You are on page 1of 4

RESOLUSI KONVENSYEN PEMIKIRAN HADHARI

DI INSTITUSI PENDIDIKAN MARA (IPMa)

1. Konvensyen yang bersidang pada 11 – 14 Mac 2007 bersetuju:

1.1. Menerima keseluruhan draf Modul Pembangunan Modal

Insan yang disediakan oleh Bahagian Pendidikan dan

Latihan (Menengah) BPL(M) untuk dilaksanakan sebagai

program Pembangunan Modal Insan Berteraskan Pemikiran

Hadhari di IPMa.

1.2. Melaksanakan semua aktiviti program Pembangunan Modal

Insan melalui pendekatan pengalaman langsung (Hands on)

kepada sasaran.

KONVENSYEN PEMIKIRAN HADARI IPMa 11 -14 MAC 2007 1


1.3. Menetapkan gagasan Pendidikan Islam IPMa seperti yang

berikut:

1.3.1.Memberi pengertian yang lebih jelas tentang sesuatu

perkara yang dianggap salah laku..

1.3.2.Menguruskan kes salah laku pelajar dengan bijaksana

(berhikmah).

1.3.3.Membentuk sahsiah/akhlak pelajar dengan sifat-sifat

mahmudah.

1.3.4.Meningkatkan pencapaian subjek Pendidikan Islam di

IPMa.

KONVENSYEN PEMIKIRAN HADARI IPMa 11 -14 MAC 2007 2


2. Melalui konvensyen ini, kami guru pendidikan Islam IPMa

bersetuju meningkatkan kualiti kerja dengan menguasai

kemahiran seperti yang berikut:

2.1.Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran terkini

2.2. Teknologi Maklumat dan Komunikasi

2.3. Bahasa Inggeris

2.4. Bimbingan dan Kaunseling

2.5. Pemikiran Saintifik

3. Konvensyen ini mencadangkan perkara seperti yang berikut

3.1. Mengadakan Konvensyen/Seminar Guru Pendidikan Islam

secara berkala (dua atau tiga tahun sekali).

3.2. Menambah bilangan Guru Pakar (Pendidikan Islam) bagi

setiap zon dalam usaha mempertingkat pengajaran dan

pembelajaran di IPMa.

KONVENSYEN PEMIKIRAN HADARI IPMa 11 -14 MAC 2007 3


3.3.Mewujudkan satu rangkaian kerja yang akrab dengan pihak

lain.

3.4.Mengadakan diskusi ilmiah tentang ilmu semasa (Fiqh

Mu’asirah) yang bertujuan untuk memberikan pendedahan

kepada guru-guru Pendidikan Islam IPMa berkaitan ilmu

semasa seperti Pengurusan Muamalat kontemporari.

4. Konvensyen ini bersetuju dengan Program Pembangunan Modal

Insan Merentasi Kurikulum untuk pengukuhan akidah di IPMa

dengan elemen-elemen berikut:

4.1.Memasukkan unsur-unsur ketuhanan (ketauhidan) dalam

pengajaran dan pembelajaran subjek-subjek teras di IPMa.

4.2.Pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam yang

berkaitan dengan akidah hendaklah dikaitkan dengan dalil-

dalil yang saintifik.

4.3.Memperbanyak halaqah/diskusi yang berkaitan dengan

pegangan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

KONVENSYEN PEMIKIRAN HADARI IPMa 11 -14 MAC 2007 4

You might also like