You are on page 1of 46

BAHAGIAN A: ANALISIS SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU

1.0: PENGENALAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU

Setiap perkataan yang diungkap mahupun ditulis adalah terhasil daripada gabungan huruf-huruf atau aksara tertentu bagi membentuk perkataan yang bermakna. Proses pembentukan kata perlulah melalui kaedah sistem ejaan yang mantap sebelum terhasilnya sesuatu perkataan.

Contohnya, dalam sistem ejaan Rumi bahasa Melayu, terdapat 26 aksara yang terdiri daripada 21 aksara konsonan dan 5 aksara vokal yang telah diguna pakai dalam tulisan Rumi bahasa Melayu.

Walau demikian, ada juga aksara tertentu yang digabungkan dengan aksara yang lain untuk melambangkan sesuatu bunyi dan melalui penggabungan aksaraaksara ini maka wujudlah 25 bunyi konsonan serta 6 bunyi vokal.

Hal ini kerana bilangan bunyi dalam sistem ejaan dan tulisan Rumi bahasa Melayu mempunyai bilangan bunyi yang lebih banyak daripada jumlah asal aksara yang sebenar iaitu sebanyak 26 aksara.

1.1: SEJARAH RINGKAS SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU

Pada asalnya, sistem ejaan Rumi bahasa Melayu mula diperdebatkan dalam Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga pada tahun 1956 apabila tercetusnya usaha untuk menyelesaikan permasalahan selepas merdeka. Hasil daripada perbahasan itu, satu sistem ejaan Rumi Melayu telah dipersetujui bersama yang telah dinamakan Sistem Ejaan Kongres.

Usaha

sama

kerajaan

Malaysia

dengan

Indonesia

(Malindo)

bagi

menyelaraskan sistem ejaan Rumi

telah dilaksanakan pada tahun 1956.

Perundingan antara kedua-dua buah negara ini telah menghasilkan Sistem Ejaan Malindo. Walau bagaimanapun, Sistem Ejaan Malindo ini telah diubahsuaikan sekali lagi melalui rundingan kedua pada tahun 1967. Maka, lahirlah Sistem Ejaan Bersama Malaysia-Indonesia yang dikenali sebagai Ejaan Baru.

Setelah memalui banyak proses perubahan, pada tahun 1957, Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia (MABIM) telah berjaya menyusun Pedoman Ejaan dengan melengkapkan lagi maklumat tambahan dan kaedah ejaan.

Lantaran itu, hasil daripada tandatangan persetujuan antara Menteri Pelajaran Malaysia pada masa itu, Allahyarham Tun Hussien Onn dan Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia, Bapak Mahsuri pada 23 Mei 1972 telah mempersetujui sistem ejaan Rumi. Pada 16 Ogos 1972, sistem ejaan Rumi telah diisytiharkan secara rasmi akan penggunaannya.

Intihanya, sekarang ini kita dapat menggunakan sistem ejaan Rumi dengan lebih sistematik walaupun terdapat beberapa penambahbaikan bagi memantapkan lagi sistem ejaan Rumi yang sedia ada.

1.2: CARA PENGGUNAAN DAN SEBUTAN AKSARA

Berikut merupakan cara penggunaan dan sebutan aksara yang terdapat dalam sistem ejaan rumi bahasa Melayu yang merangkumi: i) ii) iii) iv) v) Aksara Rumi Bahasa Melayu Aksara Konsonan Aksara Digraf Aksara Vokal Aksara Diftong

1.2.1: Aksara Rumi Bahasa Melayu

Jadual 1 di bawah menunjukkan 26 aksara Rumi bahasa Melayu yang digunakan dalam membentuk sesuatu perkataan.

BIL. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. 21. 22. 23. 24. 25. 26.

HURUF BESAR A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z

HURUF KECIL A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z

SEBUTAN (BUNYI) e (bunyi //) bi si di /i/ ef ji ec ai je ke el em en o pi kiu ar es ti yu vi dabliu eks wai zed

Jadual 1: Aksara Rumi Bahasa Melayu 4

1.2.2: Aksara Konsonan

Berikut merupakan 25 fonem konsonan yang diwakili 26 huruf konsonan.

BIL.

HURUF KONSONAN

FONEM DI DEPAN /b/ /c/ /d/ /f/ /g/ // /h/ /j/ /k/ /x/ /l/ /m/ /n/ // / / /p/ /q/ /r/ /s/ // /t/ /v/ /w/ /y/ /z/ bakul cara dan fakir gulai ghaib hadir jari kadar khusus lambai makan nasi ngilu nyata pisau Quran rahim suka syarat tabung van wayang yakin xenon zat

PENGGUNAAN DI TENGAH lebah kaca adab sifir segi maghrib saham puja paksa akhir alas sampai anak angin hanya sapa wuquf dari asli isytihar bata novel halwa payung lazat DI BELAKANG adab koc had maaf beg mubaligh kuah kolej sepak tarikh fasal ulam tahan pusing tahap Tariq kelar puas Quraisy sifat lafaz

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. 21. 22. 23. 24. 25.

b c d f g gh h j k kh l m n ng ny p q r s sy t v w y x z

Jadual 2: Aksara Konsonan 5

1.2.3: Aksara Digraf

Aksara digraf boleh juga dikenali sebagai konsonan gabung. Dalam sistem ejaan Rumi bahasa Melayu, terdapat 5 gugus konsonan yang digabungkan bagi melambangkan satu bunyi konsonan seperti:

BIL.

GUGUS KONSONAN DI DEPAN

PENGGUNAAN DI TENGAH maghrib akhir bunga punya masyarakat DI BELAKANG mubaligh Marikh riang arasy

1. 2. 3. 4. 5.

Gh Kh Ng Ny Sy

ghaib khas ngilu nyata syarat

Jadual 3: Aksara Digraf

1.2.4: Aksara Vokal

Huruf vokal dalam bahasa Melayu, terdiri daripada a, e, i, o dan u. Huruf e melambangkan dua bunyi iaitu e pepet (//) dan e taling (/e/).

BIL.

HURUF

FONEM DI DEPAN

PENGGUNAAN DI TENGAH padu peta petak milik kota gulai DI BELAKANG buka idealisme sate sapi kuno ibu

1. 2.

a e

/a/ // (pepet) /e/ (taling)

api emak ekor itik olok ulam Jadua 4: Aksara Vokal

3. 4. 5.

i o u

/i/ /o/ /u/

1.2.5: Aksara Diftong

Aksara Diftong dapat didefinisikan sebagai dua bunyi vokal yang disebut sebagai satu bunyi. Terdapat tiga pasang huruf diftong dalam bahasa Melayu iaitu:

BIL.

HURUF DIFTONG

FONEM DI DEPAN

PENGGUNAAN DI TENGAH ghairah saudara boikot DI BELAKANG gulai harimau amboi

1. 2. 3.

Ai Au Oi

/ai/ /au/ /oi/

aising aurat oidium

Jadual 5: Aksara Diftong

2.0: SISTEM KESELARASAN HURUF VOKAL

2.0: SISTEM KESELARASAN HURUF VOKAL

Dalam bahasa Melayu, sistem keselarasan vokal adalah kesesuaian dua vokal yang membentuk dua suku kata pada sesuatu kata dasar. Penyelarasan vokal hanya berlaku pada pasangan di antara huruf vokal bagi suku kata praakhir dengan huruf vokal pada suku kata akhir tertutup.

2.1: POLA-POLA KESELARASAN HURUF VOKAL

Terdapat dua jenis pola dalam sistem keselarasan huruf vokal bahasa Melayu yang telah dikenal pasti iaitu: i) 18 Pola Keselarasan Huruf Vokal Mengikut Sistem Ejaan Baharu Bahasa Melayu ii) 8 Pola yang Berubah daripada Sistem Ejaan Lama

Berikut merupakan huraian dan contoh terperinci mengenai dua jenis pola yang dinyatakan seperti di atas.

2.1.1: 18 Pola Keselarasan Huruf Vokal Mengikut Sistem Ejaan Baharu Bahasa Melayu

Mengikut sistem ejaan baharu bahasa Melayu, penggunaan huruf vokal telah diselaraskan dan terdapat 18 pola keselarasan vokal iaitu:

BIL.

SUKU KATA PRAAKHIR

SUKU KATA AKHIR TERTUTUP

CONTOH PENGGUNAAN

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18.

a a a e (pepet) e (pepet) e (pepet) e (taling) e (taling) e (taling) i i i o o o u u u

a i u a i u a e (taling) o a i u a e (taling) o a i u

asal alih asuh emas betik belut elak belek elok bilah intip pikul o ta k oleh obor ulat ulit untuk

talak tarik datuk kelam ketil telur dewan gelek belok kilang pilih ribut borang boleh borong bulat kulit buluh

halaman parit baruh selam lebih perut perang leceh telor selinap sisih tidur sekolah celoteh kelompok ketupat putih seluruh

Jadual 6: 18 Pola Keselarasan Bahasa Melayu Mengikut Sistem Ejaan Baharu

10

2.1.2: 8 Pola yang Berubah daripada Sistem Ejaan Lama

Selain itu, terdapat juga 8 pola yang berubah daripada sistem ejaan lama. Dasar tentang perubahan ini menetapkan agar digunakan huruf vokal i atau u pada suku kata akhir tertutup sekiranya suku kata praakhir menggunakan vokal a, e pepet, i atau u. Contohnya:

BIL. a e taling ao

EJAAN LAMA POLA CONTOH aleh batok lebeh tempoh pileh tidor usek untong ai au

EJAAN BAHARU POLA CONTOH alih batuk lebih tempuh pilih tidur usik untung

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.

e pepet e taling e pepet o i e taling io u e taling uo

e pepet i e pepet u ii iu ui uu

Jadual 7: 8 Pola yang Berubah daripada Sistem Ejaan Lama

11

2.2: POLA KEKECUALIAN KESELARASAN HURUF VOKAL

Kekecualian keselarasan vokal berlaku pada kata-kata asing, khususnya bahasa-bahasa di Nusantara dan bahasa Inggeris. Prinsip kekecualian vokal sama dengan prinsip keselarasan huruf vokal. Pola-pola kekecualian yang dimaksudkan adalah seperti berikut:

BIL

POLA VOKAL a e taling ao e pepet e taling e pepet o i e taling io u e taling uo a e pepet e taling i e taling u e pepet e pepet i e pepet oi ou u e pepet e taling e pepet o e pepet

CONTOH BAHASA NUSANTARA aneh calon kaget lapor pamer perabot

CONTOH BAHASA INGGERIS kabaret atom panel faktor gabenor simen interkom tiket transistor dokumen konduktor

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18.

Gembleng bendok Imlek ijon tulen pilon ulet jempol

diftong subjek kupon teater

bunglon lelucon Pakem demdem pepet Iseng Lumer -

hipotesis petroleum

objektif spektrum -

artikel fosil bonus skuter meter Oktober

filem hipokrit forum

Jadual 8: Pola Kekecualian Keselarasan Huruf Vokal

12

2.3: ANALISIS SISTEM KESELARASAN VOKAL BERDASARKAN ARTIKEL

Berikut merupakan analisis sistem keselarasan huruf vokal bahasa Melayu yang terdapat di dalam artikel yang dikaji.

2.3.1: 18 Pola Keselarasan Huruf Vokal Mengikut Sistem Ejaan Baharu Bahasa Melayu

BIL.

SUKU KATA PRAAKHIR

SUKU KATA AKHIR TERTUTUP a i u a i u a e (taling) o a i u a e (taling) o a i u otak tidak malah sakit namun

CONTOH PENGGUNAAN

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18.

a a a e (pepet) e (pepet) e (pepet) e (taling) e (taling) e (taling) i i i o o o u u u

(P1, B1)

garam (P7, B30) (P6, B28) (P6, B26) (P4, B16)

(P3, B13) asid (P1, B3) halus

setelah

(P1, B3) cepat -

membentuk (P2, B6) merah (P5, B23) (P1, B1) (P3, B14) nombor berubah unik cukup (P3, B10)

lembut (P6, B26)

(P1, B4) mudah (P4,B15) (P7, B29) (P2, B7) untuk (P4, B16)

Jadual 9: Analisis 18 Pola Keselarasan Huruf Vokal Mengikut Sistem Ejaan Baharu Bahasa Melayu Berdasarkan analisis 18 pola keselarasan huruf vokal mengikut sistem ejaan baharu terhadap artikel yang dipilih, hanya terdapat 6 pola yang tidak digunakan dalam artikel seperti dinyatakan dalam jadual 9 di atas. Penggunaan huruf P dan 13

huruf B dalam analisis pada jadual 9 adalah merujuk kepada perenggan serta baris bagi perkataan yang disesuaikan dengan pola tertentu bagi memudahkan sumber rujukan.

2.3.2: 8 Pola yang Berubah daripada Sistem Ejaan Lama

BIL.

EJAAN LAMA POLA a e taling ao e pepet e taling e pepet o i e taling io u e taling uo CONTOH PERKATAAN POLA ai au e pepet i e pepet u ii iu ui uu

EJAAN BAHARU CONTOH PERKATAAN YANG TERDAPAT DALAM ARTIKEL jantung (P3, B13) untuk (P3, B14)

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.

aleh jantong lebeh tempoh pileh tidor usek untok

Jadual 10: Analisis 8 Pola yang Berubah daripada Sistem Ejaan Lama

Dalam artikel yang dikaji, hanya dua perkataan sahaja didapati berubah daripada sistem ejaan lama kepada sistem ejaan baharu seperti perkataan jantung dan untuk. Perubahan ini berlaku kerana ejaan lama tidak dapat menepati keseragaman gandingan antara vokal bahasa Melayu itu sendiri. Selain itu, pola a o untuk perkataan jantong adalah tidak sedap dibunyikan jika dibandingkan dengan pola a u yang diubah menjadi jantung. Hal ini juga berikutan untuk diseragamkan gandingan vokal supaya mencapai keselarasan bunyi yang disebut.

14

2.4: ANALISIS POLA KEKECUALIAN KESELARASAN HURUF VOKAL BERDASARKAN ARTIKEL

BIL

POLA VOKAL a e taling ao e pepet e taling e pepet o i e taling io u e taling uo a e pepet e taling i e taling u e pepet e pepet i e pepet oi ou u e pepet e taling e pepet o e pepet

CONTOH BAHASA NUSANTARA -

CONTOH BAHASA INGGERIS atlet (P3, B10) tekstur (P6, B25) fiber (P2, B6) sistem (P4, B24) -

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18.

Jadual 11: Analisis Pola Kekecualian Keselarasan Huruf Vokal

Penggunaan perkataan untuk pola kekecualian huruf vokal di dalam artikel adalah tidak banyak. Hanya terdapat 3 pola sahaja yang dapat dikenalpastikan kekecualian huruf vokal seperti perkataan atlet, tekstur, fiber dan sistem. Penggunaan perkataan ini adalah hasil daripada perkataan inggeris yang telah diserap masuk menjadi perkataan bahasa melayu.

15

3.0: EJAAN KATA PINJAMAN

16

3.0: EJAAN KATA PINJAMAN

Terdapat penyesuaian dan peraturan khas dalam bahasa Melayu bagi perkataan yang berupa istilah atau kata pinjaman daripada bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa Eropah yang lain. Ketetapan penyesuaian dan peraturan khas adalah seperti berikut:

(a) Penyesuaian huruf-huruf konsonan tertentu Huruf c s k Bahasa Inggeris cent, cylinder carbon, classic Bahasa Melayu sen, silinder karbon, klasik

c, cc

Jadual 12: Penyesuaian Huruf-huruf Konsonan

(b) Pengekalan atau pengguguran satu daripada gabungan konsonan yang sama Huruf b, bb f, ff f b Bahasa Inggeris barbecue, lobby factor, traffic Bahasa Melayu berbeku, lobi faktor, trafik

Jadual 13: Pengekalan atau Pengguguran Satu daripada Gabungan Konsonan yang Sama (c) Penyesuaian huruf bagi gabungan dua huruf vokal Huruf ae ea e i Bahasa Inggeris aesthetics, haematite beaker, grease Bahasa Melayu estetic, hematit bikar, gris

Jadual 14: Penyesuaian Huruf bagi Gabungan Dua Huruf Vokal (d) Pengekalan huruf bagi gabungan dua huruf vokal Huruf ae ai ae ai Bahasa Inggeris aerial, aerograph Aileron Bahasa Melayu aerial, aerograf Aileron

Jadual 15: Pengekalan Huruf bagi Gabungan Dua Huruf Vokal

17

3.1: ANALISIS EJAAN KATA PINJAMAN BERDASARKAN ARTIKEL

Berdasarkan artikel, penggunaan perkataan ejaan kata pinjaman ialah karbohidrat, stres dan hemoglobin. Berikut merupakan contoh perkataan asal dalam bahasa Inggeris bagi perkataan karbohidrat, stres dan hemoglobin:

BIL. 1. 2. 3.

BAHASA MELAYU karbohidrat (P1, B2) stres (P3, B13) hemoglobin (P5, B22)

BAHASA INGGERIS carbohydrate stress haemoglobin

Jadual 16: Analisis Ejaan Kata Pinjaman Perkataan carbohydrate sebenarnya telah mengalami proses penyesuaian huruf konsonan dan vokal. Contohnya huruf c ditukarkan kepada huruf k dan huruf y digantikan dengan huruf i. Selain itu perkataan carbohydrate juga mengalami proses keguguran perkataan e dihujungnya. Oleh itu, perkataan carbohydrate dalam bahasa Melayu ialah karbohidrat. Begitu juga dengan perkataan stress. Perkataan ini hanya mengalami proses pengguguran huruf s di akhir perkataan dan akhirnya menjadi perkataan stres. Bagi perkataan haemoglobin, huruf a pertama telah digugurkan. Manakala huruf lain dikekalkan. Maka, perkataan haemoglobin menjadi hemoglobin.

18

4.0: PENGGUNAAN TANDA BACA

19

4.0: PENGGUNAAN TANDA BACA

Tanda baca merupakan satu aspek yang penting dalam menentukan keberkesanan penyampaian sesuatu mesej kepada pembaca. Oleh yang demikian, penggunaan tanda baca yang tidak tepat akan menyebabkan kekeliruan kepada pembaca.

Lantaran itu, penggunaan tanda baca yang mantap dapat membantu pembaca untuk mendapatkan maklumat secara berkesan.

4.1: JENIS-JENIS TANDA BACA

Terdapat 13 jenis tanda baca dalam tulisan Rumi bahasa Melayu. Berikut merupakan penggunaan jenis-jenis tanda baca:

4.1.1: Tanda Titik (.)

Tanda titik juga dikenali sebagai nokhtah. Tanda titik digunakan di akhir sesuatu ayat. Misalnya:

Naiem belajar di IPGM Kampus Perlis.

Selain itu juga, tanda titik juga digunakan untuk menyingkatkan sesuatu perkataann yang berkaitan dengan kata gelaran, jawatan, pangkat dan sapaan. Contohnya: En. Zubaidi merupakan pensyarah di Jabatan Pengajian Melayu.

20

Berdasarkan contoh ayat tersebut, perkataan En. adalah singkatan daripada perkataan Encik. Contoh singkatan perkataan yang lain adalah seperti berikut:

BIL. 1. 2. 3. 4. Doktor Puan Saudara

CONTOH PERKATAN

SINGKATAN PERKATAAN Dr. Pn. Sdr. S.S.

Sarjana Sastera Jadual 17: Singkatan Perkataan

4.1.2: Tanda Koma (,)

Tanda koma berfungsi sebagai unsur pemisah dalam sesuatu ayat. Contoh penggunaan tanda koma dalam ayat adalah seperti berikut:

Bendera IPGM Kampus Perlis berjalur merah, kuning dan biru.

4.1.3: Tanda Koma Bertitik (;)

Penggunaan tanda koma bertitik adalah untuk memisahkan dua atau beberapa klausa utama yang biasanya disambung dengan kata hubung dan, tetapi, atau, namun dan lalu. Contoh penggunaan adalah seperti berikut:

Membaca menambahkan ilmu; berfikir mempertajam akal; jadikanlah kedua-dua ini pegangan hidupmu.

21

4.1.4: Tanda Titik Bertindih (:)

Tanda titik bertindih digunakan untuk memperkenalkan atau menambah keterangan. Misalnya:

Prinsip hidup saya senang sahaja: Tekun dan Ikhlas.

Selain itu juga, tanda titik juga digunakan dalam menombor jilid, bilangan dan halaman rujukan bagi majalah. Contohnya:

Dewan Budaya 6:42 (bermaksud bilangan 6, halaman 42)

4.1.5: Tanda Sempang (-)

Tanda sempang digunakan untuk menjukkan kata ganda. Misalnya:

Gotong-royong, Porak-peranda, Karang-mengarang

Selain itu, tanda sempang juga digunakan untuk menggabungkan kata dasar yang dipendekkan untuk menyatakan sifat. Contohnya:

Anglo-China, Indo-Belanda

22

4.1.6: Tanda Pisah ()

Tanda pisah merupakan tanda baca yang panjangnya dua kali tanda sempang dan tidak diapit oleh ruangan. Fungsi tanda pisah ialah untuk memisahkan keterangan bagi sesuatu idea atau satu siri idea sama ada di tengah ayat atau di akhir ayat. Misalnya:

Novel yang dibacanya itu meninggalkan berbagai-bagai kesan pada dirinya sedih, gembira, marah dan kesal.

Tanda pisah juga digunakan untuk menggantikan perkataan hingga, ke, sampai. Contohnya: Jun Ogos (bermaksud dari bulan Jun hingga Ogos)

4.1.7: Tanda Elipsis (...)

Tanda elipsis digunakan untuk menunjukkan pengguguran bahagian teks sama ada di bahagian awal, tengah atau akhir sesuatu ayat. Contoh ayat:

... Sesiapa yang bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan mmengadakan baginya jalan keluar, ... dan memberinya rezeki dengan tidak disangka-sangka... (Surah al-Talaq 65:2-3)

Selain itu, tanda elipsis juga boleh digunakan untuk satu siri atau senarai nama yang bersambung bagi menunjukkan maksud seterusnya dan sebagainya. Misalnya: Nasrun mula belajar mengenal A, B, C...

23

4.1.8: Tanda Tanya/Soal (?)

Tanda tanya juga boleh dikenali sebagai tanya soal. Tanda tanya ini digunakan pada akhir ayat untuk menyatakan sesuatu soalan. Contoh ayat:

Siapakah nama pengarah IPGM Kampus Perlis?

4.1.9: Tanda Seru (!)

Tanda seru digunakan sesudah ungkapan atau pernyataan emosi yang berupa seruan dan perintah. Contohnya:

Wah, cantik sungguh panorama di IPGM Kampus Perlis!

4.1.10: Tanda Kurung ( ( ) )

Tanda kurung digunakan untuk tujuan mengapit singkatan, akronim, keterangan atau penjelasan tambahan. Misalnya:

Institut Pendidikan Guru Malaysia terletak di bawah kelolaan pentadbiran BPG (Bahagian Pendidikan Guru).

4.1.11: Tanda Kurung Siku ( [ ] )

Tanda kurung siku merupakan tanda yang mengapit huruf, kata atau kelompok kata yang ditambah kepada bahagian teks yang ditulis oleh orang lain untuk memudahkan pembacaan. Contoh penggunaan:

Sang sapurba men [d] engar bunyi gemersik.

24

4.1.12: Tanda Petik (...)

Tujuan penggunaan tanda petik adalah untuk mengapit cakap ajuk atau judul sesuatu rencana dan bahan. Contohnya:

Bila kamu sampai?, tanya Ilman. Semalam, jawab Aziah.

Rosiah menulis karangan yang bertajuk Keindahan Akhlak

4.1.13: Tanda Petik Tunggal (...)

Tanda petik tunggal digunakan dalam ungkapan atau ayat yang sudah diapit tanda petik. Misalnya:

Amboi! Sejak menjadi orang kaya baru, kamu sudah semakin sombong, sindir Aderus. Selain itu, sekiranya sesuatu ayat itu mengandungi perkataan daripada bahasa asing seperti bahasa Inggeris, perkataan tersebut mestilah diletakkan kata tanda petik tunggal bagi membezakan perkataan tersebut dengan perkataan bahasa Melayu. Contohnya:

Ramai dalam kalangan pelajar sekarang ini berada dalam keadaan stress yang teruk akibat bebanan tugasan yang perlu dipikul.

25

4.2: ANALISIS TANDA BACA BERDASARKAN ARTIKEL

Secara keseluruhannya, jenis tanda baca yang digunakan dalam artikel adalah nokhtah, tanda koma, tanda sempang dan tanda kurung. Penggunaan tanda baca dalam artikel yang dikaji adalah kurang tepat dari segi penggunaan tanda koma. Misalnya, pada perenggan tiga (P3) dan baris ke-13 hingga 14 (B13-14), penggunaan tanda koma adalah kurang tepat. Contoh ayat berdasarkan artikel ialah ...mengawal daripada depresi, stres, dan baik untuk otak.

Mengikut hukum tanda baca koma, tanda koma tidak boleh diletakkan sebelum dengan kata hubung tetapi sebaliknya, tanda koma tersebut dihilangkan. Contoh penggunaan tanda koma yang betul ialah:

...mengawal daripada depresi, stres dan baik untuk otak.

Selain itu, penggunaan tanda sempang, tanda kurung dan nokhtah dalam artikel adalah betul mengikut hukum penggunaan tanda baca yang tepat.

26

5.0: KATA MAJMUK

27

5.0: KATA MAJMUK

Kata majmuk ialah bentuk kata yang dihasilkan melalui proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Di samping itu, kata majmuk kebanyakanya dieja terpisah. Contohnya, jam tangan dan gambar rajah.

5.1: JENIS-JENIS KATA MAJMUK

Kata majmuk juga terbahagi kepada tiga jenis iaitu kata majmuk yang terdiri daripada rangkai kata bebas, berbentuk istilah khusus dan yang membawa maksud kiasan.

5.1.1: Kata Majmuk Rangkai Kata Bebas

Kata majmuk rangkai kata bebas merujuk kepada kata umum dan gelaran atau jawatan seseorang.

BIL. 1. 2. 3. 4. 5. 6.

CONTOH PERKATAAN alat tulis jam tangan terima kasih jalan raya Timbalan Pengarah Penolong Pengarah

Jadual 18: Contoh Kata Majmuk Rangkai Kata Bebas

28

5.1.2: Kata Majmuk Istilah Khusus

Kata majmuk istilah khusus ialah kata yang ada kaitan dengan sesuatu topik pembelajaran dan hanya digunakan bagi merujuk kepada konsep pembelajaran tersebut.

BIL. 1. 2. 3. 4. 5. 6.

CONTOH PERKATAAN keratan rentas garis lurus garis pusat tabung uji jangka lukis telefon dail terus

Jadual 19: Contoh Kata Majmuk Istilah Khusus

5.1.3: Kata Majmuk Simpulan Bahasa

Kata majmuk simpulan bahasa merupakan kata yang membawa maksud kiasan bagi sesuatu situasi atau keadaan seseorang.

BIL. 1. 2. 3. 4. 5. 6.

CONTOH PERKATAAN senyum simpul makan hati buah hati batu api cepat tangan duit kopi

Jadual 20: Contoh Kata Majmuk Simpulan Bahasa

29

5.2: KATA MAJMUK MANTAP

Terdapat beberapa perkataan kata majmuk yang penggunaannya telah mantap. Perkataan ini dieja rapat untuk dijadikan sebagai satu perkataan walaupun sebenarnya perkataan tersebut terdiri daripada dua kata dasar.

BIL. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.

CONTOH PERKATAAN apabila antarabangsa beritahu bumiputera jawatankuasa kerjasama pesuruhjaya setaiausaha tandatangan warganegara

Jadual 21: Kata Majmuk Mantap

30

5.3: ANALISIS KATA MAJMUK BERDASARKAN ARTIKEL

Terdapat 5 kata majmuk dalam artikel yang dipilih iaitu: BIL. 1. 2. 3. 4. 5. KATA MAJMUK buah tempatan (P1, B1) sel darah merah (P5, B23) sistem tubuh (P4, B24) tekanan darah (P7, B30) sistem urat saraf (P8, B36) JENIS KATA MAJMUK Rangkai kata bebas Istilah khusus Istilah khusus Istilah khusus Istilah khusus

Jadual 22: Analisis Kata Majmuk

Tiada perkataan kata majmuk simpulan bahasa yang terdapat dalam artikel. Perkara sebegini menunjukkan bahawa pengarang artikel ini tidak ada mengaitkan apa-apa isi artikel dengan mana-mana kata simpulan bahasa dalam penulisan artikel ini.

Begitu

juga

dengan

kata

majmuk

mantap.

Penulis

tidak langsung

menggunakan kata majmuk mantap dalam penulisan artikel ini. Penulis hanya banyak menggunakan kata majmuk jenis istilah khusus. Hal ini disebabkan oleh tema artikel ini yang menjurus kepada tema kesihatan yang menyebabkan penulis kerap menggunakan kata majmuk istilah khusus bagi konsep-konsep sains.

31

6.0: KATA SENDI NAMA

32

6.0: KATA SENDI NAMA

Kata sendi adalah golongan kata yang digunakan untuk menyambungkan frasa nama dengan kata atau frasa-frasa lain dalam sesuatu ayat. Kata sendi juga merupakan kata depan kepada kata nama.

6.1: JENIS-JENIS KATA SENDI NAMA Terdapat beberapa jenis kata sendi nama dalam bahasa Melayu. Berikut merupakan huraian dan contoh jenis-jenis kata sendi nama:

6.1.1: dari Perkataan dari digunakan untuk menunjukkan arah, tempat dan masa. Contoh ayat ialah: Rosnah baru sahaja pulang dari Kuala Kangsar, Perak.

6.1.2: dengan Dengan merupakan perkataan yang digunakan untuk menyatakan maksud bersama-sama, bandingan setara, keterangan cara dan penggunaan sesuatu sebagai alat. Misalnya:

Husni bercakap dengan Farhan. Syafiq menulis dengan menggunakan pen.

6.1.3: di Perkataan di dalam sesuatu ayat bertujuan untuk menunjukkan tempat. Contoh ayat ialah: Saya belajar di IPGM Kampus Perlis.

33

6.1.4: sejak/semenjak Perkataan sejak/semenjak sebenarnya berfungsi sebagai penanda waktu dalam sesuatu ayat. Misalnya: Syazana tinggal di Perlis sejak/semenjak tahun 1996 lagi.

6.1.5: untuk/bagi Penggunaan perkataan untuk/bagi digunakan dalam menentukan sesuatu yang dibezakan daripada yang lain. Contohnya: Derma untuk/bagi mangsa banjir sedang dipungut.

6.2: ANALISIS KATA SENDI NAMA BERDASARKAN ARTIKEL

Secara keseluruhannya, penulis menggunakan kata sendi nama dengan tepat. Sebagai contoh, pada perenggan 5, baris ke 16-19 (P5, B16-19) dalam artikel tersebut, penulis menulis kata sendi nama dengan seperti berikut:

Penyakit anemia atau kekurangan darah ini dapat dikurangkan dengan memakan pisang.

Hal ini membuktikan bahawa penulis tidak membuat kesalahan mengenai penggunaan kata sendi nama yang salah atau tidak betul. Sebaliknya, penulis berjaya mengaplikasikan kata sendi nama dengan baik tanpa sebarang

ketidaksuaian penggunaannya.

34

7.0: PENULISAN PARTIKEL

35

7.0: PENULISAN PARTIKEL

Terdapat empat partikel dalam bahasa Melayu iaitu -lah, -kah, -tah dan -pun. Cara penulisan setiap partikel adalah berbeza. Namun demikian, keempat-empat partikel tersebut harus ditulis serangkai dengan kata dasar yang mendahuluinya. Contohnya:

PARTIKEL BIL. 1. 2. 3.

-lah

-kah

-tah

-pun

adalah tolonglah ampunilah

apakah Itukah siapakah

bilatah siapatah manatah

ataupun meskipun kendatipun

Jadual 23: Contoh Kata Partikel

7.1: ANALISIS PENULISAN PARTIKEL BERDASARKAN ARTIKEL Dalam artikel yang dikaji, penulis hanya penggunakan partikel lah sahaja. Berikut merupakan jadual analisis penggunaan partikel dalam artikel:

PARTIKEL BIL. 1. 2.

-lah

-kah

-tah

-pun

hairanlah (P3, B9) adalah (P4, B17)

Jadual 24: Analisis Contoh Kata Partikel Penulis tidak menggunaan langsung partikel -kah, -tah dan pun dalam artikel seperti yang dinyatakan dalam jadual 24 di atas.

36

BAHAGIAN B: TEKS UCAPAN

37

8.0: UCAPAN

38

8.0: UCAPAN

Ucapan merupakan satu bentuk komunikasi antara perucap dengan khalayak ramai dalam menyampaikan sesuatu maklumat. Ucapan juga dapat ditakrifkan sebagai kata-kata yang dilafazkan sama ada dalam bentuk nasihat, pernyataan atau pemberitahuan secara terbuka.

8.1: TEKS UCAPAN

Setiap perucap yang ingin berucap dalam sesuatu majlis seharusnya menyediakan teks ucapan terlebih dahulu agar ucapan nanti tidak tergagap-gagap dan tidak meleret-leret.

Perkara yang penting dalam penyediaan teks ucapan untuk sesuatu majlis formal ialah taraf hadirin. Hal ini kerana taraf hadirin merupakan satu protokol khas yang disusun berdasarkan kehadiran tetamu dalam sesuatu majlis.

Selain itu juga, aspek yang penting seperti isi kandungan, struktur ucapan dan gaya penyampaian haruslah berkualiti supaya teks ucapan yang disediakan adalah benar-benar mantap dan menepati tujuan sebenar seseorang itu berucap.

39

8.2: CONTOH TEKS UCAPAN BERDASARKAN TEMA ARTIKEL

Berikut merupakan teks ucapan Pengarah IPGM Kampus Perlis sempena Majlis Perasmian Penutupan Hari Kenali Buah-buahan Tempatan (Pisang).

Majlis

: MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN HARI KENALI BUAHBUAHAN TEMPATAN (PISANG)

Anjuran

: LEMBAGA PEMASARAN PERTANIAN PERSEKUTUAN (FAMA) NEGERI PERLIS

Dengan Kerjasama: KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI MALAYSIA Tarikh Tempat : 15 SEPTEMBER 2009 : DEWAN PULAI 1, IPGM KAMPUS PERLIS

Terima kasih kepada saudara Perantara Majlis.

Yang Berbahagia Dato' Hj. Mohamed Shariff Bin Abd. Aziz, Ketua Pengarah FAMA Perlis, Yang Berusaha Dr. Hamzah Bin Ehsan, Timbalan Pengarah IPGM Kampus Perlis, dif-dif jemputan, Ketua-ketua Jabatan, pensyarah-pensyarah kanan, tuan-tuan dan puan-puan, seterusnya, warga bakal pendidik sekalian.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, selamat pagi dan salam 1Malaysia.

Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurnianya dapat kita bersama-sama pada hari ini berkumpul di dalam dewan yang serba indah ini bagi menjayakan Majlis Perasmian Hari Buah-buahan Tempatan (Pisang).

Pertama sekali, saya selaku Pengarah IPGM Kampus Perlis ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada Ketua Pengarah FAMA Perlis untuk turun padang tanpa mengira penat lelah dalam menjayakan majlis yang julung-julung kali diadakan sebegini.

40

Sememangnya, kami, warga IPGM Kampus Perlis

pada hari ini amat

berbesar hati dengan kesudian pihak FAMA Perlis dalam memilih IPGM Kampus Perlis sebagai tempat utama bagi mengadakan majlis yang gilang-gemilang ini.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Setelah sehari semalam pihak FAMA Perlis berkampung di IPGM Kampus Perlis, saya mendapati terdapat pelbagai aktiviti yang bermanfaat dan berguna telah diadakan hanya semata-mata untuk mendedahkan manfaat dan kegunaan buah tempatan iaitu pisang. Antara aktiviti yang diadakan ialah penjualan produk Agromas keluaran anak syarikat FAMA yang berasaskan pisang seperti kordial, jus, jem dan kek pisang.

Selain itu, program seperti pameran dan kuiz yang berkaitan dengan khasiat serta faedah pisang juga turut diadakan bagi mendekatkan lagi masyarakat dengan manfaat yang boleh diperolehi daripada pisang. Majlis ini juga turut diserikan lagi dengan aktiviti-aktiviti seperti permainan tradisional dan cabutan bertuah sebagai tanda kemesraan pihak FAMA dengan masyarakat di negeri Perlis. Terdapat juga sesi taklimat perusahaan kebun pisang kepada para pekebun dan sesiapa sahaja yang ingin memulakan tanaman pisang bagi dijadikan sebagai pembekal kepada produk Agromas yang berasakan pisang utuk dikomersialkan.

Semestinya ada dalam kalangan para hadirin sekalian yang merasakan pelaksanaan majlis sebegini seakan-akan janggal kerana misi utama Majlis Hari Kenali Buah-buahan Tempatan hanya memperkenalkan buah pisang sahaja kepada masyarakat umum negeri Perlis. Namun, kita tidak seharusnya berasa kekok kerana majlis sebeginilah yang akan mendedahkan segala rahsia yang terkandung dalam buah pisang.

41

Hadirin hadirat sekalian,

Tanpa kita sedari khasiat pisang sememangnya banyak memberi faedah kepada kita jika kita memakannya. Antara manfaat pisang ialah seseorang itu dapat mengelakkan diri daripada sembelit. Hal ini kerana pisang berpotensi membekalkan serat dan vitamin A yang tinggi dalam badan.

Khasiat pisang memang tidak dapat disangkalkan lagi kerana pisang mengandungi asid, enzim, dan sebatian kimia yang penting untuk tubuh manusia. Selain itu juga, pisang mengandungi tiga jenis gula semula jadi iaitu sukrosa, fruktosa dan glukosa. Gula-gula semula jadi ini amat penting untuk tumbesaran kanak-kanak.

Menurut kajian, pisang mengandungi magnesium, fosforus, iodin, kuprum, vitamin B1, B2, B6, C, niasin, dan folat. Penyelidikan yang dijalankan telah membuktikan bahawa dua biji pisang boleh membekalkan tenaga untuk kita melakukan kerja atau senaman berat selama 90 minit. Seribu satu khasiat pisang kurniaan Allah kepada manusia. Tidak hairanlah pisang amat popular di kalangan atlet kerana ia membekalkan tenaga yang cukup ketika mereka beraksi dalam apa saja pertandingan sukan.

Di samping itu, pisang juga dapat menyembuhkan pelbagai penyakit. Sebagai contoh, penyakit kurang darah iaitu anaemia. Hal ini kerana pisang kaya dengan zat besi yang boleh merangsang penghasilan hemoglobin di dalam darah. Kalium dan magnesium yang terkandung di dalam pisang amat sesuai untuk merawat orang yang mengalami cirit-birit. Pisang juga membantu menurunkan tekanan darah tinggi kerana kandungan kaliumnya yang tinggi.

Oleh sebab itulah, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada pelbagai penyakit. Jika kita bandingkan pisang dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, 2 kali vitamin dan mineral lain.

42

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,

Lantaran itu, saya mengharapkan agar kita dapat mengambil manfaat daripada majlis yang memperkenalkan khasiat pisang ini agar kesihatan kita sentiasa optimum tanpa sebarang penyakit.

Sebagai mengakhiri ucapan ini, saya ingin merakamkan penghargaan kepada seluruh warga IPGM Kampus Perlis kerana memberikan sepenuh komitmen yang jitu kepada pihak FAMA dalam menjayakan majlis ini. Ucapan terima kasih sekali lagi saya tujukan kepada pihak FAMA dalam memberi segala maklumat berkaitan dengan khasiat buah pisang serta pendedahan ilmu perusahaan kebun pisang kepada masyarakat bagi meningkatkatkan lagi taraf ekonomi penduduk di sini.

Akhir kata, makanlah buah-buahan tempatan dan terokailah ilmu perniagaan yang dapat dihasilkan melalui buah-buahan tempatan seperti buah pisang.

Sekian.

Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

43

REFLEKSI

Sepanjang melaksanakan tugasan projek bahasa Melayu Akademik 1 ini, saya berasa gembira dan berpuas hati dengan hasil tungkus lumus saya dalam menyiapkan kerja kursus ini dengan sebaik-baiknya.

Alhamdulillah, akhirnya dapat juga saya siapkan tugasan kerja kursus projek ini. Saya juga berasa sungguh seronok sepanjang membuat tugasan kerja kursus projek ini kerana sifat kerjasama antara saya dan pensyarah pembimbing saya iaitu Encik Zubaidi Bin Ahmad amatlah jitu dalam melaksanakan tugasan yang telah diberikan.

Walaupun terdapat kekangan-kekangan yang tidak dapat dielakkan seperti kekangan masa dan pelbagai lagi tugasan serta kerja kursus yang perlu disiapkan tetapi saya telah cuba sedaya upaya untuk menyiapkan tugasan kerja kursus projek bahasa Melayu 1 (akademik) dengan sebaik mungkin.

Lantaran itu, pembahagian masa yang sempurna telah membuatkan saya berjaya mengagihkan masa dengan berkesan sehingga tugasan kerja kursus projek bahasa Melayu Akademik 1ini telah siap dengan jayanya.

Secara tuntasnya, saya berharap agar tugasan ini memberi 1001 manfaat kepada pembaca dalam memantapkan lagi penguasaan ilmu pengetahuan berkisarkan aspek sistem ejaan Rumi bahasa Melayu dengan lebih mendalam.

44

RUJUKAN Ab. Rahman Ab. Rashid & Yap, K. F. (2002). Bahasa Kebangsaan. Petaling Jaya: Pearson Malaysia Sdn. Bhd. Analisis kesalahan bahasa. (2002). Retrieved Ogos 22, 2009, from Portal Pendidikan Utusan: http://www.tutor.com.my/tutor/arkib2002.asp?e=STPM&s=BM&b=OGO&m=2 &r=m&i=NOTA Khairun Nisa Ishak. (2006). Ubah pandangan anda mengenai pisang. In Mingguan wanita (p. 45). Shah Alam: Keluarga Communications Sdn. Bhd. Kata sendi. (n.d.). Retrieved Ogos 24, 2009, from tripod: http://tatabahasabm.tripod.com/tata/ksendi1.htm Lim, C. (2009, Mei 14). Nota ejaan kata pinjaman. Retrieved Ogos 23, 2009, from Scribd: http://www.scribd.com/doc/15453160/Nota-Ejaan-KataPinjaman?autodown=txt Mamaaina. (2007, Julai 31). Kata majmuk. Retrieved Ogos 23, 2009, from WordPress.com: http://bahasamelayutuisyen.wordpress.com/2007/07/31/kata-majmuk/ Moeliono, A. M. (2006, Mac 27). Penggunaan partikel. Retrieved Ogos 24, 2009, from SABDA.org: http://pelitaku.sabda.org/penggunaan_partikel Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hj. Musa & Abdul Hamid Mahmood. (1995). Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Sastera. Siti Hajar Abdul Aziz. (2008). Teks ucapan. In Bahasa Melayu 1 (pp. 233-243). Shah Alam, Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Sejarah perkembangan ejaan Rumi bahasa Melayu. (n.d.). Retrieved Ogos 21, 2009, from http://www.geocities.com/SiliconValley/Vista/2459/articles/kajian/bab2.htm Tanda baca. (n.d.). Retrieved Ogos 23, 2009, from tripod: http://tatabahasabm.tripod.com/tata/tbaca.htm

45

LAMPIRAN

46

You might also like