You are on page 1of 5

Kertas Cadangan

“KECERIAAN STOR SUKAN”


2014

BERTEMPAT
STOR SUKAN
S.K. GUAR NANGKA, PERLIS

PADA
14-18 JULAI 2014

ANJURAN
GURU PRAKTIKUM SK GUAR NANGKA
PANITIA PENDIDIKAN JASMANI 2017

1.0 NAMA PROJEK


“Keceriaan Bilik Sukan”

2.0 PENGENALAN
Projek ini merupakan suatu projek sumbangan kepada sekolah. Tujuan projek
ini ialah memberi peluang kepada semua guru yang mengajar matapelajaran
Pendidikan Jasmani untuk melibatkan diri dalam kerja pelaksanaan aktiviti di
sekolah. Melalui projek ini, diharapkan ia dapat memupuk kesedaran dalam
kalangan guru tentang tanggungjawab seorang guru terhadap sekolah. Projek
ini juga bertujuan untuk menambah baik keceriaan dan susun atur bilik sukan
supaya lebih selesa untuk digunakan pada masa hadapan

3.0 MATLAMAT
Matlamat projek ini dijalankan adalah untuk :

3.1 Menguasai dan mengaplikasikan kemahiran dalam pengurusan dan


pengelolaan sesuatu projek.
3.2 Meningkatkan kesedaran dan kepekaan guru terhadap susun atur dan
pengendalian alatan sukan.
3.3 Menyemai perasaan hormat-menghormati terhadap pihak pentadbir
sekolah.
3.4 Membuka ruang kepada guru untuk berinteraksi dan memberi
sumbangan kepada sekolah.
3.5 Mendedahkan murid dengan langkah-langkah menyusun atur alatan dan
menyemai suka kepada kebersihan serta keceriaan.
PANITIA PENDIDIKAN JASMANI 2017

4.0 OBJEKTIF
Melalui projek yang dijalankan diharap guru dan murid :

4.1 Dapat membina kemahiran berfikir aras tinggi dalam menganalisis


masalah dan situasi semasa membuat sesuatu keputusan.
4.2 Memupuk kesedaran dan kepekaan yang tinggi untuk memastikan bilik
sukan berada dalam keadaan yang selamat serta terkawal.
4.3 Memotivasikan murid untuk bertanggungjawab terhadap alatan di dalam
bilik sukan.

5.0 PENGANJUR
Panitia Pendidikan Jasmani SK Tanjung Puteri Resort

6.0 JAWATANKUASA KERJA


Penaung : En. Yusri b Zakariah

Penasihat : Pn. Jamilah bt Ayub


: En. Jauhhari b Abdul Rahim
: En. Mohd Yurizani b Che Hussin
: Tn. Hj Mohd Saifullizan b Senin

Pengerusi : En. Kamarul Ariff b Kamarulzaman

Jawatankuasa Pelaksana : Semua guru Pendidikan Jasmani

7.0 TARIKH
17 hingga 20 April 2017

8.0 TEMPAT
Bilik Sukan SK Tanjung Puteri Resort
PANITIA PENDIDIKAN JASMANI 2017

9.0 KUMPULAN TERLIBAT


Semua Guru Pendidikan Jasmani

10.0 ANGGARAN BELANJAWAN

Bil Objek Kuantiti Jumlah

1. Banner 3’ x 12’m 1 set

‘BILIK SUKAN’ RM150

2. Rak pelbagai bola bertutup 1 set RM500

3. Pendawaian

3.1 Kipas 1 set

3.2 Lampu 1 batang RM500

4. Cat 2 warna 4 tong RM200

JUMLAH RM1350

11.0 PELAN TINDAKAN PROJEK

Tarikh Aktiviti
27.3.2017 Perancangan projek
10.4.2017 Persediaan projek
17.4.2017 Pelaksanaan projek

12.0 PENUTUP
Semoga projek ini akan mencapai matlamat dan objektif yang disasarkan
dengan kerjasama semua pihak yang terlibat. Kejayaan projek ini akan dapat
PANITIA PENDIDIKAN JASMANI 2017

memberi manfaat kepada banyak pihak sama ada bagi murid-murid ataupun
guru-guru.

Oleh itu, diharapkan kertas cadangan ini mendapat sokongan dan


pertimbangan serta kelulusan dari pihak tuan.

Disediakan oleh,

___________________________
(Kamaru Ariff bin Kamarulzaman )
Jawatankuasa Kerja
“Keceriaan Bilik Sukan”
SK Tanjung Puteri Resort

Disemak oleh,

_______________________

Disahkan oleh,

_______________________

You might also like