You are on page 1of 3

INDUSTRI BUAH-BUAHAN TEMPATAN

Sepintas Lalu
• Permintaan terhadap buah-buahan tempatan semakin meningkat sama ada bagi
pasaran tempatan ataupun luar negara. Hasil penyelidikan Pusat Penyelidikan
Pengkebunan MARDI (Mardi's Horticulture Research Centre) mendapati jumlah
eksport buah-buahan tempatan telah meningkat daripada RM 142 million pada
1990 kepada RM 225 million pada 1996 dan meliputi 10-15% jumlah hasil
pengeluaran buah-buahan tempatan
• Kerajaan menganggarkan bahawa Malaysia memerlukan sekurang-kurangnya
12,000 hektar kawasan tanaman limau untuk mengelakkan buah-buahan itu
terus diimport bagi menampung permintaan yang semakin bertambah. Malaysia
telah mengimport kira-kira 100 juta tan limau yang bernilai RM 110 juta pada
tahun 1996. Nilai tersebut merupakan 2 kali ganda berbanding dengan pada
1990.
• Sehingga tahun 2000, 7,032 kawasan tanah di Malaysia diusahakan dengan
projek tanaman limau.Jumlah tersebut hanya merupakan 3% daripada
keseluruhan kawasan tanaman buah-buahan seluas 262,113 hektar.Kawasan
penanaman limau turut meningkat sehingga 6,466 hektar pada 1998 sejajar
dengan peningkatan pengeluaran limau tempatan.Di antaranya hanya 750
hektar dan 2,140 hektar sahaja adalah kawasan penanaman buah limau kasturi
dan limau manis manakala di Sabah pula hanya 890 hektar tanah penanaman
buah limau sahaja.
• Di Malaysia, jumlah hasil pengeluaran buah sitrus meningkat dari 24,780 tan
metrik pada tahun 1995 kepada 32,000 tan metrik tahun 2000. Sebaliknya,
jumlah pengeluaran buah sitrus seluruh dunia pula meningkat dari 9.2 juta tan
metrik pada 1995 kepada 10.3 juta tan metrik. Peningkatan pengeluaran buah
sitrus tempatan adalah disebabkan oleh peningkatan permintaan pasaran
terhadap buah segar manakala peningkatan pengeluaran buah sitrus dunia
mungkin disebabkan oleh permintaan yang tinggi terhadap produk jus buah
sitrus.
• Buah-buahan tempatan biasanya digunakan secara segar dan jarang diproses
untuk produk makanan yang bernilai lebih tinggi dan tahan lama.Ini disebabkan
oleh kekurangan penyelidikan pemprosesan makanan yang menggunakan buah-
buahan tempatan. Akibatnya banyak buah-buahan dibiarkan rosak dalam musim
pengeluaran yang berlebihan.
• Industri pemprosesan makanan di Malaysia adalah bersifat primitif dengan
pengetinan buah nanas masih merupakan buah utama yang diproseskan.
Pemprosesan buah-buahan lain dijalankan secara skala kecil dan hanya terhad
kepada belimbing, jambu batu, betik dan rambutan. Kebanyakan buah-buahan
tempatan mudah rosak dan mempunyai hayat penyimpanan pendek
mengakibatkan pengedarannya terbatas. Di antara produk makanan yang biasa
dihasilkan ialah buah dalam tin, jus, jem, jeli, kordial, halwa dan jeruk. Untuk
mempelbagaikan produk, MARDI telah memulakan penyelidikan ke atas
pemprosesan buah-buahan tempatan yang agak kurang kegunaannya.
Industri Buah Sitrus
• Buah sitrus yang biasanya ditanam di Malaysia ialah limau manis (Citrus
sinensis Osbeck), limau langkat (Citrus reticulate Blanco), limau nipis (Citrus
aurantifolata Swingle), limau kasturi (Citrus microcarpa Bunge) dan limau besar
(Citrus grandis Osbeck). Limau kasturi dan limau manis dikategorikan sebagai
tanaman sampingan yang kurang penting dalam sektor pertanian dan tiada
statistik yang terperinci tentang kedua-dua buah ini. Hasilan pengeluaran kedua-
dua jenis buah tersebut dimasukkan dalam kategori buah sitrus yang lain.
• Buah sitrus tempatan biasanya dimakan secara segar dan jarang digunakan
untuk tujuan pemprosesan. Misalnya, limau manis dan limau langkat merupakan
buah pencuci mulut yang popular manakala limau nipis dan limau kasturi
digunakan untuk tujuan memasak.
• Selama ini, petani buah sitrus di negara ini terdedah kepada turun-naik harga
yang teruk akibat daripada perubahan corak bekalan dan permintaan yang tidak
tetap.Dengan mempelbagaikan penggunaan buah sitrus dalam industri
pemprosesan makanan dapat menstabilkan harga dan pengeluarannya.
Pengawetan buah sitrus dalam bentuk jem, jeli dan marmalad merupakan suatu
industri pemprosesan makanan yang popular di negara pengeluaran buah sitrus.
tetapi merupakan industri kurang penting di Malaysia.
• Tambahan pula, buah sitrus adalah buah bukan klimaterik yang boleh disimpan
dengan agak lama .Semakin lama disimpan semakin banyak air akan hilang
daripada buah dan nilai komersialnya menurun. Dengan ini, buah sitrus perlu
diproseskan untuk mengurangkan kerugian begini. Buah sitrus amat berpotensi
untuk diproseskan menjadikan produk puri, jus, minuman sejuk, jeruk, kordial,
pekatan jus,skuasy, acar buah-buahan dan bebola buah. Eksport buah segar
lazimnya hanya terhad kepada kawasan atau negara terdekat sahaja kerana
masalah buah segar yang cepat rosak dan tempoh penyimpanan yang pendek
Akan tetapi buah terproses tidak mempunyai masalah tersebut malahan dapat
dieksportkan ke negara yang lebih juah dengan harga yang lebih stabil dan baik

Status Industri Buah-buahan Masa Kini


• Penggunaan per kapita buah-buahan di Malaysia meningkat daripada 49.9 kg
pada 1995 kepada 53.5 kg pada tahun 2000 dan dijangka akan mencapai 64.8 kg
pada 2005. Peningkatan ini dikaitkan dengan penambahan pendapatan
perseorangan, kesedaran pengguna tentang nilai pemakanan buah-buahan dan
kemudahan untuk mendapat pelbagai jenis buah-buahan sama ada buah-buahan
diimport ataupun buah-buahan tempatan .Buah-buahan tersebut termasuklah
buah-buahan segar, terproses dan terawet.Peningkatan permintaan buah-
buahan tempatan adalah disebabkan perubahan tabiat pemakanan pengguna
yang lebih mengutamakan kesihatan, rasa buah segar dan semulajadi .
• Statistik tersebut menunjukkan penggunaan buah-buahan per kapita di Malaysia
masih rendah jika dibandingkan dengan Negara Barat yang maju. Penggunaan
buah-buahan per kapita di Amerika Syarikat ialah 133.68 kg pada 1997 (USDA,
1998), Australia 87.4 kg pada 1998 (Agra Europe Ltd., 1999a), Holland 146 kg,
Jerman Barat 138.8 kg, Itali 129.5 kg dan Switzerland 130.4 kg (Bala kumar,
1999).Ini menunjukkan bahawa potensi pasaran buah-buahan di Malaysia adalah
besar dan masih boleh dikembangkan lagi.
• Kementerian Pertanian telah mengumumkan perlaksanaan langkah jangka
pendek yang berupaya meningkatkan pengeluaran buah-buahan segar sebanyak
150,000 tan metrik setiap tahun. Ini sejajar dengan langkah kerajaan untuk
melaksanakan pengeluaran makanan dalam negara secara lebih profesional bagi
meningkatkan bekalan makanan tempatan dan menurunkan harga bahan
makanan.

Masalah Industri Buah-buahan Tempatan


• Industri buah-buahan tidak menerima perhatian yang mencukupi daripada pihak
kerajaan. Selama ini, tanaman yang bernilai komersial lebih tinggi seperti
koko, kelapa sawit, getah dan padi lebih dipentingkan. Ini dapat diperhatikan
melalui kebanyakan usaha MARDI difokuskan kepada tanaman tersebut
manakala PORIM menumpukan penyelidikan kepada kelapa sawit.
• Walaupun terdapat masa depan yang cerah untuk industri buah-buahan
berikutan dengan peningkatan permintaan sama ada di pasaran domestik atau
luar tetapi tidak bermakna industri buah-buahan tempatan dapat ikembangkan
dengan pesat.Ini berkait dengan kurang minat daripada individu untuk
mengusahakan tanah yang terbiar, harga buah-buahan yang tidak stabil dan
kesukaran untuk mendapat bantuan kewangan daripada bank dan institusi
kewangan (Jabatan Pertanian Malaysia, 1998a).
• Masalah pasaran juga mengehadkan pengembangan industri buah-buahan
tempatan.
• Pihak pengeksport buah-buahan tempatan kurang berminat untuk
mempraktikkan teknologi lepas tuai untuk menjagakan kualiti buah semasa
pengangkutan di samping meningkatkan nilai komersial buah-buahan
menyebabkan harga buah-buahan ini tidak begitu tinggi di pasaran luar.
• Harga buah rendah berpunca daripada penyelenggaraan atau pengawasan yang
lemah dan buah tidak dapat digredkan dengan baik.

You might also like