ta.ja.an] [a.khi.ran] [men.ja.la.ni] [men.ja.lan.kan]

inilah apakah bilatah sahabatku rumahmu jasanya jauhkanlah cintailah

[i.ni.lah] [a.pa.kah] [bi.la.tah] [sa.ha.bat.ku] [ru.mah.mu] [ja.sa.nya] [jauh.kan.lah] [cin.ta.i.lah]

12.7 Kata terbitan yang mengandungi kata dasar yang berakhir dengan bunyi hentian glotis [] yang menerima akhiran -an atau -i dilafazkan dengan dua cara, iaitu (i) bentuk sebutan yang berpola bunyi suku kata KV-KVK, atau (ii) bentuk sebutan yang menerima sisipan bunyi hentian glotis sebagai penutup suku kata akhir kata tunggal. Dalam buku ini, lambang [] diletak di bahagian atas (superskrip) untuk menunjukkan bunyi yang lemah atau yang tidak sepenuhnya. Walau bagaimanapun, keutamaan diberikan kepada cara sebutan yang pertama. Contohnya: Kata ejekan keelokan pujukan didikan memasuki menduduki Sebutan [.j.kan] atau [.j.kan] [ke..lo.kan] atau [ke..lo.kan] [pu.ju.kan] atau [pu.ju.kan] [di.di.kan] atau [di.di.kan] [me.ma.su.ki] atau [me.ma.su.ki] [men.du.du.ki] atau [men.du.du.ki]

12.8 Sebutan bagi kata terbitan dengan mana-mana bentuk apitan meN--kan, meN--i, peN--an, di--kan, di--i atau ke--an, atau dengan mana-mana apitan yang mengandungi awalan beR-, peR- atau teR- dengan kata dasar yang bermula dengan bunyi konsonan, diasaskan pada pedoman umum sebutan bagi kata terbitan dengan awalan dan kata terbitan dengan akhiran seperti yang disebut pada perenggan 12.2, 12.3, 12.4, 12.6 dan 12.7 di atas. Contohnya: Ejaan memasukkan mengumumkan memasuki mengenai pelesenan pendidikan pengetusan penyiasatan Sebutan [me.ma.su.kan] [me.ngu.mum.kan] [me.ma.su.ki] atau [me.ma.su.ki] [me.nge.na.i] [pe.l.s.nan] [pen.di.di.kan] atau [pen.di.di.kan] [pe.nge.tu.san] [pe.nyia.sa.tan]

dielakkan digemari dimasuki keagungan kecantikan bertaburan perkhidmatan terselesaikan memperbaharui menterbalikkan mencintainya

[di..la.kan] [di.ge.ma.ri] [di.ma.su.ki] atau [di.ma.su.ki] [ke.a.gu.ngan] [ke.can.ti.kan] atau [ke.can.ti.kan] [ber.ta.bu.ran] [per.khid.ma.tan] [ter.se.le.sai.kan] [mem.per.ba.ha.ru.i] [men.ter.ba.li.kan] [men.cin.ta.i.nya]

12.9 Kata terbitan dengan apitan beR--an, beR--kan, peR--an, peR--kan, peR--i, mempeR-kan, mempeR--i, diperR--kan, dipeR--i, teR--kan, teR-kan, teR--i, menteR--kan atau diteR--kan dengan kata dasarnya yang bermula dengan bunyi vokal atau diftong diasaskan pada pedoman umum sebutan bagi kata terbitan dengan awalan dan kata terbitan dengan akhiran seperti yang disebut pada perenggan 12.5, 12.6 dan 12.7 di atas. Contohnya: Ejaan berurusan berasaskan perubahan peruntukan memperuntukkan memperingati diperingatkan diperakuri teruruskan Sebutan [be.ru.ru.san] atau [ber.u.ru.san] [be.ra.sas.kan] atau [ber.a.sas.kan] [pe.ru.ba.han] atau [per.u.ba.han] [pe.run.tu.kan]/[pe.run.tu.kan] atau [per.un.tu.kan]/ [per.un.tu.kan] [mem.pe.run.tu.kan] atau [mem.per.un.tu.kan] [mem.pe.ri.nga.ti] atau [mem.per.i.nga.ti] [di.pe.ri.ngat.kan] atau [di.per.i.ngat.kan] [di.pe.ra.ku.ri] atau [di.per.a.ku.ri] [te.ru.rus.kan] atau [ter.u.rus.kan]

Kecuali kata seperti bererti yang dilafazkan dengan satu cara sahaja, iaitu [ber.er.ti]. 12.10 Kata terbitan yang terdiri daripada mana-mana bentuk imbuhan dengan kata dasar yang berupa kata ulang yang bermula dengan bunyi konsonan dilafazkan menurut cara pemecahan suku kata ejaan. Contohnya: Ejaan meraba-raba melambat-lambatkan membuat-buat mendayu-dayu Sebutan [me.ra.ba.ra.ba] [me.lam.bat.lam.bat.kan] [mem.buat.buat] [men.da.yu.da.yu]

menggaru-garu mempermain-mainkan berhati-hati berdua-duaan tersedu-sedu diada-adakan diperbesar-besar kekuning-kuningan selambat-lambatnya

[meng.ga.ru.ga.ru] [mem.per.main.main.kan] [ber.ha.ti.ha.ti] [ber.dua.dua.an] [ter.se.du.se.du] [di.a.da.a.da.kan] [di.per.be.sar.be.sar] [ke.ku.ning.ku.ni.ngan] [se.lam.bat.lam.bat.nya]

12.11 Kata terbitan yang terdiri daripada awalan meN- (termasuk yang digunakan sebagai unsur apitan) dengan kata dasar yang berupa kata ulang yang terluluh bunyi konsonan pertama [k], [p], [s] atau [t] dilafazkan dengan cara pemenggalan suku kata ejaan. Contohnya: Ejaan memukul-mukul mengata-ngatai mengesat-ngesatkan menangis-nangis menyeru-nyeru Sebutan [me.mu.kul.mu.kul] [me.nga.ta.nga.ta.i] [me.nge.sat.nge.sat.kan] [me.na.ngis.na.ngis] [me.nye.ru.nye.ru]

12.12 Kata terbitan yang terdiri daripada awalan meN- atau peN- (termasuk yang digunakan sebagai unsur apitan) dengan kata dasar yang berupa kata ulang yang bermula dengan bunyi vokal atau diftong dilafazkan dengan mengulangi bunyi suku kata kedua yang mengandungi bunyi [ng] itu walaupun, dari segi ejaan, bentuk yang diulang itu tidak ditulis dengan huruf ng. Contohnya: Ejaan mengada-ada mengagung-agungkan mengejek-ejek mengenjut-enjut mengikut-ikut mengusik-usik pengogak-ogak Sebutan [me.nga.da.nga.da] [me.nga.gung.nga.gung.kan] [me.nge.je.nge.je] [me.ngen.jut.ngen.jut] [me.ngi.kut.ngi.kut] [me.ngu.si.ngu.si] [pe.ngo.ga.ngo.ga]

12.13 Kata terbitan yang terdiri daripada awalan beR-, peR-, teR- atau apitan beR-an, beR--kan, peR--an, peR--kan, peR--i, mempeR--kan, mempeR--i, dipeR--kan, dipeR--i, teR--kan, teR--i, menteR--kan atau diteR--kan dengan kata dasar yang berupa kata ulang yang bermula dengan bunyi vokal atau diftong dilafazkan dengan dua cara, iaitu (i) sebutan menurut cara pemenggalan suku kata ejaan

dan mengulangi bunyi suku kata ejaan tersebut, atau (ii) sebutan menurut cara pemenggalan bentuk awalan dengan kata dasar dan mengulangi bunyi kata dasar tersebut. Keutamaan diberikan kepada cara yang pertama. Contohnya: Ejaan berangan-angan beriring-iringan memperolok-olokan teragak-agak teringat-ingat terumbang-ambing Sebutan [be.ra.ngan.ra.ngan] atau [ber.a.ngan.a.ngan] [be.ri.ring.ri.ri.ngan] atau [ber.i.ring.i.ri.ngan] [mem.pe.ro.lo.ro.lo.kan] atau [mem.per.o.lo.o.lo.kan] [te.ra.ga.ra.ga] atau [ter.a.ga.a.ga] [te.ri.ngat.ri.ngat] atau [ter.i.ngat.i.ngat] [te.rum.bang.am.bing] atau [ter.um.bang.am.bing]

13. Sebutan bagi Kata Serapan daripada Bahasa Inggeris 13.1 Sebutan bagi kata serapan daripada bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa Eropah yang lain didasarkan kepada pedoman umum yang menghendaki supaya setiap huruf dilafazkan menurut nilai bunyinya dalam bahasa Melayu. 13.2 Huruf vokal a dilafazkan dengan bunyi [a] juga dan bukan dengan bunyi [e], [], [E], [i], dan sebagainya. Contohnya: Ejaan album atom data popular radio skandal Sebutan [al.bum] [a.tom] [da.ta] [po.pu.lar] [ra.dio] [skan.dal]

13.3 Huruf vokal e taling dilafazkan dengan bunyi [] sekiranya sebutannya dalam bahasa sumber bukan bunyi pepet [e]; atau boleh dilafazkan dengan bunyi [E] bagi kata ekasuku seperti dalam bahasa sumber. Contohnya: Ejaan generasi kabaret sen telefon teori Sebutan [g.ne.ra.si] [ka.ba.rt] [sn] [t.l.fon] [to.ri]

sel beg

[sl] atau [sEl] [bg] atau [bEg]

13.4 Huruf vokal e pepet dilafazkan dengan bunyi [e] juga pada semua kedudukan terbuka atau tertutup. Contohnya: Ejaan artikel dividen meter parlimen presiden sistem Sebutan [ar.ti.kel] [di.vi.den] [m.ter] [par.li.men] [pr.si.den] [sis.tem]

Catatan: Bunyi e pepet ini termasuklah bagi huruf e di akhir bentuk -isme dan bentuk -ase yang menjadi penanda unsur enzim seperti yang berikut: Ejaan sosialisme nasionalisme amilase lipase Sebutan [so.sia.lis.me] [na.sio.na.lis.me] [a.mi.la.se] [li.pa.se]

13.5 Huruf vokal i dilafazkan dengan bunyi [i] juga pada semua kedudukan kata, termasuk kata yang diucapkan dengan bunyi diftong dalam bahasa sumbernya. Contohnya: Ejaan Sebutan

dinamo [di.na.mo] idea [i.da] identiti [i.dn.ti.ti] firma [fir.ma] krisis [kri.sis] organisasi [or.ga.ni.sa.si] 13.6 Huruf vokal o dilafazkan dengan bunyi [o]; atau boleh dilafazkan dengan bunyi [O] bagi kata ekasuku seperti dalam bahasa sumber. Contohnya: Ejaan akordion Sebutan [a.kor.dion]

bom ekonomi hormon komando sos kos tol

[bom] [.ko.no.mi] [hor.mon] [ko.man.do] [sos] atau [sOs] [kos] atau [kOs] [tol]

13.7 Huruf vokal u dilafazkan dengan bunyi [u] juga pada semua kedudukan kata, termasuk kata yang diucapkan dengan bunyi diftong atau bunyi [yu] dalam bahasa sumbernya. Contohnya: Ejaan industri kurikulum subsidi unik unit universal universiti Sebutan [in.dus.tri] [ku.ri.ku.lum] [sub.si.di] [u.nik] [u.nit] [u.ni.ver.sal] [u.ni.ver.si.ti]

13.8 Huruf diftong ai dilafazkan dengan bunyi [ai], dan bukan dengan bunyi [e] atau seumpamanya, pada semua kedudukan kata (suku kata terbuka) dalam bahasa Melayu. Contohnya: Ejaan aileron aising trailer Sebutan [ai.le.ron] [ai.sing] [trai.ler]

13.9 Huruf diftong au dilafazkan dengan bunyi [au] dan bukan dengan bunyi [o] atau [O] pada semua kedudukan kata (suku kata terbuka) dalam bahasa Melayu. Contohnya: Ejaan audit auditorium automatik autonomi Sebutan [au.dit] [au.di.to.rium] [au.to.ma.tik] [au.to.no.mi]

13.10 Huruf diftong oi dilafazkan dengan bunyi [oi] dan bukan dengan bunyi [Oi] dalam bahasa Melayu. Contohnya:

Ejaan konvoi koboi boikot

Sebutan [kon.voi] [ko.boi] [boi.kot]

13.11 Beberapa bentuk gabungan dua huruf vokal dilafazkan menjadi bunyi vokal tunggal dalam bahasa Melayu. Contohnya: Kata diesel protein oak zoologi aerobik Sebutan [di.sel] [pro.tin] [ok] [zu.lo.gi] [.ro.bik]

13.12 Huruf konsonan g dilafazkan dengan bunyi [g], dan bukan [j], dalam bahasa Melayu. Contohnya: Ejaan agenda agensi geografi geologi strategi teknologi tragedi Sebutan [a.gen.da] [a.gen.si] [geo.gra.fi] [geo.lo.gi] [stra.te.gi] [tek.no.lo.gi] [tra.ge.di]

Catatan: Bunyi [g] bagi huruf g ini sama dengan bunyi yang terdapat dalam katakata Melayu jati yang dilafazkan dengan bunyi [g] juga. Contohnya: Ejaan gagang gigi gelagat Sebutan [ga.gang] [gi.gi] [ge.la.gat]

13.13 Huruf konsonan x yang terletak di awal kata dilafazkan dengan bunyi [z] (seperti dalam bahasa sumber). Contohnya: Ejaan xenolit Sebutan [z.no.lit]

xenon xerofit xilem xilofon

[z.non] [z.ro.fit] [zi.lem] [zi.lo.fon]

13.14 Huruf gugus konsonan di awal kata atau awal suku kata dilafazkan sepenuhnya. Contohnya: Ejaan deskriptif drama klasik profesor tragedi struktur Sebutan [ds.krip.tif] [dra.ma] [kla.sik] [pro.f.sor] [tra.g.di] [struk.tur]

13.15 Bentuk gugus konsonan dengan /s/ sebagai konsonan akhir, seperti /ks/, /ns/ dan /ps/, dilafazkan sepenuhnya di akhir kata atau akhir suku kata. Contohnya: Ejaan ambulans forseps insurans sains Sebutan [am.bu.lans] [for.sps] [in.su.rans] [sains]

13.16 Huruf konsonan yang dilafazkan dalam bentuk bunyi yang lemah (atau dihilangkan) ialah unsur gugus konsonan akhir dalam rangkap yang lain, seperti -rd, -rt, -rm, -lt dan -lm. Contohnya: Ejaan standard konsert kloroform kobalt napalm Sebutan [stan.dad] [kon.set] [klo.ro.fom] [ko.bat] [na.pam]

13.17 Gugus konsonan awal yang tidak dibunyikan salah satu unsurnya dalam bahasa sumber dilafazkan dengan dua cara seperti yang berikut: Ejaan knot Sebutan [knot]/[knOt] atau [not]/[nOt]

pneumatik psikologi

[pneu.ma.tik] atau [neu.ma.tik] [psi.ko.lo.gi] atau [si.ko.lo.gi]

13.18 Kata atau ungkapan serapan daripada bahasa Perancis (atau bahasa-bahasa Eropah yang seumpamanya) yang diterima bentuk ejaannya yang asal dilafazkan menurut sebutan asal dalam bahasa sumber. Contohnya: Kata/Ungkapan ad hoc esprit de corps ex officio vis-a-vis Sebutan [Ed.hOk] [s.pri.de.kO] [ks.efi.syio] [vi.ze.vi]

13.19 Kata terbitan dengan mana-mana awalan, akhiran atau apitan yang kata dasarnya berupa kata serapan daripada bahasa Inggeris (atau bahasa-bahasa Eropah yang lain) dilafazkan menurut kaedah sebutan kata terbitan seperti yang dinyatakan di perenggan 12.1 hingga 12.13 di atas. Contohnya: Ejaan berteknologi diimport dikritik keunikan kritikan menelefon memproseskan mengeksport mengetin mengkreditkan pelesenan pengeposan pengkatalogan perekonomian perindustrian Sebutan [ber.tk.no.lo.gi] [di.im.pot] [di.kri.tik] [ke.u.ni.kan] atau [ke.u.ni.kan] [kri.ti.kan] atau [kri.ti.kan] [me.n.l.fon] [mem.pro.ss.kan] [me.ngk.spot] [me.nge.tin] [meng.kr.dit.kan] [pe.l.s.nan] [pe.nge.po.san] [peng.ka.ta.lo.gan] [pe.r.ko.no.mi.an] atau [per..ko.no.mian] [pe.rin.dus.trian] atau [per.in.dus.trian]

14. Sebutan bagi Kata Serapan daripada Bahasa Arab 14.1 Peraturan sebutan bagi kata serapan daripada bahasa Arab ada dua, iaitu (i) cara sebutan yang tertakluk kepada pedoman umum sebutan kata Melayu jati, dan (ii) cara sebutan menurut bunyi asal dalam bahasa sumber.

14.2 Kata serapan daripada bahasa Arab yang sudah lama menjadi kata umum dilafazkan sesuai dengan sebutan kata jati dalam bahasa Melayu. Contohnya: Ejaan Jawi Ejaan Rumi sahabat darurat hakim izin kubur zat zalim Sebutan [sa.ha.bat] [da.ru.rat] [ha.kim] [i.zin] [ku.bur] [zat] [za.lim]

GL R qv sQ uC qve

14.3 Kata daripada bahasa Arab yang asalnya bermula dengan bunyi ain ( ) dan sudah terserap sebagai kata umum tetapi difikirkan perlu dikekalkan sebutannya seperti dalam bahasa sumber boleh dilafazkan dengan dua cara, iaitu (i) cara sebutan menurut bunyi yang sudah terserap, dan (ii) cara sebutan yang mengekalkan bunyi ain. Keutamaan diberikan kepada cara sebutan yang sudah terserap dalam bahasa Melayu. Contohnya: Ejaan Jawi Ejaan Rumi alam ilmu ulama keaiban Sebutan [a.lam] atau [a.lam] [il.mu] atau [il.mu] [u.la.ma] atau [u.la.ma] [ke.ai.ban] atau [ke.ai.ban]

q upn pn sC

Kecuali kata seperti akidah yang dilafazkan dengan satu cara sahaja iaitu [a.qi.dah]. 14.4 Kata yang mengandungi suku kata tengah atau kata akhir yang bermula dengan bunyi ain dilafazkan dengan satu cara sahaja iaitu dengan melahirkan bunyi ain itu. Contohnya: Ejaan Jawi Ejaan Rumi saat Jumaat rai kaedah firaun Sebutan [sa.at] [ju.ma.at] [ra.i] [ka..dah] [fir.aun]

G Ep 0 P uR

14.5 Huruf k yang sepadan dengan huruf ain sebagai penutup suku kata tengah atau suku kata akhir boleh dilafazkan dengan dua cara, iaitu (i) dengan bunyi hentian glotis [], atau (ii) dengan bunyi geseran rongga tekak bersuara []. Contohnya: Ejaan Jawi Ejaan Rumi rakyat maklumat jamik iklan Sebutan [ra.yat] atau ra.yat] [ma.lu.mat] atau [ma.lu.mat] [ja.mi] atau [ja.mi] [i.lan] atau [i.lan]

Gv Gun z

14.6 Kata serapan yang berupa istilah agama atau yang berkaitan dengan aktiviti agama Islam dilafazkan sesuai dengan bunyi asal dalam kata bahasa sumber. Dalam hal ini, sebutan asal seperti dalam bahasa Arab hanya digunakan bagi kata atau istilah serapan yang telah dipilih dan ditetapkan supaya dilafazkan menurut bunyi Arab itu walaupun ditulis menurut kaedah umum ejaan Rumi. Contohnya: Ejaan Jawi Ejaan Rumi kadi hadis Ramadan tayamum raji (talak) tawaf Sebutan [qa.di] [ha.dith] [ra.ma.dan] [ta.yam.mum] [raj.i] [ta.waf]

0 IP Z qpv 0 ub

14.7 Kata yang berakhir dengan huruf ta marbutah ( , E ) dalam ejaan Jawi dilafazkan dengan berdasarkan huruf t atau h yang telah ditetapkan dalam ejaan Rumi. Contohnya: Ejaan Jawi Ejaan Rumi hijrah akhirat sunah sunat hidayah/hidayat Sebutan [hij.rah] [a.khi.rat] [sun.nah] [su.nat] [hi.da.yah]/[hi.da.yat]

RJ Rv Er Gu

tP ) EP

14.8 Istilah agama Islam yang ditulis atau dieja menurut kaedah transliterasi huruf Arab kepada huruf Rumi dilafazkan menurut bunyi asal seperti dalam bahasa sumber. Contohnya: Ejaan Jawi Ejaan Rumi Transliterasi hadith kidhib istimal qunut riya Sebutan [ha.dith] [ki.dhib] [is.ti.mal] [qu.nut] [ri.ya]

IP Q pF ur

15. Bunyi Sengau (Penyengauan) 15.1 Pada umumnya, bunyi sengau atau bunyi nasal terdapat pada vokal yang wujud selepas bunyi-bunyi nasal, iaitu selepas bunyi [m], [n], [ny] atau [ng]. Contohnya: Ejaan matang semut nasi manis nyaman hanyut nganga dingin Sebutan [ma.tang] [se.mut] [na.si] [ma.nis] [nya.man] [ha.nyut] [nga.nga] [di.ngin]

15.2 Suku kata (terbuka atau tertutup) yang bermula dengan bunyi konsonan [w] dan [y] (bunyi separuh vokal) yang hadir selepas suku kata terbuka yang bermula dengan bunyi sengau [m], [n], [ny] atau [ng] turut juga menjadi suku kata yang disengaukan. Contohnya: Ejaan maya mawas aniaya menawarkan nyawa menyahut mahal Sebutan [ma.ya] [ma.was] [a.nia.ya] [me.na.war.kan] [nya.wa] [me.nya.hut] [ma.hal]

mengawan

[me.nga.wan]

15.3 Bunyi vokal yang diikuti oleh bunyi konsonan sengau tidak disengaukan jika tidak didahului oleh bunyi konsonan sengau. Aturan ini merujuk kepada kata serapan daripada bahasa Inggeris (atau bahasa-bahasa Eropah yang lain) yang menyengaukan vokal sebelum bunyi konsonan sengau. Contohnya: Bahasa Inggeris Ejaan-Sebutan bomb [bmb] cent [snt] contract [kn.trEkt] marathon [mE.re.thn] tender [tn.de:] Bren-gun [brn.gan] Bahasa Melayu Ejaan-Sebutan bom [bom] sen [sn] kontrak maraton [ma.ra.ton] tender [tn.der] bren-gan [brn.gan]

Catatan: Kecuali bank [bangk]. 15.4 Selain bunyi sengau yang sepadan dengan bunyi huruf ain dalam kata serapan daripada bahasa Arab, terdapat juga beberapa patah kata bahasa Melayu yang dilafazkan dengan bunyi vokal sengau tanpa pengaruh bunyi konsonan sengau. Gejala ini mungkin merupakan variasi sebutan bagi bentuk baku tanpa bunyi sengau. Contohnya: Ejaan sia sempoa 16. Sebutan bagi Nama Khas 16.1 Nama orang di Malaysia atau di luar Malaysia dilafazkan menurut kebiasaan orang yang empunya nama atau kebiasaan setempat atau kebiasaan antarabangsa. Contohnya: Ejaan Muhammad Hatta Saad bin Said James Bond Nelson Mandela Lim Keng Yaik Boutros Boutros-Ghali Sebutan [mu.ham.mad] [hat.ta] [sa.ad] [bin] [sa.id] [jms] [bnd] [nl.sen] [man.d.la] [lim] [kng] [yk] [but.ros] [but.ros] [gha.li] Sebutan [sia] [sem.poa ]

16.2 Nama tempat di Malaysia atau di luar Malaysia dilafazkan menurut kebiasaan sebutan setempat atau kebiasaan antarabangsa. Contohnya: Ejaan Selangor Darul Ehsan Bosnia-Herzegovina Pyongyang New Zealand Sunway Lagoon Sebutan [se.la.ngor] [da.rul] [h.san] [bos.nia.her.ze.go.vi.na] [pyong.yang] [niu] [zi.lnd] [sun.wi] [le.gun]

16.3 Nama Khas yang lain yang mengandungi atau tidak mengandungi nama orang atau nama tempat dilafazkan menurut sistem sebutan baku bahasa Melayu. Contohnya: Ejaan Bank Bumiputra Radio Televisyen Malaysia Universiti Teknologi Malaysia Agensi Pengiklanan Multimedia Sebutan [bangk] [bu.mi.pu.te.ra] [ra.dio] [t.l.vi.syen] [me.l.sia] [u.ni.ver.si.ti] [tk.no.lo.gi] [me.l.sia] [a.gn.si] [pe.ngik.la.nan] [mul.ti.m.dia] atau [a.gn.si] [peng.i.la.nan] [mul.ti.m.dia]

16.4 Akronim atau singkatan yang terbentuk sebagai kata (dalam bahasa Melayu atau bukan bahasa Melayu) dilafazkan dengan dua cara, iaitu (i) cara sebutan akronim menurut cara pemenggalan suku kata ejaan, atau (ii) cara sebutan ungkapan atau nama yang penuh. Contohnya: Ejaan Felda UNESCO UMNO tadika ADUN Plus Sebutan [fl.da] atau (Federal Land Development Authority) (Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan) [yu.ns.ko] atau (United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization) (Pertubuhan Pelajaran, Sains dan Kebudayaan BangsaBangsa Bersatu) [am.no] atau (United Malays National Organization) (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu) [ta.di.ka] atau (taman didikan kanak-kanak) [a.dun] atau (Ahli Dewan Undangan Negeri) [plus] atau (Projek Lebuh Raya Utara-Selatan)

16.5 Akronim yang tidak berbentuk kata dan singkatan jenis inisialisme dalam ejaan Rumi dilafazkan dengan dua cara, iaitu (i) cara sebutan singkatan menurut bunyi huruf Rumi, atau (ii) cara sebutan ungkapan atau nama yang penuh. Contohnya: Ejaan DBP TLDM JKKK RTM PLO Sebutan [di.bi.pi] atau (Dewan Bahasa dan Pustaka) [ti.l.di.m] atau (Tentera Laut Diraja Malaysia) [j.k.k.k] atau (Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung) [ar.ti.m] atau (Radio Televisyen Malaysia) [pi.l.o] atau (Palestinian Liberation Organization) (Pertubuhan Pembebasan Palestin)

17. Intonasi dalam Bahasa Melayu 17.1 Intonasi ialah nada suara yang turun naik atau tinggi rendah sewaktu bercakap, dan hendaklah berdasarkan jenis dan bentuk ayat atau kalimat dalam bahasa Melayu, sama ada ayat penyata biasa, ayat tanya, ayat perintah, ayat terbalik atau songsang, atau ayat pasif, dan seumpamanya. 17.2 Intonasi bahasa Melayu dapat dikenali dan digayakan dengan empat tingkat nada yang biasa ditandai dengan angka 1, 2, 3 dan 4. Angka 1 menandai nada yang paling rendah, dan angka 4 menandai nada yang paling tinggi. Nada 2 memulakan ujaran dan nada 3 merupakan nada tekanan. 17.3 Intonasi bahasa Melayu mempunyai hubungan yang rapat dengan sintaksis, iaitu dapat membezakan jenis dan bentuk ayat. Intonasi wujud dalam bahasa Melayu bagi menandai dan memisahkan frasa yang pelbagai jenis dan bentuknya.1 17.4 Ada beberapa fungsi intonasi. Antaranya: (i) (ii) (iii) (iv) Fungsi emosional: Untuk menyatakan pelbagai makna sikap, seperti kegembiraan, kebosanan, kemarahan, kekejutan, keakraban, kekecualian, ketakutan dan ratusan sikap yang lain. Fungsi gramatis: Untuk menandakan kontras dari segi tatabahasa terhadap sesuatu ujaran, sama ada sesebuah klausa atau ayat itu berupa pertanyaan atau pernyataan, positif atau negatif, dan seumpamanya. Fungsi struktur informasi: Untuk memberikan sesuatu yang baru berbanding dengan yang telah dimaklumi dalam makna sesebuah ujaran, iaitu dengan menekankan kata yang membawa makna tersebut. Fungsi tekstual: Untuk membentuk nada dan gaya suara yang turun naik bagi wacana yang lebih luas seperti pembacaan teks berita yang membezakan satu berita dengan berita yang lain.

Lihat: Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, 1993, perenggan 16.9, hlm. 432-440.

(v) (vi)

Fungsi psikologis: Untuk membantu menggubah bahasa menjadi unit-unit ujaran yang mudah dilihat dan diingat, seperti belajar urutan nombor yang panjang atau ungkapan dalam ucapan. Fungsi indexical: Untuk menandai identiti seseorang, iaitu membantu mengenali seseorang sama ada tergolong dalam kumpulan sosial atau pekerjaan yang berbeza, seperti khatib, penjual ubat atau sarjan tentera.

You might also like