You are on page 1of 40

KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU BAHASA

MELAYU DI BAWAH DASAR MEMARTABATKAN BAHASA


MALAYSIA MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KERANGKA KURSUS KESELURUHAN

Pedagogi Pengajaran Bahasa Malaysia Berkesan Sekolah


Tajuk
Menengah

Topik Pengajaran dan Pembelajaran Tatabahasa Bahasa Malaysia

Masa

Personel

A. Objektif
Pada akhir sesi ini, peserta dapat:
1. mengenal pasti sistem ejaan rumi bahasa Melayu yang betul;
2. menjelaskan konsep asas morfologi dan sintaksis;
3. mengaplikasikan penguasaan bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu; dan
4. melaksanakan pengajaran dan pembelajaran tatabahasa secara kontekstual dan
didik hibur.

B. Kandungan Pengajaran
1. Sistem ejaan rumi bahasa Melayu
2. Konsep dan kandungan asas morfologi dan sintaksis
3. Sistem Bahasa dalam kemahiran Bahasa Melayu
4. Strategi pengajaran dan pembelajaran tatabahasa

c. Kaedah
1. Perbincangan
2. Simulasi / Main peranan
3. Permainan Bahasa
4. Tunjuk Cara
5. Kontekstual
6. Didik Hibur

D. Bahan Pengajaran
1. Modul Pemantapan Tatabahasa
2. Buku Tatabahasa Dewan Edisi Keempat
1
3. Kamus Dewan/e-Kamus/Kamus Pelajar
4. Sukatan KBSM / KSSR
5. Daftar Ejaan Rumi

E. Alatan
1. Komputer riba 6. Cakera
2. LCD 7. Kad Imbasan
3. Papan tulis 8. Keratan Akhbar
4. Marker
5. Kertas sebak

E. Penilaian
1. Penilaian lisan
2. Penilaian bertulis
3. Persembahan

F. Rumusan / Refleksi
Setelah selesai mengikuti kursus ini, peserta diharapkan mendapat idea tentang cara
pengajaran tatabahasa secara langsung dalam PdP Bahasa Malaysia. Di samping itu,
peserta berupaya menerapkan KBAT, i-Think, Didik Hibur dalam PdP Tatabahasa.

PENGENALAN
Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu

2
Sistem Ejaan Rumi yang diterima pakai dalam penulisan berbahasa Melayu pada
masa ini berasaskan permuafakatan kebahasaan Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia
(MBIM) pada 16 Ogos 1972, iaitu tarikh pelancaran Sistem Ejaan Rumi Bahasa
Melayu. Satu daripada kesan kesepakatan itu ialah terbitnya buku Pedoman Umum
Ejaan Bahasa Melayu (PUEBM) pada 1975 menerusi persidangan MBIM kelima di
Johor Bahru pada 2–4 Disember 1974.

Sejarah Ringkas Sistem Ejaan Rumi


1812 : William Marsden- A Grammar of the Malayan Language
1901 : W.G.Shellabear- The Evolution of the Malay Spelling
1905 : R.J. Wilkinson – Ejaan Sekolah
1947 : Pendeta Za’ba – Petua-petua Ejaan Rumi
1952, 1954, 1956 : Jawatankuasa Ejaan-Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu
(dikenali juga dengan nama Ejaan ASAS 50)
1972 : Ejaan Bersama Bahasa Malaysia–Bahasa Indonesia – Ejaan
Baharu-ejaan yang digunakan hingga sekarang.

1975 : Pedoman Umum Ejaan Bahasa Malaysia, Dewan Bahasa dan


Pustaka

1981 : Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia, Dewan Bahasa dan


Pustaka (Semakan 1988)

Bunyi dan Huruf: Dalam sistem ejaan rumi bahasa Melayu terdapat 21 huruf
konsonan, dan lima (5) huruf vokal. Selain itu, terdapat lima digraf (konsonan
gabungan). Huruf konsonan itu adalah seperti yang berikut:

Bb Cc Dd Ff Gg Hh Jj Kk Ll Mm Nn Pp

Qq Rr Ss Tt Vv Ww Xx Yy Zz

Bunyi digraf: ng ny kh gh sy

Contoh digraf:

ng ny kh gh sy
nganga nyanyi khabar ghairah syarikat
ngeri banyak makhluk maghrib masyarakat
ngilu bunyi tarikh baligh skuasy

Huruf vokal terdiri daripada : a e (Ə) i o u

Terdapat juga bentuk diftong, iaitu ai, au, dan oi.


3
ai au oi
aising aurat oidium
ramai pulau sepoi
lantai saudara boikot

Perkembangan dan pembaharuan sistem ejaan rumi telah membawa perubahan


kepada beberapa konsonan yang digunakan sebelum ini:

Lama Baharu
ch c
chantik cantik

dh d

POLA KESELARASAN VOKAL: Keselarasan vokal bermaksud keselarasan atau


kesesuaian dua huruf vokal yang membentuk dua suku kata pada kata dasar, iaitu
pasangan antara huruf vokal pada suku kata praakhir dengan huruf vokal pada suku
kata akhir tertutup. Peraturan ini menetapkan beberapa peraturan, iaitu keselarasan
antara dua huruf vokal pada kata dasar; kata dasar berakhirkan suku kata tertutup;
dan bagi kata yang mengandungi lebih daripada dua suku kata, yang terlibat dengan
sistem keselarasan huruf vokal, hanyalah dua suku kata yang terakhir.

Keselarasan Vokal Contoh Perkataan


a -a alas nakal lasak
a -i masjid balik alih
a -u barut patut datuk
e -a sedar jelas emak
e -i betik serik jerit
e -u telur belum rebus
e–a elak ekar engkar
e–e leleh telek remeh
e–o esok bengkok cedok
i -a bilang pinang kilas
i - i pilih didih sirih
i -u tidur hibur hidup
o -a otak rosak bosan
o - e oleh korek solek
o - o botol mogok boros
u - a bulat yuran dulang
u - i kulit murid lukis
u - u buluh runtuh pupuk
Rajah Pola Keselarasan Vokal

Perubahan pola ejaan lama (sebelum 16 Ogos 1972) kepada pola ejaan baharu
ditunjukkan pada rajah di bawah.

4
Pola Lama ContohPerkat Pola Baharu ContohPerkat
aan aan

a - e aleh a - i alih
a - o basoh a - u basuh
e–e lebeh e- i lebih
e- o belom e-u belum
i-e pileh i -i pilih
i-o tidor i–u tidur
u-e usek u–i usik
u-o untong u-u untung

KEKECUALIAN KESELARASAN POLA BAGI KATA PINJAMAN:Terdapat


beberapa kekecualian terhadap peraturan keselarasan vokal di atas, iaitu bagi kata
pinjaman daripada bahasa Indonesia dan bahasa Inggeris. Yang berikut ditunjukkan
beberapa contoh kata yang dikecualikan daripada pola keselarasan vokal yang
dinyatakan sebelum ini. Bagi perkataan yang berupa istilah atau kata pinjaman
daripada bahasa Inggeris, terdapat beberapa peraturan yang perlu dipatuhi.

Penyesuaian Huruf-huruf Konsonan Tertentu

Huruf Bahasa Inggeris Bahasa Melayu


c s cent sen
c/c k card , account kad, akaun
c
cc ks access akses
ch c charge, chop caj, cap
ph f graph graf
ch k technique teknik
s z music, physic muzik, fizik
sc s science sains
sc sk scale, screw skala, skrew
q k quality, quota kualiti, kuota
th s theory, thesis teori, tesis
x ks express, complex ekspres, kompleks
y i economy, analysis ekonomi, analisis

Pengguguran Satu daripada Gabungan Huruf Konsonan yang Sama

5
Huruf Bahasa Inggeris Bahasa Melayu
bb b lobby, hobby lobi, hobi
ff f effective, traffic efektif, trafik
gg g aggresive agresif
ll l pill, bill pil, bil
m m comma koma
m
nn n annuity, tennis anuiti, tenis
ss s asset, process aset, proses
tt t lottery, battery loteri, bateri
zz z jazz jaz

Penyesuaian Huruf bagi Gabungan Dua Huruf Vokal

Huruf Bahasa Inggeris Bahasa Melayu


au au audit, automatic audit, automatik
ea ea idea, gear idea, gear
ea i grease, cream gris, krim
ia ia dialect dialek
ei ei protein protein
ei i calorie kalori
ee i mee mi
iu iu premium, stadium premium, stadium
ou au accountant, pound akauntan, paun
ou u coupon, serious kupon, serius
oa o coat, cardboard kot, kadbod
oo u boot but
ue u tissue, issue tisu, isu

Pengekalan Konsonan Gandingan dalam bahasa Inggeris dengan Beberapa


Penyesuaian

Bahasa Inggeris Bahasa Melayu


block blok
classic, clinic klasik, klinik
draft draf
cream, credit krim, kredit
comprehensive komprehensif
protocol protokol
store stor
prism prisma
plasm plasma
organism organisma

Huruf ‘g’ yang diucapkan sebagai [ j ] menurut sebutan bahasa Inggeris, ditulis
sebagai ‘g’ dan disebut sebagai [ g ] dalam bahasa Melayu.
6
BahasaInggeris Bahasa Melayu
legend legenda
technology teknologi
tragedy tragedi
psychology psikologi
agenda agenda
agent agen, ejen (wakil)

Kata yang asalnya berakhir dengan –sion, -sional, -tion, -tional menjadi -si, -sen,
-syen, dan -sional.

Bahasa Inggeris Bahasa Melayu


tradition, action tradisi, aksi
lotion, immigration losen, imigresen
section, television seksyen, televisyen
professional profesional
national, traditional nasional, tradisional

Pengejaan kata yang berakhir dengan –ism.

Bahasa Inggeris Bahasa Melayu


nasionalism nasionalisme
comunism komunisme
socialisme sosialisme
mechanism mekanisme

Pengejaan kata pinjaman daripada bahasa Inggeris yang telah mantap.

Bahasa Inggeris Bahasa Melayu


class, glass kelas, gelas
grant, stamp geran, setem
pencil, plan pensel, pelan
bureau, ballon biro, belon
action aksi
dial, file dail, fail
size, pie saiz, pai

MORFOLOGI: PEMBENTUKAN DAN PENGGOLONGAN KATA


Pembentukan kata dalam bahasa Melayu terjadi menerusi proses pengimbuhan,
pemajmukan, penggandaan, dan pengakroniman. Proses pembentukan kata
7
menghasilkan bentuk-bentuk kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk, dan kata ganda,
yang dibincangkan di bawah aspek penggolongan kata. Yang berikut ialah contoh
perkataan mengikut kategori.

Kata Tunggal

Kata Tunggal KV: yu, ru, ya,ku (aku), tu (itu)


Satu Suku VK: am
Kata KVK: cat, wang
KKVK: stor, pruf, pruf, dril,gred
KVKK: teks, bank, volt, golf
KKKV: skru
KKKVK: skrip, skrol

V+KV: aku, uda, apa


Kata Tunggal V+VK: aib, air
DuaSuku V+KVK: adik, emas, ubat
Kata VK+KV: undi, impi, anda
VK+KVK: ambil, umpan, ombak
KV+V: dua, doa, tua, sua, dia
KV+VK: jauh, tuah, buah
KV+KV: jala, pasu, buku
KV+KVK: kapal, telur, sikat
KVK+KV: lampu, binti, mampu
KVK+KVK: bantal, mentol, sandar

KV+V+KV: cuaca, suara, tuala


KV+V+KVK: biawak, soalan, siasat
V+KV+V: usia, urea, idea
KV+KV+V: semua, mulia, benua
Kata Tunggal KVK+KV+V: tempua, mentua
Tiga Suku Kata KV+KV+VK: keruan, seluar
KVK+KV+VK: berlian
V+KV+KV: utara, utama, irama
V+KV+KVK: ijazah, amanah, amaran
VK+KV+KV: indera, asrama, antara
KV+KV+KV:keliru, budaya, teruna
KVK+KV+KV: menteri, bendera, kemboja
VK+KV+VK: ilmiah, ilmuan
V+KV+VK: akaun, elaun, ideal
KV+KV+KVK: belukar
KVK+KV+KVK: matlamat, cendawan
KV+KVK+KV: belanja
KVK+KVK+KV: sempurna
KV+KVK+KVK: selumbar

KV+KV+VK+KV: keluarga, biduanda


KV+KVK+KV+KV: sederhana, peristiwa, sayembara
Kata Tunggal KVK+KV+KV+KV: laksamana, sandiwara, harmonika

8
Empat Suku Kata KVK+KV+V+KV:sentiasa
dan lebih KV+KV+KV+KV:bidadari, serigala, samudera
KV+KV+KV+KVK:perajurit
KVK+KV+KV+KVK: sentimeter
KVK+KVK+KV+KV:dispensari
KV+KV+V+KVK: nasional
V+KV+KVK+KV+KV: universiti
KVK+KV+KV+KV+KVK: cenderawasih, kosmopolitan
KV+KV+KV+KV+KV+KV: maharajalela

Kata Tunggal – Gabungan Beberapa Huruf Awal:


Akronim ABIM: Angkatan Belia Islam Malaysia
IKIM: Institut Kefahaman Islam Malaysia
ADUN: Ahli Dewan Undangan Negeri

Gabungan Suku Kata dengan Huruf Awal/


Suku Kata dengan Suku Kata:
Mara: Majlis Amanah Rakyat
Perkim: Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia
Bernama: Berita Nasional Malaysia
Kata Tunggal – Perkeso: Pertubuhan Keselamatan Sosial
Akronim Intan: Institut Tadbiran Awam Negara

Gabungan Suku Kata dengan Suku Kata:


tadika: taman didikan kanak-kanak
taska : taman asuhan kanak-kanak
pawagam: panggung wayang gambar
cerpen: cerita pendek
kugiran : kumpulan gitar rancak

Kata Terbitan (Proses Pengimbuhan)

Awalan Kata Nama:


pe- (pelari, pesara, pekedai, petani,petinju)
pem- (pembawa, pembuat, pemveto, pemburu)
pen- (pendatang, pencari, penjual)
Kata peng- (penggali, pengkhianat, pengukur)
Terbitan penge- (pengebom, pengetin, pengelap)
Berawalan pel- (pelajar)
per- (perasap, perbara, pertapa, perburu)
ke- (ketua, kelipat, kekasih)
juru- (juruukur, juruwang, juruterbang)
maha- (mahasiswa, mahaguru, maharaja)
tata- (tatabuku, tatabahasa, tatacara)
tuna- (tunalihat, tunaaksara, tunawicara)
pra- (prasejarah, prakata, prasangka)
9
sub- (subteks, subsistem, substandard)
supra- (suprakelas, supranasional, suprasegmental)
swa- (swalayan, swadaya,swatenagaga)
eka- (ekabahasa, ekawarna, ekapaksi)
dwi- (dwibahasa, dwifungsi, dwitahunan)

Awalan Kata Kerja


me- (melawan, membuat, merasa)
mem- (membawa, memveto, memfitnah)
men- (mendaki, mencadang, mentua)
meng- (menggali, mengikut, mengajar)
Kata menge- (mengecat, mengekod, mengetin)
Terbitan memper- (memperisteri, memperhamba, memperluas)
Berawalan ber- (berjalan, berganti, berserta)
be- (beraja, berasa, berupa)
bel- (belajar)
ter- (terjebak, terbentuk)
di- (diatur, ditimbang, disusun)
diper- (diperisteri, dipercepat, diperoleh)

Akhiran Kata Nama:


-an (pakaian, jahitan, mainan)
Kata -wan (sasterawan, sejarawan, usahawan)
Terbitan -man (budiman, seniman)
Berakhiran -wati (seniwati, olahragawati)
-isme (nasionalisme, sosialisme, komunisme)
-in (hadirin, muslimin)
-at (munafikat, muslimat)
-ah (ustazah, sultanah)

Kata Akhiran Kata Kerja:


Terbitan -kan (buatkan, gunakan, besarkan)
Berakhiran -i (turuti, duduki, berkati)

Apitan Kata Nama:


pe-…-an (pelaksanaan, pelantikan, pelihatan, pelibatan)
pem-...-an (pembuatan, pembinaan, pemfitnahan)
Kata pen-...-an (pentakrifan, pendapatan, pencarian)
Terbitan peng-...-an (penggunaan, pengkhayalan, pengairan)
Berapitan penge-...-an (pengehadan, pengesahan, pengesyoran)
per-...-an (persalinan, perkuburan, permainan)
pel-…-an (pelajaran)
ke-…-an (kelainan, kelebihan, kedukaan)
Apitan Kata Kerja:
me-…-kan (memainkan, menyanyikan, mewujudkan)
men-…-kan (mendermakan, mentakrifkan, menzahirkan)
mem-...-kan (membaharukan, membaikkan, memvariasikan)
meng-...-kan (menggunakan, mengkhayalkan, menghiraukan)
10
menge-…-kan (mengepinkan, mengecamkan, mengewadkan)
ber-...-kan (beralaskan, berlaukkan, berbajukan)
Kata ber-...-an (berlanjutan, bermaafan, berjauhan)
Terbitan di-…-kan (dibiarkan, digunakan, dipisahkan)
Berapitan me-...-i (melalui, memasuki, menyedari)
men-...-i (mencurigai, mendendami, menziarahi)
mem-…-i (membaharui, membohongi, mempercayai)
meng-…-i (menganggotai, menggauli, mengekori)
di-...-i (didekati, dimulai, diadili)
diper-…-kan (diperdengarkan, diperlihatkan, diperbahaskan)
memper-... (memperhalus, memperbaik, memperlekeh)
memper-...-kan (memperdengarkan, memperlihatkan)
memper-...-i (memperingati, memperhambai)
ke-...-an (kehujanan, kehausan, kepanasan)

Kata Terbitan Apitan Kata Adjektif:


Berapitan ke-…-an (keinggerisan, keakraban, kecinaan)

Sisipan Kata Nama:


-el- (kelengkeng, telunjuk, kelabut)
-er- (keruping, seruling, serabut)

Kata Terbitan Sisipan Kata Adjektif:


Bersisipan -el- (kelebak, selerak, gelembung)
-er- (gerodak, kerelip)
-em- (gemilang, semerbak, gemerlap, cemerlang)
-in- (sinambung)
Sisipan Kata Kerja
-el- (jelajah, gelegak)
Kata Majmuk

gambar rajah, alat tulis, biru laut, air hujan, jalan raya, nasi
Kata Majmuk minyak,terima kasih, luar biasa, merah muda, bandar raya,
Bebas tengah hari,jam tangan, meja tulis, bom tangan, guru besar,
kuning langsat;Perdana Menteri, Duta Besar, Ketua Menteri,
Naib Canselor, Angkasawan Negara, Profesor Madya,
Ketua Setiausaha Negara

model linear, garis pusat, lut sinar, cakera padat, telefon dail
Kata Majmuk terus,lesung sendi, kanta tangan, segi tiga, cari gali,
Istilah Khusus reka bentuk, hak milik,mata pelajaran, pita suara, darah panas,
kertas kerja, batu kapur,atur cara, kemas kini, urus setia,
siar raya, libat urus

Kata Majmuk anak emas, berat mulut, buah tangan, buah hati, duit kopi,
Kiasan/Simpulan makan angin, pilih kasih, bulan madu, manis mulut, tumbuk
Bahasa rusuk, kaki ayam, kaki bola

11
Kata Majmuk antarabangsa, suruhanjaya, tandatangan, matahari,
yang Mantap kerjasama, pesuruhjaya, bumiputera, beritahu, kakitangan,
jawatankuasa, sukarela, setiausaha, olahraga, warganegara,
tanggungjawab

Kata Majmuk Awalan


Terbitan dicampur aduk, mengambil alih, dikenal pasti, berlitar selari

Akhiran
daya serapan, ditemu bual, kemas kinikan, mengatur cara,
kenal pastikan, susun aturkan, beransur maju, campur adukkan

Apitan
mencampuradukkan, pengambilalihan, pengenalpastian

PENGGANDAAN KATA MAJMUK

Penggandaan alat-alat tulis, guru-guru besar, kapal-kapal terbang, suku-suku


Kata Majmuk kata, jirim-jirim organik, gambar-gambar rajah, garis-garis
Rangkai kata pusat, model-model linear, Menteri-Menteri Besar, Ketua-
Bebas Ketua Eksekutif, Naib-Naib Canselor, Timbalan-Timbalan
Pengarah

Penggandaan Penuh

Penggandaan rama-rama, kupu-kupu, cantik-cantik, elok-elok, kalau-kalau,


penuh kata jangan-jangan, pulau-pulau, rumah-rumah, budak-budak,
tunggal tadika-tadika, buku-buku, sekolah-sekolah, cerpen-cerpen

Penggandaan pemimpin-pemimpin, pembesar-pembesar, pelatih-pelatih,


penuh kata kekasih-kekasih, ketua-ketua, pekedai-pekedai, peruncit-
berimbuhan peruncit,pengguna-pengguna, persatuan-persatuan,
kementerian-kementerian

Penggandaan lelaki, pepohon, gegelang, tetikus, sesiku, lelayang,


Separa tersenyum-senyum, kejar-mengejar, sebijak-bijak,
sayur-sayuran, kenang-kenangan, orang-orangan

Pengulangan vokal
Kata Nama: lauk-pauk, kuih-muih, sayur-mayur
Kata Kerja: cerai-berai, gotong-royong, tungkus-lumus
Kata Adjektif: hiruk-pikuk

12
Penggandaan Pengulangan Konsonan
Berentak Kata Nama: batu-batan, gunung-ganang, suku-sakat
Kata Kerja: dolak-dalik, huyung-hayang, mundar-mandir
Kata Adjektif: gelap-gelita, kontang-kanting, kucar-kacir

Bebas
Kata Nama: anak-pinak, saudara-mara, ipar-lamai
Kata Kerja: ulang-alik
Kata Adjektif: lintang-pukang, lemah-longlai, simpang-siur

PENGGOLONGAN KATA
Penggolongan kata ialah pengelompokan perkataan dalam kumpulan dan fungsi
yang sama berdasarkan kriteria sintaksis dan kriteria semantik. Golongan kata
terbahagi kepada empat, iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif, dan kata tugas.

Kata nama Nama am kerusi, sekolah


Nama khas Rolls Royce, Senator Sharifah
aku, kamu, dia, sana, sini, itu, ini,
Kata ganti nama apa, mana, siapa

Kata kerja Transitif menghadiri,


mengurus,menjahitkan
berlari, menangis,
Tak transitif
berselendangkan, tinggal
Pasif ditenggelami, terangkat,
bergosok, kena malu, kepanasan

Kata adjektif Sifatan atau keadaan baik


Warna kuning
Ukuran renek
Bentuk pipih
Waktu suntuk
Jarak hampir
Cara lambat
Perasaan terkesima
pancaindera payau
Hubung justeru
Kata tugas
Seru amboi
Tanya bagaimana
Perintah sila
Pangkal ayat maka
Bantu dapat , boleh

13
Penegas -lah
Nafi bukan , tidak
Pemeri ialah , adalah
Sendi nama antara , di antara
Pembenar ya
Arah belakang
Bilangan banyak , ramai
Adverba selalu , sering kali
Penekan hakikatnya
Pembenda lajunya

PANDUAN PELAKSANAAN:

1. Menghubungkaitkan isu tatabahasa yang sering ditemukan dalam penulisan.


Contoh: 1a. Pele adalah pemain bola sepak brazil yang sangat terhebat
sekali sewaktu menendang gol.
SEPATUTNYA
1b. Pele ialah pemain bola sepak Brazil yang terhebat sewaktu
menjaringkan bola.

2. Meneliti aspek strategi pengajaran dan pembelajaran tatabahasa secara


kontekstual, e-pembelajaran, dan didik hibur.
a. Tatabahasa secara Kontekstual: Menghubungkaitkan pengalaman menulis
dengan elemen tatabahasa, khususnya morfologi. Misalnya, penggolongan kata,
iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif,dan kata tugas.

b. Tatabahasa dalam e-Pembelajaran: Dicadangkan supaya bahan dalam laman


sesawang dan akhbar dalam talian menggunakan bahasa yang betul dan
gramatis.

c. Tatabahasa secara Didik Hibur: Dicadangkan penggunaan puisi tradisional,


puisi moden atau lirik lagu. Guru boleh mengaplikasikan bahan tersebut dalam
pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kreativiti.
SINTAKSIS BAHASA MELAYU

BINAAN AYAT, AYAT DASAR, FRASA, KLAUSA, AYAT MAJMUK, DAN AYAT
TERBITAN
Pengenalan
Ayat ialah unit pengucapan atau tulisan yang tinggi letaknya dalam susunan
tatabahasa, yang mengandungi makna yang lengkap. Binaan ayat terdiri daripada
unsur-unsur klausa, frasa, dan perkataan.

14
BINAAN AYAT
Ayat terbina daripada dua bahagian utama, iaitu subjek dan predikat.

Subjek Predikat
1. Dr. Sheikh Muszaphar Shukor angkasawan pertama negara kita.
2. Unit Kurikulum Daerah menganjurkan program Karnival Bahasa.
Gombak
3. Bangunan yang bersejarah itu sedang dipulihara.

Ayat Dasar:
Ayat dasar ialah ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi pembentukan bahasa
Melayu seperti yang berikut:

Subjek Predikat
Puan Hasnah ejen insurans.
Abang Jalal menjerit kesakitan.
Cik Halina sangat ayu berbaju kebaya.
Pejabat Encik Ab. Rahim di Bandar Enstek.

Ayat-ayat di atas dapat menerbitkan ayat-ayat yang lain, yang lebih kompleks sama
ada ayat tunggal atau ayat majmuk, ayat aktif atau ayat pasif dan sebagainya.
FRASA: Frasa ialah unit yang terdiri daripada satu susunan yang mengandungi
sekurang-kurangnya dua perkataan, ataupun satu perkataan yang berpotensi untuk
diperluas menjadi dua perkataan atau lebih. Binaan frasa tidak mengandungi subjek
dan predikat.

Contoh Frasa Contoh Frasa yang diperluas


kertas sehelai kertas
sehelai kertas edaran
sehelai kertas edaran mesyuarat

Pola Ayat Dasar: Pola ayat dasar terbahagi kepada empat jenis berdasarkan unsur
yang hadir sebagai konstituen ayat, iaitu jenis subjek dan predikat. Ayat dasar
bahasa Melayu terdiri daripada empat pola, iaitu FN + FN,FN + FK, FN + FA, dan FN
+ FS.

Pola Contoh

Subjek + Predikat Subjek / Predikat


1. Frasa Nama + Frasa Nama Sekolah saya Sekolah Kebangsaan Putra.
2. Frasa Nama + Frasa Kerja Guru-guru Besar sedang bermesyuarat.
3. Frasa Nama + Frasa Adjektif Pembantu makmal itu rajin orangnya.
4. Frasa Nama + Frasa Sendi Nama Keluarga kami dari Kota Bharu.

15
Rumusannya, semua subjek ayat terdiri daripada Frasa Nama (FN), manakala
predikat ayat pula boleh terdiri daripada Frasa Nama (FN), Frasa Kerja (FK), Frasa
Adjektif (FA), dan Frasa Sendi Nama (FS). Binaan ayat yang gramatis mestilah
berdasarkan gabungan subjek (FN) dan predikat (FN, FK, FA, atau FS).

Binaan Frasa Nama (FN):


Frasa nama terdiri daripada satu atau beberapa perkataan yang berfungsi sebagai
satu kesatuan dalam binaan ayat.

Subjek Predikat Pola


Encik Rahman usahawan tani.
Perisian alat bantu mengajar.
persembahan FN + FN
Dato’ Siti isteri Datuk Khalid.
Nurhaliza
Dato’ Shariff pegawai khas Menteri Pendidikan .

Binaan Frasa Kerja (FK):


Frasa kerja ialah binaan yang terdiri daripada satu perkataan atau lebih dan kata
intinya ialah kata kerja tak transitif (KKTT) atau kata kerja transitif (KKT). KKTT hadir
bersendirian atau diikuti oleh satu atau sederetan perkataan, manakala KKT mesti
diikuti oleh objek atau unsur-unsur lain.
Contoh:

Subjek Frasa Kerja Kata kerja


1. Rahmah membaca buku cerita. KKT
2. Ayam hutan itu membuat sarang pada pokok ara. KKT
3. Adik tidur di pangkuan ibu. KKTT
4. Jin Han bernyanyi di atas pentas. KKTT
5. Kanak-kanak itu menangis tersedu-sedu. KKTT

Binaan Frasa Adjektif (FA):


Frasa adjektif ialah susunan perkataan yang terdiri daripada satu atau beberapa
perkataan yang mengandungi kata adjektif sebagai kata intinya. Frasa adjektif
berfungsi sebagai predikat, sebagai unsur keterangan, dan unsur penerang dalam
predikat. Sebagai unsur keterangan, kata adjektif hadir sesudah kata kerja dan
sebagai unsur penerang kata adjektif hadir sesudah kata nama.
Contoh:

Subjek (FN) Predikat Fungsi Frasa Adjektif

16
1. Dia rajin. FA sebagai predikat
2. Mereka pulang segera. FA sebagai unsur penerang
3. Burung helang terbang tinggi. FA sebagai unsur keterangan

Binaan Frasa Sendi Nama (FS): Frasa sendi nama ialah satu binaan dalam ayat
yang terdiri daripada satu kata sendi nama dan satu frasa nama yang menjadi
pelengkap kepada kata sendi nama itu. Antara kata sendi nama yang sering
digunakan dalam bahasa Melayu termasuk di, ke, dari, daripada, pada, kepada,
dan sebagainya. Contoh:

Subjek Predikat
1. Kanang ke bandar.
2. E-mel itu daripada ibu.
3. Cenderamata ini untuk murid cemerlang.
Pembentukan Frasa Nama (FN): Binaan frasa nama terbentuk daripada satu atau
sederetan perkataan, sama ada terdiri daripada:
(i) satu perkataan yang merupakan inti bagi seluruh frasa nama itu, dan perkataan
lain sebagai penerang;
(ii) dua unsur inti di dalamnya.
Contoh :

Contoh Frasa Nama


Predikat
Inti Penerang
1. Guru Bahasa Melayu itu sungguh kreatif.
2. Kakak budak lelaki itu sudah berpunya.

Frasa Nama
Predikat
Inti Inti
1. Ibu bapa dipersilakan hadir.
2. Hutan rimba perlu dijaga.

Pembentukan Frasa Kerja (FK):


Frasa kerja dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu
(i) frasa kerja tak transitif tidak mengandungi objek, yang kata kerjanya
tidak perlu disambut oleh sesuatu frasa nama sebagai objek untuk
melengkapkannya.
(ii) frasa kerja transitif mengandungi objek, yang kata kerjanya harus
disambut oleh frasa nama sebagai objek untuk melengkapkannya.
Objek juga diikuti oleh kata keterangan.

17
Frasa Kerja
Subjek
Kata kerja Objek Keterangan
1. Adik tidur.
2. Hujan turun - dengan lebatnya.
3. Ayah membaca manuskrip.
4. Perburu menembak rusa.
5. Ibu menghidangkan makanan.
6. Jurulatih menyuruh murid-murid berlari pantas.

Pembentukan Frasa Adjektif (FA):


Frasa adjektif terdiri daripada satu perkataan adjektif sahaja atau deretan perkataan
yang mengandungi kata adjektif dengan kata bantu dan kata penguat, sama ada di
hadapan atau di belakangnya.

Subjek Frasa Adjektif

Kata Penguat Kata Penguat


Bantu Adjektif
1. Hari sudah - gelap. -
2. Hujan masih - lebat. -
3. Ayah - amat gembira. -
4. Perburu itu - sangat cekap. -
5. Pulau Tioman masih - cantik amat.
6. Faiz masih - tenang benar.

Pembentukan Frasa Sendi Nama (FS): Frasa sendi nama terbentuk daripada
salah satu binaan yang berikut:

18
i. Kata sendi nama + frasa nama
ii. Kata sendi nama + kata nama arah + frasa nama
iii. Kata sendi nama + (kata nama arah) + frasa nama + (frasa keterangan)

Frasa Sendi Nama

Kata
Subjek Kata Nama
Sendi Frasa Nama Keterangan
Arah
Nama
1. Saya dari - Johor Bahru. -
2. Adik ke - sekolah. -
3. Ayah di belakang rumah. -
4. Perburu itu dari dalam hutan. -
5. Nenek ke dalam belukar mencari herba.
6. Pemandu itu ke belakang keretanya mengambil
sesuatu.

KLAUSA: Klausa ialah satu unit rangkaian perkataan yang mengandungi subjek dan
predikat yang menjadi konstituen kepada ayat. Klausa terbahagi kepada dua jenis,
iaitu klausa bebas dan klausa tak bebas. Klausa bebas ialah klausa yang berdiri
sendiri dan bersifat sebagai ayat lengkap apabila diucapkan dengan intonasi yang
sempurna. Klausa yang tidak dapat berdiri sendiri disebut sebagai klausa tak bebas.

Klausa bebas / klausa utama Klausa tak bebas


Awak pandai kerana awak rajin belajar.

Kami akan hadir sekiranya hari tidak hujan

Mereka akan datang walaupun tidak diundang

Cikgu memberitahu sesuatu bahawa kami akan menghantar tugasan


pada hari esok.

19
BINAAN AYAT:
Binaan Ayat Tunggal – Ayat Majmuk :
Ayat tunggal mengandungi satu subjek dan satu predikat; sementara ayat majmuk
mengandungi satu subjek dengan beberapa predikat, beberapa subjek dengan satu
predikat, atau beberapa subjek dengan beberapa predikat. Bilangan klausa yang
terkandung dalam sesuatu ayat akan menentukan sama ada ayat itu ayat tunggal
ataupun ayat majmuk.
Contoh :

Ayat Tunggal Ayat Majmuk


1a. Puan Jaleha guru di SMK Puan Jaleha guru di SMK Bukit
Bukit Putra. Putra manakala rakan beliau
1b.Rakan beliau juruteknik di juruteknik di sebuah syarikat
sebuah syarikat petroleum. petroleum.

2a. Murid-murid masih berbual. Murid-murid masih berbual


2b. Pengetua sedang berucap. walaupun Pengetua sedang
berucap.

3a. Staf sekolah ini rajin. Staf sekolah ini rajin serta
3b. Staf sekolah ini bertanggungjawab. bertanggungjawab.

Binaan predikat ayat tunggal dapat dibina daripada unsur-unsur FN, FK, FA, dan
FS.

Subjek Predikat Binaan Predikat


i. Pemuda itu pengarah syarikat. Frasa Nama
ii. Ayam serama itu berkokok. Frasa Kerja
iii. Cikgu Amin sangat rajin. Frasa Adjektif
iv. Bapa ke Kuala Lumpur. Frasa Sendi Nama

20
RAGAM AYAT:
Ragam ayat tunggal bahasa Melayu terdiri daripada ayat aktif dan ayat pasif. Ayat
aktif terdiri daripada ayat aktif transitif dan ayat aktif tak transitif.

Ayat Aktif Transitif

Predikat
Subjek
Kata Kerja Transitif Objek
1. Ribut melanda kampung kami.
2. Ahmad mengarang buku cerita.
3. Pengarah merasmikan seminar itu.

Ayat Aktif Tak Transitif dengan Keterangan yang boleh digugurkan

Subjek Predikat

Kata Kerja Tak Keterangan yang boleh


Transitif digugurkan
1. Amir Zakry sedang bercuti di Pulau Pinang.
2. Azie Hazirah mengaji selepas Maghrib.
3. Khawidah berkebun di belakang rumahnya.

Ayat Aktif Tak Transitif dengan Keterangan yang tidak boleh digugurkan

Subjek Predikat

Kata Kerja Keterangan yang tidak


Tak Transitif boleh digugurkan
1. Arweendran tinggal di Setia Alam.
2. Pesawat MH370 menuju ke Beijing.
3. Penyakitnya beransur sembuh.

AYAT PASIF: Ayat pasif pula ialah ayat yang asalnya daripada ayat aktif transitif.
Ayat pasif digolongkan kepada tiga jenis, iaitu:
i. Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif;
ii. Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kedua; dan
iii. Ayat pasif dengan perkataan kena yang hadir sebelum kata kerja.

Ayat Pasif dengan Imbuhan Kata Kerja Pasif

Subjek Kata Kerja Oleh + Frasa Keterangan


Pasif Nama

21
1.Buku itu sudah diambil oleh Abu pagi tadi.
2.Kucing terlanggar oleh basikal di kakinya.
3.Sampah sarap dipungut oleh pekerja setiap hari.

Ayat Pasif dengan Kata Ganti Nama Diri Pertama dan Kedua

Subjek Frasa Kerja Pasif dengan Ganti Keterangan


Nama Diri Pertama atau Kedua
1. Tugasan itu sudah aku siapkan awal-awal lagi.
2. Hutang itu akan kami jelaskan segera.
3. Masakan itu belum engkau makan lagi.
4. Perkara tersebut harus awak putuskan segera.

Ayat Pasif dengan Perkataan “Kena” yang hadir sebelum kata kerja

Subjek Kena Kata Kerja Oleh + Frasa Nama


Dasar
1.Penagih tadi kena tangkap oleh polis.
2.Penyeludup itu kena tahan oleh pihak kastam.
3.Budak tersebut kena kejar oleh orang jahat.
4.Harimau bintang kena tembak oleh perburu.

AYAT MAJMUK: Ayat majmuk ialah ayat terbitan yang mengandungi dua ayat
tunggal atau lebih. Pemajmukan ayat tunggal terjadi menerusi penggunaan kata
hubung ’seperti’ dan, kata komplemen ’bahawa’, kata relatif ’yang’, selain
penggunaan tanda koma, dan keterangan. Ayat majmuk dapat dibahagikan kepada
tiga jenis, iaitu:

Ayat Majmuk Gabungan: Ayat yang terdiri daripada dua atau lebih ayat tunggal.
a. Faktanya berurutan(kata hubung: dan, lalu, serta, dan sambil)
1. Dia masuk ke dewan lalu duduk di barisan hadapan.
2. Berenang dan menyelam menjadi kegemarannya.
b. Faktanya bertentangan (kata hubung: tetapi, sebaliknya, dan padahal)
1. Vivian bertubuh besar tetapi penakut.
2. Murid-murid masih berada di kantin padahal loceng sudah berbunyi.

c. Gabungan dua ayat atau lebih dengan menggunakan kata hubung


berpasangan
1. Daripada berbual-bual kosong, lebih baik kita mengulang kaji pelajaran.
2. Sama ada berita itu benar ataupun tidak, belum dapat dipastikan.

22
Ayat Majmuk Pancangan: Ayat majmuk pancangan terbahagi kepada tiga jenis,
iaitu:
Ayat Relatif (menggunakan kata relatif yang)
1. Calon guru yang hadir pada sesi pertama sudah ditemu duga.
(Ayat induk: Calon guru sudah ditemu duga.)
(Ayat kecil: Calon guru hadir pada sesi pertama.)

Ayat Komplemen (menggunakan kata komplemen bahawa dan untuk)


1. Bahawa saya benar memanglah perlu saya pertahankan.
2. Adalah sukar untuk pasukan penyelamat menemukan pesawat itu.

Ayat Keterangan (menggunakan kata keterangan ketika, kerana, semasa, sewaktu,


dengan, sungguhpun, walaupun, , semoga, dan sekiranya)
1. Perhimpunan lambat berakhir kerana banyak perkara yang disampaikan.
(keterangan sebab)

2. Jika dia menerima saya seadanya, saya akan terus berbincang dengan kedua-
dua orang ibu bapa saya. (keterangan syarat)

3. Walaupun kawasan institut sedang dinaik taraf, pelawat tetap datang


berkunjung ke sini. (keterangan pertentangan)

4. Warga sekolah berdoa semoga sekolah mencapai keputusan yang lebih


baik pada tahun depan. (keterangan harapan)

Ayat Majmuk Campuran: Ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat,
iaitu ayat yang terdiri daripada campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk atau
deretan pelbagai jenis ayat majmuk. Oleh hal yang demikian, penggunaan kata
hubung, kata relatif, dan kata komplemen ialah bentuk yang biasa ditemukan dalam
ayat majmuk campuran.
1. Apabila kita berusaha untuk mendapat kepuasan yang tinggi dalam
pekerjaan, kita hendaklah selalu menilai kekuatan dan kelemahan diri
kita.

2. Jika perlawanan bola sepak yang akan mempertemukan dua pasukan gergasi
dunia itu dapat diadakan di negara ini, kami yakin bahawa peminat fanatik
kedua-dua buah pasukan itu akan terhibur, sementara pihak penganjur akan
memperoleh keuntungan yang besar.

Ayat Majmuk Pasif dapat dibina jika wujud bentuk aktifnya, yang mengandungi kata
kerja transitif.

23
1. Kami dinasihati oleh pegawai atasan itu kerana lambat menyempurnakan
kerja yang diserahkan kepada kami.
2. Warga institut akan dibenarkan bercuti mulai hari Jumaat yang akan
datang.
3. Seluruh staf sektor awam digalakkan supaya menghadiri kursus
peningkatan ilmu seumpama ini.

PROSES PENERBITAN AYAT: Penerbitan ayat ialah suatu proses terbina atau
terbentuknya ayat melalui proses pertukaran bentuk ayat (transformasi) yang
mengakibatkan pengguguran, penyusunan semula atau peluasan kepada unsur-
unsur struktur dalaman ayat.

PROSES PENGGUGURAN
Terdapat tiga jenis pengguguran, iaitu pengguguran:
a) frasa nama sebagai subjek
b) frasa predikat
c) frasa nama yang mendahului frasa relatif

Pengguguran Frasa Nama Sebagai Subjek: Pengguguran subjek ganti nama diri
orang kedua dalam ayat perintah.
Contoh: i. Kamu keluar keluar!

ii. Awak semua pergi dari sini pergi dari sini!


Pengguguran subjek yang serupa dalam ayat majmuk.
Contoh: i. Muhammad sangat pandai + Muhammad rajin belajar
Muhammad sangat pandai kerana dia rajin belajar.
Muhammad sangat pandai kerana rajin belajar.
ii. Nawal cerdik + Nawal pendiam
Nawal cerdik tetapi Nawal pendiam.
Nawal cerdik tetapi pendiam.
Pengguguran Frasa Predikat: Seluruh frasa predikat atau bahagian-bahagian
daripadanya boleh digugurkan. Contoh:

Frasa Predikat Contoh Ayat

a. Frasa kerja Zahrah belajar di Kolej Matrikulasi Johor. Sepupunya belajar di


yang serupa Matrikulasi Johor.
i. Zahrah belajar di Kolej Matrikulasi Johor dan sepupunya
belajar di Kolej Matrikulasi Johor.

24
ii. Zahrah dan sepupunya belajar di Kolej Matrikulasi Johor.
b. Frasa nama Encik Abu guru sekolah. Puan Milah guru sekolah.
yang serupa i. Encik Fauzi guru sekolah dan Puan Sharifah guru sekolah.
ii. Encik Fauzi dan Puan Sharifah guru sekolah.
c. Frasa Abang saya sangat rajin. Abang Fei Fun sangat rajin.
adjektif yang i. Abang saya sangat rajin dan abang Fei Fun sangat rajin.
serupa
ii. Abang saya dan abang Fei Fun sangat rajin.
d. Frasa sendi Dia masih di kampung. Isterinya masih di kampung.
nama yang i. Dia masih di kampung dan isterinya masih di kampung.
serupa
ii. Dia dan isterinya masih di kampung.
Pengguguran Frasa Nama yang Mendahului Frasa Relatif: Apabila dua ayat
digabungkan, frasa nama yang serupa yang mendahului frasa relatif itu boleh
digugurkan. Contoh:
i. Kereta itu kuning. Kereta itu pilihan saya.
Kereta yang kuning itu pilihan saya.
Yang kuning itu pilihan saya.

ii. Dia membeli baju itu. Baju itu cantik.


Dia membeli baju yang cantik itu.
Dia membeli yang cantik itu.
Pengguguran Kata Nama yang Berfungsi Sebagai Inti dalam Frasa Nama:
Kata nama yang terkandung dalam binaan frasa nama (inti) + penerang boleh
digugurkan sehingga yang tinggal dalam frasa nama itu hanya bahagian
penerangnya, yang mungkin bukan daripada kelas kata nama. Contoh:
i. Kegiatan bersenam boleh menyihatkan badan.
Bersenam boleh menyihatkan badan.
ii.Tabiat merokok membahayakan kesihatan.
Merokok membahayakan kesihatan.

Proses Penyusunan Semula: Bentuk perkataan dalam ayat asal diubah


susunannya dan diterbitkan semula dalam satu struktur ayat gramatis yang baharu.
Proses penyusunan semula ini akan mengakibatkan berlakunya perubahan ataupun
pengguguran pada kata-kata tertentu, penggantian atau penambahan kata-kata lain
pada ayat yang diterbitkan, tetapi tidak mengubah maksud ayat.
Terdapat tiga jenis proses penyusunan semula, iaitu:
1a) Penyusunan semula frasa nama sebagai subjek.
1b) Penyusunan semula frasa nama sebagai objek.
1c) Penyusunan semula melalui ayat songsang.
25
Ayat Asal Penyusunan Semula
1a) Adik menendang bola itu. Bola itu ditendang oleh adik.
(Frasa nama sebagai subjek)
1b) Allah mengurniai kita Allah mengurniakan rahmat kepada kita.
rahmat. (Frasa nama sebagai objek)
1c) Orang itu pergi ke kedai. Pergi ke kedai orang itu. (Ayat songsang)

Proses Peluasan: Proses peluasan ayat boleh berlaku apabila terdapat


penambahan unsur-unsur dalam ayat yang baharu, iaitu peluasan frasa nama
sebagai subjek, peluasan frasa predikat, peluasan dengan kata hubung, dan
peluasan melalui proses komplementasi.

Ayat Asal Peluasan


Budak itu adik saya.Budak itu Budak yang membaca buku itu adik saya.
membaca buku (Frasa nama sebagai subjek )
Osman mengusik budak itu. Osman mengusik budak yang menangis itu.
Budak itu menangis. (Frasa predikat)
Ayah tidak bekerja. Ayah tidak bekerja kerana sakit perut.
Ayah sakit perut. (Kata hubung)
Mereka melaporkan . Mereka melaporkan bahawa guru kelas
Guru kelas tidak hadir. tidak hadir. (proses komplementasi)

26
A. LATIHAN PEMANTAPAN SISTEM EJAAN
1. Pilih hanya perkataan yang betul ejaannya.
batok detik milek hurmat semuga cantum
betul tenguk kurban balek senduk keciwa
masih dompet suntek kaget elok kopon
anika rihat payong risek seliseh tewas
bilik toreh junjong pelek calun fasih
biduk cetik kungkung gabenur perabut tungkat
sembelih puteh tunjuk gulongan herit jenguk
periok buih dapur lindong simen forum
jujor dukung awit bonos oleh montok
becuk rimbon tikit musoh solek usek

2. a) Pilih perkataan berimbuhan pinjaman yang betul ejaannya.

a) abnormal anti kerajaan Infrastruktur

dwibahasa tata bahasa ultra lembayung

biadab pro demokrasi sub golongan

eka bahasa transmigrasi Prokerajaan

multilateral panca indera eka warna

semi profesional antikomunis pro-Malaysia

makro skop swadaya autobiografi

substandard politeknik tuna susila

ultra sonik poligami angkasawan

kolonialisme antiisrael dasawarsa

27
b) Tulis 15 kata pinjaman lain dengan ejaan yang betul.

B. LATIHAN PEMANTAPAN MORFOLOGI


1. Tulis bentuk apitan yang betul pada lajur yang ketiga.
kecantikkan kecantikan
pembiakan pembiakkan
kebanyakkan kebanyakan
pertunjukan pertunjukkan
mencantikan mencantikkan
membiakkan membiakan
membanyakan membanyakkan
menunjukan menunjukkan

2. Garisi perkataan yang betul dari segi penggunaan imbuhan diper-, di-...-
kan atau diper-...-kan.
a) Bangunan diperbesarkan/dibesarkan/diperbesar…
b) Usaha dipertingkatkan/dipertingkat/ditingkatkan…
c) Ilmu dipergunakan/digunakan/diperguna…
d) Bahasa diperkasa/diperkasakan/dikasakan...
e) Isteri diperolehi/diperoleh/dioleh...

3. Mengapakah terdapat bentuk penulisan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur atau


Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah?

4. Susunan kata yang manakah yang betul mengikut hukum DM?


Minang Restoran - Restoran Minang
Tan Gigi Klinik - Klinik Gigi Tan
Tebingan Sarawak - Sarawak Tebingan
Dunlop tayar - tayar Dunlop
Stadium Likas - Likas Stadium
Lain-lain hal - Hal-hal lain
sos cili - cili sos
28
Kata-kata lain - Lain-lain kata
Klip video - Video klip

5. Mengapakah bentuk kata yang digunakan dalam majlis-majlis rasmi seperti


contoh yang dipaparkan di bawah dikatakan salah? Berikan alasan anda.

SALAH BETUL SALAH BETUL


kata aluan kata alu-aluan aturcara atur cara
menjemput mengundang siaraya siar raya
kehadirat ke hadirat urusetia urus setia
di atas atas
izinNya izin-Nya
penghargaan penghargaan
mengambil hadiah jatuh hadiah dimenangi
ketibaan
tempat duduk kepada oleh

6. Apakah perbezaan antara apa dengan apa-apa, siapa dengan siapa-siapa,


dan mana dengan mana-mana?

7. Mengapakah kata tanya bila sering digunakan untuk menggantikan kata


hubung apabila?

8. Mengapakah ianya sering digunakan sebagai kata ganti?

9. Apakah beza antara kata nama sebab dengan kata sendi kerana?

10. Apakah unsur yang membezakan antara kata kerja aktif dengan kata kerja
pasif?

11. Bina satu ayat yang menggunakan kata kerja transitif:


aktif:_______________________________________________________.
pasif:_______________________________________________________.

12. Sila catatkan bentuk kata/frasa yang BETUL pada lajur yang disediakan.

29
Bil. SALAH BETUL

1. banyak organisasi-organisasi
2. banyak langkah-langkah
3. semua tugas-tugas
4. semua anggota-anggota
5. semua ilmu-ilmu
6. semua aspek-aspek
7. semua kerja-kerja
8. kesemua unsur-unsur
9. kesemua filem-filem
10. segala aspek-aspek
11. segala maklumat-maklumat
12. ramai pengguna-pengguna
13. jumlah anak-anak
14. sejumlah besar keluarga-keluarga
15. sebilangan besar ahli-ahli
16. kebanyakan orang-orang
17. sekawan burung-burung
18. sebaris rumah-rumah
19. sekumpulan pelajar-pelajar
20. sekandang lembu-lembu

C. LATIHAN PENGAYAAN MORFOLOGI


1. Nyatakan kesalahan tatabahasa dalam situasi yang berikut:

Situasi 1

Dalam suatu majlis rasmi di sekolah, Cikgu Y telah diberi tanggungjawab sebagai
pengacara majlis. Sewaktu mengacarakan majlis bekenaan, seorang guru lain,
Cikgu Z telah dapat mengesan sesuatu pengucapan yang menurut fikirannya, tidak
betul.

“Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Pengetua di atas ucapan
beliau tadi…”

30
Situasi 2

Cikgu M ialah Setiausaha PIBG sekolahnya. Dalam minit mesyuarat PIBG yang
baru diadakan pada minggu lepas, dia mencatatkan ayat berikut:

“Mesyuarat bersetuju sebulat suara supaya ibubapa menyumbangkan derma ikhlas


masing-masing sebagai tanda sokongan serta galakkan kepada anak-anak mereka.”

Situasi 3

Jalil ialah seorang penuntut baru di sebuah kolej swasta. Pada suatu hari, sewaktu
menyertai suatu seminar anjuran universitinya, dia terdengar seorang pembentang
kertas kerja melafazkan ayat berikut:
“Kita sekarang berada dalam era IT di mana kita tidak dapat mengelak daripada
dilanda arus globalisasi yang mana kanak-kanak pun turut mengalami keadaan ini.”

2. Baca Petikan 1, kemudian nyatakan sinonim kata atau ungkapan yang bergaris.

Petikan 1

Pada tahap awal dia menjadi pemberita, dia berasa hidup sebagai pemberita cukup
pahit. Sejak kecil sehinggalah beberapa tahun sebelum bertugas sebagai pemberita,
dia adalah cucu manja datuknya, walaupun bukan anak manja ibu bapanya.
Datuknya, Tok Kelah betul-betul menyenanginya.

(Daripada Tirai Tokoh, Rahman Shaari (1997: 58))

Petikan 2

Barangkali kerana kekurangan kalori, orang mudah luka dan bengkak bernanah.
Ramai orang tokak sekarang. Kulit kami pantang luka. Luka itu akan meroyak dan
jadi tokak. Umumnya, kaum lelaki banyak menghidap penyakit begini. Oleh sebab
itu, hidupnya bergantung atas bahu perempuan dalam keluarganya.

(Daripada Sarida, Arenawati (1992: 36))

D. LATIHAN PEMANTAPAN SINTAKSIS


1. Bagi setiap contoh ayat yang dikemukakan dalam modul, sila hasilkan satu ayat
lain yang sama bentuk, jenis, atau polanya.
2. Secara berpasangan, sila berbincang, seterusnya kemukakan satu ayat majmuk
daripada salah satu wacana yang berikut:
a) Surat rasmi mengundang penceramah ke sekolah atau ke jabatan.

31
b) Abstrak suatu kajian yang dilakukan di sebuah sekolah pedalaman.
c) Keputusan mesyuarat jabatan/kelab pada akhir tahun.
d) Item objektif bagi mana-mana mod kursus keguruan.
e) Ucapan penghargaan pada hari istimewa (Hari Guru, Hari Kebangsaan, hari
ulang tahun kelahiran, dll.)
3. Berikan pandangan tentang cara untuk meningkatkan pengetahuan berbahasa
dalam kalangan pelajar prauniversiti.

E. LATIHAN MENGESAN AYAT YANG TIDAK BETUL SUSUNANNYA


Kata-kata sahaja belum bererti bahasa jika kata-kata itu tidak tersusun dalam bentuk
ayat. Apabila kata-kata tidak betul susunannya, maka bentuk bahasa menjadi salah
atau tidak baku, seperti:
1. Ini hari Azizah tidak datang.
2. Yang melukis gambar ini Huzaimahlah.
3. Itu pen dakwat sudah habis.
4. Majalah itu saya tidak menyimpannya.
5. Buku ini saya tidak mahu membaca.
6. Yang memukul awak siapakah?
7. Nora dan Nani baik berkawan.

F. LATIHAN MENGENAL PASTI AYAT YANG PERSIS


Tandakan (√) pada ayat yang betul.
1. Sepak takraw adalah sukan yang akan dipertandingkan dalam Sukma yang
akan datang.
2. Beliau ialah orang yang pertama membiakkan ikan baka baharu.
3. Kaum wanita adalah elemen terpenting dalam pembangunan negara.
4. Negara kita kini memiliki warga yang sejumlah besarnya adalah
berpendidikan sekurang-kurangnya pada peringkat menengah.
5. Institut itu adalah merupakan sebuah institut penyelidikan.
6. Kursus ini adalah untuk menerangkan konsep tatabahasa.
7. Pilihan raya ialah detik bersejarah yang dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat.
8. Kenyataan itu ialah benar.
9. Dunia ini ialah fana.
10. Keputusan panel hakim adalah muktamad.
11. Adalah dimaklumkan bahawa sekolah akan bercuti selama seminggu.
12. Adalah diumumkan bahawa peperiksaan ulangan akan diadakan pada
minggu hadapan.
13. Adalah diharapkan bahawa masalah perparitan dapat diatasi dengan kadar
yang segera.

32
14. Adalah dengan ini diberitahu bahawa pihak institut akan menjalani proses
pengauditan selama seminggu.
15. Hal inilah di antara hal yang mesti difahami oleh semua pelajar.

G. LATIHAN LANJUTAN
Baiki unsur bahasa yang salah dalam ayat yang berikut.
1. Pengarah menghadiahkan staf sokongan sijil kepujian.
1a.

2. Bangunan yang tersergam itu terbina pekerja yang mahir.


2a.

3. Seluruh peserta kem motivasi berkehujanan sepanjang malam.


3a.

4. Tugasan itu saya telah sempurnakan sejak seminggu yang lalu.


4a.

5. Tindakannya menolong kami amat kami menyanjung tinggi.


5a.

6. Pegawai itu pecat majikannya kerana salah laku yang serius.


6a.

7. Bila berkursus di sini, kita mestilah bersungguh-sungguh.


7a.

8. Calon itu menang dengan cemerlang dia begitu berpuas hati.


8a.

9. Pemerhati asing itu merumuskan perjalanan pilihan raya telus.


9a.

10. Krisis menjadi bertambah rumit kerana kedegilan kedua pihak.

33
10a.

Jenis Ayat: Kepelbagaian jenis ayat menggambarkan bahawa kita mengalami


pelbagai situasi dan juga mempunyai pelbagai kemahuan. Oleh hal yang demikian,
timbullah kelainan ayat untuk merakamkan situasi atau menyatakan kemahuan
tersebut.

Ayat Penyata: Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud membuat
satu pernyataan. Ayat penyata mempunyai tujuan menyatakan atau memberikan
keterangan tentang sesuatu hal, dan dilafazkan dengan intonasi yang menurun
pada akhir ayat.Ayat jenis ini juga disebut sebagai ayat berita atau ayat keterangan.
Sila perhatikan contoh-contoh yang berikut:
a) Saya mempunyai sebuah komputer.
b) Dia sudah pandai mengakses maklumat daripada e-pembelajaran.
c) Guru-guru sedang melengkapkan pelbagai jenis borang.
d) Dia pandai mengambil hati.
e) Encik Mohamad Hanifah mengimpikan seorang isteri yang solehah.

Ayat Tanya: Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu hal
dengan berdasarkan nada suara dan penggunaan perkataan tertentu, ayat tanya
dapat pula digolongkan kepada dua jenis, iaitu ayat tanya tanpa kata tanya dan
ayat tanya dengan kata tanya.Ayat tanya tanpa kata tanya lazimnya diucapkan
dengan nada suara meninggi sebelum kesenyapan pada akhir ayat. Dalam tulisan,
nada tanya ini dilambangkan dengan tanda soal ‘?’. Ayat tanya jenis ini boleh
disertai partikel tanya -kah, yang diletakkan pada unsur yang dijadikan fokus atau
judul ayat.

Ayat tanya dengan kata tanya: Ayat tanya yang menggunakan kata tanya seperti
apa, bila, siapa, berapa, bagaimana, mengapa dan sebagainya. Ayat-ayat jenis ini
terdiri daripada dua golongan, iaitu ayat tanya dengan kata ganti nama tanya dan
ayat tanya dengan frasa sendi nama tanya.Ayat tanya dengan kata gantinama
tanya terdiri daripada ayat-ayat yang mengandungi kata gantinama tanya seperti
apa, siapa dan mana.Ayat tanya dengan frasa sendi nama tanya terdiri daripada
ayat-ayat yang didahului dengan frasa sendi nama tanya seperti di mana, dari
mana, ke mana, sejak bila, sampai bila, bagai mana, dengan siapa, daripada
siapa dan sebagainya.

Contoh Ayat Jenis Ayat Tanya


1. Awak sudah mandi?
2. Mereka pergi ke sekolah? Ayat tanya tanpa kata tanya
3. Awak sudah mandikah? Ayat tanya dengan kata partikel tanya

34
4. Mereka pergi ke sekolahkah? -kah
5. Siapa guru awak?
6. Mana satu pilihan awak? Ayat tanya dengan kata tanya
7. Dia mengajar di mana?
8. Awak hendak membujang Ayat tanya dengan frasa sendi nama
sampai bila? tanya

Ayat tanya boleh dilihat dari segi jawapan yang dikehendaki. Kalau memerlukan
jawapan ya atau tidak/bukan, ayat tanya tersebut dikelaskan kepada ayat tanya
tertutup. Sebaliknya jika jawapan yang memerlukan kepada huraian, ayat tanya
tersebut dikelaskan sebagai ayat tanya terbuka.

Ayat Perintah: Ayat perintah ialah ayat yang diucapkan dengan tujuan untuk
menimbulkan sesuatu tindakan. Perintah ditujukan kepada orang kedua dengan
menggunakan kata ganti nama orang kedua seperti awak, kamu, engkau dan
sebagainya yang digugurkan.Ayat perintah dapat dibahagikan kepada empat jenis:

i. Ayat suruhan: Ayat yang diucapkan dengan tujuan memberikan perintah atau
arahan. Dalam ayat ini subjek ialah kata ganti nama orang kedua seperti awak,
kamu, engkau dan selainnya digugurkan.
ii. Ayat larangan: Ayat menggunakan kata larangan seperti jangan, usah atau
tak usah sebelum kata kerja untuk tujuan menegah seseorang
melakukannya.
iii. Ayat silaan: Ayat yang menggunakan kata silaan seperti sila atau jemput
sebelumkata kerja dengan tujuan menjemput atau mempersilakan
seseorang.Lazimnya kata silaan digunakan pada permulaan ayat.
iv. Ayat permintaan: Ayat yang menggunakan kata permintaan seperti minta
dan tolong dengan tujuan memohon permintaan dan pertolongan.

Contoh Ayat Jenis Ayat Perintah


1. Awak siapkan kerja itu sekarang. ayat suruhan
2. Makanlah kuih-muih ini dahulu.
3. Usah bertanya ke mana aku pergi. ayat larangan
4. Jangan ambil wang orang.
5. Sila datang ke rumah saya petang ini. ayat silaan
6. Jemputlah hadir ke majlis pertunangan
kami.
7. Minta tuan-tuan jelaskan yuran pengajian. ayat permintaan

8. Sila hantarkan tugasan itu sebelum ayat perintah lembut


hari Isnin.

35
Ayat silaan tidak boleh membawa pengertian negatif, misalnya: “Tolong
jangan bising.” dan “Sila jangan merokok.”

Ayat Seruan: Ayat seruan ialah ayat yang diucapkan dengan membawa nada atau
intonasi seruan untuk tujuan melahirkan sesuatu keadaan perasaan seperti takut,
marah, takjub, geram, sakit dan sebagainya. Intonasi seruan ini digambarkan dalam
tulisan dengan tanda seru (!) yang biasanya terletak pada akhir ayat, sama ada ayat
itu didahului kata seru atau tidak. Kata seru yang sering digunakan ialah oh, amboi,
wah, cis, eh, aduh, syabas,dan sebagainya seperti dalam ayat:
1. Ayah!
2. Oh, Tuhanku!

KESALAHAN UMUM DALAM STRUKTUR AYAT


1. Ayat Gabungan: Ayat gabungan terbentuk daripada dua atau beberapa
ayat tunggal yang dihubungkan dengan kata hubung. Contoh:
Nani dan Nora ke perpustakaan.
Nurul bukan saja pandai tetapi juga pemurah
Kesalahan dalam pembentukan ayat gabungan berlaku apabila ayat-ayat tunggal
yang membentuk ayat gabungan tidak digabungkan dengan betul. Contoh:

SALAH BETUL
1. Mereka akan melancong ke Pulau 1a) 1a. Mereka akan melancong
Tioman atau Pulau Langkawi? ke Pulau Tioman atau ke
Pu Pulau Langkawi?

2. Saya tidak pasti sama ada Nani tinggal 2a) 2a. Saya tidak pasti sama ada
di Relang atau Jelai. Nani tinggal di Relang atau
di Jelai.
3. Baik yang kaya atau miskin datang 3a) 3a. Baik yang kaya atau yang
ke rumahnya. miskin datang ke rumahnya.

4. Hadiah ini untuk Izzat bukan Hazwan. 4a) 4a. Hadiah ini untuk Izzat
bukan untuk Hazwan.

5. Jangankan membeli kereta, motosikal pun


5a) 5a. Jangankan membeli kereta,
saya tak mampu. Membeli motosikal pun
saya tak mampu.

2. Ayat Pancangan: Ayat pancangan ialah ayat yang asalanya ialahdua ayat
tunggal yang salah satunya dipancangkan pada ayat yang satu lagi.

36
Contoh:
a) Kereta Pak Leh itu terbabas.
b) Walaupun miskin keluarga Mak Piah bahagia.

Ayat (a) terbit daripada dua ayat, iaitu:


i. Kereta itu terbabas.
ii. Kereta itu kereta Pak Leh.

Ayat (b) terbit daripada dua ayat yang berikut:

i. Keluarga Mak Piah miskin


ii. Keluarga Mak Piah bahagia.

Kesalahan dalam pembentukan ayat pancangan berlaku juga apabila unsur


penerang dalam ayat tersebut salah strukturnya. Contoh:

SALAH BETUL
1. Rumah itu di atas bukit tidak ada 1a) Rumah di atas bukit itu tidak ada
penghuninya. penghuninya.
2. Bangunan itu yang tinggi Menara 2a) Bangunan yang tinggi itu Menara
Kembar Petronas. Kembar Petronas.
Kesalahan dalam pembentukan ayat pancangan berlaku juga kerana tidak ada kata
hubung pancangan yang menghubungkan klausa bawahan dengan klausa utama.
Contoh:

SALAH BETUL

1. Kami berdoa kamu berjaya. 1a) Kami berdoa agar kamu berjaya.
2. Semua orang tahu dia anak Pak 2a) Semua orang tahu bahawa dia anak Pak
Hamid.
Hamid.

3. Ayat Tergantung: Ayat mesti terdiri daripada subjek dan predikat. Dalam


susunan ayat biasa, kedudukan subjek di hadapan dan kedudukan predikat di
belakang.

Contoh: Budak itu / menangis.


Farhana / guru Bahasa Melayu.
Dalam susunan ayat songsang, kedudukan subjek di belakang dan kedudukan
predikat di hadapan. Contoh:
Contoh: Tinggi / bangunan itu.
Siapakah / gadis itu.

37
Bentuk ujaran yang tidak mempunyai subjek atau predikat disebut sebagai ayat
tergantung.   Teliti contoh-contoh ayat di bawah:

1. Di seluruh negara mengalami banjir. (S)


1a. Seluruh negara mengalami banjir. (B)
2. Kerana hal itu akan dibincangkan. (S)
2a. Hal itu akan dibincangkan. (B)
3. Dengan kehadiran tuan akan menyerikan majlis ini. (S)
3a. Kehadiran tuan akan menyerikan majlis ini. (B)
4. Banyak pelajar lulus dengan baiknya. (S)
4a. Banyak pelajar yang lulus dengan baiknya. (B)
5. Ada pihak membangkang cadangan itu. (S)
5a. Ada pihak yang membangkang cadangan itu. (B)
6. Dia yang datang kelmarin. (S)
6a. Dialah yang datang kelmarin. (B)
7. Mengetahui hal itu, saya membatalkan rancangan. (S)
7a. Setelah mengetahui hal itu, saya membatalkan rancangan. (B)
8. Kesan kemelesetan ekonomi, pengangguran meningkat. (S)
8a. Sebagai kesan kemelesetan ekonomi, pengangguran meningkat. (B)
9. Turut menghadiri majlis itu ialah Menteri Besar. (S)
9a. Yang turut menghadiri majlis itu ialah Menteri Besar. (B)
10. Apakah perlu kita lakukan sekarang? (S)
10a. Apakah yang perlu kita lakukan sekarang? (B)

Kemahiran Tatabahasa
LATIHAN KATA ADJEKTIF BERDASARKAN SLOT PEMBENTANGAN

Pasukan Harimau Malaya semakin hebat. Pada tahun 2011 yang lalu, pasukan
yang dianggotai oleh pemain muda negara ini telah memperoleh pingat emas dalam
Sukan Sea yang ke-24. Pasukan yang memakai jersi merah dan biru ini menjadi
kebangaan negara. Rakyat Malaysia bangga akan kejayaan pasukan tersebut yang
menewaskan pasukan Indonesia. Pasukan negara menang bukan kerana bola
tersebut bulat. Pasukan Malaysia menang kerana pemain negara lincah dan
tangkas. Walaupun pasukan lawan mendapat jaringan awal, pasukan negara tetap
dapat menewaskan mereka. Kemenangan yang dicapai ini membawa kenangan
manis kepada semua pemain negara. Berita tentang kejayaan pasukan negara ini
telah mendapat liputan yang luas oleh media tempatan. Walaupun jauh dari tempat
tinggal, rakyat Malaysia yang berada di Indonesia tetap berkunjung ke Stadium Bung
Karno untuk memberikan sokongan.

1. Menggarisi kata-kata adjektif dalam petikan.

2. Mengkategorikan kata adjektif yang digarisi.

38
3. Bina satu peta pemikiran untuk mengkategorikan kata adjektif.

KEMAHIRAN BERBAHASA
Latihan Simpulan Bahasa Berdasarkan Slot Pembentangan

Dengar lagu ‘Ayam’ dan lengkapkan lirik lagu tersebut :

Lirik Lagu Ayam - Jalil Hamid

Ayam bermacam ayam


ada ayam kampung ayam hutan ayam siam
ayam turki ayam belanda
macam-macam perihal ayam
.................................................................
sabung ayam nasi ayam telur ayam

ayam hutan boleh terebang


ayam kampung dalamlah reban
ayam bandar di dalam pasar
kadang-kadang ada harga naik harga turun harga

korus:
ibu si ibu ayam
........................................................
hooo...oh ...........................
telur dieram anak sereban
kata bidalan ber...................................
kalau makan ......................................
kalau nak tidur ........................................
kalau tak nampak itu ...............................

makan leher ayam nanti bersanding kepala teleng yam..


makan tongkeng ayam nanti mulut tak reti diam
makan kaki ayam ...........................................
makan ............................ sakit gigi siang malam

(ulang korus)

makan leher ayam nanti bersanding kepala teleng yam..


makan tongkeng ayam nanti mulut tak reti diam
makan kepak ayam paha ayam dada ayam
satu tak boleh jangan makan bulu ayam

39
makan leher ayam nanti bersanding kepala teleng yam..
makan tongkeng ayam nanti mulut tak reti diam
makan kepak ayam paha ayam dada ayam
satu tak boleh makan jangan makan tahi ayam 

“… adalah kudengar beberapa bangsa dalam dunia ini menjadi besar dan
pandai sebab mereka itu pandai membaca surat dan menyurat dan mengerti
bahasanya serta memeliharakan bahasanya.
… Syahadan dapat tiada kalau ada suatu bangsa yang besar itu, maka
bahasanya pun besarlah…”
- Abdulah Munsyi, Hikayat Abdulah

40

You might also like